March 31, 2010

Repost: It's 9teen 90nine, bebeh...

1999.

Sepuluh tahun dahulu, aku merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang bosan. Itu kerana orang macam aku memang tak sesuai berada di kelas top.
But life was not that bad, at least my bff was my deskmate.


I hate the rules most. Kad metrik adalah wajib tersemat di uniform terutama waktu perhimpunan. Dan perhimpunan tidak diadakan pada hari sama setiap minggu. Kadang-kadang pengumuman mengenai perhimpunan dibuat sehari sebelum, kadang-kadang 15 minit sebelum perhimpunan.


Kelas aku terletak di blok paling hadapan, di hadapan dataran perhimpunan. Betul-betul di sebelah podium. Memang tiada chance langsung untuk ponteng perhimpunan dan lepak dalam kelas sendiri.

Pada waktu malam, blok itu digunakan untuk penghuni Aspura prep. Atau tidur, sebenarnya. Atau tulis surat cinta dan tinggalkan di bawah meja si gadis pilihan. Tacky, I know.



31 Mac 1999.

"Maaf kerana mengganggu. Di sini terdapat satu pengumuman. Perhimpunan akan diadakan pada 7.45 pagi esok."

Petang itu aku stayback. I was tutoring math.
Wow! I was a tutor girl rupa-rupanya. Matematik pulak tu! Bimboyangcerdiknya!

Waktu menghampiri 5pm. Kehujanan. Aku dan kawan-kawan yang berada di dalam kelas berlagak prososial, menurunkan bendera-bendera yang berkibar supaya tidak dilunturi hujan asid.

Kawan aku sudah simpan bendera-bendera. Aku masih di bawah tiang bendera, berangan-angan kut? Hujan tidak lebat.

Kemudian aku melangkah ke arah podium. Aku naik. Ibarat seorang Evita Peroni.



Eh? Ada sekeping kad metrik di atas pedestal itu.

Dibasahi bintik-bintik gerimis, tertulis APRIL FOOL di belakangnya.

Sweet and neat. Senyum.
Pasti keesokan harinya, hari April Fool, pemilik kad metrik itu akan mendapat peluang naik ke pentas pada waktu perhimpunan dijemput pengetua.

Siapalah punya idea.

dan,

Siapalah mangsanya ni.


I decided to save him/her from the humiliation.

Nobel, kan?

***

Oleh kerana aku merupakan pelajar lower form yang clumsy lagi pelupa, aku tempah lebih dari satu kad metrik. Lagipun aku risau tercampak ke dalam mesin basuh macam kawan-kawan aku selalu kena. Luckily, they didn't have this strict policy on having only one student card.

So I kept the extra one under my desk. Of course, I took the precautious step of hiding it under my files and stuff.

***

Maka aku ambil kad metrik yang tertulis APRIL FOOL di atas pedestal itu dengan tujuan murni memulangkannya pada yang hak. And guess what, kad metrik itu sampai ke tangan pemiliknya dengan kadar yang teramat segera.


Motherchud! (Of course, this was 10 years before Slumdog Millionnaire)


Celaka budak Aspura mana nak kenakan aku ni
?

2 suicidal thought(s):

farizzet said...

hahaha... gelak ketidakfahaman... kononnya aprilfool yg kelakar.

Dammit said...

Hahaha aku suka ending cite ni!