March 22, 2010

Bukan Wes Mangan. Tapi Wesley Win-da-Prize.

Sudah lama aku tak pedulikan Wes. Sejak dia ada boyfren dia dah tak balik rumah.

Aku pun tak kisah. Sebab last time sebelum dia lari dari rumah memang kitorang gaduh besar. Habis calar betis aku.

Tapi aku sedih juga anak-anaknya yang comel (dan terabai) tak kenal aku. Bila nampak aku semua nak lari menyorok dalam longkang. Aku anggap macam adik-adik aku sendiri. Sebab comel macam aku.

Ptuih.

Semalam aku jumpa Wes. Tengah gelabah tak boleh turun dari beam covered walkway.
Tipikal. Pandai panjat tak pandai turun.

Aku pun hulur tangan dan dukung dia.

Dia genggam lengan aku erat-erat.

Ok, genggam dalam antropometrik kucing bermakna kepit dengan kedua-dua kaki depan.

Waktu tu aku rasa lain macam. Macam rindu.
Rupa-rupanya aku masih sayangkan dia.

Tapi lepas mendarat di tanah dengan selamat, Wes terus blah tanpa ucap terima kasih.
Chit.
Wes tetap Wes.

Dia tak grateful dan beradab macam arwah Storm. Storm setiap kali nampak aku, akan beri salam. Setiap kali aku beri makan, dia akan dongak dan ucap terima kasih, mungkin baca doa makan sebelum jamah makanan itu.

Storm tak pernah paksa aku buat apa-apa. Kalau aku sibuk, dia tak kacau aku. Dia faham aku nak cepat. Dia faham.

R.I.P. Storm.

***

Aku tak boleh bayang kalau aku tengok kucing kena ikat dan disumbat batang kayu dalam mulut.

Sometimes, people are a lot more disgusting than canines, you know. And I kinda like this line from a comment

‘Instead of spending millions in BTN, might as well educate these sick people in moral and ethics..’
.

7 suicidal thought(s):

kō⋅rŏxx said...

Of animal bondage.

Kelon Eric Bana said...

aku rasa kena ada konsep satuHaiwan dan satuAlam Sekitar juga kut?

tembakaujiwa said...

Lagi bagus rasanya kalo seme orang cuba faham isi Al-Quran dan bukan setakat tau membacanya dengan penuh bertaranum. Dan ambil pelajaran dari dalam Al-Quran.

Sebab pada aku,hanya Al-Quran yang lengkap utk kita sama2 jadikan panduan. Bukan BTN,Politians,Ahli Ulama mahupun BungWahab.

Sekadar pendapat aku lah...
"Mana mungkin manusia yang tidak sempurna mampu mencipta sesuatu yang sempurna"

MagnusCaleb said...

...dan mereka masih bercerita kepada anak-anak mereka bagai mana agung nya nenek-moyang mereka di layan di zaman firaun :)

Budak Pemalas said...

Kalo tgk btul2, area anjing tu macam da penuh ngn najis dia sendiri.

walopun tu anjing liar, tak sepatutnya dilayan sebegitu. adeh~

sedih la cmni.

Anoneemus™ said...

Korox.
Right on.

Kelon.
Rasanya konsep 1Israel pun tak sekejam tu, kan?

Tembakau.
Kita perlu ulama' yang tak cenderung pada keduniaan utk tafsirkan Quran dan Hadith untuk kita.

Magnus.
Yeah..betul tu.

Dyana.
The poor dog was covered by its own feces and also blood.

The gruesome image of the stick shoved down its throat still haunt me.
Can u imagine having a broomstick shoved down our throats?

tembakaujiwa said...

hehe...ulama sebegitu....hrmmm...ermmmmmmm...agak payah kot...

kan?hehe