Waktu itu, aku darjah satu. Satu Melur, secara spesifiknya.
Cikgu Hasnah, guru muzik aku masuk kelas. Cikgu Hasnah orang Johor. Tapi muka dia iras-iras anak mami Penangite.
Dia suruh kami berdiri seorang demi seorang dan sebutkan nama masing-masing. Munggin beliau mahu menguji kejituan vokal di situ.
Bila sampai giliran budak perempuan yang duduk di hadapan aku,
Budak itu pun bangun dan berkata “Nama saya Farina Aina.”
Cikgu Hasnah merespon dengan kadar segera “Huih, nama cantik. Tapi muka…” siap buat muka keji lagi di situ. “Tu parut kat pipi kena apa?”
“Luka kena gunting.” Jawab Farina. Sengih.
Ye lah, waktu tu bodoh lagi tak sedar kena hina.
Sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa ini.
Tak kisah la budak tu gelap ke, ada parut ke, jerawat ke, tapi tak payah la nak buat budak tu rendah diri. Keji betul cikgu buat macam tu. Mentang-mentanglah budak darjah satu tak pandai nak buat aduan sms pada akhbar Kosmo. Lagipun Kosmo memang belum wujud waktu tu.
Bagi aku, self-esteem sangat berkait rapat dengan proses pembesaran seseorang, bagaimana self-esteemnya pada zaman kanak-kanak.
Macam aku, memang aku grew up believing I was stupid and ugly. No doubt about it.
Keluarga aku pun boleh tahan rupalistik. Masa kecik aku selalu je dihina sebab hidung kemek, lutut hitam dan kurus. Tapi taklah teruk sangat sebab kat sekolah cikgu cakap aku comel je.
Makanya kalau aku mengandung suatu hari nanti, aku akan berdoa tiap-tiap hari nak dapat anak yang sempurna dan comel.
Isk, itu lah. Ada orang kata, doakan nak anak soleh, anak yang pandai. Bukan rupa paras yang penting.
Tapi orang yang cakap tu tak dibesarkan dalam keluarga aku. Kalau dia lahir dalam keluarga aku, mesti dia berdoa nak anak comel, dan akan dididik supaya jadi pandai dan baik.
Korang rasa,
Ada tak orang yang dilahirkan tak good looking lepas tu dia salahkan mak bapak dia
?
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 suicidal thought(s):
Kadang-kadang cikgu ni, jadi cikgu sebab tak dapat nak sambung belajar kat mana-mana tempat dalam bidang yang dia lebih minat. So bila terpaksa jadi cikgu, dia tak dapat nak aplikasikan hidup dengan rutin yang dipenuhi dengan pelajar sehari harian.
So sikap melampau batas tu tak pandai nak kawal.
orang yang rupalistik memang tak guna. orang yang shape-ist pun sama.
Noe tak comel tapi tak pernah blame mak abah sebab tak comel.
Ramai org jadi cikgu sebab parents suruh kerja gomen. nanti senang nak dapat rawatan di hospital kerajaan. Sbb apply PTD tak dapat2,ambik DPLI konfem dpt jd cikgu.
cekgu hasnah mcm haremmm. haha. g cari dia sekarang. tgk muka ank dia mcm mana. hakhak. err. sy good looking. tp sy tak salahkan mak abah sy. boleh ke? hahaha.
Apakata anda tlg cari cikgu hasnah..dlm FB.
Eh samalah..mata sy lebih besar dr parents tp sy tak salahkan mereka.haha
phew.
kes sy sama dengan farina aina.
tapi cikgu sy baik.
cikgu sy selalu kata "cantik/hensem pun xguna kalau xpandai belajar". huhuhu.
itu kat sekolah.
kat kampung..
jiran akan compare.
keluarga kepada jiran akan tanya.
apasal muka kau lain?
apasal kau xcantik?
saudara mara yang bau2 bacang selalu buat diskusi sampah.
"kenapa dia hodoh?"
phew.
tarik nafas dalam2.
buat2 xtahu.
sengih mcm orang bodoh.
jalan.
sambil kata dlm hati,
"tiada apa yang kekal"
termasuklah perasaan terkilan.
mak bapak saya dah jaga saya elok2,
cukuplah.
=)
Post a Comment