March 17, 2010

College fund

Aku sejak sekolah hairan kenapa rakyat Malaysia tidak biasa menabung untuk pengajian anak-anak. Sebab sejak kecik lagi tiap-tiap hari dalam cerita omputeh ada mention pasal ni. Lagi hairan bila parents aku tergolong dalam kategori yang sama.


Kalau buat pinjaman pelajaran untuk diploma atau sarjana muda, lepas grad, anak-anak akan dibebani hutang. Anak-anak kena bayar sendiri PTPTN. Kalau begini maknanya anak-anak menanggung kos pembelajarannya sendiri. Oh, anak-anak pakcik Razzaq lain kut.

Tak patut.

Semua ibubapa pun mahu anak berjaya, mahu anak berpendidikan. Tapi untuk menanggung kosnya adalah tanggungjawab ibubapa. Bukan anak itu.

Anak itu sepatutnya lepas kerja kumpul duit untuk kahwin dan balas budi orang tua. Bukannya bayar hutang sana sini. Dahlah sistem pendidikan negara kita ni buat kita lambat graduate, lambatlah juga dapat kahwin kerana tak mampu. Macamana nak bendung gejala sosial kalau begini.


Ibubapa pun, pandai-pandailah merancang. Walaupun kita manusia hanya merancang Tuhan menentukan, tapi at least plan lah baik-baik daripada tak plan langsung nak harapkan durian runtuh. Dah lah tak control birth, main beranak je. At least bila anak dah lahir tu rancang lah apa yang patut.

Kalau anak ramai, lagi teruk. Anak nombor 1 hingga 5, apa-apa parents mampu tanggung. Dah grad pun lapang je takde hutang. Anak nombor 6-10, hidup susah kerana parents sudah bersara. Kalau takde pension, merana kut hidup.


OK, dengan anak pun tak boleh berlaku adil, hairan lah aku ada orang yang hidup berterabur boleh perasan mampu berpoligami.


Mungkinlah kau fikir, anak 8 orang masuk uni mana mampu nak tanggung semua. OK, masa kau buat anak kau fikir tak benda ni?


Kerajaan pun tak berapa nak tekankan kepentingan college fund ni. Ekonomi dah merudum sampai MOHE kena potong bajet kaw-kaw punya baru lah nak mula kempen. Aku dah nak grad kut.


Yang aku membebel panjang-panjang ni sebenarnya aku nak cakap, financial planning tu penting. Memanglah tak semua orang tahu bagaimana untuk merancang. Tapi usahakanlah untuk bertanya pada yang pakar. Aku pun bukannya tahu apa nak buat.

Lagipun, kita bukan tahu ajal kita bila. Tak ke merana hidup anak isteri kalau tak prepare untuk waktu-waktu itu. Manalah tahu, suatu hari kau lumpuh, tak boleh bekerja sampai bila-bila.
Aku memang respek sama parents rakan-rakan aku yang sudah meninggal atau tidak bekerja kerana sakit, tapi mampu hidup senang semua adik-beradik. Itulah pelaburan bijak namanya.

Aku bukan nak mengutuk sesiapa secara spesifik, tapi bagi aku, adalah satu bentuk kekejaman untuk ibubapa meletakkan beban kos pengajian pada anak-anak. Kalau nak buat loan pun, ibubapa patutnya mula saving untuk tolong bayarkan balik. Sebab untuk aku berkata begitu adalah simple; anak-anak memang tanggungjawab ibubapa. Sepertimana ibubapa bayarkan zakat bagi pihak anak-anak, begitu jugalah mereka patut menanggung kos pengajian.


Kalau ibubapa yang memang kais pagi makan ubi rebus (sedapnye!), kais petang tak makan, tak mengapalah. Nak bayar yuran sekolah pun perit, ini pula yuran kolej. Itu aku faham.
Yang aku hairannya ibubapa yang ada pendapatan bulanan tetap. Duit yang digunakan untuk bayar bil Astro tu kalau buat saving berguna juga. Duit rokok? Kau bayangkan duit rokok setahun tu berapa banyak.

Simpanan untuk hari tua? Hmm..ye lah tu.

Bagi aku, pelaburan untuk hari tua adalah kasih sayang dan didikan buat anak-anak. Kalau kau didik anak betul-betul, insyaAllah nanti kau tua dia jagakan. Memang tanggungjawab dia pun. Kalau dia takde hutang PTPTN, dan kau dah ajar dia melabur dan menabung, lagi senang hidup kau.


Point aku di sini, aku sokong kempen kerajaan untuk menabung, contohnya SSPN.

Tapi tak perlu kut buat iklan panjang-panjang macam tu. Pegi berak pun sempat.
Tak dan message nak get across, orang dah tukar channel
.

11 suicidal thought(s):

neyda said...

setuju sesangat. financial planning. kursus kawen ade sentuh x bnda2 cmni?

aremierulez/Amirul said...

ye la tu...
iklan panjang & boring...
mmg sekali je aku tgk... kali ke-2 aku perasan iklan tu nk start, cepat2 aku tukar...

Weed and Bandages said...

tak suka dengan iklan myEG menda ntah yang nari2 kat ruang (macam) front desk hat macam kat office.. apa punya lirik ntah..

like.. WTH?

An Ikram said...

this is one of the things I can never understand, but it is happening in our society.

Kebanyakan orang malaysia memang takde financial plan langsung. awal bulan dapat gaji, tengah bulan depannya dah sesak, hari-hari makan nasi dengan kicap (sbb awal bulan dah makan ciken cop setiap hari). puncanya ialah bayar hutang.

ada pula yang dah lah hutang pun mengelat nak bayar, tapi still tercekik-cekik tengah bulan. nak cerita pasal saving? dalam akaun bank diorang, belum tentu ada rm 100 pun untuk perbelanjaan kecemasan. ini pula nak fikir tentang college fund anak2.

okay, itu belum lagi masuk bab nak kahwin. hantaran pun pinjam daripada bank. dah tahu tak mampu, kahwin nak grand saja. hantaran 20 ribu. semua ni punca daripada mak bapak tak pernah ada financial plan, sampaikan anak cucu cicit semua dah terikut stail macam ni.

orang malaysia sebenarnya kaya. tapi kaya hutang la.

on a positive note, nasib baik mak ayah i fikiran macam orang putih sikit. college fund, retirement fund, emergency fund whatever berpulun-pulun sediakan. and nice entry, miss.

Atiqah Ahmad said...

saya setuju!!

to be honest kami adik beradik belajar semua mak ayah tanggung..kecuali abang yang dapat biasiswa pergi oversea dan saya dapat biasiswa waktu 3 sem tearkhir ijazah..

kami takde lah kaya tapi takla susah..hidup sederhana..syukur alhamdulillah..

bak kata mak ayah, pendidikan anak2 adalah tanggungjawab mak ayah..=)

Dammit said...

ko refer dekat iklan pt ke? gila panjang, macam iklan petronas time raya. Padahal pinjaman, bukan scholarship. Mengelirukan.

kō⋅rŏxx said...

Selalu sangat dengar, Melayu-Muslim, yang nikah berhutang, ayat lazimnya: "Tak apa lah, nanti dah ada anak, adalah rezeki tu".

Anak dah masuk sekolah, hutang nikah tak setel lagi. Hutang belajar lagi. Hutang kereta lagi.

Tabung? Pfft.

Ye, memang aku bitter pun. Baru 25, hutang dah 33K++, bila nak dapat kumpul harta? Tu belum campur hutang budi dengan hutang kasih sayang. Sampai mati pun tak langsai!

Kelon Eric Bana said...

aku setuju dengan dammit.

me said...

pinjaman diploma 15000,degree =21000
hutang = 36000
tapi xnak slhkan parents sbb diorg da brusaha yg terbaik.dah byk mmbantu.
cuma berusaha untuk anak2 sendiri kelak.
=)
Neem,bila grad ek? kalau thn ni,sama la kite. =)

Anoneemus™ said...

Can somebody answers Neyda's inquiry?

Kelon Eric Bana said...

Aku kursus kat Kuantan, diorang ada jemput pakar pengurusan kewangan.