Minggu lepas aku telefon satu klinik ni, untuk buat temujanji.
Orang yang di hujung talian berpesan
"Nanti adik bawak pen, tau."
Hoh?
Aku sungguh gelihati dengan ketersusilan telinga aku mendengar.
Maka aku tanya "Bawak apa, kak?"
"Bawak pen."
"Heh?"
"Bawak pen untuk isi borang di kaunter pendaftaran. Ramai-ramai pesakit klinik ni tak cukup pen."
Erm, OK.
Rupa-rupanya aku bukan silap dengar.
Maka tadi aku ke klinik itu. Idok le ramai benor pun pesakit. 5 orang je.
Tapi, sebatang pen pun tak disediakan.
Kasihan.
Mesti kena potong budget gila-gila sampai nak beli alatulis pun tak mampu. Ye lah, mestilah dia guna budget seciput tu untuk ubat dan kemudahan lain yang lebih penting.
Tahukah korang bahawa budget untuk perubatan telah dipotong sebanyak 60% oleh kerajaan 1Malaysia?
Maklumlah, RM600 juta dah disalurkan pada projek Puan Rosmah.
Lain kali, ingatkan aku, bawak sekotak pen sebagai sumbangan ikhlas untuk klinik-klinik dan pusat kesihatan. Walaupun aku sendiri tidak memiliki pendapatan tetap, sekurang-kurangnya aku ada banyak pen.
Tak kiralah felt tip pen, atau technical pen mahupun pendrive.
Lawak kan? lawak kan aku ni? rasa nak lempang.
Which reminds me, dulu aku ada cakap nak cerita sesuatu tentang 'My student ada bawak pendrive....'
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
April 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

14 suicidal thought(s):
pencake boleh tak, neemo? miahahahaha..
hahah.. skrang nih in my college, peruntukan for daily newspaper pon takder.. mmg potong sungguh
hahahahaha. sadis betul. penthouse bleh gak ka? wakakaka.
ini serius, isteri aku balik kerja komen komen, ngadu kesian dengan patient yang miskin.
doktor boleh kasi ubat separuh aja, yang lebih kena cari sendiri di pharmacy.
itu ini semua cut half...
semua budget dibawa lari untuk Klinik 1Malaysia yang hanya dijaga oleh Medical Assistant, diulang, bukan doktor, tapi medikal asisstant, eh, bukan aku nak kutuk medical assistant, tetapi korang fahamlah kalau bukan doktor yang buat kerja....
kalau bukan doktor yang buat kerja, faham2 lah servis mcm mana?
isk, tiba2 rasa nak marah2 pulak
gi klinik bawak pen . haha . sempoi lah !
Shafiq.
Nak kena matchmake dgn Otak Ketat neh.
Hannan.
Baca online je.
Ketat.
Nak kena matchmake dgn Shafiq neh.
Kelon.
Medical Assistant jgn kecil hati.anda x bersalah.
RK.
Ya, ingat tu.
Semua atas nama 1Malaysia..
Shopping ROsmah juga atas nama 1Malaysia bukan? hahaha
oh, patut la.. ayah aku susah nak dapat projek kerajaan skrg neh.. ayah aku medical supplier.. lagi2 kat kelantan.. mmg lagi ciput la budjet diorg.. tuh ayah aku merantau cari projek kat kl plak skrg.. oh..
pesakit asik cilok pen je. terbawak balik termasuk handbag.
i dont get it.
perubatan dan pendidikan potong kaw kaw.
agak dajei plan itu.
siapa kata Mesia tak 'maju'?
sPENder ko bawak tak?
Tak.pakai PENty je.
bagus.. bagus.. kalau Bik Mama baca nie sure dia insaf... hahahah :)
Rosmah budak TKC.
Buat malu TKC je.
Negara orang bini PM atau President buat charity.
Ini Rosmah buat policy dan diberi beratus juta bajet.
Apa ke gila Najib ni ikut telunjuk bini.
Itu belum adik dia Nazir lagi...penyamun PNB
Post a Comment