March 18, 2010

6 years ago [The Call]

A story that I've been keeping to myself for years. I stopped telling this story to people because I hate making people cry. Yes, they all cried.

Guess this time, on the 6th anniversary, I'll try to open up see if it helps me get through it (I dislike the term move on). But I am not ready to relate to you whole story.
Please do not ask me for details. Bear with me. And my bad English (!)


***

March 17 2004; 4.40am

Aku masih belum lelapkan mata. Memang tiada niat langsung untuk tidur, walhal 4 jam berikutnya aku tiada niat langsung untuk berjaga.

Aku baring di atas katil dalam guest room. Bukan untuk tidur.
Sekadar cuba untuk bertenang. Selesai solat hajat tadi, aku tak tahu apa lagi harus aku buat. Sebenarnya apa yang aku hajatkan untuk tidak berlaku dalam solat itu, sudah berlaku. Cuma aku tidak mendapat kepastian.
Denial. Macam ibu aku 2 jam sebelumnya, sebelum mereka keluar tadi. 'Mak tak percaya lah!' katanya.


Aku tersentak bila telefon berdering. Tapi aku biarkan kakak yang jawab.
Aku tak fikir aku ada kekuatan untuk itu. Lagipun, aku fikir pada waktu itu, there must be some decisions to be made. Serahkan pada yang lebih tua.

Aku pasang telinga.
Aku cuma dengar 'hmm..ya. OK' dan telefon diletakkan.
Aku toleh, nampak kakak mencari-cari nombor telefon seseorang di dalam note book.

Gagang diangkat kembali. Aku tak dapat bernafas. Aku tak mahu proses respirasi mengganggu deria pendengaran aku. Pada pukul 4.45am, panggilan telefon tidak dipandang remeh.

'Hello. Alang. Abah mintak tolong kemaskan rumah.
Jenazah sampai lepas subuh nanti.'


Upon hearing that word. That particular word. Jenazah.
Sebaik saja perkataan itu ditangkap cuping telinga, menggetarkan koklea dan diterjemah oleh otak dalam milisaat, I totally lost it.


I broke down and cried like a child
.

3 suicidal thought(s):

Weed and Bandages said...

bulan 3 juga arwah papa meninggal.

the sedih part is.. i dalam bus dari manjung ke kulim.

sampai ke kebumikan pun tak sempat jumpa.

and i'm the only anak yang tak sempat jumpa.

'pertanyaan' tentang itu masih 'aktif'sampai sekarang.

tembakaujiwa said...

semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman..
Amin.
Selepas ini giliran kita..=)

otak ketat said...

sama mcm sy. time sy tahu kazen sy saket agk tenat, tiap kali telefon berbunyi, sy tanak angkat dan berdoa agar itu bkn panggilan drpd macik sy utk mengkhabarkan berita tentang kematian kazen sy. tp mcm mana kita berdoa sekalipun, kalau Allah kata dia akn pergi, tetap dia akn pergi. takkan lewat wlpn sedetik. kita juga satu hari akn pergi juga. semoga kita sudah bersiap utk pergi ketika itu.