September 28, 2009

Stop and Stare: Long John, Short John


Hot banget, dong!
.

The official PMS bitch

See I was possessed by this beast for a few days.

But hell I'm not the type who gets cranky and throw lashes and tantrum yow.




Still, I hate myself when it happens.
Plus having a midterm test is not helping at all.

I even plan to buy this thing call Aura Seri since I'm still not in the mood to go to spa.
Yeah I was THAT downhearted and melancholic.




But Angah Kildong texted me a very good news yesterday.
and she made my day.


I'm still smiling. I'm still happy.


Chox chox!

September 26, 2009

Kepada Si Dumbass yang memandu Mercedes merah saga...

...yang hampir mengakibatkan aku menjadi saksi kemalangan maut.



Kecuaian, I can tolerate.

Tapi apa yang kau lakukan itu kebodohan.
Kalau memang nak mati pergi lah berjuang di Palestin. Sekurang-kurangnya kau mati syahid. Tak perlulah susahkan orang lain di tengah jalan raya ni. Tak perlu kau nak korbankan satu keluarga dalam Proton Waja tu disebabkan kebebalan kau.


Yeah, it's not kebodohan. It's beyond stupidity.
It's kebebalan.




It's Hari Raya, and it's residential area. Depan rumah orang kut.
Kenapa perlu kau ambil risiko nak bunuh orang semata-mata untuk potong que dengan kelajuan 140km/jam. Kitorang tak peduli kau nak mampus tapi jangan menyusahkan orang lain.




Jujurnya waktu kereta kau berputar180 darjah di tengah jalan (sebab kau tekan brek) depan mata aku tu, in a split second aku doakan kau selamat sebab kau pun ada keluarga. Lagipun bukan kau sorang dalam kereta tu. Dan kereta tu mungkin milik orang lain.

Tindakan tak cerdik kau ialah cuba untuk berhenti sebab patutnya kau boleh terus blah je dari situ memandangkan tiada trafik dari opposite direction. Tapi aku harap kau insaf dan berhenti untuk minta maaf pada keluarga yang menaiki Proton Waja tu.

Dan kau patut minta maaf juga pada pakcik yang berhenti di bahu jalan tu kerana kau nyaris langgar dia juga waktu kereta kau terbabas tu. Dia boleh kena strok kau tau tak?
Ya, kau tak patut tekan brek.




Kerana kalaulah yang berada di dalam Proton Waja itu anak saudara aku yang masih kecil, atau ayah aku yang ada penyakit koronari, atau mak aku yang ada hypertension, atau sesiapa yang aku kenal,

sebaik saja kereta kau berhenti berputar, aku akan keluar dari kereta dengan steering lock di tangan.

Aku tak akan buat apa-apa pada kau. Aku tak mahu mak kau menangis sebab aku.
Aku cuma nak buat sesuatu pada windshield kau. Tak berderai pun tak mengapa.
Janji kau kena tukar cermin baru.

Betul, aku mungkin ada perasaan tak puas hati sebab kau tak cedera langsung.



Yeah, dub me the karma police.



Aku dah rasa peritnya kehilangan seseorang di jalan raya. Don't you dare make your family experience the same.




Kecuaian, I can tolerate.

Kebebalan,
kau memang cari nahas
.

September 20, 2009

Teka teki untuk Magenta

Kalau orang gila update blog pada malam raya,


Orang jenis apa yang update blog pada 1 Syawal
?

September 18, 2009

Privasi

OK, aku cukup tak suka kalau aku sedang menaip,

ada makhluk Tuhan sedang curi pandang skrin aku.



Tapi rupa-rupanya aku lagi tak suka kalau aku sedang menaip,

ada makhluk Tuhan sedang pandang skrin aku,
sambil gesel-gesel kat paha aku,
sambil menderam.


Aku tak tahu kenapa dia horny sangat sekarang ni.
Sampaikan aku geli geleman.

Meremang juga bulu roma aku dibuatnya.



Wes,
jangan annoying sangat boleh tak?



Sheesh
.

September 17, 2009

Bitch and Beaches

Pelik bukan kalau kamu seorang perempuan yang masih bujang,

sudah ada orang tebal muka cakap mahu bermadu dengan kamu suatu hari nanti,

asalkan dapat boyfren kamu.



Peliknya. It’s not the end of the world pun kalau tak dapat dia.

Dan perempuan,
Kau bukannya dah tua kerepot sampai putus harapan rasa tak ada lelaki yang mahu kau.






Letihlah aku tengok perempuan muda mudi putus harapan dengan lelaki single as if muka kau kena simbah asid.


Lepas tu buat-buat sakit.
Ataupun memang sakit pun tapi sikit-sikit nak mengadu kat boyfren/suami orang. Kau tagih simpati orang lain boleh tak? Kalau kau pergi mengadu kat lelaki yang masih single mesti kau dah ada boyfren sendiri kut sekarang ni.

Kalau nak tips, meh sini cari perempuan macam aku.
Aku sanggup je bantu perempuan sepi macam kau asalkan tak kacau boyfren/suami orang.



Dan aku pun letih dengan perempuan yang cari pasal dengan perempuan kerana lelaki.

Tak cukup komplikated ke hidup kita sebagai perempuan ni? Buang masa je gaduh sebab lelaki.
Kalau kau nak sangat lelaki tu, kau ambiklah- kalau dia nak kat kau lah. Masalahnya dia memang taknak serius dengan kau, bukan?
Dah dia taknak kau, pergi je lah cari orang lain. Buat apa nak kacau gefren dia?


Kamon lah wei, zaman The Boy is Mine dah lama berlalu. Sekarang ni zaman Beautiful Liar, ok? Goyang-goyang bontot sket.

Tak cukup lagi ke kaum kita ni ditindas, lagi nak tindas sesama sendiri.
Itu je yang aku hangin. Takde semangat sisterhood langsung.



Kalau aku dah lama aku buang dari sorority
.

September 16, 2009

Sebenarnya aku nak je jerit 'You're not important in my life at all' kat telinga dia

Boringnya.


Kau ada masalah dengan teman wanita, kau boleh break up.

Dah bertunang pun boleh putus, bak kata emak Cik Frailmoth.

Dah kahwin pun boleh bercerai, bak kata kakak Cik Frailmoth.


Kau ada masalah dengan housemate sebab dia tuduh kau kotorkan sinki, kau boleh pindah keluar.


Kau ada masalah dengan bos, boleh cari kerja lain.


Kau ada masalah dengan budak melalak depan aku ni, boleh pakai headphone.





Tapi kalau family, blood ties, kau nak buat apa?

Mencarut, boleh
?

September 11, 2009

Speed/Spit

“Repeat after me,” kata Cikgu Amri, “then we increase the speed.”

Budak-budak barisan depan mendongak.



“Peter Piper picked a pack of pickled pepper,” sebut Cikgu Amri dengan laju.

Budak-budak barisan depan tunduk.





Dan lap muka masing-masing.


Tu belum belajar semangtik lagi tuh.


p/s: Masih ingat episod perkahwinan Chandler dan Monica?

September 08, 2009

Siri Ber-YM Dengan Lelaki: Nipis

Phat: Cadangan Nan tu mcm best je tp kita kna ada back up.

Sparenish_ice: Betul gak tu.

Phat: Ko ada suggestion?

Sparenish_ice: Hmm.
Ha, kan kat situ ada restoran Chinese yang baru bukak.

Phat: oh situ mmg sedap.aku dh try.

Sparenish_ice: Best?

Phat: Tp kedai tu sempit ah.
Aku kuar masuk asyik langgar orang je.
Ko takpe ah neem. Ko nipis.






Depends la kan.
Front elevation ke side elevation yang nipis tu?


Aku jenis yang makan banyak pada waktu siang.

Maka aku pun tergolong dalam manusia tipikal yang lose weight pada bulan puasa

dan

gain weight pada hari raya.




Biasanya aku mencecah 45-46kg pada bulan puasa.

dan

kembali kepada 49kg pada hari raya ketiga.






Noice
.

September 02, 2009

Kala aku duduk sorang-sorang, tiba-tiba berbau pandan. Wo! Seramnya.

Kau kecil hatikah kalau aku cakap wajah kau mirip pembantu rumah?

Kenapa kalau aku keluarkan ayat seperti, 'eh muka dia macam bibik makcik aku' orang akan berniat mahu tepuk mulut aku.



Pembantu rumah pun orang macam kita juga. Pekerjaannya halal dan mulia.
Bukannya requirement nak jadi pembantu rumah mesti tak cantik, tapi preferable supaya suami tak selingkuh.


Kenapa nak offended kalau aku cakap muka korang macam bibik?

Pembantu rumah kakak aku cun je. Kalau tak percaya tanya Encik Stateskop dan Peyuh.





So, salah ke kalau aku cakap muka Kartika Sari tu macam bibik pembantu rumah?

.

September 01, 2009

Diari Makhluk Tuhan Naik Teksi: 1 September 2009

Hari ini, hari yang memenatkan bagi konduktor bas.



"Dah naik, dik. Dua ringgit."

"Ye, dah naik."

"Mula hari ni. Semalam seringgit lagi."

"Baru hari ni, dik."

"Kerajaan yang naikkan, bukan kami. Semua pun naik."

"Mula 1 September."





Penat mereka menerangkan kadar tambang yang baru.


p/s: Kadar tambang teksi laluan yang aku biasa, yang biasanya RM3, tadi menjadi RM8.30
.

Owh. View tak boleh. Update boleh pulak?

What the fag, Google
?