January 23, 2010

Orang Pertama Masuk Neraka

Kau pernah dengar kisah tentang wanita pertama masuk syurga?

Aku ingat lagi kisah itu. Kalau tak silapnya Rasulullah yang cerita tentangnya kepada Fatimah, lalu Fatimah pun pergi mengunjungi wanita itu untuk mengetahui kenapakah wanita itu layak menjadi wanita pertama yang masuk syurga, mendahuluinya.

Untung juga Fatimah, dapat melihat sendiri cara hidup wanita pertama masuk syurga.


Kau pernah dengar kisah tentang lelaki pertama masuk neraka?

Tadi waktu aku tengah bersiar-siar di Blogosfera, tiba-tiba aku jumpa ayat ni dalam CBox milik seorang blogger;

[atan: aku rase ang nie org petame masuk neraka]
Translation- ‘Aku rasa hang ni orang pertama masuk neraka’.

Dengan konfidennya dia boleh tahu blogger tu orang pertama masuk neraka. Bukan setakat tahu bahawa blogger itu akan masuk neraka, malah siap tahu lagi blogger tu ORANG PERTAMA masuk neraka. Kalah Ustaz Rashid.
Rashid who? Ntah. Tanya Mike.

Mana dia tahu eh? Atan ni nama samaran Nabi Isa ke? (Sebab nabi lain dah wafat). Dah nak kiamat kut? Seram aih.

Aku bukan nak membela blogger tu. Beliau boleh jaga diri sendiri.
Tapi melampau kut cakap orang tu manusia pertama masuk neraka. Kalah Abu Jahal yang famous tu. I mean, orang pertama masuk neraka hidup di zaman kita? Wow!

Well, untung juga. Kalaulah kita dapat tahu siapa masuk neraka siapa masuk syurga.
Senanglah kita untuk mencontohi, menjauhi.



Untuk berlagak Tuhan atau Malaikat, memang tak cool.
Kalau Nik Aziz cakap macam tu pun aku tak setuju. Sepertimana isu kafir-mengkafirkan orang.


Bagi aku, sejahat mana pun seseorang, kita tak boleh label mereka sebagai ahli neraka.
Kau mana tahu umur dia panjang mana, dan kau tak tahu bila dia akan dapat hidayah.

Mungkin suatu hari nanti (atau mungkin sekarang) sebenarnya dia itu lebih mulia di sisi Tuhan.
Mungkin suatu hari kita yang akan kalah dengan dugaan dan menjadi lebih teruk daripada mereka.

Siapalah kita ini untuk melabel seseorang itu ahli neraka.
Mungkin askar Israel yang pernah menyembelih kanak-kanak Palestin juga bakal mendapat hidayah. Siapa tahu.
Bukankah sahabat-sahabat Nabi juga ada yang terdiri dari golongan yang jahat sebelum mendapat hidayah? E.g Khalifah Umar.


Tuhan Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.
Siapalah kita untuk yakin akan takdir seseorang itu. Adakah kita pernah baca kitab amalannya? Kalaupun kita sudah khatam kitab amalannya, itu hanyalah buat ketika ini. Di masa depan, siapa tahu? Wallahua’lam.

Kau nampak perempuan pakai skirt pendek minum-arak-sambil-dikelilingi-jantan di hotel pun kau jangan senang-senang cakap dia rosak akhlak dan tiada harapan ke syurga. Itu hanya akan membuatkan mereka putus asa dengan agama.
Reward is more effective than punishment.


Aku berani tulis isu ini adalah kerana, terus-terang, aku tiada pious soul.
Oh, nantilah aku tulis entri lain tentang itu.
Orang macam aku, boleh nampak kesan-kesan negatif terhadap dakwah Islam. Orang macam aku boleh detect impak terhadap imej Islam.
Mungkin kau kata, kalau dah jiwa tak suci, buat apa pun semua tak kena.
Bagi aku, aku layak komen tentang bagaimana reaksi pihak yang konon mahu menjaga kesucian Islam itu sebenarnya menjauhi orang daripada kebenaran.


Mungkin kita patut ingat kisah pemuda yang telah membunuh 99 orang, dan mahu bertaubat. Tapi malangnya, apabila bertemu dengan seorang rahib yang abid (orang yang beribadah tapi tidak berilmu) dia diberitahu bahawa tiada harapan untuknya. Maka rahib itu menjadi mangsa ke-100 pemuda itu. Mangsa kekecewaan.

Kemudian apabila pemuda itu bertemu dengan seorang alim (berilmu) dan membuat pengakuan tentang kekejaman diri sendiri dan keinginan mahu bertaubat, orang alim itu berkata "Lalu siapakah yang menghalang-halangi antara kamu dengan taubat dan siapakah yang mencegahmu dari melakukan taubat? Pintu Allah terbuka lebar bagimu, maka bergembiralah dengan ampunan; bergembiralah dengan perkenan dari-Nya; dan bergembiralah dengan taubat yang mulus."



Maka kau, wahai manusia-manusia Penegak Kebenaran, pilihlah.
Pilih lah mahu jadi sang rahib tak berilmu yang memutuskan harapan kepada Tuhan,
atau si Ulama’ yang memimpin orang lain ke jalan kebenaran.

Mahu portray Islam sebagai keindahan atau pantang-larang?
Sebagai peluang ke syurga atau hanya jalan ke neraka?

Mahu menarik non-Muslim ke arah Islam atau menjauhi mereka dari memahami Islam?
Ya, melarang mereka menyebut jargon Islam contohnya.


Right on, Sartre.
Hell is, after all, other people.
.

13 suicidal thought(s):

Weed and Bandages said...

hehehe.. selalu membuat lawak sinis seperti..

(contoh show Oprah yang tunjuk orang ambik anak angkat ramai2 maksudnya ada individu yang baik dan mulia)

i mesti buat 'lawak sinis' seperti

"alahaiii..baiknya depaaa..tapi mesti masuk neraka.."

u get what i mean? heheheh..

sebab selalu sangat dengar komen orang yang kalau dia buat baik macam mana sekali pun mesti depa akhirkan dengan ayat

..dia kapir..baik pun masuk neraka..

hehehe.. ntah apa-apa.. mana kita tau kan dia kapir ka tak kapir ka.. suka sangat meng neraka dan meng shurga kan orang..

jadi benda ni memang kadang2 menjadi lawakan sinis antara saya dengan partner.

kalau ada yang dengar mesti 'terasa' dengan kami dan terus label kami masuk neraka.

:D

Darus Interferon said...

Dear Miss-Neem,

Dengan penuh kasih sayang sesama manusia, saya ingin berkongsi salah satu hadith dari Hadith 40 Imam An Nawawi. Hadith no 4 yawwwww...

Cebisan dari hadih;

"Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga."

Untuk hujah yang bernas, sila google Hadith 40, hadith no 4 ya...selamat beramal.

Dammit said...

ko rindu akab eh? aku pun. (err sori tak ada kena mengena dengan entri sgt)

ken said...

teruskan mencari...sampai nanti kamu akan jumpa Allah itu tuhan atau tuhan itu Allah. kamu sedang berada di gerbang hakikat, perjalanannya panjang,dalam dan kelam, kalau tak ada torchlight bisa saja jatuh dan susah utk bangun kembali...

Anoneemus™ said...

Weed.
Nanti Atan cakap 'ang ni orang kedua masuk neraka'.

Darus.
Thank u v much.

Dammit.
Tiba2 dia dah update.Ko bgtau dia ke aku rindu dia?

Ken.
Thanks.Sejuk hati ada org ckp camni.

Puppet Koyak said...

Miss neem..
certainly agreeing with this post.
memang betul ramai manusia suka play goduntuk tentukan siapa ahli syurga atau neraka.
hidayah dari allah datang kepada orang yang Dia mahu bukan?
kudos neem.

apan said...

salam.wow.da 2 entri untuk bab agama.*thumbs up*. sekurang2nya ada org sedarkan kita dan ada lg jalan ntuk dekatkan diri dgn agama.

stereotaip org malaysia:suka menghukum.approach lain taknak test dulu.tau2 da kluar hukum.

Matematis Muda said...

Haha tgh buang air pagi tadi tiba-tiba aku teringat kat AKAB sbg antara yg menginspirasi aku untuk menulis. Tiba-tiba mai sini ko cakap pasal AKAB, Dammit cakap pasal rindu.



Erm, abaikan part buang air tu.

zainal mohd jais said...

Salam ziarah,

I tertarik dengan perbincangan u.
I pernah beberapa kali menulis tentang 'sindrom autoritatif' penyebar Islam atau golongan yang digelar alim.
Bila ditanya, @ berhadapan provokasi, dia akan jawab, jangan tanya, itu hukum, Tuhan dah tentukan.

Islam agama yang sangat rasional & saintifik. Kalau babi haram, ada jawapan lengkap dari segi sains, sosiologi dsb.
Kalau Tuhan suruh sembahyang 5 waktu, walau ada sejarahnya dalam peristiwa isra' mikraj, mesti ada sebab konkrit dari segi sains dsb.
Walaupun pendirian ini mungkin kurang tepat dari aspek tauhid, dari pelbagai aspek lain dalam Islam ia sangat perlu.

Pendakwah yang baik mesti ada ilmu yang luas-multi disiplin. Kalau tak berapa tau-jangan guna autoriti yang tak cerdik.

Masalah mungkin tak timbul jika kita berceramah di depan umat Islam. Tapi macam mana bila kita berdakwah dengan yang belum Islam.
Mereka akan banyak bertanya, ingin penjelasan...

Wallahua'lam.

encikmasen said...

nicely put..but yet when doing it, always being misinterpreted..


" eleh, ape kau ingat kau tu baik sangatt ke? "

Anoneemus™ said...

Puppet.
Ya, bukan kita yg tentukan siapa yg dpt hidayah.

Apan.
Ya. teringat kat apam.

Matematis.
Mesti kamu sembelit kan?

Zainal.
Right on.

Masen.
Jwpnnya - "sebab aku tak rasa aku baik la aku tak tuduh orang ahli neraka."

thoyol said...

Hurm..

Siapa kita untuk menentukan urusan Syurga atau Neraka? Semua itu ketentuan Allah..

Nasihat aku untuk mereka-mereka itu, berkawanlah dengan non-Muslim dan lihatlah apa pandangan mereka pada Islam. Kita sendiri yg membentuk pemikiran seperti itu.

Haih..

tembakaujiwa said...

hehe..kunci syurga dan neraka bukan dalam tangan kita...

"masuklah ke syurgaKu dengan rahmatKu"

Rahmat...tidak disebut amal,pahala dll..

Syurga neraka itu hak Mutlak Allah...

=)