Aku tak tahu dah berapa kali aku tulis benda ni.
Aku mahu kamu, perempuan-perempuan di luar sana enjoy being single.
Being single is not something you can easily return to once you let it go. Kau mungkin kata, kau sudah lama single, dah bosan.
Well, kalau kau sudah lama single, kau sebenarnya sudah lama untung tapi kau tak sedar. Selama ni kau bebas. Kau banyak masa untuk diri sendiri. Kau jadi diri kau yang sebenar. Kau puaskan diri kau. Jadi apa yang kau mahu.
Tapi bila kau berpacaran, kau akan jadi orang lain. Kau mungkin terkongkong. Kau tak lagi dapat jadi diri kau yang sebenar. Kau akan pakai topeng.
Kau kurang masa untuk diri sendiri. Kau kurang masa untuk ibubapa kau. Kau akan sibuk dengan menjaga hati pacar kau. Kau sudah tiada masa untuk jaga diri sendiri. Kau jadi sensitif, senang terasa, moody, cepat marah. Dah tak emotionally independent.
Berapa ramai perempuan di luar sana yang korbankan pelajaran, kerjaya dan masa depan kerana lelaki. Kau, jangan begitu.
Kalau kau betul-betul mahu dan tiada apa yang rugi, baru kau settle down.
Masa kau single ni lah kau banyak peluang untuk berbakti pada ibu bapa dan keluarga kau. Masa kau single lah kau nak explore kebolehan kau, explore kelemahan kau, explore macam-macam. Masa single lah kau nak jadi adventurous.
Aku dulu, sebelum jumpa Encik Stateskop (pada tahun 2007 kut?) I was at my best. Aku rasa aku di kemuncak. Rasa sangat bahagia. Aku betul-betul bahagia jadi single. Aku cuma perlu jaga hati sendiri. Tak ada orang boleh sakitkan hati aku (selain family neraka aku tu). Tak ada orang boleh buat aku merana, cemburu, kecil hati. Memang aku emotional independent habis. Dan aku pun tak sakitkan hati sesiapa.
Takde marah siapa-siapa. Takde rindu siapa-siapa.
Menjalani hidup sahaja.
Waktu tu, takde lelaki pun yang telefon aku malam-malam. Takde lelaki text aku siang-siang. Takde lelaki sibuk ajak keluar. Pergi mana-mana takde lelaki kacau. Aku macam invisible dari dunia lelaki, dan aku bahagia. Yang ada cuma mesej-mesej macam dalam entri ini. Takde effect pun.
Aku dressing macamana pun takde orang yang offended, yang nak marah.
Dalam hidup aku waktu tu cuma pergi spa, makan, shopping, jumpa kawan-kawan, dan lanskap. Tak perlu lelaki yang tak platonik. Lagipun waktu tu senang mahu jumpa Eja. Bahagia yang amat. Aku rasa hidup aku dah complete.
Nak tulis blog atau status FB pun tak perlu fikir kut-kut kau offend pacar kau.
Nak overnight di mana-mana pun takde orang kisah.
I took really good care of myself. Waktu tu self-esteem aku sungguh OK tahap aku boleh pergi spa. Maksud aku, well, you know, all the stripping and stuff.
Tak perlu waktu dan tempat private untuk bercakap telefon bila pacar telefon.
Tiada airmata kerana lelaki.
Yang ada cuma gelak ketawa bersama rakan-rakan lelaki platonik.
Kawan-kawan pun tak perlu berebutkan aku dengan pacar aku. Macam sekarang.
Once kau dah ada pacar, kau takkan dapat benda-benda macam ni.
Mungkin kau kata, boleh bahagia juga dengan lelaki.
Benar, kalau saling mencintai boleh bahagia juga.
Tapi kalau kau sandarkan kebahagiaan itu pada lelaki, musnahlah hidup kau bila ditinggalkan.
Tuhan yang beri kau bahagia.
Walaupun aku sudah tak dapat rasa kebahagiaan yang dulu, dan aku rindu sangat-sangat kebebasan aku itu, aku bersyukur kerana Tuhan pernah bagi aku rasa.
At least aku pernah merasa.
Kau pula, yang sekian lama merasa, silalah enjoy.
Sounds silly, pining for my past. Tapi itulah yang aku rasa.
Aku rindu jadi emotional independent. Kurang stress. Kurang sedih. Tiada airmata.
Banyak masa untuk spend dengan kawan-kawan.
Ouh, aku rindu kawan-kawan aku. Kalian jangan pernah fikir aku lupakan kalian.
Aku sayang kalian
Aku sayang diri aku
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
April 30, 2010
Perempuan, jangan kau sandarkan kebahagiaan hidupmu pada lelaki
Planted in the gardens of
Rant,
Self-esteem
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

27 suicidal thought(s):
I couldn't agree more.
mana button 'like'??
nk like banyak-banyak.
:)
betul.betul.
masa single dulu memang saat terbaik dalam hidup. nak pulak memang jenis suka lepak dgn lelaki. tak perlu nak jaga tingkah laku. suka hati la nak bertepuk tampar dengan siapa pun.
rindukan saat single tapi syukur dapat pacar yang mengizinkan saya berkelakuan tidak sopan di depan dia asalkan bukan depan keluarga dia.
haha~
Yup.
Im single n mingle.
(Even when now im with some one)
I'm still being single,
I have tons of stuff to do,
Cooking, sewing, drawing, movie-ing...
arghhhhh...love this post,
Lets love ourself girlfriend!
thakns neem..
inspiring!
<3
betul sangat2
bahagia masa single
Tuhan je yg tahu perasaan tu
:)
setuju amat, bila dah xsingle, baru kita tahu apa beza. ya, time happy semua syurga, time sedeh,ouwh, xade makna.
i was on verge of breaking down. saya berada in the state of denial yg saya & dia tak mempunyai frequency yang sama lagi..mungkin kami menghirup udara dari lapisan ozon yg berbeza jugak. i lost weight way to sudden, punya la depress. lepas baca entry ni, rasanya..i owe u sumpth. thanks! =)
wowwee. i like this too. because i am a single girl. heheh.
kadang2 ada jugak rasa bosan sebab bila waktu2 random nak ajak orang keluar teman, takde sape yang boleh diajak. gfs ada komitmen dengan bfs diorang.
dan sgt2 setuju about the part where we are emotionally independent when we are single. cause i almost hate myself when i had a bf once before. banyak benda nak kena fikir.
i'm going to give a star to this post.
love!
tapi, bila kita dh berpacar, satu emosi yang hadir dalam diri senddiri, merasakan kesempurnaan dalam hidup.
Memiliki segalanya, love.
Tapi tak lama. Sekejap.
*clicks on Like*
belum terlambat untuk single kembali (?)
saya pon agree. saya pon rasa single tu best. nak gemuk pon takde yg kesah
agree.
suka ini;
loike!
is that true?
blum pernah merasa utk berada dalam kasut anda. =)
agree on farizzet's post... gemok pun takdak yang nak bising...
"u... i can see u put some weight la... can u reduce it..."
owh...
Yeah so true.
Bila dengan our mate, hipokrit habis.
Nak makan pun kena hati-hati.
Selalu nak nampak perfect in his eyes walaupun tk perlu.
Padahal dengan kawan, selamba je makan comotcomot heh.
masa kita kecil, kita teringin untuk menjadi dewasa...sebab org dewasa bleh bekerja..bercinta..n bekeluarga..
tp bler da dewasa, kita rasa mse kecil adalah perkara terindah dlm hidup kita..walaupn sbnrnya menjadi dewasa adalah impian dan harapan mse kita kecil dl..
sama dengan perkara len yang berlaku..belajar n bekerja..sorang n berteman..hidup n mati
so, yg plg penting kita menjalankn tggungjwab n peranan diri..n just follow the flow of d life n mensyukurinya..sbb tiap2 perkara yang berlaku ada hikmah n kemanisannya =)
Hidup ini satu pilihan, dan kebebasan terbesar utk makhluk yang bernama manusia ialah membuat pilihan...kalau berseorangan itu membahagiakan kenapa harus memilih untuk berpasangan...
'Single is simple, double is trouble'...
u'r post really inspire me neem..coz i'm in the worst situation in my life currently, being left by a bf whom i tot is sincere..but then he still controlling me on wat i wanna do..demn..
by reading this, i think it's time for me to put a full stop in everything..
Neem satu docimentary tentang perkahwinan dan hidup berpasangan...
very nice film..
http://www.youtube.com/watch?v=AqAEfBMlJoc&feature=fvst
ouchss.. single dulu boleh stare jejaka lama2 sikit.
Err aku rasa post ni universal,untuk lelaki jugak. Masa single lah nak jadi independent, build confidence n self esteem. Masa ni nak bereksperimen dengan potensi diri. Alamak terlupa pulak, ni blog orang, bukan blog aku.
Saya juga rindu untuk ber-emotional independent...
*suke entry ini*
=)
this was recommended by my friend. Thanks a lot for this post... it's really helping especially for a girl like me. thanks ! =)
after my stupid exbf left me..i was at my best. bebas. boleh buat anything. until i found someone yang x pernah kesah atau kawal apa i buat. dia cuma beri perhatian and accept me as i am...sampailah i sendiri timbul rasa untuk berubah sendiri untuk sayang dan beri perhatian pada dia. i don't know...tp kalau kita terpaksa hentikan hal2 kita...that means the relationship x ikhlas. dah kalau kita tinggalkan hal2 yang x elok...i believe itu god's intention utk selamatkan diri dari terus merosakkan diri kita. when i was single...i get depression easily...and i hurt myself a lot...serious smpai ke satu tahap x dapat nak kawal...tp i promise the person i love i wont do it...mula2 rasa mcm nak memberontak...tp bila otak ni dah matang...barulah nampak kenapa x elok mcm tu...we'll never really know what's right or wrong until w see the best or the worst of each situation... ini pendapat ja...tp x nafi..hidup single mmg best..cuma kdg2 seronok jugak kalau ada org yg memahami dan kita boleh kongsi happiness to sama2. i thank god for sending me a soulmate.
no emotional attachment kan..? ahhh bliss...i say Like!
u'r so lucky to be urself all diz time.....hmmm.. keep da joy forever ya.. :)
Post a Comment