Pada tahun ini, aku tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa. Belum cuti semester. Tak mengapalah, tahun lain boleh cuba lagi.
Oh, itu sebenarnya cubaan aku untuk kelihatan seperti seorang yang membaca. Seperti Sinaganaga, aku juga masih tergolong dalam statistik tahun 2005 iaitu puratanya rakyat Malaysia cuma membaca 3 buku setahun. Itu kalau buku teks dan buku rujukan tidak dikira.
Ya, aku bimbo yang cerdik tapi kurang membaca. Kerana itu penulisan aku tidak sebagus blogger lain. Dari penulisan seseorang, kau boleh tahu dia sebenarnya rajin membaca atau tidak.
Kerana aku kurang membaca, aku tak kenal penulis dan pengarang. Kerana aku tak kenal, maka aku tak cinta.
Tahun sudah aku berkesempatan ke pesta buku dengan Cik Muah dan Cik Ungu. Aku mahu cari buku Gragong sebab aku nak tengok gambar mahkluk-makhluk luar biasa. Ketika aku sedang usha-usha buku, kakak yang jaga booth tu tanya, nak cari buku apa?
Aku jawab tengok-tengok dulu.
Dia tanya suka baca genre apa?
Aku mana tahu genre apa yang wujud sebab aku kurang membaca. Aku kata aku tengok semua.
Aku tukar topik. Kak, hari ni takde sesi autograf ke?
Akak tu jawab ada, tu ha Faisal Tehrani.
Sebenarnya Faisal Tehrani ada kat meja sebelah je.
Duh…aku ini. Siapa lagi yang ada serban kat atas bahu kat tengah-tengah KL ni?
Aku tergamam sebentar. Aku dan Cik Muah dan-dan tu lah grab buku yang ada tulis nama Faisal Tehrani dan bayar. Lepas bayar, pergi meja sebelah, sengih-sengih.
Kalau orang lain, mesti dah nervous. Tapi kitorang bimbo yang tak baca novel BM, so lek-lek je lah sebab tak rasa apa-apa tapi nak jugak autograph buat bragging. Padahal superstar kut brother ni.
Aku cakap, abang sihat ke ni, saya tak cam tadi sebab nampak kurus.
(padahal last time aku tengok dia adalah di muka belakang buku Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu kut. Kiranya kalau tak ada KOMSAS dalam subjek BM dulu memang aku takkan kenal dia ni. Ha ha)
Faisal Tehrani cakap, saya sihat je. Eh orang lain pun cakap saya kurus. Saya rasa biasa je.
Duh..orang lain pun ingat buku KOMSAS juga ke?
Kemudian kami duduk bersembang agak lama, hampir setengah jam mungkin. Daripada tak kenal, terus jadi teman sembang.
Aku ada bagitahu dia, aku pun minat nak buat buku (tapi aku tak cakap ah aku ni malas membaca). Dia pun cerita isu-isu penulis di Malaysia ni. Makin lama makin deep, jadi luahan perasaan pulak. Agak manikam kalbu la. Layan gak mamat nih rupa-rupanya.
Dia kata pada Cik Muah, ni yang baru breakup ni tulis lah buku berdasarkan lagu ‘ke kiri, ke kiri’…arr…lagi, lagu ‘so you Brad Pitt so what’ tu.
Aku dan Cik Muah ternganga.
Faisal Tehrani kata, alah, lagu Shanny, Shanny apa tu?
Owh. Shania Twain.
Ha, yang tu. Saya walaupun tak dengar radio, tahu jugak lah beberapa lagu. Kata Faisal Tehrani.
Layankan je. Aku kata dalam hati.
Sebelum blah, kami bergambar dahulu dengan penulis kegemaran (kamu) ini.
Ya. Makanya aku dan Cik Muah berkongsi sebuah buku yang bertandatangan Faisal Tehrani sejak hari itu.
Hey, kami students, okay?
p/s: ya, saya tahu rakan-rakan Faisal Tehrani mungkin berada di kalangan kamu. Jangan bagitau dia saya tak baca buku BM. Tapi Abang Faisal tetap cool, okeh
?
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
March 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 suicidal thought(s):
ramai jugak bdk office aku ke hulur ke hilir usung paper The Star tp dlm kereta kantoi paper kosmo ngan harian metro.
hahahaha...
bukunya bagus, cubalah baca.
not dat typical one, itu pasti.
sama la kita.
tapi saya suka beli buku. bacanya entah bila.
semacam suka tengok buku banyak dalam bilik.
komik terakhir baca adalah popeye-komik keluaran 80an
buku terakhir tak ingat.
Post a Comment