February 10, 2010

Biar Lambat Asal Selamat

Ramai orang menempah neraka
sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah
dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila
anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka?

Berapa ramaikah yang
menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian
membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa
sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar
isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum
cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2
belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu
kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.



Dicilok dari sini.

Kalau ikutkan aku, memang aku setuju.

Tak kiralah usia kita berapa. Kalau tak sedia, jangan.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan buaya albino hendak diduga.
Kalau takutkan tsunami jangan berumah di Pulau Langkawi.

Mungkin itu yang dimaksudkan oleh seorang janda dalam nasihatnya pada aku suatu ketika dahulu.
Katanya, kalau berkahwin jangan kerana hanya mahu menghalalkan hubungan.

Mulanya aku tak faham.
Mulanya aku fikir, bukankah itu tujuan perkahwinan? Supaya tidak berzina, supaya keluarga dapat dibina dengan halal?

Rupa-rupanya tidak. Tidak cukup dengan status halal.

Kalau diguna analogi pemakanan, nampak logiknya.
Makanan halal, kalau tidak kena caranya, boleh memudaratkan juga. Contohnya makan berlebihan, makanan tidak bersih, dimasak dengan cara salah, atau dimakan dengan cara salah. Tidak elok juga, bukan?
Makan Big Mac di McDonald’s drive thru juga halal. Tapi elokkah dimakan selalu? Dimakan sambil memandu pula tu. Nanti tumpah atas baju.
Owh, korang makan tak tumpah ek?



Fikir-fikir, kalau kahwin demi menghalalkan perhubungan, samalah maknanya dengan nikah untuk seks semata-mata. Untuk suka-suka secara halal. Tapi tak fikir tanggungjawab.

Kalau kau kahwin dan berharap secara automatik kau akan jadi lebih bertanggungjawab, kau silap. Bukan semua orang begitu. Kalau tak mestilah tak wujud fasakh.



And don’t settle for less than you expect just because you are the only one in your social circle that is still single. Biar lambat asal selamat.
Lihat Zara Salim Davidson. Kahwin lambat tapi dapat ikan besar, what?


Rezeki kita tak sama dengan orang lain. Ada orang jumpa jodohnya awal, tapi diri sendiri tiada apa. Hubungan dengan ibubapa pun ntahapahapa. Aku kah itu?
Ada orang jodohnya tidak lah awal, tapi bujang-bujang pun sudah ada kereta, kerjaya dan rumah sendiri. Hubungan dengan keluarga pun baik-baik saja.
Aku? Aku cuma ada surat PTPTN.

Ada orang, lebih baik tak berkahwin. Macam orang tabligh yang selalu merantau.
Lebih baik bujang daripada menzalimi anak isteri.


Dan bila dah kawen tu kalau tak sedia untuk jadi ibu atau bapa, jangan conceive. Maksud aku, pandai-pandailah guna kaedah kontrasepsi.

Seperti yang aku pernah kata pada Encik Stateskop, anak is not something you can experiment with. It’s not something that you can return to the mall while the price tag is still intact, or within 7 days of purchasing.
Kasihan pada anak itu. Kasihan jika dikandungkan oleh ibu yang seolah-olah tidak redha.
Ibu yang rasa terpaksa melahirkan. Ibu dan bapa yang tidak mahu kehadirannya, membesarkan dengan acuh tak acuh. Kesannya pada parenting. Kesannya pada anak itu sehingga dia besar nanti.

Kalau kau berharap dengan ada anak secara automatik kau akan jadi ibubapa yang bagus, kau silap.
Andai benar begitu, pastilah semua ibubapa dalam dunia ini bagus. Tiada yang gagal. Tiada anak-anak lari dari rumah. Tiada anak dara nak bunuh diri bila pakwe curang. Tiada anak-anak yang rendah harga diri dan tulis ‘aku gomok lagi bodoh’ dalam blog.


Menyebut tentang parenting, aku sebenarnya ada banyak perkara yang mahu aku tulis mengenai parenting. Tapi aku tahankan, sedarkan diri bahawa aku tak layak.

Hari demi hari, aku tahankan.
Tapi hari ini, aku terlepas jua.

Sebenarnya banyak lagi yang mahu aku kupaskan.

Mungkin, aku boleh saja tulis tentang parenting?
Walaupun aku belum berkahwin, tapi aku seorang anak.
Seorang anak kepada ibu dan bapa. Parenting terkesan pada aku.
Jika parenting itu dianggap sebagai service, seorang anak itu boleh dikatakan client pada ibubapa.

Siapa lagi yang layak menghakimi ‘the service’ selain ‘the client’
?

10 suicidal thought(s):

Puppet Koyak said...

neem, u do hav a nice brain.
seeing things outside d box.
n for me, i 101.4% agree with you.
memang betul.
people seems to look at parenting in an easy way.
macam makan kuaci sambil mengumpat.
macam mencungkil gigi selepas makan.
but true, parenting tak mudah. lagi2 kalau xsedia.
nice post neem. kudos!

tembakaujiwa said...

pada pendapat aku lah..sebab aku selalu pegang ayat nih..

"kahwin itu bukan main-main..kahwin itu tanggungjawab"

~sigh..nampak sgt aku masih blom jd lelaki bertanggungjawab...haha

Natasha said...

heavy subject this time... but a thoughtful one though... i kinda agree with you... marriage is not just a pathway of sex... it's suppose to be one of our way of practicing Islamic life in a better way...

Atiqah Ahmad said...

agree with u..skrg taknak fikir pasal kawen unless da betul2 sedia and stabil..

takut tak terpikul tanggungjawab..'-_-

Weed and Bandages said...

banyak benda dalam perkahwinan.


uh. bukan semuanya happines saja, waktu-waktu miserable pun ada.





kenal 10 tahun sebelum kahwin pun belum tentu selepas kahwin masih lagi 'kenal'.

:)

1412 said...

kalau sebab kahwin itu hanya sekadar untuk menghalalkan hubungan kelamin. aku rasa tak perlulah kita menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk majlis perkahwinan, bukan? cukuplah hanya sekadar akad, saksi dan sain kontrak sahaja.

Anoneemus™ said...

Puppet.
Cungkil gigi pun susah kalau tak pandai.

Tembakau.
Maknanya kamu sedar diri.

Natasha.
True, indeed.

Atiqah.
Yg penting, mental stabil.

Weed.
Tima kasih di atas nasihat.

1412.
Sbb tu org kawen lari, kan? sbb nk halal je.

A, is for Anomaly said...

Posting yang buat aku berfikir pasal ketentuan Tuhan. Haih. Eh aku link kau ya Neem.

MHDFRZMHDMHY said...

Aku pun link juga ya, aku pun nak kawen juga ni, nice post, TQ

naz_garfield said...

nat akan kawin 6 mac nih..n ape yg nat pasti..selepas 6 mac ni..nat xblh lagi jadi nat yg sblm ni..sumer berubah...n..nat akan melangkah ke alam baru..alam yg penuh dengan cabaran dan dugaan..fasa baru dlm kehidupan..dan utk itu..need to learn..and how to face the chalenges n obstacles..its what life really mean i guess