March 10, 2010

Nak wee wee.....

Dua jam kut pembentangan tesis Ishaq tadi. Hampir dua jam juga aku tahan kencing.
Aku pun tak tahu kenapa aku sayang sangat nak keluar pegi toilet. Nak jugak tunggu sampai habis.


Sampai di bilik air, penuh pula. Aku mahu tunggu, tapi ada bau kuranglangsung tak enak. Aiseh, ada orang buat nombor 2 pulak. Aku pun keluar balik dari bilik air. Tapi tak cakap apa-apa. Malu nak komplen. Takutlah suatu hari nanti aku pulak yang sakit perut di tempat kejadian.

Kawan-kawan semua dah selesai qada’ hajat dan beristinjak. Mereka ajak lunch. Aku kata, korang pergi dulu.
Aku segan nak cakap yang aku sebenarnya nak terkucil tapi aku tak selera dengan tandas tu. Aku sebenarnya nak tunggu bau tadi tu hilang. Dan aku taknak kawan-kawan aku tahu bahawa aku sangat memilih tandas. Tapi itulah kenyataannya.

Lagipun, tandas alma mater best gila, OK? Jauh lah beza dengan tandas sekolah sekarang. Sembang lama-lama kat dalam Toilet Paling Best Di Dunia tu pun tiada masalah. Siap boleh posing ambik gambar lagi. Abang aku setiap kali hantar aku mesti sakit perut sebab tandas alma mater best.
Aku dan Encik Stateskop pun selalu singgah situ untuk menandas. Ops bocor rahsia.


Back to the story, kemudian aku pun masuk tandas. Bau tadi masih ada. Bwek!
Tapi aku dah tak tahan. Patutnya aku bawak arang kut.
Kan arang boleh menyerap bau melalui process yang sunguh komplikated iaitu Absorption.

Waktu aku dalam kubikel, aku dengar ada suara berkata
“Busuknya. Siapa berak ni?
Busuknya macam bangkai!”

Dan ada bunyi semburan.

Aku tahan gelak sambil betulkan seluar.
Cis, mesti aku yang kena tuduh nanti.

Bila aku keluar, ada makcik cleaner tengah sembur-sembur cecair pencuci sebagai usaha beliau untuk membaikpulih kualiti udara.

Dia tanya aku “Adik berak ke?”

Aku cakap “Tak ah. Dah lama dah bau ni.”
Haha...apa punya soalan daa...

“Busuknya…” dia komplen lagi.

Aku pun keluar sambil ketawa.

Macamlah makcik tu berak tak busuk, kan?
Khaik ptuih!


Yang salahnya orang yang design tandas tu, takde ventilation.

Kat tandas alma mater tu lagi ramai kut orang berak, siang dan malam.
Takde pun bau. Harum je sentiasa
.

4 suicidal thought(s):

Atiqah Ahmad said...

rasa nya arang untuk hilangkan bau dalam peti ais jer..

farizzet said...

dah cek fesbuk makcik cleaner? mesti status panjang ade budak tak mengaku berak busuk...

Kelon Eric Bana said...

neem, tak silap aku, absorption dan adsorption dua proses berbeda.

Anoneemus™ said...

Tiqah.
Kita kena extend application tu.haha..

Fariz.
Tanak ah.nanti sy sakit hati.haha.

Kelon.
Sy bukan tau pun adsorption tu apakebenda.