March 07, 2010

Lepas makan, jangan lupa basuh pinggan. Lepas tu pergi sungai, angkut air. Lepas tu pergi cari kayu api. Faham?

Isu lelaki tak buat kerja rumah ni, isu upbringing.
Memang silap besar kalau keluarga tak didik dari kecil. Aku untung, dalam keluarga aku, lelaki dididik untuk sama-sama buat kerja rumah. Anak-anak menakan lelaki pun cuci pinggan sendiri, lipat dan gosok baju sendiri.

Untung mana-mana perempuan kawen dengan lelaki dalam famili aku.

Abang aku, ayah aku, pakcik aku semua gosok baju sendiri. Tak payah tunggu isteri buatkan. Tak kurang maskulin pun kalau buat semua tu. Dapat pahala. Isteri pun senang hati.
Aku rasa lelaki buat kerja rumah dan memasak memang seksi habis, OK?

Kalau anak bujang kau sudah ada ura-ura mahu kahwin barulah nak ajar buat kerja rumah, tak jadi apa pun. Dah lebih 20 tahun tahu makan tidur saja di rumah, ingat senang kah mahu berubah?


Memang ketinggalan zamanlah siapa yang fikir kerja rumah (chores) tu hanya kerja perempuan. Itu zaman perempuan tak bekerja langsung (mana ada bisnes dari rumah time tu) dan zaman lelaki kena cari kayu api, sembelih ayam, tebang buluh, angkut air. The technical stuff. Atuk aku bina rumah dengan tangan sendiri kut.

Lelaki zaman sekarang mana ada nak kena cari kayu api. Benda-benda teknikal tak tahu. Nak suruh cari buluh lemang pun tak reti. Paling parah, tukar mentol pun tak pernah. Baiki kereta? Harapkan mekanik je semua. Lepas tu ada hati nak expect isteri pandai memasak dan menjahit. Dan pandai belly dancing. Oh, lebih-lebih pula.


OK, bab memasak, at least aku tahu isteri Nabi memasak untuk baginda. Kalaupun tak sedap tapi Nabi tak komplen kerana menghargai penat lelah isteri.
Bab kerja rumah, Nabi sediakan pembantu. Dulu aku ingat hal-hal ini isu zaman sekarang. Aku baru sedar lepas baca satu artikel yang ditulis oleh seorang ustaz.
Ustaz itu tulis, hukum menyediakan pembantu adalah wajib bagi suami yang mampu. Bagi yang tak mampu, hukumnya wajib bagi suami untuk membantu isteri dalam menguruskan rumah.
Pada mulanya, aku ingat aku tersilap baca kerana penulisnya seorang lelaki. Aku baca banyak kali, memang begitulah yang tertulis. Terkejut juga aku. Aku sangkakan, keluarga aku didik begitu kerana anak perempuan belajar sampai degree, rupa-rupanya memang patut begitu.


Aduh, banyaknya cara hidup dan budaya kita yang memang tak selari dengan agama.
Tapi kalau fikir guna ilmu yang ada pun, yang aku tahu tugas isteri adalah mendidik anak dan menghiburkan suami. Kalau dah penat buat kerja rumah dan jaga anak, tak kuasa dah nak layan suami. Nak berhias di rumah pun tak sempat.
Suami pun ada alasan mahu cari lain. “Wife I tak layan I.”


Ye lah, mistress mana ada nak kena kemas rumah dan jaga anak. Banyak masa nak berhias dan grooming. Perut cantik. C-scar pun takde. Senyum dan ceria selalu. Pendengar yang setia pulak tu.

Kalau kat rumah, bising dengan suara anak melalak. Bau diapers anak. Toys anak bersepah-sepah. Rimaslah duduk rumah. Bini pun tak wangi sebab berkejar sana sini, lap muntah anak, memasak, basuh baju, tukar diapers, mandikan anak, jemur baju.

Cis, kalau macam ni, takyah lah derma sperm. Barulah bini kau badan solid je dan ada masa nak berhias. Kau tau bagi sperm je, bukan nak tolong jaga anak dan kemas rumah pun.


Maaf. Kembali ke topik asal.

Dan, kita semua tahu lelaki akan jadi ketua keluarga.

Kalau lelaki tak pernah diajar uruskan rumahtangga, macamana mahu mengetuai keluarga
?

12 suicidal thought(s):

Kelon Eric Bana said...

aku gosok tudung isteri aku. i'm happy with that :)

Dammit said...

Sebenarnya ni berkait dengan cara kita dibesarkan jugak. Macam mana dididik dari awal hingga dah jadi habbit. kan?

"Aku rasa lelaki buat kerja rumah dan memasak memang seksi habis, OK?"

haha aku suka ni!

akulah drama queen... said...

i do agree wif ur posting... melayu ni manyak ikut adat dan cara melayu instead of cara Islam...

tau komplen komplen komplen bila isteri tak lawa n wangi cam masa berchenta...

tak terpikir ke kalo dia carik yang len, menda yang sama akan jadik bila isteri baru ada anak berderet2 hasik sumbangan sperm dia...

farizzet said...

tulis panjang2 persiapan mesti dah ready kan?

ehem!
maksud saya, lelaki yg kena ready tolong isteri siapkan persiapan.

Anoneemus™ said...

Eric.
Owh.orait gak tu klu nk galakkan isteri pakai tudung.

Dammit.
Soalan.Ko seksi tak?

Drama queen.
Dia taknak kawen pun dgn mistress.klu mistress pregnant dia tinggalkan je.

Fariz.
Tak tau la dia dah siap belum.

Dammit said...

Kerja rumah - buat
masak - tak, aku cuma tolong kacau je.

Dikira seksi tak?

SUXX said...

taknak aku jadi lelaki seksi. hehe.

apan said...

pergh.da 3 entri menusuk kalbu seorang lelaki.baik cik akak!i bear that in mind.ni citer bab2 ni dah nk sampai masa naik pelamin ke?

kō⋅rŏxx said...

"Isu lelaki tak buat kerja rumah ni, isu upbringing."

Betul jugak. Tapi kekadang (kebanyakan kot), walau dah dididik dengan cara yang (rasa macam) betul pun, lelaki bila dah jadi head of family, mungkin dah tak ada masa nak buat semua tu kot.

Paling busuk pukul 7 pagi dah nak kena gi ofis, balik rumah pukul 7 petang kalau tak OT, kerja 5 hari setengah seminggu, mana ada masa nak tolong masak, buat laundry, iron baju, kemas rumah semua tu.

Nak spend time dengan anak, keep up dengan pelajaran diorang, deal dengan masalah disiplin (kalau ada), fikirkan hal ekonomi keluarga, a little bit of this, a little bit of that.

Lain lah kalau memang dilahirkan as a John Hafiz, tak perlu langsung fikir masalah trivial rakyat marhaen ni semua.

But for the rest of us, regardless of our upbringing, there's got to be sacrifices made. Kompromi.

Ada duit, tak ada masa, ada masa, tak ada duit.

Tapi memang keji ah kalau nak basuh gelas sebijik pun malas. That says a lot about that fella as a human being. Heh.

(Aisey, panjang gila komen. Ohai Neem!)

Natasha said...

"Aku rasa lelaki buat kerja rumah dan memasak memang seksi habis, OK?"

agree with that!

Pakcik Luar Otak said...

Terpaksa mengaku seksi le camni..

Anoneemus™ said...

Dammit.
Sebab ko Dammit, aku ckp ko seksi ah.

SUXX.
Tiada paksaan dlm keseksian.Ada org mmg tak dilahirkan seksi.

Apan.
Zaman skrg ni mana ada pelamin, bai.

Korox.
Itulah pasal, isteri yg bekerja paling busuk pukul 7 pagi dah nak kena gi ofis, balik rumah pukul 7 petang kalau tak OT, kerja 5 hari setengah seminggu, mana ada masa nak masak, buat laundry, iron baju, kemas rumah semua tu.Nak susukan anak, tidurkan anak lagi.

Natasha.
Perempuan seksi je bleh ckp camtu.

Pakcik.
Pakcik pun seksi ke..hmm..