May 30, 2009

Apa Lagi (Yang Kau Mahu) Dari Dia.

Kalau kau ingin tahu apa yang aku mahu sekarang ini.

Kalau kau bertanya apa yang aku mahu saat ini.

Setakat ini.

Aku mahu kekuatan.
Kekuatan untuk menghadapi hidup ini.

Kekuatan untuk tidak berpaling dari Dia tika aku kesesatan.
Kekuatan untuk menyenangkan hati orang yang aku sayang.

Aku mahu kekuatan untuk berhadapan dengan semuanya.

Aku mengemis secebis kekuatan dari kekuatanNya yang maha banyak.

Kerana aku sedang bersedia untuk berduka.
Atau sebenarnya aku sedang berduka. Bukan untuk hari ini.
Tapi aku berduka untuk hari esok.

Kerana esok dan seterusnya aku bakal berhadapan cabaran getir.

Walaupun aku sudah menempuhi pelbagai jenis kesedihan, aku rasa ia belum berakhir.
Garis di tapak tanganku masih banyak cabangnya. Yang halus-halus itu.



Dan kamu, wahai pembaca.
Kalau kamu bersama aku, tolong doakan aku. Tolong pinjamkan kekuatan doa kalian untuk aku.
Doakan aku tabah dan kuat untuk mengharungi entah apa pula yang datang pada aku esok hari.

Dengan kehendakNya, aku doakan kalian jua.


***

We ask God to grant us

The serenity to accept the things we can’t change,

The courage to change the things we can,

And

The wisdom to see the difference.


:)

May 29, 2009

[Pra-Manikam Kalbu] Ilusi Sedar Diri

“I think Dad wants us to pick up where he left off.
Saving people…”

“-hunting things.” Angah menyampuk.

“Yes, family business.” Along sudahkan ayat.

Si Bongsu yang sedari tadi diam terangguk-angguk membuka mulut.
”Speaking of hunting things, let’s go hunt some mice.”

“Yeah, I’m starving.”

Dan ketiga-tiga mereka berjalan lenggang lenggok keluar dari bawah tangga itu. Ekor melintuk liuk bagaikan api lilin ditiup angin. Misai putih mereka bagaikan radar yang diaktifkan. Telinga mereka tegak ke atas bagaikan, erm, macam biasa.

Dan,
Sewaktu mereka lalu di sebelah aku, Along mengenyit mata kanannya pada aku

manakala Angah berkata

”NeEM, you suck. You know that. You can’t write fictions.”

“He’s right, honey. You gotta end this story now.”
Si Bongsu ada hati mau back up abang dia.
Cis, siap kau kebulur lepas ni.




OK, OK.
Dah abis dah.

Tak nak tulis cerita dah.

May 28, 2009

MekPoyo is McChicken. In Spain it is. Tak tipu.

”Walaupun hasil kajian ini agak ’simple’ bagi seseorang, namun bagi saya inilah persembahan terbaik yang dapat saya hasilkan sebagai seorang pendatang baru di arena sekolah menengah.”

Sheeesh kebab!
I have no idea I was capable of coming up with that corny kind of sentence.


I still can’t believe I wrote this shit.

Aku jumpa ayat ni dalam Kerja Kursus(atau kerja khusus?) Sejarah Tempatan Tingkatan Satu aku. Ok, aku dapat 96%. Memang bagus.



Tapi perlu ke ayat pollo macam itu?

Gile pollo dan nerdy.





Tidak! Aku takmau tonton Battlestar Gallactica!

May 26, 2009

(Ada jugak yang) tanya sama NeEM?

Soalan:

maaf.. tumpang tanya.. saje nak mintak pendapat.. sebagai seorang wanita.. apa perasaan anda sekiranya kekasih atau tunang atau suami anda menuduh anda berlaku curang seperti anda ada mempunyai kekasih lain atau yang paling teruk dia menuduh anda tidur dengan lelaki lain. tapi tuduhan dia setakat itu saje, tidaklah dihebahkan sampai anda malu dengan orang lain kerana dia hanya menuduh di dalam 'sms' jer. kemudian dia meminta maaf dan mengaku bersalah.anda tahu dia sayangkan anda dan dia menuduh anda sebab cemburu.apakah keputusan anda?adakah anda memaafkan dia atau anda terus memutuskan hubungan anda sebagai kekasihnya atau tunangnya atau isterinya?


Jawapan:
I don’t think I’m a break up with him for this. But sure it hurts like hell.
And trust is the foundation of a relationship, you know that, girl. I would forgive him only for this one. This one time mistake.

Lelaki juga ada waktu ala-ala PMS dia yang mana lelaki boleh jadi lebih bitchy daripada kita.

If in the future he can’t find it in him to believe in me and still think I’m unfaithful(and a hoar), then it’s a goodbye. Do you see any point of spending your life with someone who thinks of you as a slut?

May 22, 2009

Dude, I’m old enough to be your kakak ipar. Hoh?

"Nak keluar tak? Sebenarnya orang nak temankan cousin orang jumpa kawan lelaki dia yang konon takde apa-apa tu, so orang pun perlukan teman jugak.”

Aku kata OK je. Aku fahamlah memang bosan kalau kau sorang-sorang je chaperon adik kau dating.
Lagipun aku dah lama tak jumpa Cik Muah, seronok juga dapat berbual.

Tapi bila kami sampai di tempat yang dijanjikan, oh wow, lelaki itu bawa lagi 3 orang kawan.
We were outnumbered.



Cik Muah duduk sebelah cousin dia Sue, aku duduk depan Cik Muah, sebelah one of the guys.
“Ok ke duk situ? Nak tukar tempat?” beberapa kali gak la mereka tanya dengan kadar berbisik yang cukup untuk didengari semua pihak.

Aku kata tak kisahlah.
“Given my status (taken) and my age (!) I don’t give a heck anymore.”
Aku sorang je perempuan tak available kat situ, maka aku rasa macam mahu protect Cik Muah memandangkan beliau pun tiada tanda-tanda berminat.
Maka aku dan Cik Muah berbual macam tak duduk semeja langsung dengan those guys. Tiba-tiba Cik Muah tergelak kerana dia dengar mamat-mamat tu teka umur dia 21.

“Do I look twenty one?” Seronot skali Cik Muah kita.
Aku angkat ibu jari.
”Yeah, baby. You look 21. And I’m TWENTY NINE!”

“Apa? 29?” Cik Muah tak faham.
“Yes, I’m TWENTY NINE!” Saja je aku sebut kuat-kuat.
”What do you mean you’re 29?”
Aku nak sepak kaki Cik Muah nak suruh dia berlakon tapi kaki tak sampai. Aku nak jegil mata kang nampak sangat.

Seketika lepas tu aku dengar Sue beritahu those guys
“Kak NeEM ni 4 tahun tua dari Sue.”
Cis. Kantoi. Takkan lah Sue cakap dia 25 kan?




Aku pun tak tahu kenapa aku nak berlagak tua. Mungkin sebab aku rasa those guys tak lebih dari 22 tahun. Kalau tengok gaya dan muka, memang la macam 25 tahun. Tapi bila bercakap, nampak sangat muda. Kalau aku takleh teka chronological age pun, mental age tu boleh lah.
Kalau nak bagi turn off, patutnya aku emphasis yang aku taken, bukan 29 kut. Haha…


Dan aku teruskan berbual tak hengat dunia dengan Cik Muah walaupun kadang-kadang terpaksa menjawab soalan-soalan those guys yang masih mahu cuba berkenalan.
Dalam hati aku fikir, sendiri mau ingatlah kan, kalau kami berminat mestilah kami pun cuba beramah tamah instead of buat hal sendiri. Tolonglah, perempuan zaman sekarang dah tak jual mahal kalau memang nak. Dunia nak kiamat. Lelaki makin sikit.

Lagipun, perempuan ni, kalau tak layan lelaki dikata sombong. Kalau layan pun dapat nama buruk juga. Daripada pangalaman aku, baik sombong dari awal.




Lepas mereka beredar, aku dengar Cik Muah dan Sue berkata
” Diorang asyik usha Kak NeEM ja...?”



Ok, next time I’ll be 32. And engaged.




Teringat pula budak junior yang nak berkenalan semester lepas.
Aku cakap aku budak tahun pertama pun dia percaya.

Dalam hati aku cuma kata,
”Boy, I’m like, 2 years older than you are. You’re lucky I’m not your lecturer.”


Aku tak tahu lah batch aku ni muka tak matang ke apa, tapi sehari sebelum pilihanraya kampus, aku dan kawan-kawan on the way mahu pergi menyendol (makan cendol) tiba-tiba kena tahan dengan sorang junior.
“Esok mengundi ye, dik. Wajib tau untuk student, wajib!”

Erk! Adik?

“Wei, kitorang lecturer la wei!” Bebet jawab bila budak tu dah jauh sikit.
Sebab aku sorang je yang bukan pensyarah di situ.

Nasib baik aku bukan pensyarah. Kalau tak mesti aku dah cakap depan muka budak tu tanpa niat untuk memalukan.




Pengajaran di sini, jangan suka-suka hati mengurat di kampus. Sekarang ni pensyarah muda-muda dan ranggi dan comel lote.

Macam Ryan!

Haha...


Update: Dude, I'm old enough to be your HOT SEXY kakak ipar
.

May 19, 2009

Maka sesungguhnya antara hari yang paling serabut dalam hidup wanita adalah....

...hari di mana malam sebelumnya beliau datang bulan ketika sedang tidur nyenyak.


Dan maka pagi itu bermulalah sesi gotong royong secara individu.

Direncahi dengan kejang otot dan cirit-birit.

Dan migrain.



I call it Catamenia Calamity
.

May 18, 2009

All In The Family: Persoalan Arnab Ajaib Yang Khunsa Lagi Songsang

No, I'm talking about THIS rabbit.


4 bulan lalu, dengan tidak disangka-sangka Vanilla melahirkan 5 ekor anak.
Siapa ayahnya, masih menjadi misteri.
Ok, sebenarnya takdela misteri sangat. Cuma kami tak tahu yang mana satu antara 2 jantan itu yang patut dipertanggungjawabkan.

Anyway, hanya 3 ekor anak arnab yang survive dalam dunia yang kejam dan dipenuhi arnab materialistik ini. My favorite, yang paling nakal iaitu Dodot meninggal keracunan kerana termakan plastik. Maka, marilah kita sokong kempen No Plastic Bag.

Vanilla dan anak-anaknya diasingkan di dalam sebuah kandang lain. Maka tinggallah jantan berdua itu di dalam kandang yang lama. Boring....betul.


Ya, sangkar. Tapi aku panggil kandang. Lebih matang bunyinya.


Tetapi sebulan yang lalu, setelah 3 bulan Vanilla menjadi ibu, beliau menjadi nenek pula. Ketiga-tiga anak beliau melahirkan anak serentak.
Tiba-tiba pagi itu ada ramai anak arnab la pulak. Tak cool betul. Anak menakan aku dah layak menerima sijil perbidanan arnab. Ini tidak adil!


Erm. Apa-apapun, mari kita fikirkan. Kalau kesemua anak Vanilla melahirkan anak, itu bermakna ketiga-tiga mereka betina. Maka siapakan gerangan tuan empunya kromosom Y?
Selain mereka bertiga, cuma Vanilla yakni ibu mereka yang tinggal sekandang dengan mereka.



Seolah-olah perkara itu belum cukup memeningkan kepala kami, pada petang hari yang sama, Vanilla pula melahirkan 7 ekor anak.

Hah?

Hampir 30 baby arnab kesemuanya lahir dalam satu hari.

Ada lagi yang ajaib.
Anak-anak Vanilla yang baru lahir kesemuanya tak panjang umur. Dan Vanilla makan semua jenazah itu sebelum sempat dikebumikan. Oleh kerana kita tahu arnab bukanlah karnivor, ibu aku berteori mungkin jenazah bayi arnab itu menjadi penawar dan ubat untuk ibu arnab yang baru bersalin. Whatever.


Ibu aku berlagak cool tapi esoknya membuat pengakuan bahawa malam semalam tak dapat tidur kerana memikirkan begaimana arnab-arnab betina 4 ekor itu boleh hamil.
Encik Arif kata ”Tak mahu fikir. Tak payah fikir kan senang.”

Itu ego seorang lelaki. Mesti kat ofis dia Google jawapan kan?

Aku pun cuba jugak Google. Inilah yang aku jumpa tentang arnab khunsa. Aaa apa, homoerotic? Eh? Hermaphrodite?

Maka keluarga aku meneruskan kehidupan macam biasa, macam tiada perkara ajaib berlaku.

Tapi akhir-akhir ini ada bunyi-bunyian pelik dari kandang si jantan 2 ekor itu.

Lor...ada yang suka sama sejenis rupa-rupanya. Maksud aku, yang seekor itu mahu kerjakan yang lagi seekor yang tak rela. Kerana kasihan pada yang nyaris jadi mangsa rogol itu, (dan mungkin kesian yang horni itu) Encik Arif pun alihkan si jantan queer itu duduk bersama Vanilla.


Tapi tak selesai juga masalah.

”The other way, stupid! Not only you tried to do it with the wrong partner, you are doing it the wrong way. That’s her head. The other way around, stupid!”

Aku pun tak tahu arnab tu faham English ke tak tapi bila aku tengok arnab gay itu sedang buat apa, aku fahamlah kenapa Encik Arif marah sangat sampai membebel.
I mean, apa si jantan tu cuba lakukan? Is he forcing her to….?

erm… never mind.

Blog ini untuk tontonan umum, apparently.

Dan bunyi-bunyian protes(atau sengsara) dari Vanilla itu menimbulkan rasa ingin tahu pada cucu-cucunya yang tinggal 9 ekor itu. Semua sibuk nak skodeng. Nasib baik dan hadang dengan papan. Baru umur sebulan sibuk hal arnab tua. Nakai, neh.

“Huh. Tak reti-reti. Penat dah ajar!” Encik Arif sambung membebel.



Wait, ‘penat dah ajar’? Ajar arnab tu? Ajar cara mengawan dengan betul?
Erm..ajar camne tu?


Kalau mintak tolong Wonderpets pun wajib itu akan menjadi episod terakhir mereka kerana masalah ini tak dapat diselesaikan walaupun dengan kerjasama yang serius.


Apa-apapun, aku cuma nak cakap...

TAK BOLEH KE KITA BELA HAIWAN YANG NORMAL, YANG TAK KHUNSA/HERMAFRODIT DAN TAK SONGSANG/HOMOEROTIK?



Sekian.
Don’t judge a person by his pets.

May 16, 2009

Siri Bercakap Dengan Lelaki (4)

(Episod 1-3 adalah di Suicide Park yang lama)

Dalam akhbar NST 3 minggu lalu, terdapat satu artikel tentang perempuan yang dress up(berhias/melawa) untuk perempuan lain.

Aku mengambil kesempatan itu untuk memberitahu lelaki-lelaki di luar sana, (terutama yang terlalu ego untuk mengaku bahawa kau tak faham perempuan langsung), perempuan dress up untuk beberapa sebab;

Untuk diri sendiri, untuk lelaki, untuk perempuan lain, sebab mak ajar dress up sejak kecik, untuk kerja, untuk jaga status dan lain-lain.


Noted, lelaki hanyalah salah satu dari faktor-faktor itu.

Dan kebanyakan perempuan dress up untuk perempuan lain. I’m not talking about lesbian. We girls want to look good and sexy in front of other girls.

Aku lah antara perempuan itu. Percaya atau tidak, teman lelaki aku sendiri pernah argue kenapa aku dress up bila keluar dengan orang lain tetapi tidak dengan beliau.
Memang kalau mahu jumpa perempuan aku bersiap lebih, mahu mekap juga kalau boleh. Kalau keluar dengan lelaki haram la aku nak melawa.

I don’t know, I guess I would want to impress other women with my look…but I wouldn’t want the same effect on guys. My girlfriends know me well enough they don’t need to be charmed by my personality.

Or maybe I don’t dress up for guys because I know most of them are rupalistik.

Most of them, not all of them. Aku kenal juga beberapa yang jenis tak rupalistik, dan percayalah lelaki begini yang aku kenal semuanya baik hati dan calon suami sejati.




If you are not one of them why bother? Can’t accept the fact that your brothers are chauvinist pigs, unlike you?
Pandang sekeliling, bro. Kau pergi tempat orang dating. Beritahu aku berapa banyak pasangan yang terdiri dari lelaki buruk dan perempuan cun? Dan berapa banyak pasangan lelaki hensem dan perempuan plain.

Lagi kau taknak mengaku lelaki lebih rupalistik berbanding perempuan?

What’s wrong with being rupalistik then, sampai kau tak nak mengaku? Memang kita suka keindahan kan? Siapa tak suka benda cantik?
What’s wrong is when you take it to the level yang dipengaruhi halo effect dan positive illusion. Contohnya di sekolah BFF aku, lelaki akan undi perempuan cantik untuk satu-satu jawatan kerana mereka kata “Perempuan lawa sedap dipandang dan lebih rajin buat kerja.” Nasib baik aku takde kat situ, kalau tak confirm aku akan bertindak di luar batasan.

What’s wrong is when kau cuma mahu berkawan dengan perempuan cantik. Atau kau cuma mahu tegur seorang perempuan plain itu untuk berkenalan dengan kawannya yang cantik.

Perempuan pun suka lelaki hensem. Ada juga yang rupalistik. Aku berkawan dengan orang hensem je sebab kawan aku semua hensem. So what? Tapi perempuan lebih memandang pada karisma, status, leadership dan ehem, ka-ching.

Fair enough, lelaki rupalistik, perempuan materialistik.
Dah.




Anyway, percayalah kebanyakan perempuan berhias untuk perempuan lain. Buktinya, perempuan melawa juga untuk pergi Bachelorette Party atau Pyjama Party.
Di asrama perempuan, di tempat yang tiada lelaki, ramai yang berhias juga. Dan aku tak akan pergi bilik kawan dengan rambut tak bersikat. Di bilik pun kami mahu pakai klip rambut yang sesuai dengan warna baju. Aku sentiasa pakai anting-anting. Ramai je perempuan belum berkahwin yang beli lingerie cantik-cantik. Untuk diri sendiri juga.

Ramai juga kawan perempuan aku yang komplen, bila pakai mekap, teman lelaki cakap ”Tak apa, tak mekap pun saya dah suka dah.”
Well, nak termuntah juga aku dengar cerita perasan macam ni berulang kali. Purpose wanita diciptakan Tuhan untuk jadi entertainment lelaki ke? Berhias pun untuk lelaki saja ke? It wouldn’t be fair for the visual impaired, right?

Wanita memang suka berhias. Tak perlulah ada lelaki baru nak melawa.
Kalau tak, mestilah ustazah-ustazah yang dah berkahwin semua selekeh mangai bila di belakang suami sebab mereka berhias untuk suami sahaja.





Kesimpulannya, aku buat ayat sopan sikit ya, tolonglah jangan perasan yang perempuan melawa dan menyeksi itu semata-mata untuk lelaki. Bersyukur je lah dengan nikmat mata yang Tuhan bagi. Yang pasti tujuan hidup aku bukan untuk memuaskan nafsu lelaki.


I’m not here for your entertainment,
You don’t really wanna mess with me tonight…

May 15, 2009

I’m sorry but I thought Star Trek is for nerds…

Dan kalau bukan nerds pun, untuk orang-orang pertengahan umur.
I mean, zaman mereka mana ada X-Men. Zaman remaja mereka tidak dihiasi Halle Berry dan Hugh Jackman.


Ada ke orang sebaya aku yang minat Star Trek, yang bukan nerd?

Granted. Aku lebih rela temankan sesiapa menonton Wolverine untuk kali ketiga daripada menonton Star Trek. Jujur.

And I hope there would be no Battlestar Gallactica The Movie.


Kalau berani tonton la episod Futurama ini yang ini. Musim ke 4. Episod 12.


Futurama - Where No Fan Has Gone Before (Season 4 Episode 12) at LocateTV.com

May 14, 2009

Siri Eksploitasi Anatomi Lelaki Simpanan a.k.a. Confessions of a Shopaholic's Boyfriend

Gol: Memastikan Encik Stateskop kelihatan bergaya dan suave untuk functions.

Objektif: Make over Encik Stateskop.

Konsep:Semi formal dan smart casual.

Strategi:

1)Beli pakaian dan kasut baru untuk Encik Stateskop.

2)Menerbitkan ilusi supaya Encik Stateskop nampak tinggi.

Jangan risau, beliau bukanlah katik sangat pun. Cumanya potongan badan terutama bahu yang lebar itu membuatkan beliau nampak kurang tinggi. Ramai yang menyangkakan NeEM lebih tinggi, termasuk ibu beliau sendiri. Sebenarnya, aku cuma 160cm tetapi bahu kecil dan tubuh yang lean memang memberi ilusi optik. Yes, cutting dan figure itu penting.

Namun hakikatnya, Encik Stateskop masih memiliki lebih inci berbanding aku.

Kalau kami bergambar dalam posisi berdiri, memang beliau kenyang perut suka hati- kerana aku kelihatan tinggi tapi beliau lebih tinggi. Maka, beliau nampak tinggi.





So here's the result. Feast your eyes, bebeh.



Semua ini tak sampai RM1k pun.

(Kata orang lain: Perempuan, kau cakap senanglah bukan guna duit kau)









Saja ja nak jamu mata. Err..Farizzet, kamu straight bukan?




Pada mulanya, kami berkenan yang ini. Encik Stateskop kata "oklah, kasut dah jumpa, confirm ambil yang tadi." Habis ja ayat tu tiba-tiba dia belok kanan dan masuk kedai kasut lain...



..terus dia sambar yang ini. Lee Cooper. Lebih sesuai dengan jeans.




Seluar dan vest, Matsuda. Tali leher, sumbangan ikhlas dari NeEM.




Setakat heels Esarli Rm59.90 aku ni tak usah la nak lawan Lee Cooper itu.



Bila tengok gambar ni menyesal pula tak beli jeans untuk diri sendiri juga.





Tapi tak apalah, untuk kali ini aku dapat sesuatu! *wink wink*










Erm, rasanya setiap kali aku jumpa Encik Stateskop aku beli baju baru.





Kau bayangkan, mampukah seorang shopaholik macam aku temankan orang shopping tapi tak beli apa-apa?











Harga sepasang kasut Encik Stateskop sudah cukup untuk belikan aku 5 pasang Esarli atau Crocodile, atau 3 pasang Nose, atau 2 pasang Alain Delon.

Harga sehelai vest Encik Stateskop sudah memadai untuk beli 2 helai kemeja aku lengkap dengan vest.

Harga sehelai seluar Encik Stateskop sudah memadai untuk beli 3 swimming suit aku.


Tak hairan lah setelah setahun lebih kami membeli belah, baru sekali kami shopping pakaian beliau sedangkan selama ini beliau asyik beli pakaian dan kasut untuk aku.

Tak hairanlah kalau beliau cuma ada 2 pasang kasut tapi aku ada 12 pasang.
Ok tipu. Aku ada lebih lagi. Perempuan lain pun macam tu sebab kasut kami murah.



Seronotnya!











Anyway, thanks a lot, Pumpkin.
Nice to see ya in those new wardrobes!










Uiks uiks.










*Foto oleh Anoneemus™.











May 12, 2009

Mrs Kildong

Tahniah kepada Encik Kildong yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada minggu lepas.


Baru tengok gambar tadi. Sungguh cantik dan hensem mereka berdua.


Erm.


Kena panggil Mama Kildong ke?



(For the first time hari ini baru aku rasa nak kahwin. Junior-junior aku dah beranak pinak! haha...)

Tanned

Sekarang ini pukul 9 pagi dan 6 petang pun sama panasnya macam pukul 12 tengahari.

Dan kolam renang di sini tidak dibuka pada waktu malam.




Next time we meet, jangan tanya kenapa aku dah convert jadi gelap macam Victoria Beckham

.

May 11, 2009

Selsema Arnab [excuse the error, please]

I’m back.

Maka keluarlah Si Anoneemus™ dari tempat persembunyiannya selama seminggu itu.

Kembali ke Bumi.

Kembali ke Malaysia.

Kembali ke Blogosfera.

I was so sick last week that I quarantined myself with supplies of Gardenia Butterscotch leftover, biscuits, a lot of chocolates, a toilet roll, books and a bottle of peach beer in the absence of bottle opener.

Kemaskini: Botol beer tu masih tak dapat dibuka sehingga sekarang.

Dan, lain kali aku mahu dikuarantin di tempat yang ada akses internet.

ThankGod for the technology of text messaging for I’d lost my voice over the week.

Apa yang berlaku?

Aku pun tak pasti.

Yang aku ingat aku lupa mahu salam dengan ibu waktu keluar dari rumah kerana anak menakan aku muntah di dapur.

Yang aku ingat hari yang sama aku tonton Wolverine.

Yang aku ingat pukul 9.30 pagi 6 haribulan aku berada di MATRADE, cari parking.

Pukul 5.45 petang hari yang sama aku masih di MIHAS. Maknanya 8 jam aku berjalan sambil makan/minum sampel.

Oh ya, pukul 3 pagi aku terjaga tanpa sebab dan tak mengantuk langsung. Terkebil-kebil kehairanan. Kemudian baru aku ingat, kali terakhir aku terjaga begini keesokannya aku pengsan di stesen LRT.

Few years back, being a design student, aku paling ngeri untuk jatuh sakit. Kalau kau sakit, kau tak dapat siapkan projek dan kalau tak siap akan gagal subjek studio. Maka secara tak sedar, segala pening sakit demam tak dihiraukan. Yang penting, kerja kena siap. Oleh itu, aku dah tak sensitif pada perubahan suhu badan. Aku tak sedar kalau aku demam. Tu yang pengsan kat LRT, dah demam lagi mau berjalan-jalan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku sediakan termometer untuk diri sendiri. Once in a while, aku kena ambil suhu badan sendiri. Suhu badan normal aku 37.5-38° Celcius. Nak dapat MC bila-bila pun boleh. Waktu sekolah selalu kelentong.

Back to the story, aku pun suspek yang aku demam. Yang peliknya, aku rasa dahi dan leher aku sejuk je. Tak panas langsung. Tapi aku guna juga termometer.

Aik? Penanda aras suhu tu tak berhenti pun. Bila dah sampai 40.5° menuju ke 41° Celcius aku mengalah. Gila apa taknak berhenti? Dah lebih dari 38 tu demam lah.

Rupa-rupanya tangan aku pun panas, patut pun tak rasa dahi aku panas. Heh.

Esoknya aku mintak Angah Kildong bawa aku pergi klinik. Skali suami dia ada daa...segan aih dua-dua teman aku macam bawa anak.

4 hari aku tak makan nasi dan berlingkar atas katil je. Lemah semacam. Tak pening pulak tu asyik tidur je. Tak pulak gastrik walau tak makan.

Kenyang makan ubat ja. Mau taknya ada 10 jenis.

Tu lah, bila demam asyik tahan-tahankan. Buat-buat sihat, mindsetting.

Skali datang yang ni tak boleh tahan punya dah.

Sudahnya seminggu aku kencing bau antibiotik. Nasib baik dah abis dah.

Pengajaran yang aku dapat ialah,

1) Bak kata doktor aku, skang ni bukan zaman final project lagi. Dah tak payah tahan-tahan sakit tu.

2) Badan aku tak sekuat minda. Minda tak boleh seksa badan aku kalau penat.

Oklah, aku nak tukar cadar. Aku waktu demam berpeluh sakan, kepanasan.

Aku bukan jenis yang menggigil dalam selimut kalau demam. Lagi mau bukak baju ada la. Kalau tak batuk dan selsema dah lama aku buat.

Serius, bila aku demam panas, aku kepanasan.



[Bongok betul. Aku guna IE tak jadi, Firefox pun tak jadi. Spacing semua lari.
Sorry ]

May 04, 2009

Apa kaitan antara kucing dan kedai hardware?

OK, hardware dalam bahasa Melayu apa?

***

Aku mula menonton rancangan realiti tv sewaktu zaman Survivor dan Fear Factor. Tapi aku bukanlah pengikut yang bertaqwa.

OIAM pun aku follow musim pertama sahaja.
Lagipun musim lain mana ada Faizal Tahir. Aww..

AF musim ke berapa ntah yang ada Loter tu aku tonton sebab temankan Cik Namet.


Tapi aku tonton pun macam takde perasaan. Aku hairan gak apakah Akademi AlQuran pun mau nangis-nangis bila terkeluar.



Tapi minggu ini kali pertama aku tonton realiti tv dan hampir menitiskan air mata.

Aku tengok Meow! Belai Si Manja dengan Friskies.
Tau pulak aku sedih tengok orang berpisah dengan kucing.

Hairan dengan diri sendiri.


***

Kedai hardware TUKUL yang berkonsep moden dan women friendly cawangan terbaru telah dirasmikan. Kedai ini hakmilik bumiputra Muslim yang berpandangan jauh. Sudah sekian lama kita tabur duit pada ACE hardware, boleh bertukar arah kepada TUKUL.


Check it out here.

Siap ada sudut untuk kanak-kanak lagi.

Nice, I loike!


Kalau pergi sana, cakap sama abang Zaidi tu NeEM yang promote.

Confirm dia tak kenal NeEM tu sapa.

Hihi.

May 02, 2009

S dan M. (XL takde ke?)

Aku rasa sudah menjadi pengetahuan am, kita akan suka sesuatu atau seseorang itu berlebih-lebihan pada mulanya, dan secara gradual perasaan suka itu akan menyusut sejajar dengan peredaran masa.

Contohnya, seperti manusia yang bercinta bagai nak rak tapi selepas berkahwin sudah hambar. Makin tua, makin hambar. Bukan macam Ustazah Semanis Kurma TV9 tu dengan Bang Aji beliau.
Abang Haji, bukan Ajie Ngateman.


Seperti aku yang dulu suka sangat makan nugget ayam waktu kecil. Sekarang sudah muak.

Seperti dulu aku gila main Virtual Villagers. Dah dapat berbelas Totem, sudah jemu jua.

Dulu aku tak pernah jemu menonton Cruel Intention. Sudah meningkat dewasa, sudah kurang syahwat.

Seperti aku dulu sangat suka pakai baju biru, sudah lama bosan jua.

Tapi ada satu perkara dalam hidup aku yang aku belum bosan. Bukan setakat tak bosan, malah benda ini still amazes me. Aku masih kagum dan teruja sampai sekarang, selepas 10 tahun.

Aku menaip ini sambil menonton konsert S&M Metallica.

Itu lah bendanya.


Selepas 10 tahun, aku masih tabik sama mereka di atas kejayaan konsert ini.


Kemantapan suara Hetfield macam dalam studio(malah lebih best). Sungguh bertenaga lelaki tua itu.

Sistem bunyi yang berjaya mengimbangi antara suara, band dan orkestra. Memang tak sia-sia keringat Hammet dan Ulrich, tak tenggelam langsung hasil gerak tangan mereka.


Pencahayaan, videografi, koreografi, semuanya bagus.


Yang aku tonton ini merupakan VCD pemberian abang aku pada tahun 2000. VCD, ya. Zaman itu kami belum beli DVD.

Sekarang kamu semua boleh donlot saja. Tapi aku masih sayang VCD ini.

VCD yang sudah calar balar tapi tinggi heavymetal value.
Bapak aku pun layan VCD ni tau!

Tapi itulah, sudah rosak. Tak boleh copy.

Nasib baik Encik Stateskop pun menggemari. Yeay!
Boleh kongsi belikan DVD original.


Warkah Gatal Buat Tomok (Saja ja nak tumpang publisiti)

Dear Tomok,

Awak tau tak, dulu kan, waktu kita tingkatan 2, tingkatan 3, kita tak minat New Boyz. Kawan-kawan kita, terutama classmate tingkatan 4 semua tak suka New Boyz. Tapi kita kenal vokalis dia nama Tomok. Time form 4 tu memang kitorang sekelas macam pelik sebab semua tak minat Siti Nurhaliza dan New Boyz. Yang lagi pelik, ada pulak mamat nama Aizuddin taruk gambar awak kat meja dia.


Satu hari tu kan, kawan kita Iffah (dia pengawas tau) rampas surat cinta budak form 2. Lepas tu, sebab kita budak nakal kan, kita baca surat-surat tu! Hehe...surat-surat tu semua untuk awak, tapi tak sempat pos la. Pengawas dah rampas. Sekolah tu memang suka masuk campur hal peribadi, tak boleh salahkan pengawas. (Kan, Syara kan?)

Kita gelak terkekek-kekek tau baca surat tu. Antara baris-baris ayat budak junior tu tulis yang kita takleh lupa ialah 'Erm, rasa tak best la saya panggil abang ni Tomok. Saya panggil Shah la ya. Abang Shah sihat?' Wahahaha...

Maaflah, dulu kita memang nakal. Sekarang lagi nakal.

Lepas tu waktu kita masuk pertandingan Choral Speaking peringkat kebangsaan, kita jumpa awak. Awak ingat tak dulu awak buat persembahan selingan sementara tunggu keputusan tu? Awak dengan budak-budak Cheras lah waktu tu. Sampai sekarang kita takleh lupa sebab awak lupa lirik. Hihi.. Waktu tu awak kena nyanyi lagu kumpulan Senario yang jeling-menjeling tu.

Junior kita time tu semua syok betul dapat jumpa awak. Memang awak hotlah di kalangan mereka. Maklumlah, budak sekolah kita tak ramai yang comel. Kalau ada pun budak perempuan batch saya dah kebas dulu...kata semua comel macam saya.


Lepas habis sekolah kita masuk matrikulasi kita kenal Kak Eiwa tau. Alah, Kak Eiwa tu sepupu awak, yang kahwin tahun lepas tu. Dia lah yang beritahu kita. Dia cakap awak comel dan baik.
Saya percaya.


Lepas tu saya dah tak dengar apa-apa pasal awak sehinggalah tahun ini. Angah Kildong beria nak tengok awak dalam OIAM tu. Saya diam aja. Dia ada cakap awak menangis kena komen kaw-kaw. Saya tak hairan. Faizal Tahir dulu menangis juga, tengok sekarang sudah berjaya. Dari tangisan ikhlas awak tu saya nampak ada kesungguhan dalam diri awak maka saya yakin awak boleh berjaya. (Ayat gebang tak hengat).

Oklah, tahniah saya ucapkan. Sebenarnya saya tak tahu apa-apa tentang OIAM musim ini. Saya cuma baca blog kawan-kawan saya.

Awak patut ucap terima kasih pada mereka kerana memberi sokongan padu di belakang awak.


Sekian,
Anoneemus™