December 01, 2009

Suatu Ketika Dahulu: Celupar

Waktu itu, tahun 1994.



Zaman masih main video game.
Masih dapat nombor satu dalam setiap peperiksaan.
Masih tak pakai baju dalam.
Masih berkawan dengan Rafe'i Razali.
Masih kena buli dengan Ariff Sabri dan Rabani.
Masih tak pernah ada sleepover. Ya, kasihan.



Cikgu kelas aku, namanya Cikgu Ros. Maksud aku, Ros. Kita panggil beliau begitu kerana pekerjaannya guru. Bapak beliau tak kasi nama 'Cikgu' di depan namanya.

Cikgu Ros sangat cantik, manakala baik hati pula. Beliau merupakan antara guru kegemaran aku. Setimpal dengan itu, aku merupakan anak murid kesayangannya. Maklumlah, best student, rajin pulak tu. Jelita pun ada.
Kenapalah sekarang aku tak macam tu dah.


Beliau selalu mengatakan aku ni "anak sulung" dia.


Mungkin juga beliau menganggap begitu kerana beliau tiada anak.

Waktu itu, sudah berkahwin lebih kurang 4 tahun kalau tak silap, masih tiada anak.
Aku dan rakan sekelas selalu juga bertanya, kenapa takde anak? kenapa belum ada? kenapa itu, kenapa ini?

Miss Weed mesti faham sangat hal student suka bertanya ini.


Pada suatu hari, topik ini dibangkitkan untuk kesekian kalinya, apabila rakan sekelas aku bertanya kenapa cikgu tak dapat anak lagi?

Cikgu Ros cuma geleng kepala. Tak tahu lah, katanya.


Aku, selaku pelajar kesayangan mulut becok, menjawab lagak pandai dengan niat mencadangkan jawapan yang cemerkap gaya Ustaz Zamri bercerita
"Sebab cikgu mandul kut?"

Cikgu Ros terkebil-kebil pandang aku. Diam.


Seperti yang aku katakan dulu, aku sejak umur 4 tahun dah baca majalah Keluarga dan Jelita kepunyaan mak aku. Makanya dalam kepala otak aku ada banyak perkataan yang aku tak faham namun masih tersimpan elok dalam memori.
Dari masa ke semasa, sedikit demi sedikit aku cuba memahami term-term seperti mati pucuk, kelamin, haid, keputihan, cina buta, dan mandul.

Yang aku tahu, kemandulan adalah punca pasangan berkahwin tidak memiliki anak.

Yang aku tak tahu, kemandulan adalah sesuatu yang dianggap hina di sisi masyarakat.
Taboo. Malu.


Oleh kerana tiada respon, aku ulang lagi.
"Mandul kut, cikgu?"
Dua kali.

Diam.


"Cikgu mandul, eh? kan?"
Tiga kali.


Beliau masih diam. Sedikit muram namun raut wajah terkesima itu masih terpampang jelas.
Sampai sekarang aku tak b0leh lupa wajah itu. Damn.



Bila dah masuk sekolah menengah, aku dah tak hubungi beliau.

Sekarang, aku harap beliau dah maafkan aku. Well, aku tak boleh bayangkan orang tuduh aku mandul. Aku ni dah lah self-esteem rendah.
Pelik betul aku kenapa masyarakat pandang rendah pada orang mandul. Itu semua kan kerja Tuhan. Macam, kenapa kita tak pandang rendah orang sakit asthma?

Atau orang kening lebat?

Atau orang beranak setiap tahun tapi tak reti jaga anak?

Maksud aku, lelaki yang hanya reti derma sperm pada isteri tapi tak tolong jaga anak dan buat kerja rumah. Nak jaga isteri jangan harap la kan.

Dayus pun tak seteruk itu.





Ooops.


Ya, cikgu. Saya masih celupar
.

4 suicidal thought(s):

otak ketat said...

beckham pn semput. ilek suda :p

Weed and Bandages said...

hahahahahaa..


sebut mandul, aritu anak sedara balik kulim, 4tahun, gaduh dengan adik msweed yang berusia 25tahun, sekali terkeluar, "ko tu mandul!" kami terdiam.. tanya sapa ajar ni, dia cakap

"dengar mak jun cakap.."

mak jun tu pengasuh dia.

gila lah!

Ladynoe™ said...

memang susah nak jawab persoalan neem ni. tapi orang mandul tidak lah hina dipandang, sebenarnya. mereka yang malu dengan keadaan yang menimpa mereka.

ianya melibatkan faktor kebolehan seseorang menjalankan hidup mengikut fitrah tuhan.

mcm lelaki yang mati pucuk - diorang memang malu lah. sebab benda tu penyakit yang melambangkan kelemahan organ peranakan mereka.

perempuan mandul - samalah. xboleh nak bagi anak untuk kembangkan zuriat.

zuriat. noe tak pasti neem faham ke tak perasaan org yang tak produktif ni. its like you kerja bagai nak rak tp tak produktif. and semua org tau kita tak produktif.

kecewa wo.

lagi satu, jgnkan orang mandul dan mati pucuk, separuh org yang noe kenal yang kahwin 7-8 tahun baru dapat anak pun akan rasa benda yang lebih kurang sama.

Darus Interferon said...

fertility (abakan kalau silap ejaan) datang dari dua faktor utama. lelaki atau perempuan.

tapi kalau ikut budaya kita, orang selalu salahkan perempuan. dan jadi taboo..(yer, base on observation dan drama melayu punya fakta, tiada pautan scientific)

bangsat betoi!

aku teringat juga kata dr pakar kesihatan masyarakat dari kuantan dulu.

couple yang hari-hari horny pun masaalah juga. terutama lelaki. hari-hari "derma" sperm, bila sperm nak capai maturerity dan competent nak fertilize dengan ovum?

so, yang horny hari hari tu sila lah belajar untuk puasa. rehat sebarang dua tiga hari...