March 25, 2010

Sehati berkain sarong bersama Anoneemus™ yang prejudis

Pada suatu malam, aku ke kantin yang hampir dengan kolej. Aku duduk sorang-sorang di satu meja. Ya, aku memang loner. Sejak matrik lagi aku selalu makan sorang-sorang.

Aku cuba untuk dengar apa bunyi-bunyian dari television yang terpasang. Tapi suasana di kantin itu terlalu hingar bingar. Silaplah aku pergi waktu peak hour macam tu.

Salah satu bunyi yang ditangkap cuping telinga adalah satu suara berloghat pekat yang negerinya dirahsiakan sebab nanti kalau aku mention mesti aku nak mengumpat sebab aku tak suka orang cakap loghat pekat kuat-kuat di khayalak ramai dan expect semua orang faham sebab aku rasa rudelah macam tu oh OK aku dah start nak mengumpat.

Suara itu berkata (terjemahan) “Takde meja kosong. Kita makan kat bilik je lah.”

Kemudian jawab sorang lagi dengan penuh hampa “Alah…aku nak tengok Sehati Berdansa.”

Kawan dia lagi sorang pujuk “Itu lah. Aku pun.
Takpelah, makan kat bilik aku. Aku ada DVD Ice Age III.”

Kemudian “Sehati Berdansa dah start pun. Alarr..”

“Weh, kau pergi lah order. Tu secret admirer kau jaga kaunter.”

Bukan secret admirer la, bongok. Kau yang minat dia, bukan dia minat kau.

Kumpulan perempuan loghat pekat 4 orang tu mara ke kaunter sebab ada ‘secret admirer’ kat situ.




Ya. Tiada apa yang menarik tentang dialog di atas.

Sebenarnya dari tadi aku terusha minah 4 orang ni.
Apa yang mula-mula menarik perhatian adalah tudung yang mereka pakai. Aku tak pernah tengok tudung selabuh itu. It made me wonder apakah mereka pakai baju sleeveless di dalam tudung itu kerana lengan pun tak nampak. Labuh sampai paha. Tapi bukan telekung. Kalau nak duduk mesti duduk atas tudung.
Wah aku terjakun di situ.

Lagi best bila aku perasan salah seorang daripada mereka hanya pakai kain batik sarong.
OK, ini kali pertama aku nampak orang pakai kain batik pergi kantin.

Aku terjakun sekali lagi di situ.

Tapi itu semua masih tak dapat melawan perasan terkujat aku bila mereka kecewa tak dapat menonton Sehati Berdansa. Nasib baik bukan AF. Kalau mereka nak tengok AF mungkin aku terus keluar pergi shopping untuk menenangkan hati. Beli tank top dan vest warna kelabu pun OK gak. Lagipun sekarang ni Megasale. Hmm..kita KIV dulu.

Ya, aku keliru. Sebab kawan aku Yani Tudung Labuh (tapi tak sampai paha) confirm tak layan rancangan-rancangan hiburan macam tu. Kawan aku yang tudung kontot tapi alim pun tak follow kut rancangan hiburan. Mungkin mereka cuma tonton Nur Kasih?

Aku cerita pada classmate, dia kata
“Neem, orang macam mereka pun ada perasaan.”

Erm. Ya, betul tu.

My bad
.

6 suicidal thought(s):

Lina Rahim said...

hahaha..saya dulu ada kawan yang tudung labuh mcm Neem describe tu la..1st year, dia siap boleh mencebik kat saya bila saya cakap saya tak tahu lagu nasyid terkenal, 2nd year bila lagu black eyed peas (dont phunk with my heart) kuar kt radio, dia yang berkejar kat radio, besarkan volume, kemudian cakap "hm..ana suka lagu ni tapi tak suka yang tang 'yeah,yeah,yeah (nada ghairah tu)..." ek elleh

otak ketat said...

alah u ni pandai kutuk org tudung labuh je kan? wakaka. depa nak tgk fahrin lah. tak pn awal. kalau nak bercinta, dosa nnt :p

Anoneemus™ said...

Lina.
Sy rasa sy silap translate la.diorg guna gantinama 'ana' kut instead of 'aku'.

Ketat.
Depa nk tgk Fahrin, Awal, DAN secret admirer yakni abang kantin.ya, bercinta tu berdosa.usha ja takpa.

Anonymous said...

“Weh, kau pergi lah order. Tu secret admirer kau jaga kaunter.”

Bukan secret admirer la, bongok. Kau yang minat dia, bukan dia minat kau.

Rasanya dialog minah2 tu bermaksud mamat jaga kaunter tu yg minat minah tudung labuh..bukan bermaksud minah tu minat mamat jaga kaunter.. sekadar pendapat

Anoneemus™ said...

Saya yakin abg tu tak admirer sesiapa.bukan jenis gatal nk kacau student.lgpun,i'd never known any of my secret admirers.hence, the term 'secret'.

Anonymous said...

yeahh..i think u're right..for the term 'secret'