February 27, 2009

Lagi bukti bahawa NeEM benar-benar sibuk

Tuck: Telefon. Telefon berbunyi.
Lenny: Telefon, kami datang.

Ming Ming: Ada haiwan dalam bahaya.
Tuck: Ada haiwan dalam bahaya.
Lenny: Ada haiwan dalam bahaya. Di sana.

Lihat, ada anak arnab yang dalam kesusahan.

Tuck: Anak arnab tak tahu jalan pulang.
Ming Ming: Ini si-ri-yes.
Lenny: Mesti bantu dia!

Selamatkan anak arnab yang kesusahan.


Wonderpets Wonderpets kami datang,
Membantu anak arnab yang kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Bila bekerjasama semua jadi mudah.


***

Selepas 10 minit dan 5 iklan.


Mak arnab: Terima kasih Wonderpets kerana selamatkan anak saya.
Wonderpets: Sama-sama, Mak Arnab.

Lenny: Mari kita raikan kejayaan kita dengan daun saderi.

Daun saderi sungguh enak dinikmati dalam udara berbau taik arnab.


Lenny: Baiklah, tugas kita di sini dah selesai. Ke bot terbang?
Tuck&Ming Ming: Ke bot terbang!


Wonderpets Wonderpets dah berjaya,
Membantu anak arnab yang kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Bila bekerjasama semua jadi mudah.


Hey…Wonderpets! Yeay!




I miss the bunnies. Sigh.

February 24, 2009

Obamagenomics

"Barack Obama has overturned an eight-year ban on U.S. tax dollars being used to fund abortion mills in Third World countries, making it crystal clear that he feels populations in poor countries must be controlled to help the global and national economies in Third World nations, and that one great means of doing that is to have the babies of the Third World poor aborted with U.S. tax dollars."
-Bob Newman

Credits to Professor Naem for the info.

Luckily, Malaysia refused to accept the funding. Hidup Pak Lah!


"What a terrible way to begin a new administration: with an abortion business bailout that will exploit women in developing countries for political ends," kata Charmaine Yoest, Presiden Americans United for Life Action.

I don't know about you, but I remember a wise guy told me that
'Yahudi sentiasa mahu melupuskan kaum lain dari muka bumi. Keturunan sangat penting bagi mereka kerana anutan mereka merupakan anutan yang diwarisi.'


And here's a good one by Danielg.



Contraception is an option, no?

February 22, 2009

Kalau orang kata Guten Tag, nak jawab bagaimana ye?

Bayaq hutang Cik Sarah.


Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.




I am

I really want to go to


My favorite thing
My favorite place

February 18, 2009

Men from Earth, Alien from Venus [NeEM menjawab kemusykilan anda]

Nota: Ini bukan segmen Ustazah NeEM Bercerita. Harap maklum.


Waktu dalam perjalanan pulang dari Bagan Lalang 2 minggu lepas, aku ditanya soalan yang mengelirukan aku. Sebenarnya, ia adalah soalan KBKK berbentuk minta nasihat dan tips dari seorang rakan;

“NeEM, how to forget someone?”

Aku terkesima. Aku tak tahu ‘someone’ itu sesiapa.
Aku diam. Cuma.

Bukan kerana aku tak tahu lelaki itu siapa, tetapi kerana aku tidak tahu jawapannya. Aku rasa aku bukanlah seorang perempuan yang sesuai untuk memberi nasihat-nasihat sebegini kerana aku susah move on.

Well, mungkin kerana itu dia rasa aku layak menasihati. I’ve learnt the hard way.
Terus terang, aku lebih mudah move on dari lelaki berbanding perempuan. Meaning, kalau mana-mana perempuan putuskan persahabatan dengan aku, atau betray aku, atau reject aku, aku merana. Kalau lelaki tak layan aku, tak kisah sangat kut?
Hek eleh, cakap seolah-olah banyak pengalaman je. Ada ke lelaki tinggalkan aku?


Berbalik kepada soalan tadi, aku tak sempat jawab kerana aku tak sempat fikir jawapan yang sesuai. Aku cuma sempat fikir ‘kenapa tanya NeEM?’


Tapi soalan tu kira relevan la juga berbanding soalan dari Syima beberapa bulan lalu.
“NeEM, macamana nak dapatkan lelaki yang kita mahu?”

Aku jawab “Tak tau. Tak pernah pun dapat.”
Hans Isaac tak pernah call aku pun?

Kalau dia tanya atas asbab aku milik Encik Stateskop, aku wajar buat pengakuan di sini yang aku tidak pernah merancang untuk bersama lelaki itu.
Beliau yang ajak aku keluar, beliau yang minta nombor telefon aku dari Amnah. Aku cuma ‘mengurat’ beliau setelah beliau sudah jatuh hati sama aku. Itu adalah ngelat makanya untuk aku brag tentang kejayaan ‘mendapatkan’ beliau, walaupun aku memang ‘dapat’ beliau.

All I did was being my-bimboyangcerdik-self – and he happened to like it.



Maka aku kata kepada Syima, just be yourself. Coz you would want him to like you the way you are.

Itu sajalah nasihat yang aku boleh tawarkan kepada kamu, semua gadis di luar sana. Jangan berlagak macam jumpa bakal mertua di depannya. Itu stage lambat lagi, OK? Tak payah kontrol-kontrol.

Tengok macam NeEM, selamba aje paw Encik Stateskop punya Irish Lamb Stew pada hari berkenalan.
Hahah! Makan mana boleh tolak, bai! Tak tumpah pun mujur- sebab aku minta dia potongkan siap-siap. Yes, dia tau aku tak reti makan lutut bebiri guna cutleri. Like, ‘sooo country…/country giler…’.
Selambe aje aku buat lawak Pujaan Sirap Radio 9 dan gelak kuat-kuat depan dia di Secret Recipe pada hari yang sama.



Untuk soalan bagaimana nak lupakan seseorang tu…payah sikit la. Terutamanya jika kamu pun macam NeEM, tidak punya selective memory. Aku jenis ingat benda tak penting, detail gila walaupun tak penting, dan aku paling ingat benda sakit. Kalau boleh, mestilah aku pilih untuk taknak simpan dalam memory. Buat penuh harddisk je.

Lain orang, lain caranya untuk melupakan seseorang. Macam aku, aku kena let go pelan-pelan. Meaning aku tak boleh terus jauh, tak boleh juga selalu jumpa. Kena pelan-pelan heal sambil kekalkan hubungan professional. Pendek kata, bagi aku kuncinya ialah masa. Jangan expect aku move on dalam masa seminggu.



Bak kata Scott Summers kepada Logan dalam The Last Stand, "Not everyone heals as fast as you can."


Ada orang senang heal kalau jauh.
Ada orang dengan cara membenci. Tapi ini aku kureng kerana macam tipu diri sendiri. Tak salah pun kalau kau still care as a friend dalam senyap kut?

Ada orang dengan cara rebound. Ini tak patutlah. Aku pun pernah buat secara tak sedar, tapi aku tak rasa horrible kerana rebound aku itu layan aku macam murahan. Baguslah dia tak best, terus aku stop dating sebab rasa bosan dengan lelaki.
I mean, like, stop for awhile sebelum jumpa current main squeeze lah. Hihi.


Aku pernah kasi link ini kut suatu waktu dulu.


Aku pernah bincang hal ‘melupakan’ ini dengan Anak Bongsu Encik Kildong, kami setuju caranya ialah jangan terlalu paksa diri. Carpe diem, dan nikmati hidup.

Jangan sibuk memikirkan ‘why can’t I forget him?’ dan ‘Dammit he really took the best of me.’ Itu tidak membantu, sayang.
Samalah macam tak boleh lelap dan asyik memikirkan ‘kenapa aku tak boleh tidur’.

Suatu hari kau akan tersedar kau sudah melupakan dan bak kata ABEK, bakal rasa macam boleh terbang tanpa sayap kerana sudah ‘ringan’, sudah tiada beban.



Aku tak tahu tentang lelaki, tapi perempuan perlukan distraction. Kau fokuskan saja pada pelajaran, kerjaya, penulisan blog. Pergi daftar kursus pengurusan blog. Haha…
Ya, retail therapy itu juga satu distraction. Tapi bahaya. Jangan jadi macam aku, once aku sedar it works wonder for me, I became a shopaholic.

Self-control sangat penting. Dan be aware dengan pemikiran kita sendiri supaya tidak jadi self-destructive.



Good luck, dear friends.



By the way, walaupun aku suka lagunya, aku menyampah je dengan lirik Over You -The Daughtry. Kau dah move on tak payah la nak kutuk-kutuk dia lagi, dan cakap how terrible and mean she was.
Kerana jika kau masih marah maknanya kau masih tak ‘over her’ lah wei! Nampak sangat kau berlagak tough walhal dalam hati kau masih pathetic dan hancur.

Samalah dengan lagu I Never Really Loved You Anyway oleh The Corrs.

Kalau lagu Smile oleh Lily Allen baru sudah move on betul-betul, mengaku sajalah dulunya kau sakit. Dan Survivor oleh Destiny's Child sangat bagus.
Ok, ini bukan entri tentang lagu, tak payah argue contoh mana paling sesuai.

Mmmuah!


I'm wishin' you the best,
Pray that you are blessed,
Much success, no stress, and lots of happiness,
(I'm better than that)
I'm not gonna blast you on the radio,
(I'm better than that)
I'm not gonna lie on you or your family, yo,
(I'm better than that)
I'm not gonna hate you in the magazine,
(I'm better than that)
You know I'm not gonna diss you on the Internet
Cause my momma told me better than that.

February 15, 2009

Spew

2 hari lepas, aku baca entri Bukan Aku Sengaja Jackson Pollockkan Keretamu oleh Mike,
aku tersenyum sendirian.

Dan ya, aku ikhlas bila aku mengatakan itu sweet.




Kan dulu aku pernah cerita aku pernah muntah dalam kereta Encik Stateskop di awal perkenalan. Bertarikh 20 January, bukan 14 February. Aku memang sentiasa ingat perkara tak penting.

Dan bila aku ceritakan pada kawan, mereka cakap "Sooo sweeeeet...."
Encik Stateskop kata cute.


Bak kata pepatah, tak rugi jadi orang seksi ni, muntah pun orang cakap sweet dan comel.



Kan, Mike?


...

Heartiest condolence to Dr Rashidi whose beloved mother had passed away this morning. Alfatihah.

February 14, 2009

Nik Nikah, Afif Yang Bukan Kepep, dan Sated. Yes, I Am Sated.

Apakah persamaan design studio dan jamming studio?

Gambar hiasan.



Gambar Taro.

***

Berikut merupakan cerita yang dirahsiakan dari pengetahuan Encik Stateskop tetapi aku mahu kongsi bersama kamu semua.

Sila susun dan cantumkan plot-plot berikut untuk membentuk satu cerita.



1. Semalam…

Aku menghampiri bekas roommate aku,Noni dan menegurnya. Noni jawab,
“Isnida ada cerita minggu lepas dia jumpa akak…hahaha…dia cakap akak tak percaya bila dia cakap macam tu. Akak patutnya berbangga!”



2. Beberapa bulan lalu…

Aku duduk bersebelahan Encik Stateskop di atas bangku itu. Isnida memerhatikan dan datang menyapa aku. Aku kenalkan, “Sayang, ini Is, my ex-roommate.”

Mereka berbalas senyuman. Dan Is berkata “Akak, nak nombor telefon akak.”




3. Minggu lepas….

Aku sedang menanggalkan kasut apabila satu suara memanggil aku dari dalam surau.

Isnida.

“Is buat apa kat sini?”
“Is tumpang solat.
Akak, sebenarnya hari tu Is mintak nombor telefon akak sebab nak bagitau yang… boyfren akak comellll…!”

Aku kelu.
Dan gelak.
Aku pandang Miss Fragile Moth. Beliau tekan perut.

“Ye la, boyfren akak comellll….! Ada lesung pipit!” Is macam tak puas hati kena gelak.

Aku pandang Miss Fragile Moth yang sudah 7 tahun mengenali Encik Stateskop.
Beliau ibarat mahu tergolek di situ.





Aku ulang;
Is cakap Encik Stateskop comel. Ada lesung pipit.


Sekali lagi;
Is cakap Encik Stateskop comel. Ada lesung pipit.




Wahahahaha….sebenarnya aku gelihati kerana cara dia sebut ‘comel’.

Siriyes, cara dia sebut ‘comel’ umpama respon bila tengok anak kucing aku Wes dan Joy.

Dan Encik Stateskop adalah muka kental dan walaupun cute, bukan ‘comel’ yang macam itu.

I promise, bukan.
Aku yakin beliau geli tatkala mendapat tahu rahsia ini.



Daymn
!

February 12, 2009

Pening Tapi Sedap.

Tak, aku bukan tarik dam.


Aku baca entri ini oleh Incik Lucy.
Pening tapi sedap. Tapi faham.


***

Kak Liza sakat aku.

Aku kata "Gigit baru tau!"



Aku sakat Encik Stateskop.

Beliau kata "Hickey baru tau!"



Cis!

Beliau sudah tahu.

February 11, 2009

"Anwar harus bertaubat" - Karpal Singh, 2009.

Soalan:

No, siriyesli... Perempuan yang dah kahwin, aku curious bagaimana korang sorokkan lovebites kat badan bila korang balik rumah parents atau in laws?





Siapa lagi pervert, NeEM atau Dila Raden?

Mesti lah Dila kan.



Thanx to Xeem, aku dah pandai guna istilah 'hickey'.
Contohnya; Hickey, anyone?


"Ya Allah, ape yang kau bincangkan ni! Ya Allah!" - LadyNoe, 2009.


~Haha!~

February 07, 2009

[Menteri Besar Perak dan Emas] Just in case you've forgotten...




Posters courtesy of PPIM



Don't forget that we still need to do our part in reducing the Palestinian's pain, at least by not contributing to Israelian economics.

***


Dalam keriuhan negara tentang perebutan kuasa Kerajaan Negeri Perak, di sebalik kekecohan dan demonstrasi bantahan yang melanda, aku teringatkan satu perkara;




Hamas telah memenangi pilihanraya umum Palestin pada tahun 1996 tetapi Fatah enggan menyerahkan kuasa menyebabkan rakyat Palestin berpecah belah mengikut fahaman masing-masing.


Serangan Israel ke atas Gaza tidak mengira kanak-kanak, orang tua, mahupun wanita hamil. Apatah lagi samada mereka golongan Hamas atau Fatah. Golongan Fatah menyalahkan Hamas kerana 'memulakan' peperangan terhadap rejim Zionis. Mereka meletakkan kesalahan kemusnahan dahsyat itu di bahu Hamas.


Yang menyedihkan, Fatah tidak membenarkan demonstrasi mengutuk keganasan Israel.


Aku bukan penyokong Hamas, tapi setelah rakyat sendiri disembelih, tak bolehkah Fatah bersuara membela kanak-kanak itu? tak bolehkah Fatah dan Hamas bersatu menentang Israel? Sekurang-kurangnya untuk kali ini.


Andai negara kita diserang, adakah para pemimpin negara kita berhenti berebutkan Toyota Camry dan bersatu, atau mereka akan terus menuding jari sesama mereka?


Atau, sesiapa yang memiliki harta akan lari bersama keluarga ke negara lain, meninggalkan pejuang dan rakyat terkontang kanting berhadapan dengan musuh?


Andai Palestin tidak berpecah belah akibat fahaman politik, mampukah mereka dihapuskan dari muka bumi oleh tangan-tangan rakus yang keji milik Israel?


***

Israel cuma satu bangsa, satu negara dalam alam semesta yang maha luas ini. Kenapa mereka tidak dapat dihentikan oleh mana-mana pihak?


Economically speaking, they have got the power.


Believe me, the boycotting works. Remember last year we used to boycott Danish product? They had lost USD 4 billion within short period of time.
Now, Moslems, stop fighting among thyselves. Save it for the rainy day. Heh.


Soalan: Kenapa Majalah 3 khas Palestin malam ini ditaja oleh Loreal

?

February 06, 2009

Ini bukan namedropping. Ini Entri untuk Anak Bongsu Encik Kildong yang *blushing*

Kalau kau dah lama dengan Suicide Park mesti kau ingat aku pernah cerita aku pergi site visit di rumah client, (Yes, yang mahu bathtub di laman itu) dan find out anak teruna client(kelayan) itu merupakan senior Encik Stateskop.
Dan Encik Stateskop baru tahu bahawa abang senior beliau itu merupakan Karim Daud. Dan kami discover client kami itu bapak Karim Daud.

“What a small world,” kata Dr RK, kelayan kami.

Enough with this walking down the memory lane stuff.


I’ve met him; the son. During a farewell party thrown for Dr RK.
I was not invited, actually. I didn’t give a damn about getting the invitation, I just needed to see my client due to an ‘unfinished business’.

I was lucky coz Dr RK brought along his children- His nice friendly and oh-so-tall children. No wonder all the built-in furniture in their house were custom made. Including the WC (atau dalam bahasa Melayunya, jamban).

Both parents are professors. The daughter is a trainee doctor, the son is an engineer.
I didn’t know any other guest, but like I said, Dr RK children were friendly enough to make me feel welcomed.
The son asked if I’m into songwriting coz he needs a lyricist.
Honestly, I haven’t written any song since, like, 2004? And just like himself, I play by ear, never really been to music class. But hey, this is the guy who sings 7 Hari we’re talking about. If I just can’t get myself to it, maybe I’ll just introduce him to anyone who can.
Xeem nak tak? Anna mau?

Korang tahu lagu Lucky, Jason Mraz? Main email sahaja sudah menghasilkan sebuah lagu yang dicipta atas konsep kerjasama.


Anyway, nice to meet you Karim Daud and Kak Iman. You were very nice.
Dr RK, I’m gonna pay you a visit once the landscape is done.


(Last week I bumped into The Daughter at Mid Valley- and she left the boys drooling)



OK. Baru perasan. Hari tu jumpa Abang Wan kat CM pun tulis dalam English kan?
Isk.
Tapi at least kali ni harap-harap takdela orang nak kasi link entri ni kepada Karim. Hihi…
Little did he know that I always have his numbers on my playlist- which I listen to everyday.


Alamak, lupa pula I’ve given him my FB email, which may lead him to this blog.

Daymn
!

February 04, 2009

Makian Beritma

“Tau tak Sus barbatus tu apa?” tiba-tiba Nahwan bertanya.
Kepada Kak Liza.

“Hoy, babi!” Aku maki Nahwan. Sepenuh hati.

Nahwan tergelak.

Kak Liza tak faham.

“Babi!” Aku maki Kak Liza pula. Sepenuh hati.






Nahwan tergelak
.

February 02, 2009

Tribute untuk Bicara Bola oleh Lucius: Dalil kenapa NeEM tidak mahu ikut mereka bermain bola

2 jam.
Tanpa pemain simpanan.
Tanpa waktu rehat.
Tanpa wisel.
Tanpa kad.
Tanpa stretching dan warm up.
Tanpa sunblock.

2 pasukan yang dianggotai pemain lelaki dan wanita berentap hebat di gelanggang terbuka bolasepak pantai Bagan Lalang. Pemain lelaki dari kedua-dua pasukan ternyata agak tertekan dengan corak permainan pemain wanita. Mereka dikatakan lebih agresif dan merbahaya berbanding pemain lelaki.

Encik Aiman telah diberikan sepakan percuma kerana tergolek dot dipercayai dirempuh pemain wanita bernama Hana di gawang sendiri. Malah, NeEM sebagai pemain pertahanan turut memberikan ‘sepakan percuma’ ke buku lali Aiman ketika mahu merebut bola yang digeleceknya. Menurut Encik Phat, penjaga gol pasukan 1, “Aku ingat main dengan perempuan tak kasar, sekali diorang yang ganas. Aku tak nak main….kenapa paksa aku?”

Antara yang paling digeruni ialah penyerang pasukan 2, Encik Ebal yang bergaya ala-ala Messi tetapi memakai jersi Portsmouth dan Cik Aye yang meyumbang banyak gol offside, manakala dari pasukan 1 pula ialah Encik Ipin dan Cik Hana. Perlawanan ini menarik minat pengunjung pantai Bagan Lalang termasuk seorang lelaki berkacamata gelap yang menunggang ATV.
(Ipin:”Ceh, abang tu saja je nak usha awek main bola, duk kat situ buat muka Awie”).
Tidak ketinggalan, Mazidul Akmar Sidek dan keluarga yang kebetulan bercuti di sini.

Encik Ipin mendakwa pemain pasukan lawan, Cik Solekhatun telah mengambil kesempatan terhadapnya sewaktu perlawanan berlangsung. Namun tiada siasatan dan tindakan diambil kerana Encik Ipin sendiri didakwa pura-pura jatuh untuk mendapatkan sepakan penalti.
Cik Deena pula begitu bersopan ketika bermain dan sering meminta maaf setiap kali tersentuh pemain lain.

Setelah bermain 2 jam tanpa rehat, jaringan masih seri 6-6. Mereka memutuskan untuk mengakhiri perlawanan dengan mati mengejut atau sudden death. Kesudahannya memihak pada pasukan 1 yang mana salah seorang pemainnya bernama NeEM.

Ya, NeEM yang bermain dengan harapan dan pulang dengan kemenangan.
NeEM, yang betis kirinya masih bengkak akibat sepakan tepat ke tulang keting.
NeEM, yang menghantar bola tepat ke perut Encik Abdus dari jarak dekat.
NeEM, yang sering keliru siapakah pemain pasukan sendiri.
NeEM, yang menggunakan teknik mengeluarkan bola dari padang dan melengahkan masa jika berada di kedudukan selesa.

NeEM, yang masih berjalan sedikit senget.
Sara cakap “ingat tengah tahan kentut tadi!” Hahah.

***

3 jam sebelumnya.

Kami tiba di Bagan Lalang kira-kira jam 11.40am.

My Boys terus menghampar tikar dan menyediakan kelengkapan BBQ.
My Girls and me terus duduk bersembang di atas tikar.
My Boys berusaha menyediakan makanan.
My Girls and me duduk bersembang dan bermain gitar.

That’s why I love My Boys so much. Korang memang the best!

Muah muah muahahahaha…

***

Acara selepas bolasepak pantai ialah ketinting, baling selipar dan bola beracun.
Ya, kami semua berusia 10-12 tahun.

Encik Ipin paling menarik perhatian ketika permainan baling selipar kerana membaling selipar ke arah Encik Aiman (yang berada kurang semeter darinya) dengan wajah penuh kebencian umpama membaling George Bush.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh tetamu undangan, iaitu Encik Fikri, seorang jurutera carigali yang kagum dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan semua Studiofellas. Kata beliau, “Lawak korang ni lawak kualiti lah!”

Yes, bangga I mendengarnya.

***

Pada malam itu, NeEM, Kak Hana, Kak Atun, Kak Liza dan Kak Aye bermalam di rumah Kak Asha yang merupakan housemate Kak Bebet dan Che Yam.

Kak Asha, maaf kerana tumpahkan minyak urut. Tumpah menumpahi sudah sebati dalam diri ini.

Sambil urut betis, aku rasa aku lagi banyak sepak kaki daripada sepak bola.

Kena tendang tanpa kasut pun dah sakit macam ni, jangan harap la NeEM nak ikut akak-akak sekalian pergi main futsal! Nak ikut pergi karaoke je tau !



Update: Perbuatan bermain bola ini memang tidak patut memandangkan aku diberi ubat batuk asthma, ubat selsema, ubat demam dan cuti sakit 3 hari sebelumnya
.