December 10, 2009

Pengadil Peribadi

Hari ini dalam sejarah, aku bergelar Pengadil Peribadi.

Bukan.

Bukan pengawal peribadi, tetapi pengadil.

Hari ini dalam sejarah, aku naik ERL buat pertama kali.

Hari ini dalam sejarah, aku pergi Jabatan Perdana Menteri.

Ujian Tapisan Keselamatan adalah bertujuan untuk memastikan bahawa pekerja sektor awam tertentu boleh menjamin rahsia kerajaan Negara.

Macam rasa penting bukan? Rahsia kerajaan kut.

Tugasnya mudah sahaja. Aku cuma ditemuramah dan menjawab soalan-soalan berkaitan seorang pekerja sektor awam iaitu ‘Calon’ yang memilih aku menjadi Pengadil Peribadinya.

Tapi aku tak dapat menyembunyikan kegelihatian ketika Cif Inspektor itu bertanya

“So awak rasa calon kita ni boleh dipercayai untuk memegang rahsia Negara?”

“Awak rasa dia memang sesuai pegang jawatan ni?”

“Adakah dia ni senang digunakan oleh mana-mana pihak?”

Dan

“Adakah dia pernah melakukan jenayah? Terlibat dalam kegiatan tak bermoral?”

Waktu tu aku terfikir memang ada pun jenayah yang dilakukan ‘calon’ tu. Contohnya beli DVD cetak rompak. Heh.

Tapi aku jawab “Dia takde masa kut.”

Well, aku dipilih untuk menjadi Pengadil Peribadi oleh Calon itu sendiri. Kerana aku rapat dengannya. Sudah tentu aku akan cakap yang baik-baik sahaja. Takkan lah aku nak cakap ‘Dia ni susah betul nak punctual. Biasa lambat sejam.’ Mestilah aku mahu rakan karib aku naik pangkat.

Tapi apa-apa pun tadi aku memang jujur menjawab setiap soalannya. Don’t worry, boss.

Haih nasib baiklah kawan aku tu memang baik budaknya. Kut tak susah juga aku mahu jujur.

Kiranya orang bimbo macam aku ni pun menyumbang ke arah keselamatan Negara lah juga kan?

But I’m Canadian?

Dan ya, tadi aku berada di Putrajaya.

Aku tahu ramai yang bengang sebab aku tak beritahu aku ke sana.

La la la la la…

.

1 suicidal thought(s):

MagnusCaleb said...

maklumat terperinci lagi terhad :)