[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
June 30, 2009
I don't blame you if you love me, I won't blame you if you give up on me.
Aku beritahu dia, kebanyakan lelaki suka aku kerana mereka sangka aku budak baik lepas tu turn off bila dah kenal aku. Kalau sempat turnoff, nasib baiklah.
Tapi kalau yang love at first sight, tak sempat berkawan sudah ada perasaan. Kalau dah suka, aku buat apa pun nampak OK je kan? Kecuali bila aku date orang lain.
Tapi mereka tak kisah, coz they see what they want to see.
Padahal setakat tengok aku dari jauh dengan berpakaian sopan sebab ikut dress code nak pergi kelas apa lah sangat.
Belum lagi tengok aku mengamuk suatu malam dalam studio sebab ada kakak-kakak yang makan dekat meja aku tak kemas balik. Siap ada air soya tumpah tak lap.
Belum lagi tengok aku serabut tak mandi tak tukar baju 2 hari sebab tak siap kerja. Lepas tu menangis sebab penat. Kak Liza pun tak larat nak pujuk.
Belum lagi tengok aku melalak lagu Faizal Tahir sepenuh hati.
So aku beritahu Encik Stateskop supaya kalau dia rasa aku bukan orang yang dia mahukan, masih ada masa. Masa untuk aku dan masa untuk dia. Tapi aku tak cakap terus terang sebegini lah. Aku tak ada perut untuk beritahu dia yang sebenarnya aku juga mahu dia bersama dengan perempuan yang seperti dia mahu (walaupun dia akan cakap akulah yang dia mahu).
Perempuan baik.
Yang tak buat hal.
Yang tak emosi.
Yang independent.
Yang kuat.
Yang tak pandai kecil hati.
Yang tak tahu bermasam muka.
Yang sentiasa senyum.
Yang pandai sembunyikan perasaan.
Aku tulis ni pun macam tak ikhlas sebab aku tak tahu wujud kah perempuan yang tak pandai kecil hati dan bermasam muka dengan orang tersayang.
The truth is by being myself I always make him feel miserable.
Mungkin la dia cakap itu tak ada apa-apa. Tapi dia bukan Wolverine.
Kalau dia Wolverine, he won't be able to talk about how I hurt him with what I say.
Kalau dia Wolverine dia tak akan ungkit cerita lama waktu dia marah.
Sebenarnya niat asal entri ini adalah untuk menyedarkan manusia yang sedang memendam rasa kerana aku.
Aku bukan bad girl yang mahukan bad boy dan tak mahu good guy.
Aku bukan bad girl yang mahu bad boy supaya aku jadi lagi teruk.
Aku bad girl yang mahu orang terima aku seadanya dan buat aku jadi better. Bukan orang yang sangka aku budak baik kemudian kecewa bila dah kenal siapa aku.
At least my current boyfriend is a good guy.
Kamu cakap kamu kecewa aku boleh bertukar boyfriend tapi tak beri kau peluang.
Oh, bukan setakat itu, ok? I dated some others in between the relationships.
Aku hairan kamu tak pernah terus terang dengan aku, tapi marah aku tak kasi peluang.
Kamu nak marah, marah lah.
Kamu cakap aku pretend to be innocent, kamu bacalah blog ni. Tak innocent langsung.
Tapi aku innocent bab aku tak enjoy making people depressed.
Dan mungkin kau patut tanya Encik Stateskop best sangat ke dapat keluar dengan aku? aku dah banyak kali buat dia serabut. Bukan aku sengaja, tapi aku memang ada masalah emotional dependence. Dan aku sangat degil. Itu salah aku.
Kamu patut bersyukur sebab tak dapat aku.
Jangan marah boyfriend aku, dia tak bersalah - unless dia bomohkan aku lah.
Now that you see my true colors kau kena bersyukur. I think you're pretty angry with yourself. Kamu marah kerana hati kamu suka pada perempuan macam aku sedangkan akal kamu sudah nampak I'm not good enough. Mungkin juga kamu marah kerana aku date orang-orang yang kamu kenal.
Lain orang, lain cara untuk heal. Lain juga tempoh masa yang diperlukan.
Kalau dengan membenci aku it helps, then be my guest.
My dear boyfriend pun sama, if you think you can't put up with me anymore, I won't blame you. I know I've got issues.
Oh wow. Sudah cacamarba. Pandai-pandailah extract mana satu untuk boyfriend, mana satu untuk the other guy.
Hati aku serabut dengan orang lain, moral conscience aku serabut dengan orang lain. Akal aku serabut dengan hal keluarga.
[Ini sekadar luahan perasaan. Belum tentu orang yang dimaksudkan membaca blog ini. Jangan memandai-mandai suspek sesiapa]
June 27, 2009
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak posting malas dipadam
Aku baru tersedar. Entri aku di bawah akan menduduki carta tertinggi di enjin carian tatkala sang pervert kebangsaan menjalani kewajipannya.
Ya, sehingga sekarang, keywords yang membawa pengguna enjin carian ke sini adalah seperti
'bersaiz D', 'payudara', 'artis seksi' dan yang seperiuk dengannya aku dilarang tulis di sini kerana blog ini bersifat Umum.
Mujurlah aku sebagai SEO writer tegar telah arif lagi arifin tentang statistik sebegini.
Kamu, yang tak biasa, sila bertenang.
Pisang dan Aku
Tadi, aku ke Puchong.
Malam ini aku tersedar, salah satu sebab aku sengal bab mahu ingat route (selain aku memang suck in navigation) ialah bila aku pergi mana-mana aku tidak fokus kepada kaitan antara landmarks. Aku leka membaca segala jenis billboard dan banner dan banting.
Tiba-tiba ada satu iklan yang ditampal pada tiang lampu menarik perhatian. Latar belakangnya hitam, dan terdapat gambar pisang yang amat menarik kekuningannya.
Sila ambil perhatian, aku tiada fetish terhadap pisang. Cumanya aku tertarik dengan warna terang yang berlatarbelakangkan hitam.
Oleh kerana aku rabun jauh, dengan sekilas pandang adalah mustahil untuk aku mengetahui dengan lebih lanjut tentang iklan pisang itu.
Menarik bukan? Orang jual pisang tampal poster seperti itu pada tiang lampu.
Bila hampir, aku baca tulisan di atas imej pisang itu 'iluvbanana.com' or something like that.
Bila lagi hampir, aku baca tulisan di bawahnya pula.
'+SAIZ, KERAS, TAHAN LAMA'
Bongok punya iklan.
June 24, 2009
IJN dan Selsema Babi
Ini adalah usaha dari pengusaha ladang ternakan babi dan para pengimport daging babi untuk membuat kita lupa bahawa virus ini bermutasi dan dibawa dari babi.
Khinzir.
Swine.
Hog.
Pig.
Boar.
Sama aja kan?
Aku rasa salah satu sebab wabak ni susah nak dibendung ialah pesakit-pesakit yang mempunyai simptom tidak diasingkan sebelum mendapatkan rawatan. Maksud aku, kalau kau selsema, kau pergi klinik dan di klinik itu kau duduk di bilik menunggu yang sama juga dengan orang lain. Lagipun, sebagai pengidap, sebelum kau tunjukkan simptom-simptom lagi kau sudah mampu menjangkiti orang lain.
Anyway, sebelum masuk ke bangunan IJN, setiap pelawat dimestikan sanitize tangan dengan sanitizer terlebih dahulu. Aku tak buat pun. Aku pun tak tahu macamana aku boleh lepas.
Kata mereka itu adalah langkah mencegah virus Selsema Babi dari merebak.
Owh well I am skeptical.
Di pintu yang bertulis untuk kakitangan sahaja pun aku main terjah aje. Senyumkan sebuah senyuman lemak manis dengan konfiden pada abang guard dan bila dia buka pintu ucap terima kasih dengan lemah lembut. Sebelum beliau sempat bertanya apa-apa, aku dah berjalan pantas menuju katil Abah.
Dan waktu melawat belum pun bermula. Heh.
Oh ya, bersempena dengan sambutan pencegahan Selsema Babi di seluruh negara, Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan untuk semua hospital agar waktu melawat hanya berlaku sekali sehari iaitu dari 4-8pm. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk, dan hanya 2 orang dewasa dibenarkan melawat seorang pesakit serentak.
Yeah, right.
Keluarga aku semua main terjah macam aku.
Memang pesakit lain cuma menerima 2 pelawat, tetapi sekeliling katil Abah ada 15 orang ahli keluarga. Mana tak bising.
Kalau Encik Stateskop ada mesti lagi kecoh. Cis.
Makcik India tu dah bising sebab anak dia tak datang-datang. Abang aku jugak yang tolong jaga dia. Siap dia tanya abang aku, "You India ke Malay?"
He gets that a lot. Haha...
Hidung mancung dengan bulu mata lentik tu memang tak boleh blah.
Ok, just in case you're wondering.... I don't resemble him.
and we're not related to Abang Chombie.
Hik hik
.
June 22, 2009
I’m trying to be strong, to not to lose it so help me God.
Jam 2.45 petang.
Aku berada di kantin. Tunggu dijemput pulang dari sekolah.
Kadang-kadang lewat juga Abah tiba. Kadang-kadang ada mesyuarat, ada consultation dengan pelajar.
Kemudian aku perasan ada sebuah kereta yang tidak familiar di sekolah, tetapi familiar pada aku. Aku galas beg sekolah, dan sambil tertanya-tanya mendekatinya.
Aku ketuk cermin tingkap.
Cermin diturunkan.
"Hey, what’s up?” aku tanya. "Whatcha doin' here?"
“Abah tak boleh jemput. Ada hal. Hop in.”
Jawab lelaki dalam kereta itu.
Aku masuk. Tak sedap hati. Tapi tak tahu kenapa.
Abah bukan pensyarah yang sibuk ke hulu ke hilir. Dia tak suka menyibukkan diri.
Selepas kereta meninggalkan kawasan sekolah, kira-kira 2 minit kemudian barulah pak menakan aku tu beritahu, ”Abah kat hospital, dia tak sihat.”
Aku rasa sesak nafas. Jantung macam terlompat-lompat.
“He’s had a heart attack.”
Malam itu kakak aku cerita, Abah kena serangan seelok tiba di rumah.
Lega juga aku dengar. Lebih baik daripada kena serangan jantung waktu memandu.
Tapi waktu tu di rumah semua orang lain tak tahu memandu. First aid skill, I doubt it.
Sementara tunggu ambulans, mereka cuma mampu menangis. Si kembar yang umur 4 tahun pun menangis tengok Abah sakit.
Luckily, it was not THAT bad.
Abah berada di wad tak sampai seminggu.
***
Dan minggu ini, Jun 2009, kami semua menyambut Hari Bapa dengan berita Abah dimasukkan ke hospital.
Sekarang sedang dipindahkan ke Institut Jantung Negara.
Dan aku asyik teringatkan Mike waktu ayah beliau di IJN. But I don’t have a doctor in my family. Luckily, bekas pelajar Abah yang mengendalikan kes ini.
I try not to fret for as long as he’s in a hospital with good facilities, he’s in good care.
But he’s the one who’s fretting.
Abang aku kata ‘Abah asyik risau apa akan jadi bila dia dah tiba masa.’
I think I could understand, considering my family condition.
Mom is a housewife, brother is a widower, I don’t have a permanent job, my sister is not well, and my other sister is….single.
Another story.
Yeah, he worries sick.
I’m not sure what I can do to make him feel better, to stop worrying.
Kahwin? Cari kerja gomen?
My parents have been so overprotective that I’m scared of the world. I’m scared of being out of the house alone. Crossing a busy road can be a major stressful event to me.
Do you have any idea how scared I am to know that my dad is ill and fretting?
Dan sekarang aku risau apa yang dia risau.
Walaupun kau akan lihat aku macam biasa. Berlucu, berbising, berbitchy.
Dalam hati aku siapa tahu.
Dan, seperti yang aku tulis dalam entri ini, aku perlu kekuatan.
Bersarikan keberanian.
Again, please pray for me and my family.
…the serenity to accept the things we cannot change,
The courage to change the things we can,
And the wisdom to know the difference
.
June 19, 2009
Circus Chablie, 92 Tank dan Ice Climber.
***
Kat depan aku ada seorang lelaki.
Beliau sedang makan Bakso.
(sooo Javanese...)
"Tulis lah blog! Tulislah.
Tulislah pasal saya. Bukan selalu dapat buat entri masa saya ada ni."
Ya, itu lah serba sedikit tentang beliau.
My die hard fan.
Sekian. Kasih diterima.
June 17, 2009
Sarah, orang sebaya kita memang ramai yang baca Tidurlah Intan tu...
Lupa pulak aku nak tanya, untuk yang main Super Contra, korang main guna peluru apa?
Aku guna Shote. Heheh. Up 30 dengan peluru Shote, memang lah boleh tewaskan makhluk asing dan naik helikopter. Aku lupa dah apa nama hero dia.
Berbalik pada isu buku zaman kanak-kanak, aku memang salute sama itu Tidurlah Intan punya buku.
Oh, bahasa apakah yang aku guna ni seperti tidak membaca buku pun?
Bagi aku koleksi Tidurlah Intan (aku pun tak pasti ada berapa) adalah koleksi must have. Kiranya kalau kat UK macam buku Neil Geiman lah kan.
Rugi kalau tak baca masa kecil sebab waktu tu kita masih percaya pada cerita fantasi. Owh well, macamlah sekarang ni kita tak percaya kut?
NeEM ni sweet kan?
Dulu kamu suka baca siri penyiasatan? Aku tak tahu kenapa aku baca. Mungkin kerana senang nak dapat. Nancy Drew, Enid Blyton, Hardy Boys.
Siri penyiasat kanak-kanak tempatan pun ada, tapi aku rasa tak boleh nak relate. Mungkin kerana gaya hidup Malaysia ni macam kurang sesuai untuk jadi penyiasat yang ada tempat mesyuarat rahsia, guna password, boleh sneak out waktu malam.
Dan aku masih ingat cerita Sarah telefon polis buat aduan dan mintak lencana Penyiasat Remaja. Sungguh lawak dan comel.
Kalau buku kanak-kanak riang comel, aku baca siri Poodle Lane.
Koleksi paling tak comel adalah buku kisah seram. Buku Tamar Jalis macam Siri Bercakap Dengan Jin tu memang dah khatam, padahal bukan faham sangat pun. Lepas tu takut gelap, takut belalang. Padan muka.
Buku yang aku boleh saran untuk baca ialah Roald Dahl kut. Aku pun tak tahu arwahnya Dahl ni
tulis untuk peringkat umur apa. Tapi dah banyak yang dibuat filem/drama aku pun tak pasti.
Dan, aku juga, waktu sekolah rendah, membaca novel remaja yang dikarang seorang penulis beraliran Bangsar. Ya, beliau.
Duhhh...Setakat Novel Creative Remaja dan Melati Publisher itu aku ada dalam lebih kurang 80 naskah kut. Kalau aku nak jual ada yang nak beli ke?
Sekali lagi, duhhh..
June 16, 2009
Sama tapi lain-lain
walaupun aku membesar dalam rumah 2 tingkat, mereka membesar dalam rumah pangsa.
Mereka ada TV besar dalam bilik.

Lengkap dengan Playstation 2.
.jpg)
Tapi aku terfikir sekali lagi, aku dulu apa kurangnya.
Aku pun ada televisyen dalam bilik walaupun yang agak antik.
Siap dengan video game.
Ya, permainan video.
Aku tak pakai disc, aku pakai catridge je.
Aku tak guna console, aku guna joystick je.
Daripada zaman guna kabel, sampailah zaman wireless joystick.
Hehe. Sama aja kan. Cuma zaman lain, teknologi lain.
Dahulu akulah juara Super Contra, Legend of Kage, Top Gun, Chip n Dale, Ninja Turtles, Bomber Man, TwinBee, Pouyan, Street Fighter dan apa ntah lagi.
Super Mario aku tak masuk list kerana aku kurang minat. Terlalu klise.
Donkey Kong itu annoying. Tapi kadang-kadang layan juga.
Zaman itu aku tak terasa sangat permainan video itu promote violence kerana grafiknya tidak real macam PS. Waktu aku lawan gusti dengan anak menakan aku, aku rasa ngeri jugalah lihat beliau tiada perasaan mahu belasah aku.
Aku sebagai The Edge sudah berlumuran darah dan John Cena dengan tanpa belas kasihan lagi mahu pukul kepala aku dengan pelbagai objek. Siap ada darah menitik atas gelanggang.
Ntah lah, aku rasa aku layak komen begini kerana aku juga pernah mengikuti program-program WWF(sekarang WWE?) di televisyen sampai berjaga malam. Seperti yang kita semua tahu, mereka itu berlakon sahaja walaupun ganas.
Dan aku rasa gusti dalam PS lebih ganas dan lebih sadis daripada yang kita tonton di kaca televisyen. Plus, dalam PS kita sendiri yang membuat keputusan dan bertindak untuk pukul orang.
Kesannya kita tak nampak dalam masa sehari atau seminggu.
Bila kita sudah terbiasa dengan keganasan, kita sudah tidak sensitif dengan isu itu. Maksud aku, hati kita sudah tidak rasa tersentuh lagi. Kita akan jadi ‘sampai hati’ untuk menonton aksi ganas.
Dan, akumulatifnya, sampai ke tahap ‘sampai hati’ untuk bertindak ganas.
Kerana kita tidak rasa perkara itu kejam lagi.
Aku teringat kes-kes pelajar dibelasah hingga mati oleh remaja lain.
Kalau ditembak hingga mati, itu lainlah. Memanglah ganas juga, tapi kau cuma perlu tarik picu satu kali untuk tamatkan satu nyawa.
Tetapi kalau mahu belasah hingga mati perlu lebih usaha, masa, tenaga, kesungguhan, dan kekejaman.
Kau bayangkan berapa kali kita perlu pukul, sepak terajang seseorang untuk hentikan denyutan jantungnya. Di samping mendengar rintihan orang yang dibelasah, mungkin derap tulangnya yang patah. Dan lukanya yang masih berdarah itu.
Sudah hilang sifat kemanusiaan dan belas kasihan, bukan?
Apa guna kalau kanak-kanak bawah 18 tahun tidak dibenarkan menonton rancangan 18SG tetapi dibenarkan bermain game sadis dengan grafik hebat sebegini?
Apa-apa pun,
Kalau anda bayi 80-an macam NeEM, sila nyatakan video game kegemaran anda
June 13, 2009
Psikologi Persekitaran
- America Psycology Association website
Siapa berani cakap senibina dan psikologi adalah bidang yang tidak berkaitan, aku berani kurang ajar. Terutama kalau makhluk yang berkata-kata itu ada phD dan tambahan berlagak pula dengan pangkal Doktor sebelum disebut namanya itu.
Aku tak tahu lah kenapa pensyarah bangga sangat ada phD.
Kau kerja di universiti, memang lah tempat orang educated semuanya. Lagipun kau memang ditaja sepenuhnya oleh universiti untuk sambung belajar. Malahan ianya menjadi kewajipan buat kau. Kau malas macamana pun kena juga sambung belajar.
Lainlah kalau kau kerja swasta dan guna duit sendiri untuk sambung phD itu memang aku tabik lingkaran dawai lah.
Dah ada phD dalam bidang psikologilah kununnya, psikologi senibina pun tak pernah dengar.
Ya, inilah padahnya kalau berlagak sombong depan pelajar yang ada blog.
June 11, 2009
Men from Earth, Alien from Venus: Dana Self Esteem untuk NeEM
Itu bukan proverb. I made that up.
Memang kalau berbohong untuk menyelamatkan perhubungan atau nyawa dibenarkan.
Tapi apa yang aku maksudkan di sini agak berbeza.
Ada seorang sahabat aku telah dimasukkan ke hospital kerana kesan sampingan atau overdose pil pelansing, aku tak pasti. Beliau bukanlah gemuk pun.
Difahamkan bahawa teman lelakinya yang curang pernah berkata sesuatu tentang potongan badannya.
Maaf, aku rasa perempuan bila sudah terlalu sayang memang bodoh. Jika dibandingkan dengan lelaki, memang perempuan sayang lebih. Bila dah sayang lebih jadi bodoh. Kau biasa ke dengar lelaki lari dari rumah sebab ikut perempuan Bangla?
Ok, cerita lain.
Perempuan memang menghargai kejujuran. Susah untuk mencari lelaki jujur. Tapi dalam beberapa situasi, adalah lebih baik jika lelaki tidak jujur.
Bukanlah berbohong, tetapi tidak perlu terlalu jujur.
Misalnya, dalam Desperate Housewives musim pertama, Bree tanya Rex,
”You know what, George always has a way of making me feel good about myself. Honey, do your hands still tremble when they touch me?”
Rex jawab “No. But, c’mon, we’ve been married 18 years.”
Bree kata “Yes, we have- and you still don’t know when I need you to lie.”
Bila kamu notice sesuatu kekurangan pada pasangan kamu, mungkin kau tak perlu tegur sekiranya ianya tidak penting. Aku bukan bercakap tentang air kopi yang tak letak gula atau dia suka cakap kuat-kuat dalam majlis. Aku bercakap tentang perut dia sedikit buncit, jeragat, selulit, jari kaki dia besar gabak, suara dia macam kartun atau apa-apa sajalah.
Kamu sendiri banyak kekurangan. Samada isteri kamu tidak perasan kerana dia sayang lebih ataupun dia cuba ignore kerana dia terima kamu seadanya dan dia rasa tak perlu pun tegur.
Mungkin sebenarnya dia geli tengok hidung kamu yang besar bak baldi, atau kening kamu yang lebat bak ulat bulu, atau parut BCG kamu bak bisul. Does she complain? No, because she realizes that you are what you are, lelaki yang diijabkabulkan untuk bersamanya sepanjang hayat.
Kau juga tak perlu terlalu jujur kalau kau rasa ibu dia sangat gemuk, atau abang dia sangat gelap, kakaknya tak cun, kucingnya tak comel, atau anak buahnya annoying.
Bila aku baca kisah perempuan meninggal kerana sedut lemak pun aku sedih.
Bukan tujuan aku untuk meletakkan kesalahan di bahu tegap kamu, lelaki.
Aku cuma ingin mahu menyampaikan sebuah mesej ikhlas dari hati skinny aku.
Ingat, kau tu bukannya flawless. Manusia sempurna pendek umur. Aku kenal ramai manusia elok serba serbi mati muda.
Dan kadangkala ketidakjujuran kamu mampu menyelamatkan nyawa jika digunakan dengan betul.
Kalau geli sangat tengok lemak dia kau make love dalam gelap sudah!
June 10, 2009
Freak On A Neck Tie
Sampai di stesen minyak aku tanya nak isi berapa? Beliau buat tak tau terus keluar dari kereta tapi sempat pusing belakang dan kata tu, tali leher tu bukak. Aku buat tak tahu je lah setakat duduk dalam kereta siapa nak peduli lagipun tali leher tu aku yang kasi dia aku pun nak rasa pakai juga.
Bila dia kembali dia tanya pandai isi minyak ke? Aku terus keluar kereta dia suruh aku bukak penutup tangki aku bukak guna tangan kiri dia tanya aik kidal ke apa? Aku cakap tangan kanan untuk makan nanti malas basuh tangan kemudian lepas isi RM50 aku tertumpahkan pula sedikit minyak.
NeEM, isi minyak pun tumpah ke?
Hellooooo.....!
Lepas tu aku tutup balik tangki minyak tapi lupa guna tangan kiri habis tangan kanan aku kena minyak. Dia gelakkan aku dan pakcik kat sebelah yang tengah isi minyak pandang je walaupun sebenarnya dari tadi dia asyik pandang aku. Aku fikir apa pakcik ingat saya tak reti isi minyak ek?
Masuk dalam kereta baru aku perasan sebenarnya pakcik tu pandang sebab aku pakai tali leher macam pakai leash mesti sekarang pakcik tu tengah jamming lagu Freak On A Leash sebab teringat kat aku. Yelah aku agak je takkan dia jamming lagu Karma Police pulak bila teringat aku tapi ikut suka dialah aku bukan kenal pun dia. Aku cuba bukak tali leher tu dengan tangan kanan Encik Stateskop kata habis tali leher tu bau minyak kang. Aku hidu tali leher dan kata too late! Dan dia tonyoh tali leher tu pada hidung aku sebagai hukuman padahal aku tipu je mana ada bau pun.
Tada!
June 09, 2009
Skrip perbualan Aku dengan Tuhan, hanya Dia yang faham sedangkan Aku masih mencari pengertian rasa sendiri (selain rasa malu itu).
Kerana aku juga begitu. Yang itu aku pasti.
Dan kalau kau merintih kerana itu, aku rasa aku faham.
Kerana aku juga begitu.
Dan aku janji tak akan pandang rendah pada kau. Kerana rintihan itu tanda kau masih ingat.
Aku juga masih ingat. Walaupun jauh.
Sejauh mana pun aku yakin kau mampu kembali.
Aku yakin aku mampu kembali.
Kerana bila aku (dan kau) derita, aku (dan kau) akan mencari Dia.
Walaupun malu itu hadir, kerana kala derita baru mahu mencari,
tapi sakit yang ditanggung aku (dan kau) akan mengatasi malu itu, bukan?
(Bak kata Aiman ”waktu kat hospital tu aku dah sakit gila babi aku dah tak malu dah!”)
Sejauh mana pun kita tersasar, aku (dan kau) masih ingat.
Kalau tidak, kamu takkan merintih menyebut-nyebut namaNya.
Sejauh mana pun kita tersasar, aku (dan kau) masih ingat
Pertolongan yang pasti itu. Yang Satu itu.
Siapa lagi kalau bukan Dia?
June 08, 2009
June 05, 2009
Belum Habis
Boring?
Gi baca belog Tun Mahathir.
Terima kasih daun pandan atas segala respon tuan puan sekalian.
Setakat ni aku rasa komen Sarah paling kena walaupun beliau tak cakap direct tentang penyelesaiannya.
Aku cakap macam ni lah...
KES PERTAMA:
Lelaki kawan dengan Perempuan.
Suatu hari Lelaki jatuh hati pada Perempuan.
Tapi Lelaki tak luah perasaan pun.
Perempuan tahu. Tapi Perempuan tidak merasakan yang sama.
Tapi selagi Lelaki tak berterus terang, Perempuan tak boleh reject.
Maka Perempuan buat macam biasa.
Semua orang cakap;
"Itu Bitch suka mainkan perasaan lelaki. Sudah tahu orang jatuh hati masih beri harapan sedangkan tidak mahu berpacaran."
KES KEDUA:
Lelaki berkawan dengan Perempuan.
Suatu hari Lelaki jatuh hati pada Perempuan.
Lelaki beritahu Perempuan.
Perempuan tolak bulat-bulat. Katanya mahu berkawan, bukan berpacaran.
Lelaki kecewa.
Perempuan masih meladeni Lelaki.
Katanya cuma mahu berkawan. Sayang sebagai kawan.
Semua orang cakap;
"Itu Bitch suka mainkan perasaan lelaki. Sudah tolak cinta lelaki masih mahu berkawan sedangkan tidak mahu berpacaran."
KES KETIGA:
Lelaki berkawan dengan Perempuan.
Suatu hari Lelaki jatuh hati pada Perempuan.
Lelaki beritahu Perempuan.
Perempuan tolak terang-terang. Katanya mahu berkawan, bukan berpacaran.
Lelaki kecewa.
Perempuan sudah tidak melayan Lelaki.
Katanya nanti Lelaki sangka hati Perempuan sudah terbuka.
Semua orang cakap;
"Itu Bitch suka hancurkan perasaan lelaki. Sudah tolak cinta lelaki tak mahu berkawan pula. Sombong amat."
Kesimpulannya; kamu buatlah apa pun, Perempuan, kamu akan tetap disalahkan kalau ada yang kecewa dengan kamu.
***
Reply kepada beberapa komen;
Sarah.
Saya setuju bab kena tolong orang give up.
Sol.
Step ketiga iaitu buat-buat biasa itu yang memberi harapan kepada lelaki.
Kucai.
Kawan tetap kawan tu memang lah kita nak. Tapi kena mutual.
Fafa.
NeEM dah guna ayat tu sejak zaman sekolah lagi. Tak boleh remain frens pun.
Fariz.
Owh yeah I remember you used to like me. but we've never met. that's different.
kan? :p Heheh..u're my fren, ok?
June 03, 2009
Tetapi kalau...
it ain't easy to just ignore and walk away isn't it?
I mean, after kita terus terang.
Kan?
June 01, 2009
Rejected. Ejected. Ejaculated.
Tolong.
Sebenarnya kalau enggan shatterkan seorang lelaki, dan tak mahu memberi harapan palsu, tidak mahu reinforce,
Adakah seorang perempuan itu patut menyatakan dengan indah dengan terbuka kepada lelaki itu bahawa dia tidak berminat, atau hatinya dimiliki orang lain, atau dia tidak mahu berhubungan buat masa sekarang?
Atau
Bersikap rude dengan tidak menjawab panggilan telefonnya, tidak balas pesanan teksnya, tidak jumpa dengannya?
Kedua-duanya juga menyakitkan. Dan menyakiti orang lain itu bagi aku adalah menyakitkan diri sendiri.
Ingat Black Widow; Walaupun melukakan, aku juga dilukai.
Tolong.
Tolong.
Patut terus terang atau buat bodoh?


