Arakian kata duduklah seorang Makhluk Tuhan Naik Teksi dengan sopan di bangku itu semestinya untuk menunggu teksi.
Sedang khusyuk menikmati pemandangan tak menarik kereta yang lalu lalang, terdengarlah pula akan dialog penunggu lain di taxi stand itu. Ertinya tidaklah begitu khusyuk pun memandang trafik itu.
“Ana bercinta dengan dia cara Islamik”.
Hoh?
Berdasarkan ayat itu, Makhluk Tuhan Naik Teksi yakin nama beliau bukanlah Ana tetapi beliau menggunakan kata gantinama dalam bahasa Arab. Menyampah ke? Bunyi macam Islamik bukan? Padahal bahasa je lain.
Sama taraf je dengan orang cakap Melayu tapi guna gantinama I-You. Kalau kau menyampah dengan orang cakap Ana-Ante kau kena juga menyampah dengan orang guna I-You walaupun orang tu Sugar Daddy kau sendiri dan dia baru je topupkan kredit kau tadi.
Ah, terkena batang hidung sendiri pula.
Anyway, let’s call her Ana. Or Ahmad. Even if it’s a she.
What am I saying? It IS a she.
Alang-alang dah tiada aktiviti lain, dan alang-alang dah terdengar, apakata kalau kita semua dengar je sampai habis perbualan itu?
Hek eleh laju aje kome angguk ye?
“Ana tak pernah dating dengan dia. Call pun tak. Ana sms je. Tulis surat pun tak.”
Makhluk Tuhan Naik Teksi itu pun buat-buat ikat tali kasut pink dia sambil cuba mendapatkan visual.
Seperti yang dijangka, memang yang berkata itu sungguh sopan pemakaiannya. Rakan-rakannya pun tidak kurang kain. Dan tak kurang lapis.
Makhluk Tuhan Naik Teksi rasa hairan tentang sesuatu. Sejak tadi hanya Ana@Ahmad yang berkata-kata. Rakan-rakannya tidak berkata apa pun. Kalau ada pun bunyi yang kedengaran hanyalah hela nafas dan ‘uh-ah’.
Mereka hanya menganggukkan kepala dengan kadar serentak pada kelajuan sederhana.
Mungkinkah mereka mempraktikkan teknik kaunseling terkini yang bosan itu?
Mungkin jua rakan-rakan Ana@Ahmad merasai ke-intriguing-an yang dirasai oleh Makhluk Tuhan Naik Teksi.
Di sini timbullah beberapa persoalan yang sudah sekian lama bersarang di memori jangkamasa panjang. Soalan-soalannya ialah-
“…ta’aruf. Ana tanya pada kakak angkat dan ahli keluarga dia tentang dia.”
Oh, nanti. Ana@Ahmad belum habis bercerita.
Kita dengar dulu.
Rasa mahu saja keluarkan telefon bimbit dan rakam, bukan?
Bimbo yang cerdik kena pura-pura gadget savvy untuk hidup.
“Dia pun tanya pada kawan baik ana tentang ana. Kami tulis satu karangan tentang diri masing-masing dan bertukar surat tu.”
Owh. Begitu pulak.
Nasib baik aku pernah tonton Ayat-ayat Cinta. Maka aku taklah begitu dikejutkan oleh budaya.
Eh tadi cakap tak tulis surat? Mungkin maksudnya tiada surat cinta. Ini surat taaruf tak dikira surat cinta kut.
Ya. Soalan-soalannya ialah
1) Is that what it means by bercinta secara Islamik?
Dengan sms, tanpa berdating dan tanpa berbicara?
2) Bagaimana Ana@Ahmad boleh merasai cinta terhadap seseorang yang hanya menghantar pesanan teks ringkas? Ana@Ahmad membuatkan aku rasa cinta mereka sungguh suci.
Kalau cyberchat itu aku fahamlah kerana lebih ruang untuk berkenalan di situ. Itupun biasanya lambat laun akan berjumpa juga, kan? Aku tak tahu lah orang lain, tapi bagi aku mustahil untuk jatuh cinta pada orang yang tidak cukup dikenali. Ya, kerana bagi aku sms tidak cukup untuk mengenali seseorang.
3) Is there such thing as bercinta kerana Tuhan?
Apa maksudnya jika Ana@Ahmad berkata ‘Ana cintakan ante kerana Tuhan.’
Ada ke pembaca Suicide Park yang baru dan tak tahu siapa Makhluk Tuhan Naik Teksi
?
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 suicidal thought(s):
hahaha. ana solehah betul. arr. nak cuba jwb gak soalan-soalan tu.
1)i think so lah. i had a fren yg bercinta cara ini juga (islamik orgnya). tp diaorg satu skola la dulu. means, kenal la orgnya. bkn tak kenal tetbe maen sms ja.
2)err. ni pn boleh terjd. sy ada kwn yg msg-msg-msg, jatuh cinta, berjumpa sekali, terus tunang. dan kawen. oh sng kan. haha.
3)ini tak pasti lah plak. mgkin maksud dia bercinta dgn niat utk mendirikan rumah tangga kot. bkn bercinta sekadar suka suki. hehe.
pesanan utk ana, kawen lari ja lah! habis cerita. hahaha.
ini cinta start lepas kawin, confirmed!
rasa nya post ini ada kaitan kot http://jombloweh.blogspot.com/2009/12/love-is-cinta.html
1) a
2) c
3) d or b
mulan jameela.
bercinta kerana Allah..try baca novel trilogi makrifat cinta..by taufiqurrahman al-azizy..from that novel, insyaallah u will know what is the meaning of bercinta kerana Allah...-rini
Thank u for the suggestions, everyone.
I have a lot of, well, er, pious friends. And so as their parents. So when I asked how did their parents get married, dia orang selalu jawab, terjumpa sekali, jatuh hati, dan suruh orang tua kahwinkan. Di celah-celah proses itu terdapat juga solat-solat istikharah untuk memastikan bahawa betul ke dia adalah "the one".
So, yeah.
Post a Comment