Minggu dolu-dolu aku pegi hepi-hepi hour sama Cik Muah. Ya, bukan nama sebenar.
Lepas dinner, kami pergi arked game. Main macam-macam.
Main game rebut tolak-tolak yang aku rasa tak mencabar langsung walaupun kalah 3-0, main tembak-tembak zombie makan orang perut berlobang, main bowling kecik.
Lepas tu token tinggal dua. Tapi tak puas hati kat zombie sebab mereka ramai. Nak balas dendam, tapi kena ada 3 token untuk seorang pemain.
Kami pun pergi kaunter token.
Aaa..game tu perlukan 3 token untuk seorang pemain. Kita nak main dua orang. Aa…
Cik Muah hulur seringgit. Aku hulur dua ringgit. Aa..kita nak enam token kan? Eh kalau dah ada dua, berapa ringgit ya? Empat ringgit ke? Eh? Aa…
Akak kat kaunter tu bosan.
Satu token, lima posen, dik. Nak empat token jadi dua ringgit.
Baik, kak.
Aku bisik pada Cik Muah, kalau tak pandai matematik pun cover-cover la sikit.
Padahal aku pun sama.
Aku tembak-tembak. Kadang-kadang guna dua mata. Kadang-kadang membidik guna satu mata. Tengah aku tembak zombie, tiba-tiba ada zombie Melayu keluar dari pintu. Aku tembak tak jadi apa-apa. Aku pun buka mata satu lagi. Oh, itu bukan dalam skrin. Itu pintu kat belakang mesin tembak zombie.
Itulah yang dinamakan depth perception ya, adik-adik.
Lepas game over, aku pun dengan tak puas hati pergi usha pintu dari mana zombie melayu tadi keluar. Oh, rupa-rupanya kat sebelah arked tu ada pusat karaoke.
Apa lagi?
Kami dapat bilik yang agak best jugalah kerana level of privacy yang tinggi.
Kalau pergi dengan mahram ataupun sesama jantina yang heteroseksual takpelah. Kalau tak, bahaya. Katakan tak nak!
Aku pun pantas je cari lagu Faizal Tahir. Lepas geram lah kan sebab tak semua tempat ada lagu Faizal Tahir.
Tiba-tiba lagu dah start. Aku pun kalut cari microphone. Duhh…
Itulah, excited nak pilih lagu tak terfikir nak pegang mic.
Tapi, biasanya mic ada kat atas meja, tak payah cari. Oh, rupa-rupanya bilik ni tiada meja – lagipun tiada servis makan minum kut.
Weh, rugi masa ni bayar ikut jam. Mana mikrofonnya?
Akhirnya Cik Muah jumpa kat celah dinding tu. Ada tempat sangkut rupanya. Maklumlah gelap.
Fuiyyo cordless lagi. Senang nak bergerak nih.
Eh, tapi apasal tak berfungsi. Aku ketuk-ketuk takde bunyi pun.
Cik Muah hulur satu lagi yang dia jumpa kat celah dinding tu. Pun tak berfungsi.
Ah, rugi nih, rugi. Masa berjalan.
Aku kata, kena panggil staff dia. Cik Muah tanya, nak pegi panggil ke?
Aku kata, takde butang nak panggil servis eh? Cik Muah pun bergegas keluar.
Tapi sebelum keluar beliau sempat berpaling dan berkata, kalau kat Red Box ada butang tu kan?
Aku tak jawab, dia dah keluar dengan satu mikrofon di tangan.
Cik Muah pun pergi kaunter dan kata, abang, mikrofon ni tak bleh guna.
Abang tu jawab, dah try sambung wayar?
Cik Muah sengih je, Oh ada wayar eh?
Aku agak lah. Padahal aku tiada di tempat kejadian.
Waktu yang sama, tiba-tiba aku ternampak wayar kat celah dinding di mana Cik Muah jumpa mikrofon tadi. Aku cuba sambungkan, memang berfungsi pun. Hipotesis salah. Rumusannya mikrofon itu bukanlah jenis tidak berwayar.
Cik Muah pun tiba dengan abang tadi sebelum sempat aku tanggalkan wayar dan pura-pura masih tak tahu demi tidak mensia-siakan usaha bimbo Cik Muah membawa mikrofon yang kononnya cordless ke kaunter pendaftaran pusat karouk itu.
“Kena sambung wayar, dik. Kitorang memang tanggalkan lepas client keluar.”
Ya, saya (dah) tahu.
Malu saya dibuatnya (Mirnawan Nawawi, 2008).
Maka tinggallah beberapa baris sahaja lagu Sampai Syurga yang sempat dilayan.
Lepas sesi karouk, kami mahu pulang. Tiket parking ada dalam beg aku kerana Cik Muah tidak percayakan diri sendiri dengan tiket itu.
Aku masukkan tiket. Cik Muah masukkan wang seringgit. Tak boleh.
Dia cucuk lagi. Tak boleh.
Kemudian aku kata, eh ni tempat keluar duit baki daa…
Cik Muah malu. Beliau gelak-gelak sahaja.
Tiba-tiba seorang security guard datang dan kata, dik, mesin ni memang rosak, guna mesin yang satu lagi tu.
Oh, nasib baik memang rosak.
Padahal kalau tak rosak pun memang tak boleh masuk ikut lubang tu. Hik hik.
Haih, begitulah pengalaman bersukaria bersama rakan sebimboan.
Sekian
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
February 01, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

8 suicidal thought(s):
Ah teringat satu masa, masa tu mesin tiket ke ATM.
Ingat ke touch screen (in your case wireless mic), konon hi tech. Dengan semangat picit-picit screen. Sekali orang belakang tunjuk, kena tekan kat bawah.
Tengok, ada punat rupanya. Hahahaha.
Sorry, I terlampau canggih.
Bimbo times with friends are always fun. Sebab ada geng. Cuba kalau sorang. Memang tak best.
hehe cerita yang comel.tak pasal2 je saya gelak tiba2 kat tempat keje.dah lama tak gelak sbenarnya.
tapi perempuan kadang kadang memang ada moment macam ni bila keluar dgn kawan :D
duhh...
ayat paling bawah...
..rakan sebimboan tu agak lawak.
hahaha..
Sue.
I selalu je kena sorang2..buat2 comel je.
Casper.
Klu kuar dgn boyfren pun slalu jg terjadi.
Darus.
Dehh..
Weed.
Cikgu mahu join?
nak pinjam kalkulator i? eh bkn. kalkulator yg i pinjam drpd kwn i. canggeh taw kalkulator tu. boleh kira dalam sebulan ada berapa hari dgn begitu jitu.
Jitu? gila terer BM minah ni.
oh. accurate. ahaha.
Post a Comment