[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
April 30, 2009
Perkara Tidak Best di sebalik keBestaan.
Aku berterimakasih juga pada pembaca yang sudah lihat gambar aku tapi tak hebahkan bagaimana rupa aku.
Dan kudos pada yang tahu identiti Encik Stateskop tapi buat-buat bodoh saja depan aku.
(Untuk pengetahuan kalian, keyword dalam enjin carian yang paling banyak membawa kepada Suicide Park ialah 'Encik Stateskop blogspot'. Kenapa kamu yakin sangat bahawa Encik Stateskop itu wujud?)
Kau tau tak perkara tak enak bila bercinta dengan manusia dari set sosial yang sama?
Perkara best itu kamu sudah tahu bukan? Kalau tak tahu sila email.
'Tanya Kak NeEM' dikelolakan dalam email.
Perkara tidak enak itu, terutama kerana set sosial kami membaca blog ini ialah
apabila aku sedang marah atau kecil hati dengan my other half,
aku tak dapat luah di sini.
Itu kerana aku tak mahu beliau dicemuh rakan-rakan dan pembaca aku.
Atau sebenarnya aku tak mahu dicemuh rakan-rakannya.
Atau aku tak mahu beliau cemuh aku kerana membawa perkara hubungan kami ke publisiti.
Macam itulah akibatnya.
Keperluan untuk meluahkan perasaan itu sentiasa ada.
Aku rasa macam nak padamkan hamfon namun tak guna juga, kerana kalau beliau tak cuba hubungi aku buat apa? memang lah tak ada kesan pun kecuali jimatkan tenaga dan selamatkan bumi.
Aku cemburu juga lihat perempuan lain boleh cerita masalah perhubungan dengan bitchy-nya di blog masing-masing. Atau sekurang-kurangnya di Facebook. Aku tak boleh. Tak sampai hati.
Rasa jahat mulut, kau tahu?
Ok, kau dah faham belum maksud tersirat entri ini?
Tolong, aku bukan nak kutuk orang lain. Aku cuma mahu luahkan perasaan sendiri.
So, kau dah faham belum maksud tersirat entri ini?
?
Propolis Lagi
Encik Stateskop jenis yang suka berguru dengan otai-otai...dan beliau suka juga untuk berkongsi dengan aku ilmu yang beliau dapat. Baru-baru ini aku ikut beliau pergi berguru.
Saja ja beliau mahu libatkan aku supaya aku reti sikit-sikit.
Yang aku kagumnya, ramai otai-otai lelaki Muslim yang sudah menjadi usahawan jutawan ini mengatakan...
tidak perlu poligami.
Yang paling aku ingat, Encik Salleh anak Wak Dakam berkata;
"Buat apa bila dah berjaya nak kahwin lain? Bini pertama dah bersama kita waktu susah senang. Yang kedua tahu tumpang senang aja."
Betul juga tu.
Patut pun dalam surah Annisa' Allah telah memberi amaran bahawa kamu tidak akan dapat berlaku adil. Tak adil lah andai isteri kedua berkahwin dengan jutawan, isteri pertama kahwin dengan penjual ubat di pasar malam.
Sebut pasal adil, aku tabik sama Sultan Brunei. Aku tak tahu lah pula perihal rumahtangga dalamannya tetapi aku respek kerana Sultan Brunei pergi majlis apa-apa bawa semua isteri. Sepatutnya begitulah. Sudah ada ramai isteri kenapa cuma bawa yang pertama tetapi sorokkan yang lain?
Lagipun, kahwin ramai ni senang dapat dosa. Itu ajalah yang aku boleh cakap
.
Selsemaku bukan di atas kertas, selsemaku getaran yang sama....
Pening
Rasa kedemaman.
Tapi enggan ke klinik.
Enggan dikuarantin.
Sumpah daku tak berhubungan dengan Mexico.
Sumpah babi yang kulihat kelmarin itu babi hutan.
Sekian,
Daku yang selesema
Bukan selesema biasa
.
April 27, 2009
Confessions of a Smart Shopaholic 2
(Walaupun Encik Stateskop kata lelaki dumb saja yang sanggup shopping dengan aku dan stay platonic. Pardon him, he thinks I’m hot).
Bayangkan, aku pilihkan baju untuk seorang lelaki, and he likes it so much.
Kemudian malam itu dia sms aku ‘Thanx NeEM, i really like dis shirt.Nk pakai esok ada date.’ Kau bayangkan esoknya dia pergi dating looking so handsome in the shirt I chose for him, dan lebih indah kalau temannya cakap ‘You look good today, sayang.’
Aduhai horninya!
Kalau tak beli baju untuk lelaki pun, aku suka tolong lelaki pilihkan hadiah untuk ibu atau teman wanitanya. Wow! Being able to choose a nice gift for someone without having to pay for it is totally awesome!
Iqbal Rifasha, ini hint untuk ikut kamu shopping. Sila faham.
Ok, well, yeah I am a sucker for altruism and gumption after all.
But not materialistic. Aku ini duitlistik. Heh.
Statement!
Kau bayangkan betapa bahagianya aku rasa kalau suami aku cakap, “I work hard for money. But I don’t know how to spend it. Will you help me out?”
Dan bila aku bercanda “We’re a perfect match. You love making money, I love spending money” beliau menjawab “Of course, siapa lagi yang nak spend if not you.”
Ok, aku memang kedengaran seperti high maintenance. Tapi percayalah walaupun aku mahu makan 6 kali sehari, tapi bukan semua 6 kali itu Naab atau Hotel Nikko. Aku tak kisah pun overdress untuk warung tepi jalan. You get the point?
Ada satu peristiwa di Xes yang aku tak akan lupa. Harga asal RM29.90. Potongan 50%. Sepasang wadges. Silver. Glittery. Sparkling. Wo!
Tapi aku sudah ada banyak kasut. I obviously don’t need it. But it’s lovely, and worst of all, it only costs RM15! I decided I didn’t need it, but ended up in tears because of the stress. I didn’t want to buy it because I know I’d regret it later, but I was also afraid I would regret not buying it.
Kamu teka sendirilah penamat kisah ini.
Mac tahun lepas, aku terlebih shopping (sebagai hadiah harilahir untuk diri sendiri). Kemudian aku tersedar bahawa aku tiada ruang untuk simpan semua baju dan kasut itu. Semua almari dan laci aku penuh. Hingga sekarang, sebahagian baju aku tersimpan di dalam beg. Then I made a vow not to shop for clothes till I can afford a new closet.
Satu pencapaian yang agak bagus kerana aku berjaya puasa sehingga Februari tahun ini. Bukan mudah mahu puasa sebegitu lama.
Rasanya kalau aku pergi Shopaholic Anonymous dan berkata ‘Hi, I’m NeEM. I’ve been ‘sober’ for 11 months now’ pasti aku mendapat pujian gemuruh.
Aku ‘berbuka’ puasa itu kerana aku rasa tak logik pula mahu beli almari baru sedangkan ruang untuk almari pun tiada. Who am I kidding?
Tapi sejak puasa tu ramailah pula yang hadiahkan aku baju. Maka baju aku masih berkumulatif walaupun tak beli. Kasut jua begitu.
Sejak aku decide yang aku tak akan beli kasut selagi semua kasut yang aku ada sekarang masih elok, kakak aku yang 3 orang semua nak kasi kasut. Maklumlah, kaki aku aje yang muat kasut yang mereka tak muat. Kakak pertama kasi kasut sukan, kakak kedua kasi boot tumit tinggi.
Kakak ketiga pula telefon aku minggu lepas tanya aku pakai saiz apa sebab beliau mahu belikan Crocs. Hati aku kata, ’no thanks, I’ve got more than enough shoes’ tapi bibir seksi ini mengatakan ‘Size 6. I want pink one, please. Thank you very much.’
Maka aku sudah merancang, bila berkahwin nanti aku tak akan habiskan duit untuk kereta atau kolam renang atau perabot mahal tetapi aku mahu walk-in closet.
Yeah, selain bath tub.
Seorang pemain bolasepak mengatakan bahawa kepuasan menjaringkan hatrik itu lebih baik dari orgasma.
Seorang bini pemain bolasepak mengatakan bahawa coklat yang enak itu lebih baik dari orgasma.
Aku tak pernah menjaringkan gol dan semestinya belum ada sex life, maka aku tak layak mengubahsuai ayat-ayat di atas.
How about a shopping spree?
Well, yeah, shopping malls make you feel good and all.
But shopping malls can leave you poshly broke.
But still, habis duit untuk diri sendiri is way better than habis duit untuk lelaki jongos yang buat kita kecewa, rendah diri, patah hati dan pokai, kan? Kan?
Kannnnnn…….?
April 25, 2009
Xeem
Sibuk melayan Anthony Joseph anak Hermas Rajiman (aka Tony Eusoff), Faisal Tehrani, Skinny Jeans Shamsuddin, Aziz Desa, Airis Yasmin (who?) dan budak rambut cacak hensem banget yang aku panggil Beckham.
Baiklah, cerita lain.
Self esteem meningkat kerana aku mendapat tahu bahawa blog ini dibaca oleh orang-orang cerdik.
Kau bayangkan, ijazah sarjana muda dalam bidang lain, kemudian sambung ijazah dalam bidang lain....
dan dapat A ketika VIVA.
Damn she's so good I almost cry!
Let us all congratulate Xeem.
*I tak ikhlas ni darling, sekadar lunch sudah cukup. Haha... Doakan I dapat A dalam bidang baru ini juga. Aaaarghh...lambat lagi.....
.
April 24, 2009
QC Dept. stands for Queen Control Department
"Eh? rambut macamana?"
"Rambut melepek kat dahi."
"Tak boleh ke?"
Lagi mau tanya ka...
"Antara Mohawk dengan melepek kat dahi, baik buat Mohawk tapi dua-dua tak sesuai."
"Err.."
"Sebagai teman lelaki saya, saya tak kisah. Sebagai Pengarah Urusan, saya kisah. Jangan buat rambut muda remaja lagi."
"Alar...tapi I kan muder remajer..."
Buat suara annoying.
"Awak tu nak jumpa Big Shot. Jangan ngada-ngada nak buat rambut merepek."
"OK, ok..."
"Dan satu lagi, jangan potong crew cut tahap orang cakap 'Abang ni askar kan?' "
"Hik hik."
Gelak pulak dah.
"Dah, nanti kita gi salun sama-sama."
Siriyes. Siriyes, ok? Ini siriyes.
Well, you know what they say....
behind every successful man stands a woman.
But
behind successful Mr Stateskop stands a shopaholic
.
April 21, 2009
Islam: Antara Dogmatic dan Practical mana satu kau dakap sebagai Favour
Berapi dan rasa bertanggungjawab menyampaikan maklumat yang aku yakini sahih.
Rasa perlu maklumkan orang lain supaya tak salah faham seperti aku satu waktu dahulu.
Islam tak larang kita bela anjing.
Islam tak menghalang kita beri makan anjing.
Sentuh anjing tak haram, tak berdosa.
Nabi tak ajar kita benci binatang yang haram dimakan.
Peluk anak babi tak haram.
Bergambar dengan babi tak salah.
Dan, tolong kasi aku dalil sahih tentang samak bila tersentuh babi.
Ustaz aku tak pernah tunjuk dalil. Pelik bukan kita belajar hukum agama tanpa dalil yang menyokong?
Nak berkawan dengan pelacur, punk, Yahudi sekali pun tak mengapa. Mahu berdakwah perlu ada interpersonal attraction ok?
Aku siriyes ni. Kalau tak percaya lihat video di bawah. Ini sangat serius.
Nampak gayanya mungkin aku akan repost entri-entri lama aku berkaitan hal pemikiran sempit terhadap Islam, kalau tak menulis yang baru.
Padan muka.
Mahu?
April 20, 2009
Superlatif: The Pink, Pinker and Pinkest
Terbukti bahawa pakaian-ku tidaklah variety dari segi warna. Kita cuma dapat lihat warna merah jambu, hitam dan putih sahaja.
.jpg)
Coming Soon
Dan Pinkest saya ialah Encik Stateskop yang bawa saya shopping.
April 18, 2009
Confessions of a Smart Shopaholic [Parental Guidance needed]
But malls are always there for me.
When it’s closed at 10pm I can run to the ‘uptown’.
Or downtown.
Guys have always had their way to make me feel bad about myself.
But shopping malls would never break my heart.
Malls are faithful.
Malls are reliable.
Malls make me feel pretty, at least for a day.
Malls always smell good.
Malls understand what I want. What I need.
They turn me on anytime.
Sigh.
I knew I can relate to the movie.
Oleh kerana aku tak pernah baca novelnya, aku tak tahu bahawa watak utamanya seorang penulis. Penulis majalah lanskap, pada awalnya.
Maka aku menonton dengan semangat membara untuk mendapat input yang berguna, on how to resist urges to shop for something I don’t need.
But my parents were not like Beth’s. As a kid, I remember having Kiko shirts and skirts, Esprit sweaters and Ladybird, erm, betul ka ada jenama Ladybird ni? And some Disney’s, don’t you forget that. Although it’s nothing next to Baby Prada (or is it Prada Junior? I speak no Prada, sorry) but at least they are labeled.
It dated back when I got my heart broken, and apparently retail therapy works wonder for my self esteem. Don’t get me wrong I don’t blame the guy.
I became obsessed with dresses- they had never fail to make me horny. And shoes, yeah, I can’t resist them. Especially the one with affordable price, being a student you know what I mean.
I thought a new dress would make me feel better. They did, indeed elevate my mood.
But I’m luckier than most of other shopaholic mommas out there as I’m not brand conscious. FOS, wholesales, rejected props I don’t mind provided it fits me well. As long as I feel good and look good in it.
The only problem is, aku semacam ada jodoh dengan baju cantik dan selesa tapi murah. Macam senang saja mahu jumpa. Trust me, my friends envy me coz they had never found one with fair price while I just happen to bump into a pretty summer dress at the price of RM20, and a long-sleeve glittery short dress at RM10.
Well, with those beautiful price tags on oh-so-comfortable dresses, even someone on a tight budget couldn’t resist.
So kalau kamu jumpa aku dan cakap
'Wah, cantik baju. Mana beli ni? Bundle belakang tu ke? Tunjuk ah kat aku,'
aku tak akan kecil hati kerana baju kat kedai belakang rumah Kak Asha memang cantik.
Yang penting, kau mesti tutup aurat.
If you give me this ‘Do I need this dress’ tips, it doesn’t really work for me anymore. It’s because my Kemahiran Hidup teacher had taught me this one when I was 14. It’s in the text book, for God’s sake! Aku ingat lagi, di mana kita kena bezakan mana satu kehendak, mana satu keperluan.
Teknik ini sudah sebati dalam diri, tapi akhirnya aku sedar yang aku kena pandai reward myself. Yang ini pula tips dari guru kaunseling waktu tingkatan 4. Maka aku cuba untuk imbangkan antara membeli keperluan sahaja, dan rewarding oneself.
Reward diri sendiri itu penting buat aku kerana ibubapa aku tidak mengamalkan sistem reward dalam bentuk hadiah mahupun pujian. Lantaklah aku dapat straight A’s dalam exam ke, mahupun menjadi johan pertandingan dan wakil negeri ke, convo ke, harilahir ke apa. Aku anggap mereka dah besarkan aku tu kira ok la, walaupun tu memang tanggungjawab mereka pun.
Lagipun bila aku sedih, aku perlu gembirakan hati sendiri. Dan, siapa lagi yang tahu apa yang aku suka selain diri sendiri.
Shopping malls were there to cheer me up. Again and again.
Yes, wearing new dresses or shoes always make me feel good- even when the heels are killing my feet.
Ada suatu hari tu, waktu studio, pensyarah aku suruh aku tukar project site 4 hari sebelum submission. Aku dalam keadaan bengang terus minta kebenaran keluar untuk pergi site baru itu (lecturer tu tak jawab, buat muka je. Aku keluar je lah).
Dalam perjalanan pulang lepas site visit, aku singgah di sebuah kedai dan pulang ke studio dengan jaket baru. Yang lawaknya dalam bas aku terserempak dengan 2 orang studiofellas, aku tanya pergi mana? Jawabnya pergi pejabat apa ntah minta info tentang project bla bla...tapi masing-masing pegang plastik supermarket.
Aku pernah terfikir, kalau ada seorang perempuan yang aku tak suka dalam dunia ini, kalau aku membeli-belah bersamanya mungkin kami boleh berbaik-baik.
Erm, alamak. Tiba-tiba teringat seseorang pula. Tarik balik lah ayat tadi.
Hihi.
To be continued....
April 14, 2009
April 10, 2009
April 09, 2009
Confessions of a Shopaholic: Consultant
Kebiasaannya, kawan gay atau metroseksual menjadi sumber rujukan.
Kali ini, oleh kerana objektif utama ialah men'groom'kan Encik Stateskop, aku memilih lelaki metroseksual yang shopaholik kerana Encik Stateskop terlalu maskulin untuk mendapat faedah daripada perunding gay.
Bagaimana mahu mencari lelaki metroseksual dan shopaholik?Mudah sahaja.
Cari di kalangan blogger kerana blogger lelaki jenis ini akan mempamerkan harta terbaru mereka di blog mereka. Termasuk kereta.
Hah, jangan tak mengaku pula.
Oleh itu, melalui beberapa blog yang diteliti, pihak juri membuat keputusan bahawa pemenangnya adalah Encik Iqbal Rifasha.
Beliau mendapat markah lebih kerana berjaya mengalahkan aku dengan menyarungkan crocs merah jambu lebih awal daripada aku. Agak curious case la jugak kan?
Tahniah kita ucapkan.
Mahu tahu apa yang berlaku seterusnya?
Nantikan kemunculan NeEM di Suicide Park untuk kesudahan pengembaraan jalan-jalan cari pakaian baru untuk Encik Stateskop.
Terima kasih kepada Encik Rifasha kerana memberi tips yang berguna.
Jumpa lagi!
p/s: Damn, baby! Shouldn't I be studying for my exams now
?
April 06, 2009
Confessions of a Shopaholic: PROLOGUE (Baca:Prologuay)
As always.
Hipotesis: Shopping dengan lelaki jauh lebih best daripada shopping bersama perempuan.
Well, tipulah. Itu bukan hipotesis. Itu terbukti bagi aku.
Unless perempuan tu belanja aku.
Minggu ini bakal menjadi perunding imej untuk Encik Stateskop.
Me gonna make sure he'll be looking dazzling during his next major event.
Fret not, beliau ditaja sepenuhya.
By a woman.
Perempuan yang bukan aku. Yeay!
Shopping=horny
*Horny*
April 04, 2009
Universiti UMNO Malaysia _Yang selama ini dicari telah kutemui...
KUALA LUMPUR: Sebelum ini beliau pernah berucap empat kali di Perhimpunan Agung Umno, namun ucapannya semalam menyentap perasaan apabila menyatakan antara sebab golongan muda tidak menyokong kerajaan adalah hasutan secara halus pensyarah di pusat pengajian tinggi.
Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Katil, Melaka, Datuk Hasnoor Sdg Husin, berkata beliau bukan sengaja membuat dakwaan itu tetapi berdasarkan jawapan pelajar universiti di Melaka sendiri, hasil perjumpaan mereka baru-baru ini.
Hasnoor berkata, tidak susah menangani perkara itu daripada terus berleluasa, yakni pemimpin negara perlu menentukan pengurusan tertinggi universiti terdiri daripada orang Umno dan mereka yang sayangkan parti itu sepenuh hati.
“Pada saya bukan susah, tentukan rektornya orang Umno...tentukan dekan fakulti orang Umno, pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi seperti (Datuk Seri) Ibrahim Abu Shah di UiTM (Universiti Teknologi Mara).
Wah bernasnya cadangan. Genius, bak kata orang Kampung New Zealand.
Yeah, you do that. And tell me how it works.
...tentukan rektornya orang Umno...tentukan dekan fakulti orang Umno, pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi....
What are the qualifications required for someone to be Ketua Penerangan these days huh
?
April 02, 2009
April 9 teen 90 nine
Erm, ya, bergetar.
'NeEM, kenapa tak datang exam tadi? dah tak ambik subjek ni ke? Boleh tau kenapa?'
Aku panik seketika.
Ya Allah! Apa aku buat ni? Ada exam tapi aku pergi tengok wayang! Ya Allah!
Err...
'NeEM memang tak ambil subjek tu la, akak.'
Nasib baik aku tak freak out.
'Owh sori akak silap orang. Hihi malunye.'
'Akak nak aprilfoolkan saya ke?'
'Eh ha'ah la dah April. tak, ini bukan fool. ini betul tersilap.sori.'
Nasib baik memang tersilap.
***1999.
Sepuluh tahun dahulu, aku merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang bosan. Itu kerana orang macam aku memang tak sesuai berada di kelas top.
But life was not that bad, at least my bff was my deskmate.
I hate the rules most. Kad metrik adalah wajib tersemat terutama waktu perhimpunan. Dan perhimpunan tidak diadakan pada hari sama setiap minggu. Kadang-kadang pengumuman mengenai perhimpunan dibuat sehari sebelum, kadang-kadang 15 minit sebelum perhimpunan.
Kelas aku terletak di blok paling hadapan, di hadapan dataran perhimpunan. Betul-betul di sebelah podium. Memang tiada chance langsung untuk ponteng perhimpunan dan lepak dalam kelas sendiri.
Pada waktu malam, blok itu digunakan untuk penghuni Aspura prep. Atau tidur, sebenarnya. Atau tulis surat cinta dan tinggalkan di bawah meja si gadis pilihan.
31 Mac 1999.
"Maaf kerana mengganggu. Di sini terdapat satu pengumuman. Perhimpunan akan diadakan pada 7.45 pagi esok."
Petang itu aku stayback. I was tutoring math. Wow! I was a tutor girl rupa-rupanya. Matematik pulak tu! Bimboyangcerdiknya!
Waktu menghampiri 5pm. Kehujanan. Aku dan kawan-kawan yang berada di dalam kelas berlagak prososial, menurunkan bendera-bendera yang berkibar supaya tidak dilunturi hujan asid.
Kawan aku sudah simpan bendera-bendera. Aku masih di bawah tiang bendera, berangan-angan kut? Hujan tidak lebat.
Kemudian aku melangkah ke arah podium. Aku naik. Ibarat seorang Evita Peroni.
Eh? Ada sekeping kad metrik di atas pedestal itu.
Dibasahi bintik-bintik air hujan, tertulis APRIL FOOL di belakangnya.
Sweet and neat. Keesokan harinya, hari April Fool, pemilik kad metrik itu akan mendapat peluang naik ke pentas pada waktu perhimpunan.
Siapalah punya idea.
dan,
Siapalah mangsanya ni.
I decided to save him/her from the humiliation. Nobel, kan?
***
Oleh kerana aku merupakan pelajar lower form yang clumsy lagi pelupa, aku tempah lebih dari satu kad metrik. Lagipun aku risau tercampak ke dalam mesin basuh macam kawan-kawan aku selalu kena. Luckily, they don't have this strict policy on having only one student card.
So I keep the extra one under my desk. Of course, I took the precautious step of hiding it under my files and stuff.
***
Maka aku ambil kad metrik yang tertulis APRIL FOOL di atas pedestal itu dengan tujuan murni memulangkannya pada yang hak. And guess what, kad metrik itu sampai ke tangan pemiliknya dengan kadar yang teramat segera.
Motherchud! (Of course, this was 10 years before Slumdog)
Celaka budak Aspura mana nak kenakan aku ni?
***
On July 1st the same year, I found out who did it.
Doesn't matter anymore. I wonder where he is now. The Sk8er Boi.
It's 9 teen 90 nine, bebeh!
:)
p/s: anyone going to the pillow fight this Saturday
?

.jpg)
