Aku pernah cakap, kalau aku ada lebih dari seorang anak, aku harap anak bongsu aku perempuan. Atau, aku mahu elakkan anak tunggal lelaki.
Bukan apa, aku risau aku terlalu manjakan anak lelaki tanpa sedar. Anak lelaki, kalau terlebih manja, buruk padahnya.
Ya, sebelum kau mahu argue, aku nyatakan ‘manja’ di sini bukan bermaksud rapat dengan ibu, tapi bermaksud ‘lemak’. Erm, spoilt lah senang cerita.
Daggety dang, bahasa ibunda kita ni memang tak cukup kata sifat.
Anak lelaki kalau spoilt membawa padah. Kalau anak perempuan tak mengapa, kita cuma doakan beliau dapat kahwin dengan lelaki kaya sahaja. Aaamin…
Anak lelaki, bila spoil, macamana mahu jadi ketua keluarga? Macamana mahu lead isteri dan anak? Dah diri sendiri pun masih perlu jagaan ibu.
Aku sudah tengok banyak contoh anak lelaki manja aka Mama’s Boy ni dalam hidup aku. Memang tak menarik. Masa kecil dimanja-manjakan. Sudah besar, jadi slacker. Sudah umur 30 masih minta duit dari ibu. Ibu kasi sahaja, takut anak kesayangan merajuk. Takut anak lari dari rumah. Walhal anak itu bukan kisah pun perasaan ibu.
Mereka ini jugalah yang jadi anak paling kurang ajar. Boleh tinggi suara pada ibu. Boleh marah ibu. Ibunya pula, di belakang merungut jua, menangis-nangis, sedangkan di depan anak kesayangan, seolah-olah macam mahu sujud pada anak.
Sudah berkahwin, mahu isteri layan macam ibu. Baju kotor campak atas lantai, mahu isteri kutipkan. Sudah makan tinggal saja pinggan atas meja. Jangan haraplah nak cuci sendiri. Duduk rumah mahu rilek saja, isteri buatkan semua benda walaupun isteri pun sama penat bekerja. Ini lagi padah kalau isterinya pangkat lagi tinggi.
Isu lelaki tak buat kerja rumah ini, isu upbringing. Nanti entri lain aku elaborate.
Lelaki spoil brat ini jugalah biasanya yang jenis sepak terajang bini. Maklumlah, sejak kecil kalau mengamuk dapatlah apa yang dia nak. Sampai besar pun mengamuk je kerjanya. Setakat lempang isteri barang satu dua das tu apa sangatlah kan.
Maklumlah, ibu sendiri pun boleh ditengking-tengking. Apatah lagi isteri.
Satu lagi perangai lelaki spoilt ini, memang tak malu nak mintak dengan ibu bapa. Patutnya dah besar panjang ni, kasi duit pada ibu, bukan minta duit. Minta duit lebih teruk daripada tak kasi duit langsung, OK?
Yang ibunya pun satu, sanjung sangatlah anak yang sorang itu. Anak yang lain ada aja silapnya. Yang seorang itu biadap pun tak apa lah...dialah racun dialah penawar.
Ada perempuan, ngeri untuk berkahwin dengan lelaki yang rapat dengan ibu.
Sebenarnya, rapat dengan ibu itu bonus untuk isteri. Sekurang-kurangnya, kita tahu dia dengar cakap ibu. Maka, tugas kita adalah untuk berbaik-baik dengan ibunya. Lagipun, kalau dia layan ibunya baik, mungkin dia jenis yang hormat perempuan.
Kalau yang jenis kurang ajar dengan ibu, itu tanda dia tidak hormat perempuan. Itu tandanya dia anggap perempuan itu lebih rendah martabatnya daripada lelaki. Perempuan sebagai hamba kepada lelaki. Isteri hamba suami. Ibu hamba ayah dan anak lelaki. Kakak dan adik perempuan hamba kepada adik beradik lelaki.
Ya, memanglah bercanggah dengan ajaran Islam tapi orang yang kurang ajar dengan ibu pedulikah tentang ajaran Islam?
Dah tu, ibunya tak ajar hormat perempuan.
Lelaki macam ni, tak payah kahwin lagi baik.
Menyusahkan orang saja. Cukuplah kau susahkan ibu kau saja. Itu mungkin harga yang dia perlu bayar kerana terlalu manjakan kau.
Tapi kasihan pada orang lain yang kena tempiasnya
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
March 05, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

9 suicidal thought(s):
saya sayang mak saya :)
saya sayang future wife saya.
happy birthday neem.semoga semuanya indah.
Aku kesiankan ibu dia. Mungkin akhirat tu tempat terbaik untuk 'bayar' balik.
dah kena tempias ke yg marah sgt ni....? :P
Eh korang ni tak tdo lg time ni?
Amir.
Saya syg diri saya. Thanx =)
Dammit.
Tp ibunya redha je.
Fahey.
U bet.
mengikut kiraan hisab dan takwim ini adalah hari untuk mengucapkan selamat harijadi buat anda :)
=)..nice
Entah kenapa, I dont prefer momma boi.
Tambah-tambah yang melarat sampai ke tua.
Tambah-tambah yang 'tak reti reti' nak buat keputusan sendiri.
Magnus.
Weh terharu ah ada blogger wish birthday.thanx!
Tembakau.
=)
Weed.
hoho..yg tu xleh jd leader kan?
hi neem,
a silent reader i am, singgah baca pun sekali sekala. tertarik dengan isu ni, sebab sikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan sendiri. mintak izin quote satu dua ayat letak dalam blog, boleh? thanks in advance :)
-tym-
Post a Comment