Seperti biasa, pada awal Mac, aku akan busy.
Kerana kebiasaannya pada tarikh-tarikh begini, berlakunya deadline para assignment dan projek. Juga menghampiri peperiksaan.
Aku pernah mengeluh.
Aku pernah fobia akan bulan Mac. Kerana pada masa lampau pada tarikh itu aku sering kehilangan orang tersayang. Contohnya pada 7 Mac 1999, nenek pergi dijemput penciptanya. Harilahir beliau juga. Pada tahun 2000, perpisahan dengan beberapa rakan. Juga ahli keluarga. Dan pemergian satu-satunya confidant, orang penting dalam hidup pada 2004.
Aku pernah mengeluh.
Kerana kebiasaannya pada tarikh-tarikh begini, berlakunya deadline para assignment dan projek. Juga menghampiri peperiksaan.
Tapi sebenarnya, elok juga. Kerana di waktu-waktu stress sebegini, kawan-kawan semua ingat pada aku. Mereka akan menghiburkan aku.
Ya, manusia hedonis seperti aku memang tagihkan hiburan dan sokongan sosial.
Bayangkan, berjaga malam di studio pada 5 March, pasti tepat pukul 12 akan berkumandang lagu hari lahir.
Dan rakan-rakan perempuan akan tiba di workstation aku dengan kad buatan tangan, dan hadiah-hadiah comel.
Kemudian di siang harinya, akan dibelanja makan. Begitu juga di malam berikutnya.
Untuk berjaga pada malam itunya, aku akan dibekalkan makanan secukupnya. Tahun 2006 (atau 2007?) aku dibekalkan pizza, kek coklat dan kek keju.
Setelah semua projek selesai, tidak lagi sibuk, barulah berparti.
Ya, siapa boleh lupa kalau rakan-rakan buat surprise party. Memang surprise, kerana ia tidak berlaku pada 6 haribulan. Siapa sangka.
Shu Ling. Aku rindukan dia.
Kami berkenalan pada 2 haribulan Mac. 4 hari berikutnya, dia tinggalkan satu kotak kecil berbalut cantik di workstation aku seawal pagi sebelum aku sampai.
Well, beritahu aku, berapa ramai di antara kita yang akan menghadiahharijadikan seorang yang dikenali kurang seminggu?
Fast forward.
Kelmarin Zakiah sudah selebratekan aku. Aku memang tidak mahukan kek kali ini. Impian tercapai. Memang tiada kek. Nampaknya ada tradisi baru. Terharu dengan inisiatif beliau.
Semalam majlis resepsi Papa Kildong dan Mama Kildong. The girls tak segan kut nyanyi lagu harijadi di sebelah pelamin. Stealing the limelight?
Deenot pula hulurkan beg kertas berisi kosmetik. Indah. Belum pernah dapat kosmetik sebagai hadiah.
Oh, ia tidak berhenti di situ. Alang-alang mereka mahu berkumpul, aku anggap sajalah aku join sempena hadiah buat diri sendiri. Sudahnya sampai pagi ini aku bersama mereka. Dan sampai tengahari aku masih berjaga.
Terima kasih Gilban yang menjadi supir kepada Makhluk Tuhan Naik Teksi ini. Maaf mengganggu privasi anda dan teman anda yang cantik itu.
Saya gembira beliau seronok bersama saya. Heh.
***
Ya, terima kasih semua.
Terutama pada orang yang hadiahkan Bumblebee itu. Rasa lebih muda, ok?
dan terima kasih Tuhan, untuk mereka ini.
So the hell with the people who hate me (and fail to make me miserable).
The world loves me
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
March 06, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 suicidal thought(s):
Oh, your besday?
Hepi besday Cik Neem... May ALLAH bless n wish ol ur dreams cum true!
Happy birthday Cik Neem!
Jom la pegi tgk show Placebo 16th Mac.eh? ntah2 awak tgh exam.
hepi birthday.
happy besday cik neem..=)
Thank u evryone!
Casper,16th march tu belum exam. tp masalahnya tengah2 minggu..huhu
hepi besday....
=)..indahnya dunia...
oh! besday u ke? happy besday! ehem. bagi ku, kamu adalah asterisk :')
Post a Comment