January 07, 2010

Elope. Macam Antelope.


“NeEM,” pesan pensyarah aku lama dahulu, “nikah dulu baru kahwin. Jangan kahwin dulu baru nikah.”

Aku baru faham maksudnya beberapa bulan lalu.



.Tiga Asterisk.



Setelah seorang sahabat menceritakan pada aku tentang rakan-rakannya yang elope dan kahwin di Thailand, aku rasa amazed.

Bukan amazed pada so-called kuasa cinta atau determination whatsoever, tapi aku amazed bagaimana beliau boleh ada ramai kawan yang kahwin lari, termasuk Aidil Zafuan.

Aku tak pernah kenal sesiapa yang kahwin lari.


Rupa-rupanya setelah aku analyze, rakan aku ni berkawan dengan ramai orang-orang ‘alim’.
Maaf, aku tak tahu hendak guna istilah apa untuk describe pelajar dari golongan ini. Istilah ‘Islamik’ pun terlalu general untuk digunakan. Senang cerita, ini golongan berhijab labuh dan berkopiah.


Dan, baru aku tahu golongan ini ramai yang kahwin lari.

Agak ironi juga bila difikirkan.
Kau gaya macam alim habis, sebut Hadith apa pun mungkin kau boleh quote, tapi kau pun manusia juga dan ada perasaan dan nafsu. Kau gatal juga mahu bercinta.

Dah bercinta, rasa berdosa pula dan risau tak dapat menahan dugaan. Lalu kau buat keputusan mahu kahwin. Malangnya, keluarga tidak membenarkan. Bukan kerana tidak berkenan pilihan, tapi kerana kau tu tak mampu nak tanggung anak orang. Diri sendiri pun PTPTN yang tanggung (buat sementara waktu), ada hati mahu kahwin.


Tapi kau sudah determine mahu nikah juga.
Kawan aku kata, itu lah degil, sudah dinasihati kalau tak dapat tahan nafsu jangan gatal nak bercinta.

Makanya, pilihan yang ada ialah untuk nikah di Siam. Guna wali hakim.

Anehnya.

Sebelum ni aku sangka orang yang kahwin lari hanya kerana pilihan hati tak direstui keluarga. Ataupun kahwin dengan suami orang.
Rupa-rupanya di kalangan manusia-manusia alim aktiviti ini agak berleluasa.


Ironi.

Kerana mahu elak maksiat, kau angkut anak dara orang ke Siam.
Kerana mahu elak maksiat, kau angkut anak dara orang tanpa pengetahuan walinya.
Kerana mahu elak dosa, kau turn your back on your parents.
Kerana mahu elak dosa, kau pimpin anak dara orang untuk turn her back on her parents too.


Aku sedar orang macam aku tak layak mahu letak hukum atau menghakimi orang yang lebih tahu tentang agama – or anyone that matters – tapi aku rasa hairan. Basically, aku ada banyak persoalan yang bermain di minda. Kau hitunglah sendiri berapa banyak tanda soal dalam entri ini.

Apa susah sangatkah mengawal nafsu?


Definisi dan persepsi tentang nafsu itu sendiri mungkin berbeza bagi aku dan mereka. Mungkin bagi mereka, sering rindu merindui itu berdosa besar? Lalu jatuh hukum wajib bagi mereka untuk bernikah?
Tapi bukankah kalau belum mampu, tidak wajib?
Dan, kalau kau rasa bercinta itu berdosa, why do it in the first place?


Satu perkara lagi, apa yang dahsyat sangat bakal berlaku andai kau tak kahwin? Adakah kau akan berzina? Kau ada tendencykah untuk itu? (sebenarnya, kau ada chance kah for that to take place?) Bukankah golongan macam kau memang tak berdating? At least, kau tak keluar berdua tetapi ada chaperon.

Kalau Rita Rudaini tu aku tahu lah ada tendency untuk itu. Bukan, bukan kerana aku rasa beliau seorang yang tidak menjaga kehormatan, tapi kerana beliau berjaya meng(ter)hamilkan diri sebelum statusnya diketahui orang.


Ada juga yang lawak, sudah kahwin senyap-senyap, bila sudah kerja, nikah sekali lagi dalam majlis yang dianjurkan(dan direstui) keluarga. ‘Wayang’ adalah istilah yang digunakan untuk ini.
Itu untuk perkahwinan yang berjaya. Yang tidak berjaya? Sudah bercerai pun tidak ada orang tahu. Dalam tempoh iddah, ada orang masuk meminang. Timbul masalah lain pula. One thing leads to another.
Ada yang lebih teruk, masih bergelar isteri pun dipinang orang. Kalau keluarga terima pinangan? Kena kantoikan diri sendiri juga.


Mesti korang ingat aku kondem gila golongan ini, bukan?

Tak juga.

(1) Sekurang-kurangnya mereka sedar kelemahan diri sendiri.
(kawan aku hangin betul bab ni. Dah tau diri tu lemah gatal nak bercinta).

(2) Dan mereka juga tak mahu kejadian yang tak diingini berlaku.
(walaupun kahwin lari juga merupakan perkara yang tak diingini,kan?).

(3) Mereka berniat suci untuk mengelakkan maksiat, mengelakkan kemungkinan lahirnya anak luar nikah, mengelakkan kemungkinan merosakkan anak dara orang.
Kalau marriage itu berjaya, Alhamdulillah. Kalau tidak, ‘anak dara orang’ itu akan merana. Kahwin lari tak boleh tuntut fasakh. Lagipun JAKIM tak iktiraf. Suami kau tinggalkan lebih 4 bulan, 4 tahun sekalipun kau tetap jadi isteri dia. Ya, digantung tak bertali.

(4) Sekurang-kurangnya mereka mahu kahwin.

Bukan macam aku. Kalau aku bukan Islam, kemungkinan besar aku tak kahwin. Deep inside, I’m not the marrying type. Hatta tika tahun pertama aku dan Encik Stateskop, aku belum ada niat. Setiap kali isu itu dibangkitkan, aku melenting. Tapi kerana aku ada pegangan (walaupun tak seberapa) dan aku tinggal di Malaysia. Kalau nak settle down, kena kahwin dulu, OK? Mungkin berkat doa Encik Stateskop juga agaknya.
Dan, nasib baik aku ni mata duitan. Perempuan mata duitan kena ada suami yang sporting. Tak kaya pun tak mengapa, janji sporting. Bukan senang jadi orang hedonistik macam aku.


.Tiga asterisk.


Stay tuned.
Lepas ni aku ada banyak lagi persoalan mengenai bab cintan-cintun Islamik neh
.

9 suicidal thought(s):

unicorn said...

luaran dan dalaman x sama. di luar nampak islamik, alim etc, tapi dalaman kita tidak tahu.

luaran nampak huha-huha, nampak social, dalaman-nya kita juga tidak tahu.

sebab tu ada sesetengah perbuatan tu, kita tgk x kena dengan si pelaku-nya. maybe sebab first impression kita org ini adalah begini, org itu adalah begitu.

ya, impression. maksud aku.

Weed and Bandages said...

macam partner ku, lain sikit. katanya, tak payah nak set dalam minda lepas kahwin mesti kena ada anak.


kahwin tak mau anak tak boleh kah? hahaha.. ai orite saja.


ramai yang tak boleh terima 'pegangan' partner ku. abih semua hadis keluar.


:)

Knicher Sc. said...

well, i have an experience bout these kind of people. memang menyusahkan orang.

kapel putus tu benda biasa dalam percintaan. we broke up for another guy. after 4-5 months, she came to my house nangis2, nak mntak kapel balik. dipendekkan cerita, maka bercium(duduk berdua mmg ada setan). lepas 2-3 hari. dia bilang, dia sudah kawin. kawin lari. sebab nafsu nak beromen. abortion 2 kali.

OMG. aku cium bini orang. since that, aku mula berasa, perempuan yg single2 yg mungkin akan jd isteri aku nanti, adalah 'janda'?

4-asterisks.

farizzet said...

elope macam antelope ni lagu eminem. well written.

fafarafa said...

"Apa susah sangatkah mengawal nafsu?

Kita yang jahil, mungkin tak susah (kot). Tapi yang aku perasan, golongan ni macam sedikit susah nk kontrol (rasanya).

Mungkin sebab selama ni derang sangat "tertutup" bab bergaul berlainan jantina. Jadi bila dah "bergaul", datang "rasa" lain. So untuk kontrol "rasa" tu, derang rasa the best way is kahwin.

Agaknya laa.

naqibmiller said...

bg aku golongan ini mcm ade kelemahan bab2 cintan2 ngn sosial..
maybe dieorang sibok mendalami ilmu agama sampai bile rasa bahang cintan2 ni jadi lain...
mungkin la...
mcm xbalance...

azyan azilah said...

saya ada kawan yang kawen lari gak. act,she not a fren pun. kenal gitu2 je.

she said that, b4, she was a very bad girl. selalu ponteng,lawan cakap mak. and finally she met her husband. and 'suprisingly' mamat tu ustaz. konon nak selamatkan die dari kejahatan yag len,jadi diorg kawen lari. in a middle of exam lak tu.
nice.

skunk bila dah kawen je,die macam takley nak buat pape. masuk aktiviti yg wajib,kena larang. kononnya derhaka lawan suami. nak buat apa2 pun dilarang.

wtf is that?

i'm not blogger said...

neem,
klau nk tau, setiap kali neem update je blog, i lah org prtama(yeke..hehe)dtg blog nie..xtaula.cm dah jd habit plak bace u punye tulisan.tlsn u lain dr blog lain & rase nk knal u adlh sbb utama i suka bace blog u.but i'm not les, ok.it just hobby/habit.hehe

selalunya saya jd silent reader je..ni 1st komen coz sy rasa x stuju ngn entri awk kli ni. sy bkn dr glngn alim tp sy x rase cara dorg slh kut.juz dr perspektif sndiri.
sbnrnya, klau nk ikutkan rindu kpda org yg bkn mhrm ngan kite dikira zina hati. u can read at www.iluvislam.com. mayb dlm situation d atas family dorg yg slh coz hlg dorg bkahwin@nikah. niat dorg cuma nak mghndarkan dosa zina.soal nk tggung ank org tu..nak seribu daya kan.. lgpn kwn i ckp org alim ni kbykannya brnafsu tggi.hehe.xtaula.. agaknya kita kuat sgt brpgng kpd adat(nk mjlis yg grand gile)tu yg mnyebabkan mslh ni..
sori neem klau ape yg sy tulis ni slh.nie pndgn sy je.sy pn bkn pndai n baik sgt. btulkan klau sy slh.

Anoneemus™ said...

Unicorn.
Ya, takleh judge org tgk luaran.thanx.

Weed.
Ada ke hadith yg ckp wajib beranak lepas kawen?

Knicher.
Is she a good kisser?

Fariz.
Thanx.lagu apa eh?

Fafa & Naqib.
Itula yg kwn neem ckp..klu takleh handle takyah 'bergaul'.

Azyan.
Slmtkan anak dara org dr kejahatan dgn bwk dia kawen lari time tengah exam.Noice.

Not blogger.
It's always OK to disagree.Tp, baca sampai habis tak entri ni? I've already argued on what you have here in the post.Trust me, you can find my answer in the entry.Klu tak jumpa I don't mind repeating.