Tak kira la kan tempat ibadat siapa pun.
Aku mungkin akan rasa sedikit lega kalau akhirnya kita find out yang bakar gereja itu merupakan orang yang sengaja melagakan umat Islam dan Kristian di Malaysia.
Kerana aku tak boleh terima kalau orang Islam yang buat perangai macam ni.
Patutlah negara lain tuduh kita sarang terrorists.
Enjin jet seberat 40billion kg pun boleh hilang, jauh pulak tu dibawak lari. Anak kau 40kg apatah lagi. Punyalah negara ni tak selamat.
Orang Islam kalau bakar gereja kerana marah, kerana mempertahankan agama, memang silap besar. Kerana itu bukan ajaran Islam. Aku tak percaya Islam menyokong keganasan dan kemusnahan.
Aku masih ingat ketika berada di Great Mosque di Cordoba, aku tak boleh berhenti menangis.
Aku sedih melihat 'kemusnahan'.
Ya, bangunan masjid itu ditukar kepada gereja. Digantung patung-patung berhala di atas ukiran ayat-ayat suci. Mesti orang Islam hangin bila dengar bab ni. Sebenarnya sebelum jadi masjid, ia asalnya memang gereja pun.
Wait, ayat aku silap. Maksud aku, sebelum tapak itu dibina masjid di atasnya, there was a church. There was. Maknanya ini bukan kes tukar fungsi bangunan, tapi gereja diruntuhkan untuk membina masjid.
Fikir logik sajalah, the church was there sebelum kedatangan Islam ke Sepanyol.
Itu salah satu silapnya umat Islam di Andalusia yang menyebabkan pemerintahan Hisham III runtuh. Tidak mengikut guideline penjajahan Islam.
Sedangkan agama Islam melarang kemusnahan terhadap rumah ibadat agama lain.
Sesetengah perkara, kita tidak tahu the real reason behind its prohibition. Contohnya, pengharaman makan babi dan anjing. Kita cuma boleh cuba fikirkan hikmah di sebalik pengharaman.
Dalam kes ini, kau mungkin argue yang tak ada dalil yang khusus menyentuh tentang memusnahkan rumah ibadat (pada pengetahuan aku). Tapi kalaupun kita tidak tahu the real reason, kita boleh nampak kesannya kalau kita musnahkan rumah ibadat agama lain.
Kau ingat dengan buat
Lihat ayat ini yang menerangkan tentang sebab kenapa perlu berjihad;
"Kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan, nescaya robohlah tempat-tempat pertapaan, gereja-gereja Yahudi dan Kristian dan masjid-masjid yang disebut nama Allah banyak-banyak padanya"(al-Haj: 40).
Aku rasa ayat ini pun sudah menunjukkan kita juga perlu melindungi gereja-gereja daripada dirobohkan, bukan hanya masjid.
Ini ayat Quran; waktu ayat Quran turun, maknanya agama Yahudi dan Kristian sudah dipesongkan; tapi ajaran Quran masih menekankan tentang kepentingan menjaga keselamatan gereja.
Kau nak interpret cara lain, aku tak ada masalah. Ini pengertian aku dan beberapa guru aku.
Yang aku bengangnya adalah; isu penggunaan nama Allah pun belum selesai, tiba-tiba timbul pula isu memusnahkan tempat ibadat. What the fag la buat huru-hara kat negara aku ni.
Aku mendapat 2 invitation di FB, satu untuk menyertai golongan yang menyokong keputusan mahkamah mengenai isu penggunaan istilah 'Allah', manakala satu lagi untuk membangkang.
Aku tak mahu decide kerana, aku belum mendengar hujah-hujah dan dalil yang cukup bagi kedua-dua belah pihak yang meyakinkan aku untuk membuat keputusan.
Mahu dijadikan cerita, buat pertama kali seumur hidup aku, semalam aku mendengar radio IKIM ketika solat Jumaat. Walhal aku tak berniat, tetapi ketika sedang tukar-tukar channel tetiba aku terdengar isu ini dibincangkan. Maka aku dengar khutbah dari awal hingga akhir.
Ya, aku dengar khutbah Jumaat dari radio kereta. Cayalah NeEM.
Terima kasih Tuhan kerana membuka hati aku.
Tapi pada minda aku khutbah itu belum cukup 'sharp' untuk meyakinkan orang yang indifferent macam aku. Asyik duk kutuk Islam Liberal ja. Islam Hadhari takpa pulak eh?
Eh, sempat lagi aku perli khatib tu pulak. Aku pun sama je. Haha.
Aku rasa orang yang tulis sepanduk 'Allah itu milik orang Islam sahaja' sangat juvenile.
Allah bukan milik sesiapa, OK? Kita ini (tak kira agama) yang dimiliki Dia.
Yeah I know he was referring to the term. Saja je.
Aku tak suka kalau kawan aku yang bukan Islam guna istilah 'Tuhan you... Tuhan I...'.
Tuhan aku pun Tuhan korang jugak. Kefahaman je yang lain. Contohnya kefahaman tentang zat Tuhan.
Kenapa sibuk-sibuk tentang terminology?
Aku bagi contoh lain.
Dalam bahasa Melayu, solat dipanggil 'sembahyang'. Sembah Yang.
'Yang' dalam bahasa Sanskrit adalah dewa yang dianggap Tuhan oleh orang Hindu. Atau disebut Dewata Hyang dalam agama Buddha. Well yeah Hindu dan Buddha pun asalnya agama sama juga.
Hyang juga bermaksud nenek moyang.
In fact, konsep ketuhanan Kristian iaitu Trinity jika dalam bahasa Indonesia diistilahkan sebagai Sang Hyang Tritunggal.
Literally, 'sembahyang' is menyembah dewa. So kalau kau nak ambil kira istilah, bila kau kata 'jom sembahyang' maknanya kau ajak orang sembah berhala atau sembah nenek moyang.
Senang cerita, dalam konteks terminology, orang Melayu Islam pun guna nama Tuhan agama lain juga.
Sebenarnya sudah berkurun pun agama Nasrani menggunakan istilah Allah.
Kau baru tahu nak kecoh pulak. Kan nama ayah nabi kita Abdullah?
Bagi aku, bukanlah setiap masa mereka TAK BOLEH guna istilah Allah.
Dan bukanlah setiap masa mereka BOLEH guna istilah Allah. Contohnya seorang Kristian tak boleh datang ke tadika Islam dan berdakyah kepada anak-anak kecil kita dengan meyakinkan mereka bahawa Allah yang disebut di dalam Quran itu memiliki anak lelaki.
Depends pada konteks.
Ya, keputusan mahkamah itu tidak mengatakan mereka dibenarkan menggunakan istilah itu dalam apa jua konteks dan keadaan. Ada syaratnya, bukan?
Soalan.
Kita percaya Tuhan itu ada satu saja kan?
Orang lain tak boleh sembah Tuhan yang sama dengan kita ke?
Yang berbeda adalah pengertian tentang Tuhan, bukan?
Tapi Tuhan itu tetap yang Esa.
Kau faham tak maksud 'Maha Esa'?
Ya. Sila rujuk tajuk entri
.

15 suicidal thought(s):
salam..
kak neem..
sy ambek sket eh article kak neem ni msk dlm blog sy..
tuan tanah likes this.
nice writting..
Kutojimedo.
Amiklah, dik.
(ni adik aku yg mana pulak ni?)
Tuan Tanah.
Anoneemus approved this.
Peace keeper.
Thanx.
you are absolutely bimbo yg cerdik la NeEM!
hahahha.....finally, aku jumpa 1 blog yg kata Nasrani menggunakan "Allah" dlm kitab mereka. aku ingat selama ni aku yang salah baca. but still...i know what i read kann.
aku cuma musykil....atas dasar apa mereka tu seme melenting??? atas dasar sayangkan Islam....atau kerana org Melayu sendiri rasa Islam itu hak mereka?
Ida.
Aaamiin. Mungkin tahun ini mahu upgrade menjadi Bimbo yang Cerdik dan Berperut Kempis.
Fafa.
Melenting sebab mereka tak tahu yang sebelum kaum melayu wujud lagi orang lain dh guna istilah Allah.Mungkin mereka sangka Allah cipta orang Melayu je?
thanx for dis entry. byk ilmu sy dpt :)
Hay Neem,
This is Xxeemm's little sister. Thank you for this entry, I wholly agree with it. I'm still quite terkejut that some of my friends are not enlightened about the name issue, padahal benda ni kecil je, and it is being planted in my university on the totality of it. I've linked this entry at my blog.
Ketat.
No problemas.Blaja rajin2 ye.
Peach.
I like ur entry too, Momo.
Salam Neem,
Aku rasa benda ni tak boleh dibincangkan dari segi terminologi sahaja. Iye, orang Arab dah lame menggunakan perkataan Allah untuk describe Tuhan. Tapi di Malaysia itu bukan satu benda yang common. Kita kene anticipate apa akan berlaku kalau agama Kristian juga menggunakan Allah untuk describe tuhan mereka. Benda ini akan create confusion especially untuk kanak2. Bayangkan budak2 yang sekolahnye ramai org Kristian, bile kawan mereka juga guna Allah untuk describe tuhan mereka, tak mustahil mereka akan mula membezakan antara Allah tuhan orang Islam dan tuhan orang Kristian. Untuk orang2 macam kita yang dah besar dah paham betul2 perbezaan antara Islam dan Kristian, benda ni mmg bukan masalah pada kita. Ntah la, aku rase benda ni boleh mencelarukan fahaman budak2 especially yang family pun kurang didikan agama.
1) Benda ini NOT uncommon di malaysia, esp di malaysia timur. Cumanya orang semenanjung baru nak kecoh.
2)I'm sure Nik Aziz, Ustaz Asri and ulama' lainnya sudah fikir isu Aqidah kanak-kanak ini.Dengarlah hujah mereka.
3)Bagaimana sy tidak membincangkan hal ini dr segi terminologi sedangkan memang isu di sini adalah terminologi.
Jika risaukan berlaku confusion,eloklah kita haramkan dakyah Kristian yang melibatkan Nabi Isa, Nabi Nuh, dan nabi-nabi lainnya.
Mungkin kelak agama lain pula mahu mengharamkan penggunakan istilah sembahyang kerana risaukan anak-anak mereka keliru.
bila kristian tiba2 mintak tukar penggunaan Tuhan kepada Allah, diorang tak sedar pandangan umat Islam terhadap kristian skang ni
"ohh agama kristian boleh2 diubah2 rupanya, takda pendirian"
:) nice entri.
cuma penggunaan nama Allah oleh kristian tiba2 nak mintak guna di Malaysia nampak sgt bermotif 'missionary kristian kpd Islam'
Risaukan akidah umat Islam sekarang, yang murtad dah ramai dah(sama ada rasmi atau tak)
wlpn dlm ms y sama, diorang mcm xtakut pulak "missionary Islam kepada kristian"
berusahalah para da'ie(yah)
Yeah i agree.I like the way u see it.i think we are not totally disadvantaged regarding this issue, right?
and I think, kalau risaukan anak2 kecil, mungkin kita patut protect the children from their own parents yg tak kasi didikan agama cukup2 instead of risaukan anasir luar.
hi..tulisan menarik..
juz macam kita tengok dr sudut lain..
maybe lepas ni kita leh kata nama kitab kita bible..or kita boleh pakai cross utk gantikan kopiah..
ada satu benda menarik pasal identiti..mesti tak seronok kalo identiti kita orang guna..tul?katakan wall FB kita kawan kita guna..privacy diganggu..saje merepek..sori
Post a Comment