Aku sebenarnya terkilan sebab tak dapat hadir kenduri sepupu aku. Walaupun aku tak suka sangat pergi tempat yang ramai orang, tapi kenduri sepupu sebelah ayah aku tak boleh miss. Rasa rugi sangat.
OK, aku bias. Sepupu sebelah mak aku tak heran pun, kan?
Sebab aku tak kenal sangat sedara sebelah mak.
Rasa tak best miss kenduri Abg Amir sebab waktu tu lah aku nak jumpa sepupu-sepupu lain. Yang tinggal jauh dari KL pun boleh jumpa waktu tu.
Haih. Sepupu-sepupu pun dah besar panjang.
Nanti kang tetiba aku dapat jemputan anak pada sepupu aku pulak yang kahwin.
Eh, sebenarnya memang dah ada, walaupun macam half cousin sebab nenek lain. Sebelah mak. Sepupu aku siap dah ada cucu.
Kiranya cucu aku lah jugak.
Duh! Tapi sebelah ayah aku, anak cousin aku susah sangat nak panggil aku makcik.
Mereka panggil Kak NeEM. Eh, tu bukan panggilan blogger ke? Nampak sangat aku tipu. hoho..
Mereka panggil 'kakak'. Bila aku cakap boleh panggil Achik, diorang macam bingung. Agaknya dalam mental frame mereka seorang makcik mesti ada gaya keibuan kut. Bukan macam aku, duk berbaby-T dan main Bumblebee lagi.
Haih. Rindu pada mereka. Tapi nak buat macamana dah aku tak boleh pergi kenduri itu.
Tapi, bila fikir-fikir balik...ada untungnya aku tak pergi.
Sebab kalau aku pergi, aku terpaksa la bersua dengan orang yang aku sangat mahu elak dari berjumpa.
Orang yang selalu buat aku menangis sakit hati.
Orang yang buat ibubapa aku kecewa.
Orang yang menyusahkan ibubapa aku. Dan hidup aku.
Itupun, ketika keghaiban aku, khabarnya sudah ada sedikit pertelingkahan berlaku.
Kalau aku ada, fuih, lagilah panas situasinya. Aku ni kalau tengah panas, depan ibu pun nyaris tersentap. Lagi-lagi ibu pulak jenis cakap tengking-tengking. Tapi itu cerita lain. Lagi-lagi sekarang ni cuaca panas. Aku takde kipas cap Mistral. Aku ada Panasonic je. Dia tulis kat situ 'electronic regulator'.
Nasib baik aku tak dapat hadir.
Kalau tak, maunya aku bikin kecoh pada hari bahagia orang.
Apa-apapun, selamat pengantin baru Abang Amir.
I'm so happy you finally berjaya jugak buat kenduri ni setelah berapa kali postpone =)
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
April 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 suicidal thought(s):
tak basuh kipas lah tuh kan. kantoi. haha. err, selamat pengantin baru gk buat abg amir :p
Selamat pengantin baru dan berbahagia untuk sepupu ko. Kalau 'panas', aku makan. It's a good therapy i guess.
kawen pom pospom ? haha .. Taniah encik Amir . Moga kekal sampai kesyurga .
Post a Comment