January 22, 2010

‘People are afraid of what they don’t understand’ – Yasmin Ahmad

[updated]

Rupa-rupanya benarlah kata mereka;
‘Makin banyak kita membaca atau belajar, makin jahillah kita’.

Bukan, bukan bermakna kita akan kehilangan ilmu. Tetapi kita akan merasai dan menyedari betapa kita sebenarnya sangat jahil. Masih banyak yang perlu dikaji, ditanya, dijawab. Aku kan bimbo yang cerdik. Maknanya aku sedar diri yang aku ni bimbo.


Terutama hal agama.
Bila masuk bab pengetahuan agama, aku rasa lost.

Kau mungkin tak fikir begitu jika lihat keputusan peperiksaan PMR dan SPM aku. Mana pernah tak dapat A.
Ujian bulanan pun aku score 100%. Itu semua kerana aku dapat ustazah yang bagus.

Yeah, siapa boleh lupa Mak Engku yang sangat best itu. Budak nakal macam aku pun boleh sayang beliau.
Orang macam Mak Engku tak pandang luaran. Beliau tak pernah pandang aku dan rakan-rakan sebagai budak-budak terpesong. Dengan cara itulah kami berminat mahu belajar agama.
Tak tahulah bagaimana pula Mak Engku boleh dicop sebagai guru yang paling garang di sekolah aku tu. Nak compare dengan guru lain yang menengking dan membebel tak kira waktu (aku pernah kena marah time tengah jawab exam sebab cikgu tu kata aku main-main, pegang pensel pun tak betul. Busuk betul) Mak Engku lagi best.


Tapi itu keputusan peperiksaan. Keputusan yang bagus tidak bermakna pengetahuan kita luas.
Sebenarnya, sukatan pelajaran Pendidikan Islam memang aku kurang berkenan. Aku tak tahulah pula sukatan subjek Syariah, Quran Sunnah dan subjek agama yang lain bagaimana. Aku cuma ambil yang basic itu.

Aku rasa apa yang aku belajar di sekolah dulu menggambarkan Islam sebagai agama yang rigid. Kalau kau sudah lama follow Suicide Park -sejak zaman-zaman Lucius Maximus, John Hafiz dan AKAB masih baca blog aku- kau fahamlah maksud aku.

Tak payahla cari dalam arkib, dulu aku tulis kat blog lama. Nak aku repost ke?


Dulu aku rajin tulis benda-benda berkaitan agama neh, wahai pembaca baru. Lepas tu aku malas sebab masyarakat kita ni tak suka bincang hal agama. Mereka kata biar ulama’ je yang bincang hal agama. Ptuih.
Tapi aku tak peduli, aku tulis juga. Pastu jadi kontroversi, kerana apa yang aku tulis tu tak sama dengan apa yang mereka faham tentang agama. Alah, macam filem arwah Yasmin Ahmad.

Bila aku tulis tentang sikap dan adat orang Melayu tak kena dengan Islam, melenting.
Apa kau ingat agama ni diwahyukan untuk orang Melayu?


Dah tu sampai bilanya kita ni nak bertambah ilmu? Pemalas betul. Nak harapkan ustaz suapkan semuanya. Pastu taksub, jumud, takliq, fanatik semualah dengan pendapat yang satu itu. Tak mahu langsung nak buka minda lihat apa yang ada di sebelah sana.

Kau ingat kau pengikut mazhab Syafi’e? Jangan perasanlah wei. Kita ni bukan ulama’ yang kaji betul-betul setiap reason dalam setiap mazhab. Kita tak ikut mana-mana mazhab pun sebenarnya.
Kita laypeople ni main cekup je mana yang sesuai dengan hidup kita. Ataupun sebenarnya, kita mengikut mazhab ustaz kita. Contohnya mazhab Asri’i, atau mazhab Salimi.


Itulah, aku rasa pelajaran agama yang aku terima di sekolah dulu hanya berkisarkan halal haram. Lebih kepada Fiqh. Tauhidnya entah ke mana. Terus-teranglah aku sampai sekarang pun tak faham tauhid uluhiyah dan rububiyah dan apakebenda yang Wahabi tak puas hati tu. Perkataan wahabi pun nak kena censored dalam filem Muallaf. Duhh…

Even yang berkisarkan halal haram pun aku rasa terlalu rigid. Macam one-way tunnel way of thinking. As if kalau dah haram, haramlah selama-lamanya tak kira keadaan. Walhal dalam banyak perkara, hukum-hukum ini bergantung kepada banyak perkara. Haram bagi kamu, tak semestinya haram bagi jiran kamu. Haram bagi orang Malaysia tak semestinya haram bagi orang Thailand.
Macam hukum nikah, depends pada individual.


Itupun tak semua ditunjukkan nas-nas dan dalil yang sahih. Maka kita percaya sajalah apa yang dalam buku teks itu tanpa sebarang ruang untuk adjustment. Kalaupun ada dalil, perlulah diterangkan kenapa turunnya ayat Quran itu, apa situasinya ketika itu, siapa yang terlibat etc.

Aqidah? Apa yang kita belajar, dah mengucap syahadah dikira Islam. Tuhan kita namaNya Allah. Tuhan agama lain tak sama dengan tuhan kita.

Kristian, Yahudi dan Islam. Semua agama wahyu. Bukan turun dari langit. Itu precipitation. Ini dari Tuhan.

Bezanya?

Kristian percaya Tuhan itu amat penyayang dan Maha Pengampun sehinggakan tiada lagi respect dan fear. Kalau buat salah boleh diampunkan paderi, dan “walk the earth and sin no more”. Atau beli sajalah surat pengampunan itu. Tapi mereka rajin beribadah dan pandai berdakwah. Itu kau kena tabik sama mereka.


Yahudi percaya Tuhan itu sentiasa menghukum. Maka mereka sentiasa takut dan bersangka buruk kepada Tuhan. Mereka beribadah tapi tidak begitu menyayangi Tuhan.


Islam percaya Tuhan itu ada mercy, tetapi respect dan fear itu masih ada kerana kita ini ciptaan-Nya. Kita bersyukur dengan nikmat, dan patuh pada hukum kerana yakin dengan hikmahnya cuma kita yang belum berjaya menemukan.

Antara fear dan love, jiwa yang tenang akan diperoleh melalui keseimbangan.


Islam lebih daripada sekadar halal-haram dan dosa-pahala. Apa indahnya Islam kalau hanya berkisar tentang peraturan kehidupan?

Rigid dan bosan, kan?


Kita perasan dilahirkan sebagai Muslim. Walhal semua orang dilahirkan fitrah. Kita perasan bagus kerana ibubapa kita Muslim. Sedangkan Muallaf (converted reverted) are a lot better than Muslims who were born in Muslim families. Because they think deeply. And they seek for truth, instead of submitting to blind faith.
Mereka sanggup menukar agama kerana Islam itu di hati mereka. Bukan pada serban, atau tudung bulat. Atau dalam kad pengenalan.

Golongan ini lebih sedar akan keindahan sebenar Islam.


Aku tak salahkan ustaz dan ustazah aku dulu. Mereka telah begitu banyak berjasa.
Cumanya sekarang aku rasa aku sebenarnya begitu jahil. Dan aku ada banyak persoalan.

Malangnya, seringkali jawapan yang aku terima terlalu general, dan tidak di’operationalize’kan. Tapi takpelah, itu masalah aku. Aku kena berguru. Aku kena cari guru. Dan jadi lebih rajin untuk luangkan masa buat benda berfaedah macam tu.


Cumanya, aku harap orang lain pun akan buka minda dan try to find the truth, do research, instead of submitting to blind faith.

Masih banyak yang kita belum ketahui sebenarnya
.

17 suicidal thought(s):

Weed and Bandages said...

baru semalam cakap/explain kat student yang konfius pasal orang 'Melayu' tak boleh ke kelas yoga.

Hai la

'Orang Melayu' suka sangat bagi info2 yang pelik2 kat orang bukan melayu.

Ish ish

kutojimedo said...

salam kak neem
huhu.
yg psl mualaf tuh, bkn converted, but reverted,
sbb dia kembali kepada yg fitrah.
sy pnh bace kt mana tah, dah tak ingat.
tu je
(^_^)v

FatiYahh said...

Re-post please. Saya pembaca baru. :)

I like the way you think. Saya pun fikir benda yang sama cuma tak pandai zahir dalam bentuk tulisan macam u.

Thanks for writting. Really. :)

SUXX said...

betul aku paling suka tulisan ko dulu, sisi lain ko terfikir tentang agama. tentang ulasan ko tentang isu hal2 Bumiputera mmg terkesan dalam kepala otak aku.


adios pun dah baca blog ko since early 2008.heh.

didi_adinna said...

I lurve reading your entries... Selalu jadi pembaca curi2. Tapi yg ini, I shud give you 5 stars.

"WE can never change our destiny, but WE can change our faith huh?".

Berubah menjadi sesuatu yang lebih baik takkan meluakkan sesen pon apa yg kita ada. Not ONLY for you, ME too. :D

FreDDy O7ermars™ said...

aku sendiri pon ada teringin nak bt artikel pasal islam esp pasal qada dan qadar atau yang berkaiatan dengan persoalan takdir..tapi aku takut aku silap sebab kadang2 org lain pk lain dari apa yg kita pk

anyway i LIKE dis entry..esok2 bt lagi k :)

Anoneemus™ said...

Weed.
Org Melayu malas bersenam.

Kutojimedo.
Thanx sbb ingatkan.lupa lak.

Fatiyyah.
Nanti klu ada request lagi bleh repost.

Suxx.
Yeah sy masih ingat komen2 kamu.

Didi.
Sama2 lah kita ye.

Freddy.
Esok2 klu ada masa bleh je.heh.

fafarafa said...

neem, aku de 1 kemusykilan.

jika kita rendam salah satu ingredient masakan kita dalam alkohol in order to make it last longer...atau to extract the inner taste of it...adakah makanan itu di anggap haram dimakan?? and im talking about 'alcohol'. not 'liquor(wine, champagne etc)'.

if u ask me, i think its not haram. sbb alcohol ni, we can made it right?? just campurkan the right chemical...then walla....dapat alcohol. kan?? and 'kelas alcohol' yg biasa diguna for beverages is ethanol. so...for me, its a chemical product. and its not meant for memabukkan. so it shld be ok kan?

damnn!!!! seriyes aku x reti nk xplain. agak2 ko paham tak maksud kemusykilan aku?

tuan tanah said...

I like this

Darus Interferon said...

orang kita suka buat senaman Kegel aja, sebab tu suka baca Metro.

Maaf.

Neem, nice!

Anoneemus™ said...

Fafa.
Klu ikut sy, tak haram.atas sebab2 yg kamu ckp itu..tp orang yg layak menjawab soalan ini ialah ulama' dlm bidang food chemist dan agama.

Tuan tanah.
Eh lama x dgr citer..

Darus.
Senaman kegel tu apa?

Darus Interferon said...

kena google sendiri. hehehe

tembakaujiwa said...

ramai dikalangan kita nih hanya pak/mak turut...bukan semua..'uztaz' kata gitu,gitu lah.takleh disangkal.Padahal tatau dr nas mana yg diambil.Aku suka cara ko berfikir.

'Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah golongan manusia yang sering bertanya"

Anoneemus™ said...

Thanx 4 the quote.

thoyol said...

Neem,

Masalahnya dari dulu orang kita suka disuap dan hanya menelan saja. Tak pernah ada usaha untuk mencari sendiri maklumat atau belajar lebih lanjut.

Bila dipertikaikan, akan keluarlah bab Islam Melayu. The last card to repel all the contradicting issues.

Kalaulah mereka faham yang Islam itu syumul.

thoyol said...

fafarafa & neem,

utk persoalan alkohol tue, aku rasa halal sebab sifatnya dah bukan lagi memabukkan.

tapi bak kata neem, rujuk pada pakar.
Sila refer link ini utk maklumat lanjut.

http://halal.ipij.info/modules/newbbex/viewtopic.php?topic_id=15&forum=5

pie said...

saya suka baca blog orang lain. ni antara blog yang saya rasa lain. sudut pemikiran berbeza. best...