February 25, 2010

Impian (II)

Bila aku dah sekolah,

cikgu tanya cita-cita nak jadi apa, orang lain jawab

doktor

cikgu

polis

bomba

.

Aku jawab

arkitek.

Semua orang ternganga. Well, tahun 90-an.
Malaysia belum cukup maju untuk anak-anak bangsanya yang masih kecil mengetahui apa itu arkitek.

Cikgu pun sama, belum maju.
Cikgu tanya aku, "arkitek kereta ke apa?"

Heh?
Cikgu ingat arkitek tu jurutera ke? zaman tu kalau designer kereta pun dikenali umum sebagai arkitek ke?

Ok, aku tahu memang ada arkitek yang design kereta. Aku dengar-dengar Sir FL Wright pernah design kereta tapi generally, pelik kut kalau cakap arkitek kereta. Apa-apalah. Zaman itu, cikgu sekolah tak perlu ada kelulusan tinggi macam sekarang.


Waktu darjah 5, barulah aku ada kawan.
Ada dua orang lagi yang bercita-cita mahu jadi arkitek iaitu Falique dan Amin.

[Ok, ini aku tahu daripada autograf. You know, semua orang ada autograf waktu kecil dulu. Suruh kawan-kawan tulis biodata dan ucapan. Nak canggih sket siap tampal gambar dan kad nama yang tempah guna borang tu. Eh autograf aku ada tandatangan KRU tau.
Ooh La La! Khabar-khabarnya...]

Falique sudah grad.
Sekarang bekerja sebagai arkitek. Aku tumpang bangga.
Amin sudah tukar jurusan kali terakhir aku jumpa beliau. Aku tak pasti sekarang beliau di mana.

Dan oh, salah seorang dari mereka, aku lupa siapa, juga pernah hilangkan kaset Ooh La La! aku. Tapi dah ganti balik. Kaset, beb. Kaset! Eh, kaset? apa tu?


Waktu tingkatan 1, hanya ada seorang kawan yang bercita-cita sama dengan aku.
Namanya Im. Pelajar pintar kelas aku.

5 tahun kemudian, pada hari keputusan SPM diumumkan, aku kata pada Im
"So, architecture?"
dengan harapan kami akan jadi coursemate di universiti. Lagipun, Im dapat straight A's. Aku ada 2 subjek tak dapat A. Kalau aku boleh, tentu beliau lagi boleh.

Jawabnya,
"Tak. Susah lah architecture."

Aku menggeletar. Budak straight A's cakap arsitektur susah.
Bikin gerun saja.
Sudahnya Im amik pre-med.


Terus aku gundah mahu tukar cita-cita.


Doktor famili aku pun agak terkejut aku kata mahu ke arsitektur.
Katanya "susah tau. Are you sure?"
OK, she's gone thru medic school and now she's telling me how hard architecture school is.


How scary is that
?

11 suicidal thought(s):

Weed and Bandages said...

hahaha. scary kan?


anyways, before membawa luka parah masuk lower six, ms weed dapat interview UTM untuk arkitek itu lah,

tapi lepas interview, tak dapat..

sebab terkedu, mana boleh lukis realism! kata nak arkitek! hahaha

patut apply 'pelan dan dongakan' cukupp..

nampak sangat ke arah fine art kan


well, arkitek merupakan salah satu antara cabang pilihan dulu.

:)

Dammit said...

Aku rasa ada persamaan dengan ko lah. Bukan cita-cita, tapi, aku pun ada kaset ooh la la dulu! gila oldskool. haha

~(*v*)~ily~(^v^)~ said...

not tat hard..kalau itu yg kita impikan dari kecil...unlike me cita2 dari kecik nk jadi archeologist tp terkubur dek mesia teda bidang tue n xfofuler ler katakan...
now, after project engineer n assist my parent,further master jd pendidik lak...insyALLAH...

amirnazrin said...

masa aku darjah 3, aku ckp kat cikgu cita-cita aku nak jadi sultan.sebab best tengok sultan dtg kg aku nek heli.cikgu cakap tak boleh.kutang asam betul cikgu tu.

farizzet said...

saya masa kecik nak jadi penyiasat atau arkeologist. sebab suka dinosor. pastu suke baca buku enid blyton. tapi jadi akitek pulak sekarang...

Hann Haidar said...

dulu cita2 aku nak jadi cikgu, bila dah besar sikit, aku tukar pensyarah. ada beza ka? :)

Anoneemus™ said...

Weed.
Haha..lukis realism x pas eh?hoho

Dammit.
Ha kantoi ko minat KRU.

Ily.
Not tat hard? hv u ever tried architecture?

Amir(aih guna akaun lain pulak?).
Apa hak cikgu tu utk melemahkan smangat murid dia?

Fariz.
OK la.skrg pun kena siasat juga (site inspection).

Hann.
Masa kecik ingat cikgu tu dh best.dh besar, mesti la nk yg gaji lg tinggi.lecturer bunyi dia lg best.

amirnazrin said...

akaun lain.kali ini,nama sebenar,nama penuh :)

farizzet said...

Inspection tak sama dengan investigation kak.

Youjie said...

Base on pglaman aku couple dgn budak akitek..mm..mmg mncabar...
Tapi why nk down pk susah...if they can do it..we can do it ma! me nk akitek tapi x layak so dapt mascom la same as u..hehehee

Anoneemus™ said...

Youjie.
Kamu nak jd arkitek atau nk kawen dgn arkitek?
btw, i need to clarify this, actually i'm a graduate landscape architect.sorry tak update profile.