October 31, 2009

Have I told you lately that I....

Akhir-akhir ini aku seolah-seolah tak pedulikan kerahsiaan identiti dalam internet.


Kadang-kadang aku tunjuk gambar diri sendiri dalam internet.
Tapi tak boleh la bagitau kat mana. Yang dah tengok tu diam-diam sudah la. Kantoi pulak aku tak sejelita yang kamu imajinkan.

Kadang-kadang aku letak nama penuh dalam email.

Kadang-kadang rasa mahu telefon atau sms rakan-rakan blogger.

Kadang-kadang semua benda aku cerita dalam YM.



Kenapa ya?

Adakah ini bermakna suatu hari aku tidak lagi anoneemus? tidak lagi memiliki pseudoneem?

Tak mustahil, terutama andai aku bermastautin dan bekerja di ibu negara.



Mungkin. Tidak.




Unless buku yang (bakal) aku tulis ni jadi best seller
.

October 30, 2009

Hell yeah

Bila aku baca entri Lega oleh Sarah, baru aku tahu rupa-rupanya bukan aku seorang yang begitu.


Mungkin, interpretasi aku berbeza dengan Sarah, mahupun orang lain.
Dan kalau kau tak faham dengan entri ni boleh tak jangan tanya aku. Tanya orang lain, tapi bukan di sini. Serius, aku tak ada jantung mahu terangkan benda yang aku tulis secara abstrak.


Situasi aku sekarang, masih menanti.
Menanti satu kepahitan. Satu kesakitan.

Bukan aku ketagihkan sakit itu. Tapi biarlah ia datang mengakhiri penantian.
Meletakkan titik noktah pada kemelut emosi ini.
Walaupun azab, biarlah azab itu datang demi menggantikan azab yang ada sekarang.


Walaupun pedih, ngilu, dan seksa tapi sekurang-kurangnya aku kenal diri aku waktu itu. Sekurang-kurangnya aku jadi diri aku. Bukan seorang yang dirasuk entiti itu.


Penantian itu meresahkan, walaupun bukan aku begitu tertunggu-tunggu.
Walaupun yang bakal datang pun azab, sekurang-kurangnya ia sesuatu yang dah pasti.

Tak perlu lagi kau tertanya-tanya dan fikiran kau tak lagi disemakkan tatkala kau sedang membeli-belah, menonton wayang, atau berendam di dalam bath tub. Kerana kau pasti ia sudah berlaku.



Haih, rimas dengan diri sendiri.
Menanti sebuah kelegaan yang sebenarnya datang dalam bentuk kesakitan.

Biarlah. Aku rela.
Asalkan aku tak lemas dengan kerenah emosi melankolik diri sendiri.



Dan merisikokan hubungan dengan orang lain dengan perangai bitchy ini
.

October 28, 2009

Biar mati adat, jangan mati katak. (Atau mati tak bayar hutang?)

Basically itu lah pegangan aku. Tapi kita hidup bermesyuarat beb.
Eh,silap.
Kita hidup bermasyarakat beb. Memang lah tak mahu peduli apa orang kata, tapi dalam masa yang sama mahu jaga hubungan juga.

Kalau aku jenis tak hangin atau tak kecik hati dengan apa orang kata, tak mengapalah.
Tipu lah orang insecure macam aku boleh kebal rasa.


Dolu-dolu, aku pernah berbincang mengenai pertunangan dengan Studiogirls.
Mereka pun sependapat dengan aku. Pertunangan ni untuk kenal-mengenal antara bakal pengantin dan keluarga. Asal-usulnya kerana zaman dolu-dolu bakal pengantin tak kenal sesama mereka kerana keluarga yang uruskan, maka dalam tempoh inilah saling berkenalan.

Aku rasa zaman sekarang ni kalau dah bertahun-tahun berkepit nak bertunang apa lagi. Lebih-lebih lagi yang jenis selalu bertandang ke rumah bakal mertua. Dah macam anak menantu sendiri kut.


Aku tambah hairan kalau majlis bertunang pun dah mengalahkan majlis kahwin kakak aku. Baru bertunang kut, persalinan dah lagi mahal dari baju kahwin kakak aku. Kat depan rumah tu jalan terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada kanopi.

Ntah lah.
Terlebih mampu kut?


Kawan aku Alin, anak Dato’ kut. Bertunang pun pakai baju kurung macam nak pergi kelas je. Tak bersolek apa pun.
So aku pun sendiri fikir la, anak Dato’ pun rilekkk je apahal aku nak beria benar.
Aku terbayangkan kawan-kawan aku akan cakap ’Yang penting, kau mesti tutup aurat.’



Mungkin kerana keluarga aku jenis yang tiada adat (adatless atau raceless?) maka aku amatlah kagum melihat adat-adat orang lain.
Ternganga juga lah aku waktu tingkatan satu dulu dalam subjek Sejarah, adat perkahwinan Melayu ada 7 peringkat. Mak aih.

Aku tahu 2 je. Bertunang, berkahwin. Selesai.



Kemudian bila aku meningkat dewasa, barulah aku tahu bahawa adat perkahwinan orang Melayu banyak dipengaruhi ajaran Hindu.
Berapa kali aku dah tulis dalam blog ni pun aku tak tahu, bahawa orang Melayu ni kan agama asalnya Hindu. Memanglah banyak lagi amalan Hindu yang dipraktikkan kerana orang kita tak tahu beza mana satu ajaran Islam, mana satu ajaran Hindu.

Tentang hantaran pun, adat Hindu juga kan?
Apa yang aku tahu, jumlah hantaran mestilah nombor ganjil, dan pihak perempuan memberi lebih dari yang diterima. Bab nombor ganjil tu, aku sokong.
Bab jumlah berapa dulang tu, kalau tak ikut pun tak salah, bukan?


Adat menyarungkan cincin dikenali juga dengan upacara pembatalan wudhu’.
Aku pernah baca wawancara bersama seorang ustaz, katanya adat ini patut digantikan dengan solat sunat pengantin. Aku tertarik juga dengan idea ini. Lagipun sekarang ni kan trend akad nikah di masjid, apa kata setelah selesai akad nikah, pengantin solat sunat dahulu dan kalau nak sarung cincin pun lakukan selepas itu.

Kalau akad nikah di rumah pun apa salahnya buat juga. Elok juga kalau kali pertama pengantin lelaki jejak kaki ke bilik pengantin adalah untuk solat sunat.


Aku sendiri belum pernah menghadiri majlis akad nikah yang disertai solat sunat. Kalau boleh waktu aku kahwin nanti mahu buat lah. Entah bagaimana pula reaksi makcik pakcik, ya? Heh.
Tambahan pula, tengok lah pengantin perempuannya siapa. Kalau memang jenis perempuan suci murni solehah tak mengapa lah. Tapi Solehah tu tunang abang sepupu aku.




Apa yang aku tahu tentang adat perkahwinan dalam Islam, pihak lelaki wajib menghadiahkan sesuatu kepada pihak perempuan. Dan ia tidak semestinya berbentuk barang kemas mahupun cincin. Tapi sesuatu yang berharga. Maka terpulanglah pada pengantin sendiri untuk menetapkannya, apa yang berharga buat mereka.

Dan, siapa pula pandai-pandai letak hukum kena bagi emas?
Kalau bagi platinum tak boleh? Platinum lagi mahal kut.

Aku rasa rasionalnya ialah kalau kau tak mampu nak hadiahkan even sebentuk emas, apa buktinya kau mampu tanggung anak orang. Mak bapak dia dah jaga dia elok-elok, takkan nak kasi hidup melarat lepas kahwin.



Aku bersyukur yang amat kerana Encik Stateskop bukan jenis yang mahu ikut adat, terutama yang ada unsur Hindu seperti bersanding dan tepung tawar. Dia cakap macam renjis kubur.
Dan tak perlulah nak buat sirih junjung tu sebab memang takde orang akan makan sirih tu hanya pembaziran semata-mata. Pulut kuning nasi semangat pun tak payah sebab pulut yang keras terdedah tu confirm tak termakan dek manusia pun.


Kakak aku bagitau Ustaz Harun Din kata pakai inai buat corak di anggota badan tu dikira tattoo maka ianya haram. Ustaz cakap pakai di hujung jari sahaja.
Owh, teringat pula aku pernah ada henna tattoo berbentuk rama-rama. Setakat sticker tattoo tu dah banyak kali aku pakai.
So aku bukan la nak berlagak alim. Tak kuasa mak. Tak layak pun.



Itulah, basically aku suka yang simple aja. Tapi kita hidup bermasyarakat majmuk dan bermakcik-makcik.


Nanti aku kahwin nak buat makan sempoi je, 3 lauk cukup. Takde dessert. Minum air mineral je OK tak? Lepas tu takde kek. Takde makan-makan VIP. Aku nak makan berdua dengan suami je.



Ikut suka kami lah kan, kami yang nak kahwin. Apahal orang lain bising-bising nak suruh kami spend banyak duit dan masa.

Tapi aku taknak lah simple sangat sampai macam aku tak worth it. Well, maksud aku, taknaklah sampai lebih simple dari wedding janda dan duda.
Ini first time kahwin, kang orang saspek aku bukan anak dara pulak kalau simple sangat. Ataupun, macam wedding cousin aku, simple sebab dia kahwin dengan suami orang. Itupun buat kat rumah aku sebab takut madu dia pegi serang rumah dia. Maka, lokasi dirahsiakan.

Ataupun, nanti orang ingat Encik Stateskop tu tak berpendidikan atau miskin sangat sampaikan tak mampu nak prepare majlis yang proper untuk aku.


Kalau aku anak petani atau anak nelayan mungkin aku tak kisah.
Masalahnya orang tau kut aku anak pegawai kerajaan (yang dapat hidangan daging rusa di IJN). Pakcik-makcik aku pun orang kenal sebab ramah sangat.



Dan, aku taknaklah berjimat sampai tahap tetamu tak selesa berada di majlis aku. Aku tak rela nanti in the future kawan-kawan aku yang nak kahwin menjadikan majlis aku sebagai contoh yang perlu dijauhi.
Dan aku taknak keluarga aku mengingati majlis aku sebagai memori buruk.

Ya, majlis kahwin abang aku memang memori buruk kerana aku terlampau penat dan tiada masa untuk enjoy. Hasilnya tiada sekeping pun gambar aku pada hari tersebut. Dan kau ingat pengantin aware perkara ni? Tak langsung. Dia ingat wedding dia habis grand la tu kan.




Kalau ikut kan memang aku malas nak layan kerenah orang lain, tapi aku bukan jenis kebal rasa. Aku cepat terasa juga, dan kalau terluka aku susah mahu heal. Maka aku kena elakkan orang yang bakal melukakan. Baiklah, aku tahu aku melalut.



Apa kata aku tidur dulu sekarang. Kerana sesungguhnya tidur elok untuk kulit dan minda.
Bye
.

October 26, 2009

Ruang

Apa yang sudah terjadi pada spacing entri di bawah?

Stop and Stare: Estetika

Kalau diperhatikan benar-benar, cantik juga. Cuba kau zoom in.
Kau akan nampak nilai estetika yang tinggi di situ


***
Dan pada senja itu aku sungguh tak keruan.
Kerana tak dapat apa yang diperlukan.
Aku perlu SAGE.
SAGE itu adalah pangkalan data.
Tapi aku tak boleh log masuk.
Besoknya ada pembentangan penting.
Aku mula rasakan dalam aliran darahku yang sistem limbik telah diaktifkan tanpa sedar.
Kemudian, entah dari alam apa, beliau datang.
Maksud aku, muncul.
Oh, tak. Bukan Ahmad. Ini perempuan, cun punya perempuan.
On second thought, what the heck. Let's call her Ahmad anyway.
Ya, kita namakan dia Ahmad saja.
Maka Ahmad berbasa basi denganku.
"Buat assigment pasal apa ni?"
"Estetik." Aku jawab dengan kadar tertekan.
"Erm. Estetik tu apa? Macam pernah dengar."
(Babak berikutnya memaparkan seorang blogger comel pengsan akibat tertekan. Jangan imajin.)
Parasimpatetik.
Tak cukup oksigen.
Pertama, aku jadi tak keruan memandangkan ada orang yang tak tahu apa itu estetik.
Kedua, aku jadi kaget kerana aku sedar bahawa aku tak punya definisi untuk itu.
Ahmad,
jangan takutkan aku macam tu lagi
.

October 23, 2009

Ahmad had a guest

Semua orang melihat kalindar.

Ada orang melihat di dalam hamfon.
Ada orang melihat di dalam planner.
Ada orang melihat di dalam kalindar.

(Ya, melihat kalindar di dalam kalindar.)

Kerna.

Ahmad ada guest.

***

Hari itu,
Sepatutnya kami ada kelas.

Akan tetapi telah ditunda.

Kerna.

Ahmad ada guest.


***

Semua orang melihat kalindar.

Rina lihat kalindar.
Pamela lihat kalindar.
Profesor lihat kalindar.

Minggu hadapan tak boleh.

Kerna.

Ahmad ada guest.

***

Minggu itu konvokesyen.

Ahmad tak hadir.


Kerna.

Ahmad ada guest.





Ahmad ada guest.

(Bak kata Sinaganaga, repeat till fade)
.

October 21, 2009

Kisah Bimbo yang Cerdik tapi bukan dalam bidang Geografi

Dan, aku tanya. Gaijin itu.

“Where are you from?”

Dan, beliau jawab.

“South Africa.”


Dan, aku tanya lagi. Gaijin itu.

”Which country?”

Dan, beliau jawab. Lagi.

”South Africa.”


Dan, aku hairan.

”Owh. South Africa is a country nowadays?”

Dan, beliau jawab. Muka ketat.

”Yeah, it’s a country.”



Gadis-gadis comel lagi bijak pandai yang berdiri di belakangku,
meletus jua ledakan tawa mereka.


Hanya kerana mereka wanita cerdik, aku maafkan.





Dan, aku tanya. Pula.

”Tapi kenapa kau tak putih macam Skalet Johansen,

Atau Shaliz Teron?”





Oh, tak.

Soalan bongsu itu cuma imaginasi liar-ku
.

October 19, 2009

'That's it. A very simple statistic.'

Halloween tak lama lagi kan? Awak nak jadi apa?


"Saya nak jadi vampire."


"Saya nak jadi Kapten Jack Sparrow."


"Saya nak jadi Zac Effron." (?)


"Saya nak jadi Sweeney Todd."



Hmm..nak cari watak lelaki tu senang je kan?


Kalau aku?





Aku nak jadi Miss Weed.


Boleh, cikgu?

Ha ha
.

October 18, 2009

Tentang Hati

Tapi ini kisah iri hati.


Iri hati pada kamu semua. You guys seem to enjoy your weekends.

I spent mine in front of this laptop trying to figure out what the authors of the journals wanted to convey.

and trying to understeng what this SPSS output tables meant.


and wondering what's wrong with my internet connection.



Ok, alkisah sebenarnya aku tak puas hati Professor boleh cakap 'just play around' with SPSS nanti korang akan pandai sendiri.

Ingat ni macam Adobe Photoshop ke? atau Sketchup? yang boleh play around dan pandai sendiri tak payah pergi kursus riban ringgit.
Kalau macam Photoshop tu, itu bidang visual, kau boleh nampak outputnya.
Ini SPSS dia keluar nombor dan simbol. Macamana kau nak interpret benda-benda tu kalau tak belajar dari cikgu? Dalam buku pun tak ajar.

I hate to turn you down, but I'm not that genius.
I might be smart, be I'm no genius. And I'm not hardworking.
I work hard, but I'm not hardworking.


See the difference?


I can be too hard on myself, sometimes.
But I don't need anyone else do the same.


And I miss LOL time with my friends. I mean, like, real laugh.
Not just typing 'LOL' in some text box. Not just catching up with your FB status.


Oh, bukan ke baru last week jumpa kawan-kawan?


Sigh. I need you guys every day.
Like those days back in the studio
.

October 15, 2009

He learnt from the best. He learnt from me.

“Don’t worry, dear. You’ll get to use it.”


Itulah yang aku kata pada beliau,
setelah beliau bercerita.
Macam concern dan caring kan?

Tapi suara aku macam sedikit tenggelam dek bunyi televisyen.
Beliau angguk cuma, dan senyum.

Oh. Lain macam punya senyum.
Aku buat-buat tak perasan, pandang televisyen dan habiskan teh-o suam.


Beberapa minit kemudian, beliau berkata
”You’ll get to use it.”


Ah dammit. Ingatkan tak perasan.

***


Sehingga ke hari ini, setiap kali kami berbual,
beliau akan menggunakan ayat tersebut pada setiap kesempatan yang ada,
dengan kadar kekerapan purata 15 kali sehari sebelum makan.

”You’ll get to use it.”

(Layankan je…)


***



Yes, I actually meant to say ‘you’ll get used to it’,

instead of ‘you’ll get to use it.’




Tersasul, OK?



He learnt from the best. He learnt from me.


Boring…betul
.

October 14, 2009

Pakej Harilahir

Ok, I admit it.

Aku bukan lupa harilahir mereka, tapi aku lupa mahu sms. Atau call.
Atau YM.



Sorry, my dearest.


Miss Frailmoth,
Conratulations on your convocation. And happy birthday. And makanan kat your open house hari tu sangat lazat.


Miss Kiah,
Dengar cerita tahun ni sambut harilahir di tempat istimewa. Enjoy. And Felicidades!


Mr Yong @ Crono,
Long time no hear. How's UK? Oh, sudah pulang kah? Happy birthday.
Nanti belanja I mooncakes, yeah.


Phat,
Eh hari tu dah wish. Ok.





Am I sweet or what
=)

October 13, 2009

Siri Bercakap Dengan Lelaki – Kita anggap ajelah ni episod 6

Few weeks ago, ada seorang kawan lelaki aku tanya,
NeEM, perempuan ni kalau cerita masalah sebab nak solution atau saja nak luahkan perasaan?



Aku tergelak besar dengan soalan ini.
Bukan kerana lucu, tapi kerana lega. Ya, aku lega kerana ada juga seorang hamba Allah berhalkum yang ada bola nak tanya aku soalan sebegini.

Dude, if you’re reading this, you’re totally cool.
God bless you, bro.

I mean, kalau kau tak faham perempuan, mengaku je lah.
Tak tahu, tanya. OK?
Tak perlu control macho berlagak Mr Nice Guy. Eh, I mean Mr Know-it-all.



Macam yang aku selalu cakap, aku jenis perempuan yang suka berkawan dengan lelaki. Platonik, yes.
Maka aku dah biasa jadi tempat kawan-kawan lelaki aku luahkan masalah.

Pernah juga aku cadangkan, ceritalah pada kawan lelaki; mereka kata tak biasa bercakap soal hati sesama lelaki. Betul gak tu. Dalam Ocean’s 13 je ada lelaki straight macam tu.

Lagipun kalau kau cerita masalah berkaitan perempuan, nanti kawan kau cakap
“Ko cari awek lain je bro, senang cerita. Aku tengok Si Nora Danish(bukan nama sebenar) tu boleh tahan. Weh, malam ni Liverpool versus Arsenal. Mapley jom?”

One thing, aku faham bila lelaki cerita masalah pada aku ialah tak semestinya mereka mahukan solution. Kalau mereka mahu solution buat apa cari NeEM.
Solution contact lense aku ada. Jenama Solo Care.


Berbalik kepada soalan kawan aku tadi, yes, bila perempuan cerita masalah, beliau hanya mahu meluahkan perasaan.
Kalau kau nak cadangkan penyelesaian, boleh je tapi jangan expect dia akan segera bertindak. Tak payah buang masa kau nak hangin sebab dia mengadu tapi tak bertindak.
Most of the time, bukannya dia tak tahu apo nak dibuek. Cumanya untuk meluahkan perasaan itu menjadi satu kemestian.


You know, macam kisah isteri Khalifah Umar tu.

Aku selalu je kena marah dengan lelaki sebab bila aku cerita masalah dan dia bagi penyelesaian aku tak nak buat. Saja je aku taknak buat. Sebab buat masa tu, aku just nak get things off my chest.
Lepas tu mula la lelaki tu bising suruh aku proaktif la, responsive la, Kevin Lynch la…
Boring…betul. Ok, love you too.

Sebab tu, perempuan dianggap sebagai good listener.
Well, it depends actually. Tak semua pun.


Dan lelaki pula, meluahkan perasaan untuk mendapat nasihat dan penyelesaian. Maka kalau cerita pada lelaki mesti dia suruh kau buat tu, buat ni.
Kadang-kadang aku macam hangin jugak la sebab rasa kalau macam ni baik aku jumpa consultant je. Dan boleh tak jangan judge aku waktu tu.


Satu lagi, kalau perempuan tengah bitching pasal co-worker dia ke, akak kaunter Bank Islam ke, profesor dia ke, kau tak payahlah nak tolong jernihkan keadaan.
Kau setuju je dengan dia. Bukan aku nak suruh kau lagi bakar, tapi kalau kau nak rasionalkan keadaan pada ketika dia tengah mengomel tu, itu memang simbah petrol pada api.
Jangan sesekali kau nak backing atau cakap benda baik tentang orang yang sedang dia hanginkan tu. Kemungkinan besar dia hangin dekat kau pula sebab kau macam membantutkan luahan perasaan dia.

Salah satu episod Everybody Hates Chris ada isu ni. Kau tengok lah bagaimana ayah Chris handle ibu Chris waktu dia membebel tentang co-workernya. Simple je. Tapi kasi nampak ikhlas la.



So, aku harap korang faham apa yang aku tulis ni.
Biasanya, perempuan cuma mahu pendengar dan mahu orang faham situasinya. Kalau dia nak solution dia akan mintak. Dan jangan hairan kalau dia tak bertindak. Lebih-lebih lagi orang melankolik macam aku, mesti nak menikmati perasaan down itu sehabis-habis sebelum melakukan sesuatu.



Dan, para lelaki, Encik-encik sekalian jangan lah halang teman wanita atau isteri anda untuk hangout dengan kawan-kawannya baik lelaki mahu perempuan.


Bukan semua benda boleh dicerita kepada teman lelaki/suami.

Dan sebenarnya,

Bukan semua benda syok untuk dicerita kepada teman lelaki/suami.



Admit it, kau apa peduli gosip tentang artis perempuan tiru gaya artis lain,

atau, ada kau peduli Susan Mayer nak ceraikan Mike Delfino
?

October 09, 2009

Aku sebenarnya sibuk, tapi kalau banyak sangat kerja aku pilih untuk dating dengan Thom Yorke....

....kerana selain The Beatles, lagu Radiohead adalah lagu yang kau mampu dengar sejak kau kecil sampai sekarang.

October 08, 2009

Siri Bercakap Dengan Menjawab Encik .Khairi.

'dah masuk bab hadiah ni, aku nak tanya sikit lah. aku kalau tiba anniversary/birthday mesti 2,3 ari duk pening kepala fikir pasal hadiah. tak de lain dalam kepala aku: bear, perfume, necklace, perhiasan atas meja ke..padahal semua tu dah bagi dah.haha..buntu3! apa lagi eh selain perkara yang disebutkan di atas?'

Basically, jawapan aku lebih kurang jawapan Xeem juga.

Jujurnya aku rasa nak kasi hadiah pada perempuan tak susah. Kerana perempuan lebih appreciate benda-benda yang tak ada fungsi selain estetik.

Dapat bantal Hello Kitty pun seronok.

Dapat paper weight pun seronok.

Dapat sculpture pun seronok.

Dapat apa-apa pun, janji yang warna kegemaran pasti seronok.

Kalau lelaki, nak kena kasi benda yang dia akan gunakan atau pakai, baru dia appreciate kan?
(atau reti tunjuk appreciate).



Hadiah untuk perempuan, boleh terdiri dari pakaian dan aksesori.
Aksesori pun boleh dikategorikan kepada aksesori rambut, jewellery etc.

Hadiah tak semestinya seketul benda yang kau buat atau beli.
Baucer spa, kupon beli-belah, itu semua amat dihargai.


Kawan-kawan aku selalu buatkan video. Tak payah keluar duit, tapi amat sweet.
Kau masukkan lagu dan gambar kegemaran dia, pasti beliau tak jemu menonton.


Kau boleh hadiahkan satu getaway seperti percutian atau honeymoon.
Tak pergi jauh pun tak apa, just make it special. Pergi tempat yang beliau nak pergi tapi belum pergi sebab tak ada masa, atau sebab mahal, atau sebab tak ada orang nak temankan (reason paling bagus).

Dinner di restoran mahal?


Ada juga perempuan yang tak mahu pergi mana-mana, cuma mahu berehat. Kalau untuk golongan ini, hadiahkan beliau rehat. Maka pada 2-3 hari itu beliau tak perlu buat apa-apa kerja. Kau masak untuk beliau, kau basuh pinggan, kau basuh baju, basically semua kerja rumah kau buat. Biar beliau goyang kaki je.
Oh ya, jangan lupa urut dia ye. Dan jangan merungut kena buat chores.

Atau, kau hadiahkan pembantu rumah aje lah. Last longer. Hehe.



Kalau kau tak ada idea sangat, kau bawak beliau pergi shopping senang cerita.
Nak surprise juga? Kau temankan beliau shopping dan perhatikan apa barang yang dia asyik pegang-pegang ataupun cakap berkenan tapi tak beli kerana mahal.
Pada hari lain, kau belikanlah benda tu.



Kau juga boleh bantu beliau capai impian. She's your wife you should know her dreams.
Mungkin kau boleh hadiahkan pendaftaran ke kelas bahasa Perancis, misalnya. Atau kelas menunggang kuda. Atau pendaftaran ke kursus ESQ. Atau program Slimfit (hanya jika dia mahu. Kalau tak ini satu penghinaan pula jadinya).

Kalau beliau mahu jadi jutawan internet sila hadiahkan apa-apa yang berkaitan contohnya laptop baru, atau broadband paling laju.



Kau kasi hadiah berbentuk financial pun boleh. Contohnya satu pelaburan. Untuk masa depan. Sijil premium pun OK.





Excuse me, lingerie? Memang la boleh je kasi lingerie. Tapi lelaki kasi lingerie tu macam tak ikhlas je. I mean, it's for your own visual pleasure kan? kan? kan....
?

October 07, 2009

Siri Bercakap Dengan Lelaki – Episod 5 kut?

Ni nak habaq mai, perempuan zaman la ni pun masih suka bunga tau.
Kalau dia nampak macam tak suka bunga pun, tu mungkin sebab dia takdak tempat nak simpan.

Jangan la kasi bunga plastik. Memang la tak kekal, tapi macam boring la asyik dapat yang plastik pastu tak boleh nak buang.


Basically, kalau dia tak suka bunga pun, perasaan mendapat bunga tu sendiri pun boleh buat dia senyum.
Cumanya most of the time, macam segan kalau dapat bunga sebab benda tu obvious. Bukan boleh sorok dalam bag macam coklat. Lagi-lagi kalau duk hostel. Nak bawak bunga sejambang dari kelas ke kolej maunya sepanjang jalan kena hon.

(Oh tiba-tiba teringat muka tension Amnah bila dapat bunga ros berbalut butter paper waktu first year. Haha!)




Point aku kat sini ialah, untuk lelaki yang dah berkahwin tu rajin-rajin la belikan bunga untuk isteri. Bukan waktu ulangtahun dan Valentine’s je.

Waktu dia sakit, waktu korang berjauhan sebab outstation, waktu dapat tahu dia pregnant, waktu dia bersalin, waktu lepas bergaduh etc.



Bukan semua perempuan suka bunga ros. Cuba belikan bunga lili, atau daisy atau apa-apalah selain ros. Memang la bagus kalau kau tahu favorite dia, tapi tak syoklah kalau kau tanya dia lepas tu kau kasi bunga tu.
Pandai-pandai la korek sendiri.




Aku ada satu pengalaman, seorang lelaki ni sedang berada di gerai florist, dan dia tanya aku warna kegemaran. Tak surprise lah kan sebab aku tahu dia nak beli bunga.
Tapi ada juga yang nak buat surprise tapi end up membazir. Sebab aku tak tahu dia nak kasi bunga, dan aku macam malas nak jumpa dia. Rupa-rupanya dia dah beli satu jambangan ros, keesokan harinya dia terpaksa buang je sebab dah layu.
Aku bukan kisah tak dapat bunga tu, tapi aku kisah pasal duit dia yang melayang beli bunga tu. Aku kan duitlistik.




Dan seperkara lagi aku nak beritahu lelaki, jangan sesekali menghadiahkan isteri anda home appliances. Kau nak beli, beli lah. Memang kewajipan kamu pun maka kamu tak boleh anggap itu sebagai hadiah.

I mean, apakah hadiah tetapi mengingatkan pada chores?
Contohnya, kalau kau beli ketuhar gelombang. Lepas tu dia masak, kau jugak yang makan. Kalau kau beli penyedut hampagas, dia kemas rumah, kau jugak yang melepek atas sofa.


Lame gila lah aku rasa kalau hadiahkan appliances. Kalau dia mintak sekalipun, belikanlah sesuatu yang lain juga.



Nak belikan kerusi urut tu boleh juga tapi tak special sebab kau pun akan guna juga. Kalau most of the time kau yang guna, tolonglah jangan anggap itu hadiah buat isteri, OK.



Yang penting, korang kena kenal isteri masing-masing. Aku cuma boleh kasi tips secara general tapi aku bukan tahu isteri kamu suka apa.


"Phillips always gave me appliances for our anniversary. On our last one, he
gave me a vacuum cleaner. 2 weeks later he died.

I didn’t cry."

.

October 06, 2009

Quote for 06102009

"Abang sy sayang akak, dengarlah cakap dia. Hehe."



- Adik Encik Stateskop nombot nombor dua

.

October 04, 2009

Mereka kata ini penghapus dosa. And yeah, I am annoying.

It started with the 'regular' visit from Aunty Flo. Heavy.
Terrible cramps.

Along came migraine.

There was no way I could submit my article review the following day.
Two tablets of PCM 500mg were of no help. Neither could Coralite and Saffron water.


Woke up the next morning with swollen tonsils.
MC for a day.


But I attended the class on Friday afternoon, nevertheless. When it involves SPSS and statistics, I'm not willing to take any chance.
Turns out it's a huge mistake. Little did I know that I still needed to rest.



It's only 38.5 degrees. Much better than 41degrees that I had last May.
Suara hilang. Batuk. Selsema. Clarityne kena makan pada waktu pagi but it's not possible sebab aku bangun pukul 11.30. Lepas mandi baru makan. Lepas makan baru makan ubat. Macamana tu?


So it's been 5 days now.
5 days of bedrest. No nasi. No voice. No work done. No hanging out.

***

Encik Stateskop tanya aku, ada salah makan ke?

Erm..rasanya aku takde pulak order hotdong ke atau makanan yang ada perasaan udang ke, atau apa yang pelik-pelik.

***

I think it's a viral fever. Just a hunch, but pretty sure.

Lagipun kalau demam biasa aku tak rasa nak menangis.
Aku tak tahu kenapa kalau demam macam ni aku mesti nak menangis dan merengek. Bukan sakit sangat pun. Tapi rasa nak menangis. Duduk sorang-sorang pun merengek juga.

Aww such a cry baby am I not?

Guess it's something my future husband would have to put up with.


Habis la nanti lepas kahwin kalau aku sakit suami tak boleh pergi kerja.
Atau pun, habis la nanti lepas kahwin kalau suami kena kerja juga dia akan suruh adik dia babysit aku.
Gila tak cool kena jaga kakak ipar sakit. Kalau lepas bersalin takpe gak. Ni demam je pun.


***

Hari ini dah ada sedikit kekuatan untuk duduk di depan laptop. Baru tahu Cik Sarah juga demam.
Get well soon, honey.

***

Srooottt..
.