Saya seorang penggemar Soyrich. Kerana Soyrich kurang manis.
Tahukah anda bahawa Soyrich merupakan produk Yeo's?
Saya rajin minum soya sejak tahu bahawa arwah atuk saya meninggal akibat kanser prostat. Saya takut kalau-kalau ada gene kanser.
Produk soya dikatakan bagus untuk menyeimbangkan hormon.
Kalau pensyarah aku baca ayat di atas mesti dia komen 'so, apa kaitan dengan kanser? it is not clear.'
Semalam, saya beli dua kotak Soyrich di Petronas di bandar ********. Sekotak harganya RM1.70. Tetapi bila di kaunter setelah diimbas harga totalnya menjadi RM3.60. Saya menjadi berang. Atau beruang. Saya pun tidak pasti.
Saya kata mana boleh jadi RM3.60? Kata lelaki itu, yang kita namakan Ahmad, harganya RM1.80. Saya kata sticker harganya tulis RM1.70? Ahmad kata harganya memang RM1.80.
Saya kata sticker harganya tulis RM1.70? Ahmad kata harganya memang RM1.80.
Tak perlu repeat till fade. Sebab dua kali je.
Saya tak berganjak dari kaunter. Fuiyyo, ini kali pertama saya sebegini berani untuk kerek.
Tahniah untuk saya. (Walaupun saya yakin jika ada orang beratur di belakang saya ketika itu, saya akan pasrah sahaja)
Ahmad tanya seorang pekerja lain yang nampak lebih dewasa.
Pekerja itu jawab ini harga baru. Harga dah naik tapi itu sticker belum tukar.
Saya kerut dahi dan pandang dia seketika, kemudian saya keluar dengan membawa air kotak itu tanpa plastik.
Tidak, saya bukan di Selangor. Tapi saya dan Ahmad lupa langsung terhadap plastik. Maka saya letak air kotak di atas dashboard dan ketika membelok di simpang kedua-dua kotak jatuh ke atas kaki dan saya nyaris menyumpah Ahmad. Tak pernah terlintas di hati saya sebelum ini yang air kotak mampu memberi kesakitan begitu.
Soalan: Dari segi undang-undang, bagaimanakah kes ini dapat disintesiskan?
Bukan, bukan kes kaki seksi yang sakit. Tapi kes sticker harga itu.
Ya, produk soya dikatakan bagus untuk menyeimbangkan hormon.
Saya rajin minum soya sejak tahu bahawa arwah atuk saya meninggal akibat kanser prostat. Saya takut kalau-kalau ada gene kanser.
Saya seorang penggemar Soyrich. Kerana Soyrich kurang manis.
Tahukah anda bahawa Soyrich merupakan produk Yeo's
?
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
April 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

12 suicidal thought(s):
tahukah anda bahawa soya boleh meningkatkan estrogen, cik beruang?
Kanser boleh disebabkan external factor, makanan atau exposed pada benda yang bersifat carcinogenic.
Dan internal factor, yes, in the gene. Kalau ada dalam gene, la budda kalau kata orang arab, tidak dapat tidak kata orang melayu.
Tapi Tuhan lebih berkuasa......
Minum soya mungkin boleh buat rasa kenyang dan kurang amik makanan yang tak berkhasiat dan carcinogen.
Aku skeptik bila company atau orang cakap makan ni baik sbb bla bla...makan ini baik untuk ini bla bla....sebab semua base on testimony. Bukan clinical trial...
Dammit.
Ya, saya tahu. Saya minum lebih soya ketika pms.
Kelon.
Ada juga yg based on scientific research such as experiment with high control of variables. especially when it aint come from the manufacturer itself.
Soya bagus untuk awet muda. :)
orang kata minum soya anak jadi puteh. tu pon klu anak dlm perut, bukan dlm kem tentera. hm..tadak kena ngena..tp xpa kot huhu
Oh true!
Memang ada pun, tapi banyak yang sekadar lab scale, tested on mice etc etc.
Aku tertarik dengan satu paper published 2010 yang buat metaanalyses unto other publications;
http://www.expert-reviews.com/doi/pdfplus/10.1586/ecp.09.46?cookieSet=1
(Short article tapi sangat informative)
Jadi aku still percaya yang minum/makan__________ (isi something yang berkhasiat, halal dari segi syar'ie i.e soya, gingseng) hanya boleh buat diri kenyang dan dapat elak dari makan benda yang tidak elok dan haram.
Sebab knowledge tentang biochemical compound itu baik, biochemical itu buruk tak ada yang solid so far.
And mind you, human's reaction towards bioactive compound juga berbeda.
Wallahu a'lam.
eh, Cik Neem dah pandai drive?
"kaki seksi yang sakit" hahaha
Dah lama dah pandai drive.keta je takdak.
Apsal takde org nak jawab soklan sebenar entri ni?
pengguna ada hak utk dapatkn harga yg kt sticker..
sbb salah dorg la x tuka sticker atau cabut sticker lama
yo,tak, benda tu dlm law org dia pggl merely "invitation to treat" aje.
so xde offer.xde acceptance kt situ.
melainkan abg petronas sendiri ckp kat kau secara verbal and kau ada recorder time tu."mari2. soya murah.rm 1.70.beli 2 rm 3.40. and ko pn jwb " saya beli dgn hrga 1.70"
haa. kt situ baru ada contract n kau boleh bwak kes tu ke mahkamah.
tp kalau nk ikut tribunal pengguna.kau ada hak. mcm ramiza ckp.
t.kasih. kalau tak silap ya. rasanyalah!haha. aku bukan budak law pn.
Rasanya kalau cik Neem tergamak nak bawak masuk hal ni dalam Tribunal Pengguna, Cik Neem akan mendapat kemenangan. Kerana Akta Harga Barangan menjelaskan bahawa harga barangan hendaklah dipamerkan pada barang dagangan dan yang dipamer adalah RM 1.70 bukannya RM 1.80.
Tapi kalau tergamak nak bawak naik Tribunal la kan...
Post a Comment