April 13, 2010

10 perangai ‘kampung’ yang lawak antarabangsa

1. Menunjuk-nunjuk pada orang yang dia ada suami/kekasih.
Terutama kalau dia lagi muda dari aku. Macamlah ada effect pun pada aku yang tak pernah berniat nak kahwin muda. Apa susah sangat ke kau nak ada boyfren sampai macam tu punya bragging? Aku rasa kau oqeh ja, takdelah tak laku sangat. Adakah kau mahu buktikan yang kau takde hati pada boyfren aku? Ataupun, adakah kau saspek aku ada hati sama lelaki tu maka kau kena tunjuk yang kau dah dapat dia? Lainlah kalau lelaki tu putera raja yang ada phD.
Lelaki pun, ada juga yang menunjuk-nunjuk ada gefren. Lagi-lagi kalau gefren cantik. Padahal bila ada orang tengok, orang cakap, ‘hek eleh muka macam tu dapat awek cun…mesti awek tu nanti cari lain’. Ya, orang sekeliling kau memang jahat mulut.


2. Nak berlawan-lawan majlis/party/open house siapa paling grand.
Orang nak buat lain daripada yang lain, supaya jadi memorable. Bukannya tiru idea orang dan buat jadi lebih mahal. Perangai macam ni, zaman jamuan akhir tahun darjah 6 Elit boleh lah diamalkan. Dah dewasa ni, gila kampung kut nak compete benda-benda ni.


3. Rentetan dari no 1, menunjuk-nunjuk private message kekasih kepada orang lain.
Aku rasa, kalau kekasih kau nak tayang pada orang, dia tak kasi kau private message tapi public message. Some things are sweeter in private. Seriously, ada sorang perempuan -yang bukan kawan aku pun- pernah forward pada aku, message dari admirer dia. Dan yang pasti, bukan tersilap send sebab dia memang tulis kepada neem. Ini memang nak audience punya orang.


4. Beritahu semua orang, hubungannya dengan kekasih adalah paling sweet.
Ini jenis yang kalau bercakap pasal couple lain, mesti nak cakap relationship dia jugak paling utuh. Kawan tengah sedih baru breakup pun, dia boleh cakap ‘amenda ar korang nih..aku dengan boyfren takde pun gaduh-gaduh ni, sweet ja sentiasa.’ Pengalaman aku tengok, orang yang cakap macam ni, memang tak tahan lama pun lepas tu dia yang breakup. Tak malu ke dekat kawan yang tadi tu?


5. Tak puas hati sebab kawan sendiri telah menambat hati jejaka hot.
Kau patutnya gembira untuk kawan kau tu. Lebih-lebih lagi kalau suka sama suka. Doakan kebahagiaan mereka, bukannya pulaukan dia sebab ada lelaki hot minat kat dia. Ni apa jenis kawan pun tak tahu lah. Dah lelaki tu terang-terang tak minat kat kau, kau ada hak untuk kecewa tapi kau tak boleh marah kalau dia minat kat kawan kau.


6. Tak faham konsep majlis.
Asalkan namanya majlis, nak glamour-glamour. Padahal kalau graduation dinner, raikan kecemerlangan akademik. Maka majlisnya biar nampak akademik lah, nampak educated. Best student yang dapat award. Penyampaian sijil. Bukan jadi majlis Anugerah Bintang Popular. Popular student yang dapat award. Graduation dinner dengan annual dinner tak sama, oqe? Kalau kenduri arwah pun nak glamour jugak ke?


7. “Kalau makcik dah lama tak hantar makanan ke masjid ni dan minum air telaga ni, keluarga makcik akan ditimpa bala. Contohnya, anak makcik demam panas dan makcik jatuh tangga.”
Hoh? Biar betul makcik ni. Mesti kalau masuk hutan makcik mintak izin ‘datuk nenek’ jin kan?


8. “Nanti before presentation tu, ambik batang kayu kecik macam mancis, letak kat bawah tulang belakang kat celah butt crack, kemudian baca jampi ni…”
Seriously, kau kata kau membesar kat Bangsar? Gila kampung. Siap hafal jampi tu mesti dia selalu amalkan. Butt crack, dude, butt crack!


9. Bakar kemenyan.
Bomoh guna asap sebab nak kasi jin makan. Bila nenek aku meninggal apahal nak bakar kemenyan? Nak jemput jin datang tolong uruskan jenazah?


10. Basuh baju dalam bidet.


Nuff said!

17 suicidal thought(s):

Sue Anna Joe said...

Okay, I don't know if should be ashamed but... APA TU BIDET?

Tengah syok baca from 1-9 masuk 10 terus potong stim sebab tak tau apa tu bidet. Ish. Anti climax betullah.

Shafiq Laiho said...

hi, saya ada gepreng!

otak ketat said...

err. sy ada soalan. bidet tu apakah?

gman said...

ada org basuh baju dlm bidet ke? :\

Anonymous said...

bakar kemenyan adalah diharuskan ketika ada orang meninggal bagi mengelakkan bau mayat jika ada. sekadar berkongsi.

bellidler said...

"Ada dinner dgn my sayunk, nak pakai baju apa yek mlm ni..?" Shoutout di FB macam nih leh wat org lain mual dan muntah2 serta bertambah selera mengeji...

Anonymous said...

whats the point?

ohhh, kena jadi 'bandar'. betul kan cik neem?

:p

DzULhAFiZi said...

aku suke num 3 and 4...but kdg2 jadi kt kwn2 sndiri, so xsmpai hati nk maki...hehehe

Anonymous said...

Kelon Eric Bana,
first time aku pi hotel mahal, aku keciwaa sungguh dengan diri sendiri tentang fungsi bidet.

owh memory

tembakaujiwa said...

wow...gua rasa tegang...

Othman Juliana said...

aneem, bidet tu apa?

Ayyman Rahim said...

Number 5 kita terasa. Haha!

Anoneemus™ said...

Eh, tadi approve 13 comments..mana lagi?

encikmasen said...

err..kenape dengan bakar kemenyan? bukan sebagai wangi-wangian ke(tp sinonim dengan kematian)?

Anoneemus™ said...

Ustaz Ismail Kamus ckp bidaah.bukan cara islamic.

tembakaujiwa said...

bakar kemenyan..hehe..bg mkn kat jin tuh...hehe

Shafiq Laiho said...

komen saya kena padam.. :(