[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
August 31, 2009
Nasi Kukus Ayam Janda. Dan Gotcha!
Setiap entrinya aku baca. Menarik tak menarik, belakang cerita.
Yang penting aku tak pernah missed.
Penulisnya?
Aku dulu ingat aku kenal orangnya. Tapi tak juga.
Ntah lah. Orangnya jenis yang sukar dijangka. Agak neurotik pula.
Blog itu tiada tema-nya. Penulisnya main tulis saja tanpa mengikut perkembangan semasa. Ikut mood. Lebih kurang NeEM juga.
Bab merepek tu boleh tahan la.
Tapi akhir-akhir ini aku mendapati blog itu semakin bosan.
Macam, hambar. Seolah-olah penulisnya sudah hilang sentuhan.
Kamu rasa patutkah aku beritahu perkara ini kepada penulisnya?
Mungkin tidak. I mean, kau bosan dengan blog tu kau pergi baca blog lain lah.
Buat apa sibuk-sibuk kan? Unless kau macam nak berlagak caring lagi cakna.
Aku rasa mungkin penulisnya tiada masa untuk bertenet.
Tapi aku tengok kat Fesbuk dia ada online juga.
Aku yakin kamu juga baca blog yang aku maksudkan ini.
Apakata kamu semua check out blog ini dan beritahu aku pendapat kamu.
Boleh?
.
August 30, 2009
Saya seorang ahli Persatuan Penggemar Karipap Nasional (rujukan: Pipiyapong)
6.45pm.
Aku memang tak berniat untuk beli kuih. Risau tak habis makan.
Tapi bila kuih yang beraneka melebihi 10 jenis itu kenyit-kenyit mata sama aku, aku akur. Aih, merenyam ye?
Dezaymn, puasa apakah ini tak mengawal pandangan? Lain kali puasa mata tu, jangan lock eyes dengan kuih.
Hmm…nak beli kuih apa ya?
Ada apom, ada kuihyangakutaktahunama(KYATTN), karipap, puding jagung, KYATTN, KYTTAN, dan banyak lah KYTTAN.
Apom ni macam gebu je. OK kut.
Aku pun mintak plastik sebab nak pilih sendiri. Dah ambik seketul apom, nak ambik apa lagi ye?
”Kak, karipap ni inti apa?”
Aku pandang muka akak tu setelah mendapati beliau tidak terus menjawab.
”Erm..karipap ni..erm,
..inti..erm...
…kari.”
Inti kari?
Aku tahan gelak.
Minah yang tanya tadi terkesima.
Nasib baik bukan aku yang tanya.
Kut tak mesti aku dah tanya dengan lebih mendalam.
Minah tu diam je, tapi raut muka blur tak hengat.
Aku pun ambil kuih yang berlapis-lapis macam Jalur Gemilang, masih tahan gelak.
Gelihati lihat air muka si penanya.
Now, kamu tolong aku.
Adakah telah wujud sejenis karipap baru selepas kemunculan karipap inti angin?
I mean, bukankah nama karipap berasal dari perkataan ’curry puff’?
Setahu aku inti karipap yang berasaskan daging atau ayam, mahupun kentang atau keledek semuanya kari juga. Mungkin karipap ikan yang tidak kari.
Baiklah, kalian semua sudah sedia maklum bukan yang aku ni memang makhluk overanalyze?
Sebenarnya boleh je kalau aku tanya lagi akak tu, inti kari apa? Kari ayamkah?
Atau kari kepala ikan?
Maaf. Aku memang tak mengenal kuih muih. Aku cuma kenal karipap, apom, tepung pelita dan err...apa nama kuih Kelantan yang ada gula di tengah itu?
Mungkin karipap kari telah lama menjadi selebriti pasar malam selama ini.
Mungkin aku yang jahil.
Tuan Pipiyapong, sila beri tunjuk ajar
.
August 28, 2009
Ikhlas
4.35pm.
"Hello, RD. camne plan bukak puasa hari ni?"
"Takde pe, dalam kul 6.30 camtu datang je lah restoran nasi kukus tu."
"Yang dekat simpang tu?"
"Ha, yang tu. Neem datang dengan Deenot kan?"
"Ha'ah."
"Puasa tak ni? Kalau tak puasa kitorang tak galakkan datang."
"Alar...tak."
"Oh kalau camtu takpelah. Takyah la datang."
Sampai hati
.
August 26, 2009
Title: Pelan Lantai Tingkat Bawah
Bila dah dekat baru aku nampak ada drawing board di depannya, di atas lantai.
Padan pun tertonggeng-tonggeng.
Ada drawing tube a.k.a bazooka kat atas sofa di sebelah beliau.
Kertas berterabur tu norm la kan.
"Boleh akak duk sini?"
Beliau angguk.
Aku duduk atas sofa satu lagi.
Tiba-tiba beliau berpaling dan tanya,
"Kak, 'cacat' dalam bahasa Inggeris apa?"
Heh? cacat ka lu?
"Erm, cacat macamana tu?"
"Cacat macam...tandas cacat."
"Hah?"
"Tandas orang cacat."
Owh..ingatkan tandas tu yang cacat (defect).
"Disabled."
Kurang upaya sudah...
Aku pun jeling-jeling kerja drafting beliau.
Begitulah keadaannya selama 3 jam selama aku YM dengan Encik Penyelamat Dunia dan Atie yang berada di studio bersama-sama dengan Udin dan Hilmi Yahya.
Ya, adik Hanif yang tinggi tu. Ha, yang Choral Speaking tu.
Apa? Oh, dia sihat. Camtu lah dia sekarang. Tak banyak berubah.
Owh, sorry.
Sampai pukul 2 pagi kut beliau duk buat drawing tu.
Bukan Hilmi, tapi budak yang tengah lukis tandas orang cacat tu.
Obvious kut budak senibina.
Tahun pertama ni rasanya. Confirm.
Eh, aku dah nak tidur dah ni. Tak siap-siap lagi?
Tapi apa kaitan tidur aku dengan dia?
Atie cakap kat aku ko pegi lah cakap kat dia 'akak dulu selalu buat benda-benda camni'.
Tak kuasa ah. Kantoi la identiti aku sebagai akak senior.
Tapi aku macam nak cakap
"Duhhh..drawing A3 je pun. Tak siap-siap lagi ker.."
padahal proposal thesis aku setakat 2 page A4 pun tak siap lagi setelah 2 bulan.
Atie cakap lagi; ko tanya dia neem nama dia apa, nanti aku nak cari dia kat studio.
Aku reply; eh jap ah nanti neem usha kat drawing dia mesti kena taruk nama.
Sekali beliau tak tulis nama pun. Ada nama pelan lantai tingkat bawah je.
Tandas pun tak nampak sebab mesti la label dia font kecik pakai 0.1 kut kan kata pelan A3 je.
Aku pun
"Dik, mana boleh tak letak nama nanti lecturer laser pancung tak hengat ni adik nak gebang apa? Boring....betul."
keluarkan ayat penuh jargon budak design lah kan tapi sebenarnya cakap dalam hati je aku mana ada guts nak cakap direct apatah lagi nak sound tepet.
Hah terkeluar jargon budak Bangi pulak dah.
Atie cakap lagi; kelakar la budak2 jr nih.
Aku cakap dan pantun; biasa la. mereka budak baru belajar. kalau salah kita gelakkan.
Atie gelak guling-guling via emoticon sedangkan dia cakap aku jahat.
Pastu sekarang budak junior tu dah stop buat kerja. Tengah sahur makan nasi goreng.
Aku tengah bau la ni.
Kesimpulannya sampai sekarang aku tak tahu pun budak tu siapa sekali rupa-rupanya beliau pembaca blog ini waarrggh habislah aku.
Perkara begini boleh berlaku kerana aku dulu memang baca blog Encik Stateskop sekali aku jumpa dia baru aku dapat tahu dia tu blogger dan macam takdir yang agak indah la sebab dia tak kutuk aku dalam blog dia.
Adik, akak mintak maaf la pasal malam ni.
Nanti adik dah jadi senior adik tahu lah perasaan akak yang suci ini. Yang penting kita mesti jadi cute
.
August 25, 2009
Memori ketupat sotong
Lebih-lebih lagi kerana aku tak sekolah tadika, maka umur 5-6 tahun pun aku tak perlu risau jadual persekolahan. Patutlah waktu aku darjah 2 nenek aku pernah cakap aku dah sombong dengan dia. Sebab parents aku mana nak kasi tidur rumah lain kalau aku ada homework.
Ini nenek yang pernah suruh aku pakai tudung. Orang pertama pernah suruh aku pakai tudung.
Satu pagi waktu aku di rumah nenek, aku sedang melukis-lukis kemudian aku lihat nenek dan atuk bersiap-siap mahu keluar. Nenek hulurkan aku sehelai skarf. Dia kata ”Pakai ni. Orang perempuan kena pakai tudung.”
Aku jawab ”tak mau.”
”Pakailah, tak baik tau.”
”Taknaklah pakai tudung. Mana boleh pakai tudung dengan skirt pendek.”
Ya, aku memang sejak kecik pandai menjawab.
Nenek aku suruh juga maka aku pakai skarf tanpa rela dan masuk dalam kereta.
Oh, rupa-rupanya nak pergi masjid. Nenek nak pergi dengar ceramah agama rupa-rupanya. Aku pandang sekeliling, semua perempuan bertudung. Yang bawa anak-anak perempuan, anak-anak mereka semua berpakaian sopan sekali.
Aduh, malunya aku sebagai seorang perempuan berskirt pendek dan berskarf.
Kemudian aku perasan la jugak orang pandang-pandang aku. Budak-budak kecik lain semua bisik-bisik sambil tunjuk arah aku. Tensen betul aku waktu tu. Kau jangan ingat waktu kecik aku tak pandai rasa insecure.
Aku saspek la waktu tu aku pergi masjid kat kawasan PAS kut. Sebab aku tak pernah pergi tempat di mana kanak-kanak pun tutup aurat. Aku sejak kecil tinggal di kawasan UMNO.
Haha, gila prejudis aku nih. Waktu tu kalau orang pakai purdah je semua aku cop Arqam.
Satu perkara paling best tentang nenek ialah masakannya. Tak sama langsung dengan masakan mak. Aku tak cakap masakan mak tak sedap, cumanya aku rasa nenek masak lagi best. Actually tak fair pun nak compare, sebab stail masak lain-lain. Mak aku bukan belajar dari nenek pun. Mak belajar dari tukang masak istana. Ngelat.
Ada banyak dish yang nenek aku selalu masak, mak aku tak tahu. Contohnya mak aku tak pernah masak ketam. Mungkin la itu sebab kalau aku pergi rumah nenek aku tak mahu pulang. Lagipun nenek tinggal berdua je dengan atuk. Satu-satunya adik emak aku tinggal di asrama.
Pada suatu hari, mungkin setelah 2 malam tidur di rumah nenek, abang aku datang jemput di bawah arahan Abah. Tapi aku belum mahu pulang.
Waktu itu nenek aku tengah masak ketupat sotong. Ketupat sotong merupakan masakan Kelantan. Nenek aku belajar dengan siapa pun aku tak tahulah. Ini memang mak aku tak pernah buat.
Aku tanya mak aku, nenek asal dari mana mak aku cakap tak pasti pulak. Aku tak rasa nenek aku dari Kelantan. Lagipun rupa paras nenek dan sedara maranya sangat Indian look.
Well patut la ramai cakap aku macam anak Mami.
Maka aku cakap pada abang aku, tak mahu pulang. Abang aku dah start ceramah panjang. Waktu tu aku tak tau nak buat apa, aku garu-garu lengan yang tak gatal. Abang aku siap cakap ha, tu gatal-gatal tu kena balik rumah, kat rumah ada ubat. Hek eleh.
Nenek aku buat-buat lalu kat situ banyak kali juga. Dari raut wajahnya aku tau dia terkilan. Aku dapat rasakan, hatinya berkata apalah salahnya cucu aku nak spend masa dengan aku lebih sikit, dah kalau dia taknak balik kenapa nak paksa-paksa. Tapi nenek diam je sebab tak mau ada problem dengan Abah kut.
Aku dah nak menangis dah. Sebab aku nak sangat makan ketupat sotong. Tapi aku tak cakap pun kat abang aku.
Ya, maknanya aku sejak kecik sampai sekarang aku tak pandai suarakan apa yang aku nak. Aku rasa macam loser gila lah. Kau nak mock aku pun lantaklah kan.
Akhirnya, holding back tears, aku pulang juga. Tiba di rumah, Abah aku tanya, kenapa lama sangat? Abang aku kata dia taknak balik. Abah dah mula berleter.
Aku berhenti di pintu rumah. Tak mahu masuk. Dan mula berair mata.
Abang aku kata ha, macam ni lah dia tadi, duk tercegat depan pintu takmau gerak.
Kakak aku yang sulung datang tanya aku elok-elok, kenapa taknak pulang?
Aku jawab tersedu-sedan, sebenar..ar..ar..nya...NeEM nak...nak..sob sob...ketupat..sotong... uwaaa...!
Aku nyaris nak melalak tapi takut kena lempang dengan mak aku so aku tahan jugalah. Kau jangan main-main dalam keluarga aku jangan berani nak throw tantrum kang kena kurung dalam bilik air.
Habis la bakal suami aku nanti sebab aku tak pernah buat hal masa kecik.
Kesimpulannya, itulah peluang terakhir aku nak makan ketupat sotong nenek. Dah 10 tahun pun nenek meninggal. Meninggal pada hari lahirnya sendiri, sehari selepas harilahir aku.
Satu benda aku hairan ialah, adakah parents aku masih ingat pada suatu ketika mereka tak suka anak mereka spend masa di rumah nenek....sedangkan sekarang bila dah ada cucu sendiri mereka sangat mahu cucu tinggal bersama.
It’s not fair how I was not allowed to stay longer at my granny’s while my niece is forced to stay with my parents, against her will.
I hope they can still remember how is it like being parents, now that they are grandparents.
***
It does make me feel horrible, to resent my parents for what they did. They mean so much to me and I can’t imagine life without them. But I’m the only one who’s been in my shoes. You can’t recreate/rewrite your childhood.
I know I have to look forward. Today is a gift. That’s why we call it present.
But it’s the past that makes you what you are today. Hence, history is important.
I don’t want any of you to understand,
you couldn’t
even if you want to
.
August 23, 2009
One Malaysia, One Utama. Jom!
Yeah. Same here.
Eh, in IC where got race meh? only religion lah.
Owh, you mean other documents ek?
My atuk nenek pun begitu jua ceriteranya. Tang mana Melayu pun aku tak tahu.
Tapi kami semua tick di petak bersebelahan 'Melayu' tatkala mengisi borang-borangan.
I mean, siapa mahu tick 'Lain-lain' as ethnicity?
Like I always say, race is overrated.
Dan saya sangat bersetuju dengan cadangan Kerajaan memansuhkan ruangan 'keturunan' pada apa-apa borang.
Kalau diikutkan, Melayu bukan hanya tertakluk pada keturunan bumiputera Malaysia.
Kata Professor, di Filipina pun ada Melayu.
Di Africa Selatan pun ada Melayu.
So what?
Lagipun aku kesian juga kawan-kawan anak Mamak dan Baba Nyonya yang tak dapat hak keistimewaan Bumiputera.
Owh. Semangat One Malaysia rupanya aku ini.
Xeem, kirim salam sama Kak Ain
.
August 21, 2009
Mari mengumpat: Edisi khas hujung Sya'ban
Mak bukan nak cerita hal artis ni nox, tapi kes simbah-simbah asid.
Mak rasa sejak kecil lagi mak asyik dengar kisah-kisah asidik ni. Biasanya golongan mak (perempuan) lah yang guna taktik ni kanz....maklumlah kederat tak seberapa nak belasah orang. Main taktik kimia lah jawabnya, nox...
Mana dapat asid-asid ni ya? Jual jeruk ke?
Makmal kimia Sekolah Menengah Cap Kunci?
Guna cuka getah pun ada, nox..eishhh...seram mak dengar.
Tak boleh bayangkan seluruh badan melecur sekelip mata. Habis aset mak.
Mak tak rela.
Yang terbaru mak dengar, kat Jay Bee tu yang abang polis tu.
Ngeri betul ada bekas isteri psaiko macam tu. Kita orang perempuan ni kena hati-hati.
Jangan main-main menggatal dengan lelaki silap-silap kena suami orang ke, tunang orang ke, ada ex yang psaiko pulak tu.
Mak ngeri, nox..
Tapi yang mak hairannya, cerita kat suratkhabar omputest lain, kat tabloid melayu lain pulak. Tak konsisten.
Ye lah, yang The Star tu mangsa lelaki punya cerita, yang tabloid tu mangsa perempuan punya cerita. Agaknya kalau temuramah tertuduh tu mesti lain pulak ceritanya, kan you ols...?
Menurut suratkhabar omputest tu, Encik Jamaluddin baru pulang dari supper dengan aweq dia pukul 4 pagi. Then they ol sembang-sembang kat bawah, dan nak naik tidur. Time nak naik tidur tu kena simbah. Ex-wifey dia lepas simbah asid tak terus blah, siap tunggu polis datang jemput bawak gi balai lagi.
Bila mak baca ni, mak suspicious jugalah.
Apa aweq dia buat kat rumah dia pukul 4 pagi? Aweq tu sewa bilik situ ke?
Or they ol tinggal di rumah panjang? Pastu kenapa ex-wifey dia tak lari lepas simbah asid tu? Dia macam nak prove a point je kanz?
Lepas tu mak baca pulak suratkhabar melayu ni, conpius nox.
Perempuan tu kata lelaki tu bukan balaq dia, kawan biasa je. Dia cakap dia pun heran mamat tu ajak pegi rumah dia pukul 2.30 pagi. Dia cakap tengah sembang-sembang baru nak masuk rumah dah kena simbah. Minah ni cakap dia rasa dia diperangkap.
Mak pun peliklah, ni cerita kes lain-lain ke?
Nak kata lelaki tu perangkap aweq tu, dia pun kena simbah.
Apa yang you ols fikir?
Mak tak larat dah nak fikir. Haish, baik mak fikir pasal nak makan apa siang hari esok.
Maklumlah, esok mak tak boleh puasa. Cuti.
Dah lama mak tak puasa 1 Ramadhan. Dah lama juga mak tak boleh sembahyang raya.
Maklumlah perempuan sejati.
Oklah, bak kata ustaz sorang tu, selamat beramal........
.
August 20, 2009
Memori muntah dalam Zara: Seketul repost.
Secara mengejut Sweeney Todd muncul di HBO menangguhkan qada' hajat.
Bukan apa, sekadar mengimbas memori sewaktu menonton filem ini di bioskop.
***
Diulang, Aku Bukan Wanita Yang Sekadar Menulis Puisi, Yang Bermadah Pujangga Dan Punya Jelingan Manja Untuk Memikat Hati Sang Lelaki. Malahan Aku…..
…….lakukan lebih dari itu.
Iya, benar.
Aku telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.
Walau masih tercapai dek akal mentah kamu, ianya amat di luar jangkaan.
Tidak dirancang. Tiada skrip. Tiada pengarah.
Hanya dua watak dalam sebuah kereta.
Aku masih diselubungi rasa bersalah.
Juga sedikit jijik. Oh, ampunkan aku Tuhan. Dan kamu, maafkan aku.
Kronologi kisahnya begini;
9.10am – Sarapan pagi di Keramat. Telur separa masak pantas siap.
10.00am – Bergerak ke Puduraya. Minum milo panas di KFC.
12.00pm – Bergerak ke Mid Valley menaiki teksi.
12.30pm – Tiba di Mid Valley. Ke MPH menjemput Si Anak Bongsu Encik Kildong yang telah sejam lebih menunggu. Menanti ketibaan Yun Yun.
12.45pm – Yun Yun tiba. Katanya 10 minit mencari di MPH. Ke GSC membeli tiket wayang.
1.00pm – Mendaftarkan diri di Cosmic Bowl.
1.13pm – Memulakan permainan dengan strike.
1.40pm- Meneruskan permainan dengan kosong jatuhan pin 3 balingan berturut-turut. Ibu jari kanan berbalut Hansaplast.
2.00pm – Corak permainan sedikit meningkat hasil rangsangan dia.
2.30pm – Permainan tamat. Mata yang dipungut jauh panggang dari goreng untuk mencapai 3 digit. Menduduki tempat kedua dari atas, juga bermakna tempat kedua dari bawah. Agak membanggakan. Mekasih.
2.40pm - Ke Jaya Jusco. Bertembung pula dengan Encik Kildong dan bakal isterinya merangkap Mama Kildong.[update: sekarang sudah bernikah]
Aih, ini betul-betul family outing.
3.10pm – Ke Chicken Rice Shop. Nyanyi sket.
Makan apa? Makan apa? Nasi ayam. Nasi ayam. Makan di mana? Makan di mana?
4.07pm – Bergerak ke GSC dengan perut sebu. Mengucapkan selamat tinggal kepada adik-adik (dia).
4.30pm – Tayangan bermula. *Nantikan ulasannya.
6.30pm – Tayangan tamat. Sejuk. Pening. Pai Daging. Lipas. Darah. Bunuh. Sakit kaki.
Yang penting aku harus ke tandas!
*Dia telefon. Menjawab panggilan di dalam tandas.
6.40pm - Mari ke Watson’s!
7.20pm – Perlu diurut. Aku mahu kedai Ogawa.
7.30pm - Tidak jumpa kedai Ogawa. Jenama lain. Kurang terkenal. Takpe. Janji ada kerusi urut.
8.05pm – Insiden berdarah. “Jom blah! Wat tak tau je bleh dak?”. Darah lagi.
8.10pm – Pening. Lenguh. Pusing.
8.20pm – Temankan Si Anak Bongsu Encik Kildong beli roti untuk Che Kiah. Bau pastri. Bau keju.
8.30pm – Bergerak ke KL Sentral.
8.45pm – Temankan Yun Yun ke KFC. Bau ayam. Loya. Tambah pening.
8.56pm – Dia telefon, risau.
9.05pm – Menaiki LRT. ‘Tak kira, aku nak duduk jugak.’
9.15pm – ‘Aagh…mamat kat sebelah bau peluh!’ (pakai perfume Dashing pulak tu)
9.45pm – Tiba di stesen destinasi. Keluar dari tren, terhuyung-hayang ke lif. Seorang wanita yang layak dikategorikan sebagai buncit andai tidak mengandung, menjeling aku yang menekup mulut menahan loya. Tindakan refleks aku ialah mengusap perut.
Perhatian: Lakonan ini hanya dapat dijayakan sekiranya anda wanita tulen. Lebih berkesan dengan bantuan lebihan lemak di bahagian tertentu. Seksi.
Sayangi lemak anda.
Si dia sudah menanti. Pantas menghulurkan tangan untuk memikul beban tas tanganku. (Hell yeah). Beriringan ke keretanya.
9.50pm – Rasa sedikit lega. Terima kasih.
9.55pm – Oh tidak. Katakan tidak!
9.57pm – Kata-katanya bagai white noise. Pandangan aku sedikit kabur. Aku menekup mulut. “Awak nak muntah ke?”. Tiada jawapan.
9.58pm – Dia yang sedang memandu bertindak pantas mengosongkan plastik Watson’s dan meletakkannya di ribaanku tepat pada waktunya.
Selamat.
Honey BBQ Chicken Rice, Chinese Tea dan 2 teguk Jus Epal Aloe Vera.
Semuanya dipam keluar dari badanku melawan arus graviti.
Eyyyew…
Tidak seksi! Nada harus tegas.
Dan episod jijik itu berlanjutan sehingga kira-kira 20 minit.
Di dalam keretanya.
Darn.
Maka aku kata
“I’d never thought I would puke in your car. At least not now. Not until lagi setahun 3 bulan.”
Dan dia seolah-olah langsung tidak jijik, malah kelihatan seronok mendengar kata-kata itu. Apakah….?
Ini pula respon Si Anak Bongsu Encik Kildong setelah aku khabarkan padanya;
‘So sweet….mcm org pegnant lak.’
‘Org tua ckp klu baby muntah atas org yg dukung dia,baby tu rasi...klu org tua muntah dlm keta,maknanya rasi jgk kut (dgn tuan keta)…heh…’
Romantik, bukan?
NeEM: Untung jadi NeEM ni…muntah pun orang cakap sweet dan comel. Ngee
…
August 18, 2009
"Kadangkala, kita memang perlu menutup hati sendiri dan berhenti mencintai untuk meneruskan hidup."
Hubungan perlukan komunikasi.
Kalau bercinta tetapi lebih sebulan tidak berbicara, anggaplah ianya sudah berlalu.
Sekarang ini zaman ICT.
Apalah alasan untuk tidak berkomunikasi.
Dan,
Sepenat mana pun, sesibuk mana pun,
kalau masih di hati, tidak sekali-kali kita melupakan.
Pasti hati meronta-ronta tertanya-tanya apakah khabarnya orang di sana.
Tidak mungkin masih di hati tetapi tidak gelisah senyap tanpa khabar berita.
Ya.
Sudah ku katakan.
Yang di atas itu
.
August 15, 2009
Kamon Auntie Rose! (Bantu membantu amalan mulia)
Kali pertama aku tengok video klip ni di Redbox, April lalu.
Cayalah Auntie
!
August 14, 2009
Alergi: Orang perasan
Munggin la orang sangka aku mahu tuntut simpati. Whatever.
Macam la aku mintak pun alergik-alergik ni. Macam Deenot tak mintak pun sakit tiroid dia tu. Munggin la orang lain patut bersyukur sebab tak diduga dengan perkara-perkara sebegini. Sepertimana aku bersyukur aku tak rabun tahap kena pakai spek tebal, dan aku tak pekak macam Grissom.
Aku alergik pada habuk dan seafood yang tak fresh.
Syukurlah;
Aku boleh elakkan habuk dengan pakai mask waktu dusting, dan mandi lepas kerja pembersihan.
Aku boleh elak dari makan seafood. Takde siapa paksa aku makan shells. Dan aku boleh makan ubat sinus.
Tapi satu alergik aku belum mampu nak elak.
Aku alergik dengan cuaca panas.
Tapi aku cumalah Makhluk Tuhan Naik Teksi, dan habitat aku tiada aircon.
Ya, amat kasihan.
Maka aku kena juga berjalan tengah panas. Tadi aku keluar sejam je kut.
Ni pipi dan leher aku dah menggerutu dengan ruam panas.
Macam rashes waktu aku buat survey di Melaka pada tahun 2007. Waktu tu Encik K.A. pun boleh tanya aku, NeEM kenapa dengan muka kau? Kenapa dah tak licin?
Itu baru di muka, belum lagi kat leher dan lengan.
Oh serius lah kulit muka aku macam muka anak menakan aku umur 4 bulan kali pertama tinggal di nursery. Sebab rashes tu terus kakak aku cari nanny. Tak sampai seminggu dah baik.
Aku tak tahu nak buat apa dah ni. Sebab waktu aku kena rashes ni tahun 2007 dulu banyak juga usaha yang gagal. Econazine ke, Dermovite ke, aku tak larat dah. Akhirnya lepas beberapa minggu pulang dari Melaka hilang juga. Syukur.
Lantaklah kau nak panggil aku whiner ke, bayi ke, aku tak boleh nak buat kau faham apa yang aku rasa bila cuaca panas.
Ini pun aku dah kurang percaya pada termometer aku. Takkan lah aku demam dua minggu tak baik-baik lagi. Ataupun suhu badan normal aku dah naik dari 37.5 ke 38.5? Adakah aku semakin hot?
Atau tempoh ovulasi sebenarnya lebih dari 2 minggu?
Haish. Pening aku
.
August 10, 2009
Sempena perkahwinan Abang Norman...
Patut la waktu sekolah rendah dulu saya ngurat abang, abang wat derkkk jer.Nasib baik abang sain otograf saya time tu.
Tak tau pulak abang suka perempuan matang. Takpelah, sekarang pun saya belum matang lagi.
Semoga berbahagia selamanya.
August 08, 2009
PMS-ing: I said ‘unmarried’, fool. Not ‘I’m married’.
next time kita jumpa, boleh tak jangan banyak tanya pasal Encik Stateskop?
Unless kau memang kenal dia dulu baru kenal aku lah, coz that makes you more HIS friend than mine. Ataupun kau budak studio dia logiklah kalau cari dia. Mungkin kau ada hal ataupun nak bayar tiket wayang Transformers hari tu. Eh, Salman, bayar kat NeEM pun takpe nanti dia tolak duit nafkah je senang cerita.
Tapi aku sendiri jarang jumpa dia.
Kami tinggal berjauhan OK? I don’t get to see him much.
Or much of him. Whatevasukmaliza.
Susah mahu jumpa kerana dia sedang sibuk cari duit untuk kahwin. Dia betulkan ayat tu, cari duit untuk nikah dia kata. Aku cakap nak nikah RM80 dah cukup. Ni nak cari puluhan ribu untuk kahwin lah, bukan nikah. Dia cakap, erm, betul gak tu.
Aku pulak sibuk belajar. Sebab aku nak grad cepat walaupun tak cepat mana pun jadinya sekarang dah lanjut usia. Nanti aku ada masa berapa tahun je nak beranak.
Aku bosan kut semua orang sibuk tanya aku pasal dia waktu dia takde (which is usually the case).
Kawan-kawan aku, kawan-kawan dia, abang aku, anak menakan aku etc.
Pensyarah aku pun tanya pasal dia kau tau?
Padahal orang bukan tanya dia pasal aku pun.
Aku bosan atau kecik hati aku pun tak tahu lah.
Lepas tu aku jadi perempuan sombong, tak mahu bergaul dengan kawan-kawan dia sebab aku takut jadi kera sumbang. Memang aku tak pandai nak mula berkawan dan beramah tamah pun.
Padahal kawan-kawan aku rilekkk je dengan dia. Macam dah kenal lama. Macam nak ajak main enjit-enjit semut camtulah mesranya.
Dan kenapa kera tu sumbang? Dia menyanyi kah?
Bukan salah dia. Bukan salah kawan dia.
Bukan salah sesiapa.
Ah, Studiofellas pun sama je. Dulu bukan main buat peraturan tak boleh bawak boyfriend/girlfriend ke reunion. Tapi bila aku pergi sorang-sorang semua sibuk tanya kenapa tak ajak Encik Stateskop?
Jawapannya ialah sebab aku hormat pada peraturan alumnai, aku hormat pada Studiofellas sebab korang amat penting bagi aku. Kalau Encik Stateskop dapat pengecualian, sila nyatakan dengan indah. I love you.
Suatu masa dulu, aku pernah rasa bersalah pada dia sebab aku rasa macam sejak kami bersama dia jarang jumpa kawan-kawan. Sedangkan aku still boleh lepak dengan kawan-kawan dan pergi kenduri kahwin kawan lama aku.
Tapi bila aku teringat how nice kawan-kawan aku treat dia, aku sedar fenomena itu berlaku bukan sebab aku possessive.
Sebaliknya sebab memang dia boleh fit in dengan set sosial aku, walhal dia sendiri tak berani nak ambil risiko bawa aku jumpa set sosialnya, risau aku tak diendahkan.
Aku hargai keprihatinan dan langkah berjaga-jaga itu.
Tapi kadang-kadang terkilan jugalah kan itu aku tak boleh tipu. Macam kau terkilan kalau kawan kau berhijrah atau kahwin tak beritahu. Bukannya kau nak marah atau dendam, tapi you can’t help it.
Ya, aku tak boleh tipu tapi aku boleh pendam. Cuma sekarang aku sudah pandai meluahkan perasaan.
Nasib baik dengan adik-adik dia takde masalah dan aku dah sayang macam adik sendiri. Itupun sebab mereka memang sayang aku. Kalau tak aku pun tak tahu lah.
Satu lagi, kenapa kawan-kawan sibuk tanya adakah aku masih dengan Encik Stateskop lagi?
’Adakah awak masih ada boyfriend?’
’Adakah masih bercinta?’
Meh sini aku pulak nak tanya.
Adakah korang betting aku tahan berapa lama dengan dia?
Atau korang tak rasa dia punya cukup kesabaran nak layan aku?
Adakah korang ingat aku tak serius?
Atau korang nampak kitorang macam tak sesuai?
Soalan macam tu sama taraf dengan soalan “NeEM repeat subjek studio kan?” atau “Camne dengan surat rayuan tu?” sedangkan aku tak gagal apa-apa pun.
I’m still with him, we’re still in love (or at least I am) and we’re planning to get hitched instead of to break up.
OK, kesimpulan dari data yang diperolehi adalah aku bosan dan penat menjawab soalan tentang dia. Hipotesis dipatuhi.
And most probably I hate it coz you’re gonna make me think about him constantly, and therefore, miss him more. Inferens dipatuhi.
Geddit, punk
?
August 07, 2009
NHR merupakan seorang budak yang busuk. Sebarkan.
Kekal-lah kamu sebagai pembaca hantu, nescaya itulah yang terbaik untuk kamu.
Karena sesungguhnya aku jarang mencela orang yang tidak dikenali.
O NHR,
Padan muka. Siapa suruh baca blog ni.
Muahaha (gelak jahat)
.
August 06, 2009
I kissed a prince. He turned into a frog
Aku tergelak kala terdengar lirik lagu Shakira ini.
Satu perkara yang aku tak mahu kata pada lelaki ialah
’I love you forever’
Atau
‘I will always love you’.
People change.
We change.
You change.
Mana kau tahu kau akan selamanya mencintai seseorang itu?
Mana kau tahu selagi kau hidup hati kau tak akan berubah?
Dulu waktu pensyarah aku kata unconditional love hanya berlaku kepada ibu bapa, aku kurang setuju. Aku rasa aku mampu menyayangi seorang lelaki dalam apa jua situasi.
Sekarang aku sudah nampak rasionalnya.
Hanya ibu bapa yang akan tetap sayangkan anak walau apa pun keadaan dan perbuatan anak itu. Ya, ibu bapa boleh buang anak, boleh tidak mengaku keturunan tetapi dalam hatinya masih sayang.
Penagih dadah, peliwat antarabangsa, pembunuh bersiri…semua masih disayangi ibu bapa dan keluarga.
Baik, di sini terdapat dua fenomena kenapa kau tak patut berikrar mencintai kekasih buat selamanya.
Yang pertama ialah kau mungkin berubah hati.
Lantas bila ex kau ungkit tentang janji-janji kau yang kau tak akan fall out of love, apa alasan kau? Apa respon yang sesuai kepada lirik di atas?
Fenomena kedua ialah jika pasangan kau berubah.
Ya, aku berani cakap kalau pasangan aku berubah aku juga mahu berubah.
Kalau teman lelaki kau sudah mula pukul kau, takkan masih mahu sayang?
Kalau suami sudah sepak terajang dan berzina dengan perempuan lain, aku rasa isterinya harus berhenti menyayangi. Kerana masih sayanglah perempuan jadi bodoh. Dah kena belasah pun masih bertahan. Suami terang-terang cakap benci pun masih nak bertahan.
Kau yakinkah teman lelaki kau tak akan berubah?
Kau masih mahu sayang dia kah kalau dia berubah?
Aku tak mahu. Buat apa kau buang masa dengan orang yang tidak lagi membahagiakan kau?
Bukan kerana aku tak cukup sayang. Tapi bagi aku kau perlu berhenti menyayangi orang yang tidak lagi menyayangi kamu, untuk melindungi diri kau juga. As a defense mechanism.
Kerana jika kau masih sayang kau akan murung. Kau boleh jadi gila.
Atau kau boleh mati didera suami.
Kalau kau sudah tak sayang, kau boleh teruskan hidup dengan tabah.
Sekurang-kurangnya kau tidak perlu sakit rindu.
Oleh itu, hati-hati lah bila berkata I hope I’ll love you all my life.
Kerana kadang-kadang, kita memang perlu menutup hati sendiri dan berhenti mencintai untuk meneruskan hidup.
***
2006.
”How’s your lovelife?”
”Erm...takde pe.”
”Eh? What happen to that anak VIP gila babi dulu tu?”
Indah bahasa dia.
“I kissed a prince..turned out he's a frog,” aku jawab slamberdog.
“You KISSED him? For real?”
Ceh.
Buat seseorang yang mengatakan I love you until forever pada seorang yang tak mungkin kamu miliki, suatu hari kamu akan menemui cinta sebenar kamu. Dan kamu akan sedar forever kamu tu sebenarnya taklah lama sangat pun. Kehadiran aku bersebab, kehadiran kamu juga bersebab bagi aku. We’re not created in vain. Wallahua’lam.
Hanya cinta kepada Tuhan kekal untuk selama-lamanya
.
August 03, 2009
Chocolate Starfish and Hotdog Flavored Water: Antara cita-cita, pragmatik, dan idealis
aku bentang proposal depan pensyarah,
dan respon yang aku dapat ialah;
“Tak pernah dibuat orang ni. Bukan tak boleh buat, tapi orang lain tak buat.”
Atau
”Tak boleh. Malaysia tak sampai tahap ni lagi. Orang Malaysia belum study pasal ni.”
Oh well, kau bayangkan kalau waktu pembentangan cadangan projek MEASAT dulu Dr Mahathir jawab macam tu.
Atau projek Putrajaya.
Atau Projek Sistem Transit Aliran Ringan.
Atau KLIA.
Atau KLCC.
Sampai bila kita cuma mahu buat apa yang orang lain dah buat.
Kalau kita boleh buat, por que no?
Bagaimana kita nak tahu potensi sebenar diri kita, anak kita, mahupun bangsa kita kalau kita hanya mengikut apa yang dilakukan turun temurun?
Tanpa berani mencuba sesuatu yang baru?
Aku rimas kalau kreativiti disekat-sekat.
Macam, kalau seorang Kelantanese belajar memasak beliau wajib masak hidangan Kelantan sahaja.
Dan kalau buat cekodok, hanya boleh buat cekodok pisang dan cucur udang sahaja.
Haram buat cucur mangga apatah lagi jemput-jemput saffron.
Bukan kerana tidak sedap ataupun membahayakan kesihatan, tapi hanya kerana ‘tak pernah dibuat orang’.
Yang hairannya, Bida'ah berleluasa.
Sedangkan Bida'ah itu direka-reka selepas zaman Rasulullah dan Khulafa'.
Takkan lah anak aku nanti masih hanya buat apa yang aku buat hari ini.
Kalau cadangan Uncle Tony Fernandez dipandang lekeh, tak merasalah kita naik kapal terbang tanpa fuel surcharge dan admin fee.
Salah satu bukti projek kita berjaya ialah apabila orang mula meniru idea kita. Lihatlah sekarang, MAS pun mahu buat tambang murah.
Do you get my point here?
Kalau tiada inisiatif untuk mencipta/mencuba sesuatu yang baru, tiadalah kemudahan-kemudahan yang kita nikmati hari ini.
There’ll be no ice blended mocha we had last Sunday.
(Ah, guilty pleasure!)
No wi-fi account you’re logging on to.
No iPhone.
No cupcakes.
No S&M from Metallica.
No theories to support our hypotheses.
No AutoCAD and Vector Landmarks so everytime you make an error you have to scrap it off the tracing paper, literally.
and there’ll be no bitchy sexy cheeky NeEM™ Kildong of Suicide Park...yang grammar berterabur ni.
p/s: Yeah it’s Limp Bizkit’s hotdog
.
August 01, 2009
Terocarpus
Bukankah dulu setiap hari sediakan proposal sebesar A1 di atas kertas mentega?
.
