[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
November 30, 2009
Semangat
Lenguh. Penat.
Namun perjuangan harus diteruskan.
Manusia-manusia kerdil di sekeliling memberi peransang dan sokongan padu.
"Kamon, Chik, kamon!"
Aku ketandas. Maksud aku, terkandas.
"Fokus, fokus!"
Aku tersungkur lagi.
"Jangan putus asa."
Jeritan mereka kedengaran jelas di telinga.
Yang paling kecil menjerit
"Kuatkan semangat!" (Ulang sampai penat)
Baiklah, demi kalian, daku berjuang hingga mikrosaat terakhir.
Peluh dingin 15 darjah selsius mula membasahi ruang antara bibir atas dan hidung.
Masih seksi.
.
.
.
.
.
BAM! BOOM!
"Aaaaa....ooooo....."
Serentak dengan itu, console di tanganku bergegar.
Audi Q7 yang dipandu bergelimpangan di tepi litar.
Dah, tak nak main ah dengan korang.
Gi ajak Mak Teh.
Hish anak menakan aku ni saja je nak tengok aku kalah. Bukannya mereka tak tau aku tak reti main
.
November 27, 2009
Carutan Sopan (18PL): Haiwan bingung.
Haiwan.
Jakun. Kampung. Sakai.
Loklak.
Raya haji pun nak main mercun.
Kalau dah kaya sangat duit tu tak tahu nak buat apa, kasi kat akak la dik oi.
Lagipun nanti telinga tu dah pekak nak guna duit tu buat beli alat pendengaran pulak, dok gitu
?
November 26, 2009
Persoalan masa depan yang lebih penting daripada platform Nose
Hari esok, belum tahu.
Sekian
.
November 25, 2009
Suatu ketika dahulu: Mimosa
Suara pitching tinggi ku itu berkumandang di rumah, mengejutkan arnab-arnab di dalam kandang yang sedang beromen. Cis, buat anak lagi ke?
”Lain kali taruk baju kotor dalam bakul laundry, bukan dalam mesin basuh.”
Aku hangen betul la sistem tak kena ni. Sistem tu penting. Walaupun untuk seorang yang mengaku anarkis dan nihilis.
Abah, tiba-tiba saja ada di sebelah aku dengan sehelai baju pagoda di tangan kanan, bertanya ”apahal ni?”
”Tak, ni ha diorang ni main letak baju kotor dalam mesin basuh. Dah tu sampai bila nak habiskan baju dalam bakul ni?”
Aku jawab gaya makcik-makcik yang ditemuramah Karam Singh Walia.
Abah diam. Campak baju pagoda dalam bakul dan berlalu.
Tu mesti baju pagoda yang terkena kuah gulai semalam. Abah aku macam aku la, sikit-sikit tumpah. Tak tumpah air, tumpah kuah. Benarlah madah pujangga, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Atau in this case, ke atas baju sebenarnya.
Baju sendiri atau baju teman lelaki, itu belakang cerita.
Selepas makan tengahari, Mak kata ”tadi Abah cari seluar dia, yang basuh semalam.”
”Oh ya ka? Tu yang dia pi cari kat ataih tadi?”
Aku selamba je lah respon.
Mak jawab.
“Ha’ah. Abah cakap semalam dia campak seluar tu dalam mesin basuh.”
Erk.
Patut pun tadi terkedu je.
Houston, kita ada masalah
.
November 24, 2009
To be or not to be
“Really?”
“Uhuh.”
“Then be my wife.”
(“,)
November 22, 2009
Dengki tidak rasional
Ada makcik yang cool bawak pegi Zoo Negara.
Lepas tu jumpa pulak Uncle Ezad si magisan.
Lepas tu siap Uncle Ezad belanja beli barang kat kedai souvenir tu.
Mahal kut kedai tu aku selalu masuk je tak beli apa-apa pun.
Ya. Saya baru tengok episod tu petang tadi, Anna.
Theeheehee
.
November 20, 2009
Oh my Jukebox!
Tiba-tiba aku teringat Confessions of a Shopaholic.
Dan kasut.
Ya, aku ada banyak kasut. Tapi sejak setahun lalu aku selalu pakai yang sama aja sepanjang waktu.
Itulah penangan menjadi seorang Makhluk Tuhan Naik Teksi.
Aku suka sepatu cantik. Siapa tak suka?
Kasut cantik. Kasut comel. Kasut seksi. Kasut cun. Kasut menawan.
Kasut vogue. Sebut betul-betul, vo-geh.
Tapi hakikatnya kasut-kasut itu mendera kaki aku.
Ya, aku vain.
Tapi sekarang aku sudah kurang vain. Aku tidak lagi mencapai tahap sanggup menahan blisters dan urat kejang. Aku sayang betis aku.
Lagipun aku tinggal di negara membangun yang beriklim khatulistiwa. Kalau awan menangis dan bumi bertanahair, habislah kasut pink aku kotor. Kau ingat boleh basuh senang-senang?
Negara kau bagaimana?
Sudahnya bila masa aku mahu pakai kasut-kasut itu?
Kau masih ingat sneakers merah jambu aku? Yang menjadi pilihan Wes untuk dibuat katil waktu beliau bayi. Kasut itu pun sudah mengkhianati aku nampaknya.
Sudah pandai menjadi pain in the ass. Maksud aku, bukanlah sakit bontot bila pakai kasut tu. Tapi yeah, youknoworrimean.
Oh, apahal pula dengan but stiletto 5 inci itu?
Macam gajah putih walaupun berwarna hitam. Yeah, she’s hot. Foxy.
Tapi apa boleh buat. Tak sekufu dengan kakiku. Bak kata pepatah, bagai anjing dengan bayang-bayang.
Why can’t sexy shoes be comfortable?
Why can’t comfortable shoes be pretty?
Dulu aku pernah berikrar, mahu pakai kasut yang selamat dan selesa walaupun dari segi rupa parasnya kureng. Atau dalam bahasa Indon mereka kata 'buruk rupa'.
Tapi dah aku perempuan vain nak buat macamana yek. Wedges jugak yang aku beli.
Sekarang aku sedang cari platform. Tapi platform zaman sekarang ni macam stiletto. Heels tinggi sangat. Aku mahu platform macam zaman 90-an. Yang rata.
Dan aku mahu platform yang ringan.
Dan tapak lembut. Kalau keras, nanti tak boleh guna di kawasan outdoor.
Pijak akar pokok pun tak rasa. Sedar-sedar dah hilang balance.
Mesti ada strap di belakang. Kalau tak nanti aku turun tangga, kasut akan turun dahulu dan tunggu aku tiba di bawah sambil gelakkan aku. Bangsat betul.
Dan aku mahu heels yang aku boleh pakai berjalan-jalan. Naik monorel, naik bas, naik helikopter, naik kapal selam, naik Optimus Prime semua pun boleh.
Nak baling pada perempuan simpanan suami pun sodap.
Aku dah jumpa dah platform tu di TS, design baru sampai tapi ada satu lagi masalah. Yang tu jenis yang kena selit ibu jari kaki la pulak. Kalau boleh tak mahu yang macam itu.
Maka aku harus tunggu sebentar. Trend itu belum bermula. Mungkin sikit masa lagi akan diubahsuai pula jadi seperti yang aku mahu.
Dulu-dulu memang cita-cita aku mahu jadi designer kasut. Tapi bukan kerana minat.
Tapi kerana cerewet.
Mungkin aku kena tempah custom made. Tapi ada ke orang ambil tempahan buat platform?
Aku memang ada masalah dalam komitmen.
Bila aku masuk satu kedai kasut, aku nampak kasut cantik dan aku akan katakan padanya, kau akan jadi milik-ku. Kemudian aku jumpa kasut lain dan kata padanya, aku janji akan bawa kau pulang. Tetapi kemudian aku akan nampak kasut yang lebih cantik dan kata, I’d never leave without you.
Sudahnya seketul pun aku tak beli.
Komplikatednya hidup aku. Ini baru bercakap tentang kasut.
Kerana itulah aku tak boleh hidup dengan lelaki cerewet. Dan kerana itu aku tak suka perempuan cari pasal dengan perempuan. Hidup seorang perempuan sudah cukup komplikated.
Itu belum lagi mahu bicara tentang beg, pakaian, masakan, lemak, kulit, selulit, rambut, kuku dan lelaki.
Oh dammit kuku aku patah waktu main bowling tadi.
Haih
.
November 18, 2009
Cry Me A Jacuzzi
Hanya kerana satu kertas.
Aku rasa sangat takut. Sehingga nyaris menangis kerana tertekan.
Relax lah, ini cuma satu peperiksaan. Paling teruk pun kau kena repeat je.
(Aku masih tak tahu itu ayat syaitan atau malaikat. Freddy Krueger kut?)
Wargh! Repeat itu satu mimpi ngeri!
Oh. Memang Freddy.
Maka aku ulangkaji sambil menahan sebak ibarat perempuan gemuk kalah Amazing Race yang sedang ditemuramah. Waktu itu aku nyaris benci diri sendiri.
Takkanlah kerana peperiksaan kau nak menangis?
Rupa-rupanya memang susah pun exam tu. Tak sia-sia aku takut.
Remuk redam musnah harapan mahu jadi pelajar cemerlang.
Itu hal peperiksaan. Aku pernah juga menangis kerana terjumpa sepasang wedges cantik yang murah. Aku sangat suka kasut itu, tapi aku tahu aku tak perlukannya.
Nak beli, takut tak pakai. Nanti membazir sahaja.
Tak beli, takut menyesal. Nanti teringat-ingat gila talak.
Sudahnya aku menitiskan air mata di pusat beli belah.
Encik Stateskop kata, eh, nanti orang ingat saya buat apa-apa kat awak.
Duhh....
Aku tahu aku cengeng.
Dan aku tahu ramai di antara kamu yang tak suka orang cengeng.
Jap, macam tu ke ejaannya? ‘cengeng’? betul?
Rupa-rupanya ada terjemahan untuk ‘cry baby’. Baru tahu.
Tapi ada juga rakan aku yang boleh terima aku seadanya.
Encik Stateskop pun tak kisah aku menangis kerana perkara kecil.
Oh, tentang kasut itu. Kesudahannya beliau belikan aku kasut tu.
Dan seperti yang dijangka aku pakai 2 kali aje. Tak tahan melecet.
Itu lah isu aku dengan kasut.
’Seorang Makhluk Tuhan Naik Teksi dengan kasut-kasutnya’.
By the way, saudara sekalian, topik kita tadi adalah menangis.
Fokus, fokus!
Hey korang ni hilang tumpuan pula. Dengar(baca)lah aku cerita dulu.
Lain kali kita cerita tentang kasut.
Ya. Ada orang memang memahami. Contohnya, Che Yam pernah berkata pada aku,
“semua orang pun kuat sebenarnya. Kau kena tengok apa yang dia dah lalui. Dan kalau menangis tak semestinya lemah. Tak menangis tak semestinya kuat. Semua orang ada cara sendiri untuk heal.”
Betul juga.
Coping style kita adalah berbeza. Setiap orang adalah unik.
Ada perempuan yang aku kenal, tak suka orang cengeng. Memang beliau bukan jenis menangis di depan orang. Tapi beliau jenis yang tengking-tengking orang bila stress. Tengking kawan sendiri di khalayak ramai kut.
Tapi kawan-kawannya boleh sabar. Ye lah, coping style beliau dah macam tu.
Ada hati nak kutuk orang manja, kau sedap-sedap tengking orang bila kau ada masalah. At least aku bitchy dalam blog saja.
Aku nak buat macamana, aku tak mintak dilahirkan cengeng begini.
Oh, memang tak. Sebenarnya waktu aku kecil aku bukan begini.
Dulu aku bukan jenis yang menangis. Mak aku sendiri cakap, aku tak pernah throw tantrum.
Aku takut untuk menangis. Nanti parents aku akan buat aku menangis lebih teruk.
Nak mengamuk dan merengek jangan haraplah. Nak kena lempang sampai tercabut gigi susu?
Aku tak dibenarkan jadi budak manja.
Siriyesli, waktu umur 5 tahun, aku sudah diejek kalau duduk atas riba. Umur 10 tahun, sudah kena ejek kalau minta orang buatkan Milo.
Weh, sepupu aku darjah 6 pun boleh duduk atas riba ayah, kat rumah aku pula tu.
Sudahnya bila aku berada di luar rumah, terutamanya bila jauh dari keluarga, aku jumpa comfort untuk bermanja dengan orang lain.
Aku tak akan lupa, jAJa usap kepala aku yang kemurungan waktu tingkatan 4. Hari itu, harijadi aku ke-16. Aku dapat 3 berita buruk.
Aku tak akan lupa, aku menangis di bahu Kak Long, pada minggu yang sama.
Dan Encik Stateskop pernah lap air mata aku guna sapu tangannya sendiri.
Dalam rumah aku, tak ada orang yang berusia lebih 8 tahun yang menangis di depan orang. Kau putus cinta, kau gagal peperiksaan, kawan kau meninggal? Tak ada orang pun yang mahu tenangkan kalau menangis. Baru umur 6 tahun sudah kena marah teruk kalau menangis bila bangun tidur akibat mimpi buruk.
Aku tahu, sepatutnya itu buat aku sekeras kerikil, seteguh karang.
Tapi dalam kes aku, nature mengatasi nurture. Kalau jiwa memang jenis mellow, kekerasan tak akan buat aku keras.
Pensyarah aku kata, nama aku pun bermaksud mellow, dan dia tahu aku mellow.
Heh. Itu pun kerana mata aku dah merah lepas proposal kena reject.
Kau ingat aku suka kah memalukan diri sendiri begitu?
Sebagaimana aku tak suka ada allergy, sebab macam tak tough la kan kena elakkan allergy, aku juga tak suka jadi orang sensitif dan cengeng. Leceh kut nak cover mata sembab.
Tapi kalau cara keluarga aku didik pun tak boleh buat aku kebal rasa, apa aku boleh buat. Anggaplah itu satu kelebihan.
Ya, satu kelebihan.
Kerana aku bersyukur coping style dan mekanisme pertahanan aku tidak melibatkan aku menyumpah seranah dan tengking sesiapa.
Walaupun aku mudah menangis, aku masih Miss Merry Sunshine berkasut pink yang sentiasa cuba buat orang sekeliling aku gembira
.
November 13, 2009
Payung: ROTFL. LMFAO. ROTFLMFAO. LOL.
I’m, uh, swearing.
Lain suratkhabar, lain payungnya.

Lain blog, lain juga payungnya. Heh
.
Kedudukan = Cara seseorang duduk di atas kerusi
”Saya tak mau perempuan suka saya sebab rupa atau kedudukan saya.”
Mata Cik Muah membundar.
Mata Cik Anoneemus...erm, boleh dibundarkan lagi ke?
Cik Muah tanya ”Hensem sangat ke?”
Cik Anoneemus tanya ”Kedudukan? Dia kerja apa?”
Cik Ungu jawab
”Boleh la tahan hensem. Kerja engineer.”
Tu ke kedudukan yang hebat sangat?
Ingat VVIP mana tadi.
Setakat kerja jurutera?
Aku bukan pandang rendah pada jurutera, itu pekerjaan profesional.
Aku tahu itu pekerjaan yang memerlukan kepandaian.
Tapi aku (sebagai perempuan mata duitan) tak rasa pun seorang jurutera (yang kerja syarikat tak terkenal macam lelaki di atas) perlu risau tentang niat perempuan yang mahu berkawan dengannya.
I mean, yeah, it’s not like you own the company.
Aku sangka ’kedudukan’ yang dia maksudkan tu macam, CEO ke, anak raja ke, adik PM ke...ataupun bakal menerajui Petronas.
Ntah lah. Aku kenal ramai jurutera. Yang kerja Petronas, yang kerja Air Asia.
Yang pakai Prelude ada, yang pakai Lexus ada. Tak ada pulak yang aku kenal tu rasa berkedudukan sampai risau perempuan tak ikhlas berkawan.
Yang pakai MyVi ni pula yang risau.
Haih. So full of himself.
No wonder la dia boleh cakap pada Cik Ungu ‘kau tu muka tak seberapa’.
Sebab dia rasa muka dia ‘seberapa’, dan dia ‘berkedudukan’. Heh.
Sedap-sedap je kau cakap perempuan tu muka tak seberapa. Padahal dulu kau jugak mengurat dia. Mentang-mentanglah kau ‘berkedudukan’.
Apa kau ingat kau ingat kau pewaris Allahyarham Tan Sri S.M. Nasimuddin
?
November 10, 2009
Tell her
Kau beritahu dia kau takkan tinggalkan dia.
Kau beritahu dia kau akan sentiasa bersama dia.
Kau beritahu dia kau tetap sayangkan dia, walaupun dia menangis.
Walaupun dia marah. Walaupun dia mahu pergi.
Dan kau beritahu dia, kau tak akan ke mana-mana.
Kau akan sentiasa tunggu dia pulang tak kira ke mana dia pergi.
Dengan syarat, kau maksudkan apa yang kau cakap, John.
To really love a woman
To understand her
You gotta know her deep inside
Hear every thought
See every dream
And give her wings when she wants to fly
And when you find yourself
Lying helpless in her arms
You know you really love a woman
When you love a woman
You tell her that she’s really wanted
When you love a woman
You tell her that she’s the one
She needs somebody
To tell her that it’s gonna last forever
So tell me have you ever really
Really really ever loved a woman
To really love a woman
Let her hold you
Do you know how she needs to be touched?
You gotta breath her
Really taste her
Till you can feel her in your blood
Then when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman
When you love a woman
You tell her that she’s really wanted
When you love a woman
You tell her that she’s the one
She needs somebody
To tell her that you’ll always be together
So tell me have you ever really
Really really ever loved a woman
You got to give her some faith
Hold her tight
A little tenderness
You gotta treat her right
She’ll be there for you
Taking good care of you
You really gotta love your woman
And when you find yourself
Lying helpless in her arms
You know you really love a woman
.
November 08, 2009
Korang semua mesti ikut jejak aku, kan? Ha, kita gelak ramai-ramai, ya.
Bila aku dah post, korang semua mesti gelak.
Kalau korang tak gelak, aku akan ajak orang lain, gelak jugak.
November 07, 2009
Brotherhood?
Sebenarnya, lelaki pun ada je masalah brotherhood spirit ni. Just that they don't talk about it.
Or should I say, bitch about it?
Lelaki pun bersengketa kerana perempuan.
Sama je.
Kawan aku dulu, memang cun pun. Baik pula tu. Tak gedik langsung kut.
Tapi budak lelaki sekolah dia siap bertumbuk di perpustakaan berebutkan dia.
Padahal dua-dua lelaki tu tak dapat respon dari kawan aku tu.
Oh, mungkin la sebab tu mereka bergaduh. Salahkan lelaki yang lagi satu kerana tak dapat respon.
Itu cerita budak sekolah.
Budak universiti pun sama.
Yang dah kerja pun sama.
Kau dah berkawan bertahun-tahun, disebabkan perempuan kau boleh ignore kawan kau.
Kalau yang berpengaruh sikit, siap satu geng pulaukan lelaki tu sebab dia rapat dengan perempuan yang otai tu suka, kan?
Lelaki, perempuan sama je.
Kalau dah tak matang tu, tak matang jugak.
Lagi kelakar, kau tak dapat perempuan tu tapi kau tak berani nak bertumbuk dengan balak dia.
Maka kau marah-marah pada perempuan tu.
Abang aku pun ada je lelaki yang dia menyampah sejak zaman kolej sampai sekarang.
Lelaki paling ada semangat brotherhood kalau kawan kau curang, bukan?Mesti kau sibuk nak tolong cover. Tolong tipu teman wanita dia.
Tak tahu lah kau sedar atau tak, perbuatan macam ni buatkan perempuan curiga pada kau.
I mean, kalau kau bersubahat adakah kau rasa cheating itu sesuatu yang tak salah?
Dan kalau kau rasa tak salah, kau ada lebih tendency untuk praktis juga.
Sedangkan lelaki (dan perempuan) yang selalu condemn infidelity juga akhirnya terjebak juga.
So screw sisterhood, screw brotherhood, kata mereka.
Alkisahnya aku ini waktu sekolah dahulu disayangi rakan-rakan perempuan. Budak-budak lelaki je yang kenakan aku. Budak-budak perempuan semua support aku, semua bantu aku kalau aku susah. Pendek kata, aku pernah rasa jadi sweetheart di kalangan pelajar perempuan.
Kawan-kawan aku juga selalu bagitau aku, mereka dengar budak-budak perempuan puji aku belakang aku.
Aku membesar dengan penuh kasih sayang perempuan-perempuan sekeliling aku, terutama zaman sekolah. Lantaklah budak lelaki tak suka aku pun, aku tak kisah. Aku tak perlukan mereka.
So aku tak biasa ada perempuan harass aku. Kalau tak puas hati dan ignore aku, tak mengapa. Ini aku rasa pelik kalau tak puas hati dengan aku dan ganggu aku.
Itu lah, kisahnya aku sibuk-sibuk pasal sisterhood spirit. Kerana mungkin aku dulu mewah kasih sayang My Girls. Dan dalam set sosial aku, kalau tak suka mana-mana perempuan, just bitch about her for awhile (macam aku buat tu la), then biar ia berlalu. Tak perlulah nak kacau dia.
Dan tak kuasa lah nak rampas kekasih orang, nanti kena kat kita tau lah sakitnya.
I believe in karma.
Kalau ada kawan aku yang ada affair dengan boyfren orang aku takkan back up dia. Tak kiralah lelaki tu kata gefren dia teruk ke apa. Kalau gefren dia perangai teruk, kau break up sudah lah then cari orang lain. Tak payah nak ada affair. Alasan je tu.
Ya, walaupun kau kawan aku, kalau aku tak setuju aku takkan sokong.
Dan aku pun takkan sokong kau kalau kau curang, walau kau perempuan.
Ini bukan sisterhood membabi buta sampai aku masih sokong kau walaupun kau ganggu hidup orang.
Dan aku pun tak sokong brotherhood membabi buta sampai kau sanggup tolong cover kawan kau yang curang, padahal gefren dia tu kawan kau juga, dan gefren di budak baik.
Kawan kau menangis, kau hiburkan dia.
Dia lembik sangat, kau keraskan dia dengan cara lembut.
Dia buat salah, kau sound tepet je.
Korang suka lelaki sama? Best woman win sudah lah. Kalau kalah bermaruah, tak mengapa.
(Ok, senang je aku cakap sebab tak pernah kena)
Eh dulu aku rilek je suka lelaki yang sama dengan kawan rapat aku.
Dan aku boleh je berkawan dengan perempuan yang pernah dating dengan date aku tu.
Kawan aku pulak, boyfren dia pasang dua, dia rilek je berkawan dengan 'madu' dia tu.
Dia cakap perempuan tu baik. Aku takde la nak komen apa dah walaupun hairan bin aneh. Lebih baik begitu daripada bergaduh.
Lelaki ke, perempuan ke, tak payah la nak bergaduh dan harass sesama sendiri disebabkan buah hati.
Ya, aku pesan pada diri sendiri juga.
Paling tak pun, kau create satu blog, kau membebel kat situ puas-puas.
Tapi kau kena anonymous la supaya orang tak tau kau kutuk siapa.
Korang semua mesti ikut jejak aku, kan? Kita membebel ramai-ramai.
(Ini ayat adapt dari Spontan episod 5)
.
November 06, 2009
Hey perempuan
Malah, aku selalu yakin bahawa aku tak perlu ganggu hidup orang.
Kerana, walaupun aku tak ganggu hidup orang, masih ada yang ganggu hidup aku. Maka kalau aku yang mulakan? Tentu lebih parah.
Ya, percayalah. Kau tak perlu kacau orang pun, orang lain tetap kacau kau.
***
Dear perempuan,
Aku sangat mahu maafkan kau. Malah, aku rasa aku sudah lama maafkan kau.
Anehnya, kau tak kenal aku. Aku tak kenal kau.
Untuk memaafkan, jauh lebih mudah daripada melupakan.
Jika dalam konteks kau memaafkan bermaksud melupakan, maknanya aku gagal memaafkan kau, dalam konteks kau. Maafkan aku kerana gagal memaafkan kau dalam konteks kemaafan yang begitu.
Aku berani mengatakan aku tak pernah ganggu hidup kau.
Aku tak faham kenapa dulu kau ganggu aku.
Bukannya aku perlu faham pun. Hobi kau kut.
Apa yang aku cuba lakukan sekarang, ialah cuba untuk melupakan.
Untuk melupakan, mungkin aku perlu meluahkan sepenuhnya apa yang terbuku di hati. Kerana selama ini, aku sangka aku sudah melupakan tetapi aku hanya memendam.
Dulu, waktu kali pertama kau muncul dalam hidup aku, aku sangka kau ikhlas.
Aku tak cari kau. Kau yang datang pada aku. Aku buka hati aku pada kau, sekadar mahu menjalinkan silaturrahim. Mana aku tahu kau hanya berniat mengintip kehidupan aku.
Benar, mereka kata ’keep your friends close and your enemies closer’.
Aku tak sangka kau mahu dekat dengan aku kerana kau anggap aku musuh. Aku kagum kau sanggup buang masa untuk aku yang tak pernah kenal kau, apatah lagi ganggu hidup kau.
Dear perempuan,
Kalau lah kau tahu bahawa dahulu aku selalu bersangka baik terhadap kau. Orang sekeliling aku selalu berkata perkara tak elok tentang kau, tapi aku tak endahkan kerana aku rasa tak patut judge engkau sebelum aku kenal kau. Kawan-kawan aku semua tak suka kau, tau tak?
Waktu teman lelaki kau buat perangai, aku yang marah dia. Aku yang suruh dia jaga kau elok-elok. Aku kata kau deserve better.
Lelaki tu cakap pada aku ’you don’t know her.’ Itu saja.
Malu kut aku bila ingat dulu aku gatal nak menyebelahi kau. Mujur kawan-kawan aku tak tahu, kut tak pasti aku diejek mereka.
Kau lah manusia yang mengajar aku bahawa aku tak perlu ganggu hidup orang pun orang akan tetap ganggu aku. Terima kasih. Sekurang-kurangnya kau memberi aku pengajaran tentang kehidupan. Agar sentiasa berwaspada.
Kau sedar tak, kita tak pernah berbicara walaupun sudah hampir 10 tahun sejak aku tahu kewujudan kau dalam dunia ni.
Bila kau telefon aku, aku tak pernah jawab. Mesti kau bengang, kan? Kau simpan sajalah kredit kau tu untuk sms teman lelaki kau.
Cukuplah kau harras aku di internet dan sms. Tak perlu aku nak dengar kau berkata-kata menghina aku. Mujurlah waktu itu aku sudah sedikit bijak untuk pedulikkan kau.
Cara kau dapatkan nombor telefon aku pun agak keji, bukan? Kau ingat aku tak tahu kau gunakan orang yang aku kenal sejak kecil untuk mintak nombor telefon aku? Apa yang kau ceritakan tentang aku pada dia? Takkan kau beritahu dia kau mahu nombor aku untuk ganggu aku yang tak bersalah,kan?
Anehnya, selama beberapa tahun itu aku tak pernah mahu buruk-burukkan kau.
Kau ingat syaitan tak beri idea pada aku tentang cara-cara memusnahkan kau? Percuma saja dia kasi. Banyak caranya.
Begitu banyak, sehinggakan aku terperanjat aku mampu memikirkan cara-cara untuk menyusahkan hidup orang sebegitu rupa.
Kau ingat kau sorang ada iblis dalam diri?
Misalnya, boleh saja aku gunakan teman lelaki kau sendiri. Tapi aku tak sampai hati kerana kasihankan dia. Aku tengok dia macam budak baik. Pasti dia sangka kau pun budak baik, bukan? Pasti dia tak tahu kau masih mengurat bekas teman lelaki kau, bukan?
Ah, satu dunia pun sangka kau perempuan baik.
Tapi kau tak hot. Fasha Sandha tu at least dia ada figure.
Kau buat aku rasa alarmed bila orang kata muka aku muka sopan. Sebab aku tak mahu disamakan dengan kau. Maklumlah, aku bukan jenis perempuan lemah lembut sopan santun pijak lipan tak kena sengat. Tapi aku comel dan seksi sikit la kan.
Lagipun aku tak gembira perempuan berlitup macam kau buat perangai.
Dear perempuan,
Aku serik. Aku serik ada kamu dalam hidup aku.
Kerana itu aku tak akan mahu ada hubungan dengan kau lagi. Di alam maya, mahupun di alam realiti. Adakah kau ingat aku akan klik ’accept’? sudah tentu aku klik ’ignore’. Kena klik banyak kali pun tak mengapa.
Profesor cakap, hanya baghal yang masuk lubang sama dua kali.
Aku tak perlukan kau hadir untuk mengingatkan aku betapa kau buat aku menyampah. Betapa kau ganggu mood aku waktu aku berhempas pulas siapkan projek, fikirkan design dan mahu siapkan report.
Aku mahu jauh dari kau supaya aku boleh melupakan.
Tapi apa mahu buat, ditakdirkan kau bakal hidup dengan seseorang dari set sosial aku juga. Kerana itulah aku rasa aku perlu berusaha lebih keras untuk memaafkan kau. Kerana aku risau kita bertembung.
Aku bukan seorang pelakon macam kau. Aku tak pandai bermanis muka kalau hati tak senang. Aku ini telus dan mulus.
Dan aku tak pakai produk pemutih kulit sehinggakan muka aku lebih putih dari leher. Itu engkau.
Oh, maaf. Aku nyaris mendedahkan identiti kau.
Maka, tolonglah jauhkan diri dari aku. Beri aku peluang untuk melupakan.
Izinkan aku memaafkan kau. Izinkan aku untuk berfikiran positif tentang kau, seperti dulu-dulu, seperti sebelum kau mula ganggu aku.
Dan tolong, jangan lakukan perkara itu lagi terhadap orang lain.
Aku doakan hidup kau bahagia. Sejak dulu aku doakan begitu.
Kerana aku harap orang bahagia tak kacau hidup orang.
Aku mahu saja tulis di sini yang aku maafkan kau. Tapi aku perlu sedikit masa lagi.
Aku sentiasa mahu maksudkan apa yang aku kata. Bukan bermanis mulut hati busuk macam kau.
Oh, maaf. Terlepas kata. Harap itu kali terakhir aku kutuk kau.
***
Kan aku dah cakap, aku cukup hangin dengan perempuan tak ada sisterhood spirit. Cukuplah kaum lelaki je nak tindas kita, yang kita cari pasal sesama sendiri buat apa
?
November 05, 2009
Beranak, tandas dan ketiak.
Ini Wes. Kau masih ingat Wes? Kucing yang hentam pintu apartment mintak susu badan. Itu bulan puasa tahun lepas. Umur sekarang setahun lebih. Wes sangat benci kalau aku ambil gambar dia. Camera shy la kunun.
Dah jadi ibu pun minah ni. Ni gambar waktu baru lepas beranak. Ya, Wes merupakan seekor kucing betina. Aku kasi nama ni waktu dia bayi dulu, dan aku malas nak tukar nama bila aku found out dia betina.
Seperti yang dijangka, kucing mengada-ngada macam Wes mana tau jaga anak. Tak tahu anak dia kat mana dah. Anak dia melalak bising sampaikan Rina geram nak bunuh kerana kesian.
Sebab tu aku tak hairan Dammit bunuh anak kucing sebab kucing tu comel sangat.
November 04, 2009
Quote for 04112009
Jangan jadi Tuhan atau Malaikat kerana tiada kekosongan untuk jawatan tersebut.
- Mocha
November 03, 2009
Participet
Kau mesti aware aja kan?
Pantang orang tersilap sebut sikit, mesti kau ingat sampai mati.
Tak kira lah dia tu profesor ke, kerani pejabat dekan ke, medical assistant ke.
(Atau kau tak payah ingat pun, dapat entri carta tersusil pun sudah cukup membahagiakan kau. Hujung semester, nama siapa paling banyak akan belanja makan satay)
Well, aku juga yang mulakan carta tersusil online tahun sudah, bukan?
Mana bisa aku lupa ‘Potanto’ dan ‘Aku lahir dulu terus masuk karburator’.
Ataupun
‘Boodmed’ (bad mood)
Apatah lagi lollipop jenama ‘chupachips’.
(Dengan harapan pesusil di atas tidak membaca blog ini)
Nak nampak salah orang tu senang je. Walhal waktu aku kat depan kelas tu berbelit jua lidah lembut tak bertulang ku ini. Aku memang tak layak jadi pembaca berita.
Kerana itu aku cuba untuk tidak mengetawakan orang. Lebih-lebih lagi orang yang tak pernah mengejek aku. Aku pun mahu jaga perasaan
Yeah I’ll get used to it.
Atau kata Encik Stateskop bila aku buat perangai ini, ’cuba berlagak matang sket.’
Namun
Apakan daya aku yang baru nak insaf ini
apabila
Tatkala membentangkan hipotesisnya,
Rina membentangkan ’hepotestis’.
Ya, beliau sebut hepotestis.
Aku cuba untuk tidak ketawa, tapi
Sekarang, saya yang gelak besar dengan mereka (Mirnawan Nawawi, 2008)
.
November 02, 2009
Mencari asterisk di atas pelangi sambil mengelak petir. Dan kau tak perlu faham.
Tapi mabuk juga. Mabuk dan lalok.
Fizikalnya kami seperti duduk membuang masa. Memang tak wajar disangkal, aku pakar dalam hal itu.
Damn right, it’s better than yours. I can teach you, but I have to charge.
Tapi sebenarnya kami mengembara. Bermadah. Berhelah.
Berjalan di hujan panas mencari pelangi. Kalau tak kena sambar petir itu nasib baik namanya. (Lagipun payung aku tertinggal di bilik puaka.)
Kerana pada petang itu, aku yang dalam kegelapan sudah disuluh cahaya yang signifikan.
Namun cahaya itu tiba-tiba menjadi kurang signifikan lalu padam.
Padam dek asterisk yang enggan muncul. Seperti matahari yang enggan muncul di musim sejuk.
Kalaulah kalian tahu apa yang berlaku pada kami berdua sejak malam berikutnya.
Perihal telefon, prepaid yang luput, laptop, tidur, internet enambelasbaitperseken dan output yang enggan membuka pintu hati pada kami.
Aku pun hairan aku masih tak benci teknologi. Kau?
Gigi. Ya, gigi.
Masalah rahangku yang terlalu kecil untuk memuatkan geraham bongsu. Genetik. Benci.
Masalah rabun jauh. Juga genetik. Tak benci.
Tapi aku tak rabun warna. Buktinya;
Wah banyaknya fail kotak berwarna kuning.
Dapat percuma ya?
Oh alarm kereta hijau itu sungguh annoying.
Aku inferenskan zaman compose sendiri nada dering sudah berlalu. Mungkin sekarang zaman compose sendiri alarm tone untuk kereta.
Dua orang Ahmad datang.
Adik dah belajar sini berapa bulan? Dah sampai setahun?
Kami nak survey tentang penggunaan telefon bimbit.
John, kau nak buat survey tapi kau impose idea kau pada aku. Dan hey, bas aku pukul enam.
Aku tahu kelayan kau adalah DiGi.
Kau kata kau belajar statistik. Kau tahu validiti?
Mungkin kau belum dihinggapi bakteria KMO dan Elgen dan Kronbak Alfa.
Ya, tahap signifikan kau rendah.
Asterisk. Alfa. P. Aku benci kalian.
Lengan aku kejang. Urat paha aku tegang.
PMS, kau pun tak signifikan. Jangan ganggu aku.
Aku banyak kerja. Aku tak mahu kehilangan supervisor.
***
Lembu suci, hujan sudah turun.
Maaf. Itu gerimis, bukan hujan.
Aku cuba merentas pelangi, tapi tiba-tiba kilat petir berteriak bergaduh membuktikan siapa jaguh, siapa bacul.
Hujan, kau tak mampu bersihkan hati aku. Hilangkan dot-dot hitam seperti scatter plot yang tak membawa erti ini.
Oh baru aku tahu. Sebenarnya cahaya yang sebentar itu bukanlah pelita yang kehabisan minyak. Tetapi ianya percikan kilat yang mencabar langit dan bergentayangan sementara.
Sung-guh. Stress.
Maka aku pulang. Sambil di hati kurang keruan.
Kerana memikirkan di dalam hujan.
Berhujankah insan yang merupakan tuan empunya payung ini?
Selfish kah aku membiarkannya pulang membawa hati skinny lagi kebasahan?
Macam aku kata tadi, aku pakar dalam membuang masa. Bukankah aku masih ada 3 kerja kursus yang perlu dihantar minggu ini
?
.jpg)
.jpg)
