“It’s not true that we’re having problems because of cultural differences,” said
the Malay-German beauty.
“Being a child of mixed parentage myself,
cultural differences have never been an issue to me.”
Kosmo!, 25th Feb
Pelakon yang terkenal dengan filem Pontianak Harum Sundal Malam itu
menganggap keretakan tersebut sebagai kesilapan mereka sendiri kerana tidak
menyedari faktor perbezaan budaya sewaktu seronok bercinta.
Utusan, 26th Feb
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim
berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara
ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur,
hanya tiga berjaya.
Seketul forum (yang namanya dirahsiakan)
rendah sangat ker standard kalau kahwin dengan lelaki2 Malaysia??? berangan
nak kahwin dengan Mat Salleh dengan menganggap 'Jaga Standard Artis' adalah satu pemikiran yang cetek.Tak kan laa xtahu Mat Salleh memang terkenal dengan bertukar2 pasangan dan pergaulan bebas yang xterkawal..Rasanya berlambak lagi orang2 Malaysia ni yang handsome,berduit,penyayang,dan setia untuk
dikahwini.. Gajah depan mata xnampak,kuman seberang laut dicari2..haish
artis2 Malaysia..Sedey2.. TT__TT ..baik laa jadi macam datuk siti nurhaliza
tuh..haha.. [moderator]
Anoneemus™, 28th Feb
Alah, Jah...kau kawen dengan orang puteh ke, orang hitam ke, kalau dah tak sehaluan tu tak jadi jugak. Artis yang kawen sesama bangsa pun cerai berai jugak. Yang kawen sesama artis pun cerai berai jugak. Takde perbezaan budaya dan gaya hidup pun bercerai jugak, Jah oooiii....
Mak ni bukannya apa, Jah...rimas lah tengok bila ada kes-kes melibatkan artis sensasi ni, semua nak generalizekan isu. Lebih-lebih lagi artis yang cantik. Kalau dia tak cantik takdenya orang nak bincang hal ni sampai ke muka depan surat khabar tabloid mahupun mainstream! Takdenya orang nak interbiu pak menteri tentang hal ni. Takde maknenye...!
Kalau tak silap mak lah, anak-anak menteri pun pakat kawen omputeh juga, tak gitew Jah?
Alah, Jah...sepupu sepapat mak yang kawen dengan omputeh semua okehhh ja, takde pun nak ada masalah culture multure ni Jah...
Unless ada orang ketiga, memang lah....itu bukan masalah culture. Itu masalah commitment namenye, Jah oooiiii......
Kalau Maya Karin kahwin dengan lelaki Melayu, lepas tu suami dia main kayu tiga, ada ke orang nak diskus isu lelaki Melayu suka main kayu tiga? Takde maknenye...sebab lelaki mahupun perempuan bangsa lain pun sama je. Penguin je bangsa yang tak main kayu tiga neh.
Samalah kes cerai berai rumahtangga retak menanti gam gajah ni, Jah ooiiii....mak rasa bangsa apa pun begitu jualah adanya.
Kawen sesama bangsa pun kalau tak panjang jodohnya, pendeklah jodohnya. Tak gitu, Jah?
Lagi kelakar kalau nak kata Maya Karin ada masalah dengan budaya omputeh, kan Jah? Tang mana Melayu sangat Maya Karin tu pun mak tak tawu lah. Cakap Melayu pun baru berapa tahun fasih. Opocot kau Melah! Eh, Jah!
Mak ni bukan apa, menyampah orang suka generalize benda-benda yang takde external validity ni. Wah, kellas gitew ayat mak! Speaking, yew.. don't sound silly pulak tu.
Mak bukan nak sokong orang kawen campur ni, nak memboikot pun tidak. Terpulanglah pada situasi masing-masing. Nak kawen dengan orang Melayu ke, orang Jawa ke, orang Albania ke, orang Sudan ke, orang Africa Selatan ke.
Nak kawen dengan Ahmad pun...erm, Ahmad dah ada bini kut, Jah?
Kalau nak berkahwin dengan orang Melayu tapi takde calon, bolehlah kontek moderator forum di atas untuk dapatkan maklumat mengenai erm, mak quote ayat dia ya; 'berlambak orang2 Malaysia ni yang handsome, berduit, penyayang, dan setia untuk dikahwini'.
Tapi lebih baiklah kahwin dengan orang asing yang single daripada nak kahwin dengan Dato' Melayu yang dah ada bini dan empat orang anak, tapi tak sanggup jadi bini kedua (apa kellas jadi nombor dua, Jah? nanti harta kena bahagi 2) so suruh Dato' tu ceraikan bini dia
.

17 suicidal thought(s):
likes the last paragraph.
MAJOR!
kes perceraian di malaysia berpunca dari perkahwinan. tak kawen maka takdela cerai. clash aje.
AHAHAHA. I like this post!
wahahahhahha
seriyously love the laaaasssttttt para. all kipas-susah-mati patut baca nih. ekekekekkeekek
jah!haha..
this is so true...i like it!
drpd 10, 3 je berjaya? ish. heharap i tergolong dalam 3 la. eh? haha.
pedas perenggan last tu!hahaha!
hahaha siyot gile entri..terbaik!
aku rasa, aku rasa, kes penceraian berpunca bila makin banyak orang menafikan konsep poligami.
sbb slalu alasan orang cerai ialah, "sebab orang ke3"
wanita sekalian, kalau rasa suami anda MAMPU (mampu yang mengikut definisi) apa salahnya berkongsi.
jangan tamak. kesian lah perempuan2 lain sana...kalau faham benar2 konsep perkahwinan, aku rasa tak ada masaalah pun.
ini tidak, masih dengan denial. halang benda yang dibolehkan. jadilah main kayu tiga ka, empat ka.
Statement atas aku consider,lelaki yang MAMPU.
Kahwinlah dengan orang yang beriman insyaallah selamat dunia akhirat. Tak kira bangsa atau jantina, bila jauh dari syariat islam memang akan tunggang langgang kehidupan.
tersedak Bunda saya bila nama dia disebut2.
Bunda saya dipanggil Jah oleh rakan-rakannya. ;)
"berkahwinlah kamu 2,3 atau 4.Tetapi jika takut tidak mampu untuk berlaku adil,cukuplah sekadar seorang.Sesungguhnya manusia itu tidak pernah adil"
Itu bukan stetmen aku..Allah yg ckp..
Perkahwinan itu tanggungjawab,tolak ansur,kesabaran dan keterbukaan.
(kedua2 belah pihak)
Pada aku lah...
darus aku amatlah agree dengan ayat2 kamu kerana wanita sedar mereka lagi ramai dari lelaki. kononnya sisterhood spirit jadah. mcm yg ko ckp la, tak sedar... aku bole aje buat entri sebegitu tapi org akan chap aku seksis/poligamis. sebab ayat aku tak semanis ayat neem. ayat aku pedas.
ala mcm beberapa lagu rnb, mcm 'i dont wanna know' by guy pastu ade la pulak girl reply lagu 'you should really know'... in denial habis.
tapi back to entri ni. no komen.
hermmm...dah kurang kut lelaki melayu yang baik macam saya B-)(ikon ym yang pakai spek itam tuh..)
OWESOME mak!
farizzet,
tulis aja...niat ikhlas, boleh buka minda!
Dapatkan panduan bina otot badan bagi lelaki supaya anda lebih tough dan macho....
Post a Comment