December 26, 2009

Skirt jahanam

Waktu nak sarung skirt tu, tiba-tiba aku rasa macam dah lama aku berada dalam bilik persalinan tu. Sebagai seorang marhaen yang bertimbangrasa, aku fikir mesti ada orang tengah tunggu nak guna bilik tu kut.

Aku pun cepat-cepat bersiap. Skirt aku ada tali jerut.
Eh tak bestnya bunyi perkataaan tu. Betul ke nama dia tali jerut?

Yang pasti aku pun jerut dengan cepat dan terlebih jerut la pulak. Ketat di pinggang.
Takpelah, masih boleh bernafas.

Aku pun keluar.



Aiseh, bila terlebih tarik tali jerut tu skirt tu mengembang la pulak di bahagian bawah pinggang. Hasilnya memang pinggul nampak ekstravaganza dan bow wow wow lah kan.
Aku pun cuba tekan-tekan bahagian yang menggelembung tu, all in vain.
Secara tak langsung tapi siaran tertunda, kiranya sama lah macam effort kau tekan perut nak kasi kempis, kan?



Tengah aku jalan sambil tekan-tekan gelembung skirt yang melitupi perut yang dah nyaris tak muat jeans saiz 26 itu, aku selisih dengan seseorang.
“Julie, is it?”

Perempuan tu pandang aku, atas bawah,


Dia kata
“Eh, lama kita tak jumpa!”





Dan


“Akak pregnant ke?”



Chit
.

P/s: Lepas tu terserempak dengan sorang lagi kawan tapi aku tak perasan, lepas balik dia sms ‘Masamnye muka…’

1 suicidal thought(s):

Weed and Bandages said...

hahahahahaa...


moment yang sememangnya patut masam selepas itu.


hahahha.. sabaq sabaq