April 27, 2010

Panduan mengurat secara online

Sebelum aku beri tips, kita rujuk pada 2 mesej yang tidak patut dicontohi, untuk kita jadikan sempadan. Ya, bak kata Thom Yorke, kita buang yang keruh kita minum yang sedap.

Mesej-mesej ini aku ambil dari inbox Friendster™ aku. Sudah bersawang. Tahun bila punya mesej pun aku tak tahulah.






Yang pertama ini terlalu obvious. 'Abg nak masuk line'?

Kalau nak mengurat sila buat secara subtle. Unless aku memang tulis kat profile aku yang aku ‘sedang mencari dan para lelaki sila pikat aku’.

Peminat setia? Ingat aku ni selebriti kah?







Yang kedua ini pula, too much info. Orang tu belum cakap sudi berkenalan, kau dah buang masa dan tenaga buat karangan. Effort itu bagus, cuma belum tiba masanya.

Agak-agak, berapa ramai perempuan dapat mesej macam ni dari lelaki yang sama?


You know what’s funny? Pada waktu aku terima mesej-mesej seperti ini, aku sudah ada Encik Stateskop. Makanya sudah tentu status aku adalah In a Relationship.


Kut ye pun nak mengurat, tengoklah status perhubungan tu dulu. Kalau aku mahu selingkuh, aku letak Open Relationship.


Dan, aku memang rasa hairan dengan lelaki yang senang-senang kasi nombor telefon pada perempuan. Contohnya, dekat restoran ada pelayan datang hantar tisu yang ada tulis nombor telefon. Ataupun, dekat pinggan kau ada kertas yang tertulis nombor telefon.
Mungkin juga, ada lelaki tinggalkan nombor telefon pada wiper kereta.


Apa kau ingat perempuan rajin kah mahu telefon lelaki stranger? Kemudian sedap-sedap je cakap aku perempuan sombong. Sebab aku tak layan stanger.


Kalau mahu memikat, mulakan perbualan dengan bercakap tentang isu-isu yang diminati perempuan itu. Kaji profail beliau, lihat apa aktiviti yang beliau sertai.

Contohnya, kau tanya beliau, minat Wolverine kah? What do you think if there’s a sequel?


Atau, kalau kau dapati beliau ini seorang pencinta alam, kau invite beliau ke aktiviti pencinta alam. Kau ajak beliau berbincang mengenai isu-isu terkini.
Kemudian kau lead perbualan itu ke arah common interest pula.


Kalau beliau tunjuk minat, barulah kau ajak beliau jumpa. Tolong jangan perasan sorang-sorang. Kau jangan ingat kau best sangat kalau beliau sudi bersembang dengan kau. Sesetengah orang memang suka bersembang.


Kalau beliau minat untuk tahu hal peribadi kau, itu petanda baik. Kalau beliau dah tahu semua benda tentang kau sebab kau beritahu tanpa ditanya, itu komplikated.


Itu saja untuk kali ini.


Dulu aku pernah bagi syarat untuk lelaki yang mintak nombor telefon aku, aku minta dia janji tak akan jatuh cinta pada aku. Selepas setengah hari berfikir, dia setuju. Tapi kami berkawan tak lama, sebab dia tak layan aku macam platonic. He bored me to death. Ye lah, orang yang kau cuma mahu berkawan layan kau macam romantik. Telefon aku setiap jam pulak tu.

Boring…betul.



Ikut hati, mahu saja aku reply pada mesej-mesej di atas macam ni;

‘Maaflah dik, akak ni dah umur 43. Tak mampu nak jadi cougar, nak bela cubs. Kat profile tu gambar anak sulung akak. Baru tingkatan 5.’

11 suicidal thought(s):

Knicher Sc. said...

buat malu orang perlis je. haih.

amar said...

hahahha
aku sokong.

budus plus bunguk betul sapa yang mengurat macam itu,
desperate houseman.

adrenalin said...

ada juga desperado sesat d mana2 kan? haha..gilalah.

R.K said...

dah kalau dia reply ,
: bole kenalkan saya dengan anak akak tak ? untung-untung boleh jadi menantu . haha

ghua pinjam artikel .

otak ketat said...

haha.aww abg faiz, kenapa u tak ckp u keje apa, gaji berapa, sudi bayar mas kawen berapa. kah kah kah. panduan neh best. sy suka ;)

Othman Juliana said...

tips to male out there: "get the girl's number instead of giving her your number".

Anoneemus™ said...

Knicher.
Takpa, org negeri lain pun sama ja.

Amar.
Buat malu kaum, kan?

Adrenalin.
Mungkin ada perempuan desperate yg layan?

R.K.
'Kau jgn cari pasal, anak aku nak exam nih'

Ketat.
Tu la pasal, kut nak buat karangan pun attach la slip gaji skali.

Juli.
Yes, klu perempuan tu tak kasi jgn kacau dia lg.

leman said...

Aku rasa sbb faktor 4P

1) Pervert
saja menggatal

2) Pleasure
saja seronok, suka2 cuba nasib

3) Pride
saja bangga kalo ada yg sangkut

4) Prostitute
saja nak jadi gigolo

azLina z. said...

Banyak masa dan duit diorang ni randomly bagi orang number.

sinaganaga said...

Kalau gua, gua cakap macam ni: Beb, lu ada lighter?

Anoneemus™ said...

Leman.
Kamu dh lama kaji benda ni ya?

Azlina.
Bapak dia tokey prepaid kut?

Naga.
Klu gua, gua jwb macam ni: Beb, lu nak bakar rambut lu ke?