May 08, 2010

Aku kalau boleh, tak mahu menyinggung perasaan sesiapa

Tapi, kadang-kadang, kau kena tegur orang lain demi kebaikan dia.


Macam aku, aku sangat appreciate kalau ada orang bagitau ada cili kat gigi, atau ada sos kat pipi.
Kalau kuah atas baju, itu sudah biasa.
Kalau kena tudung lagi la dahsyat kan? Haha.

Sebab tu kalau kawan aku ada nasi kat misai dia, aku beritahu.
Takkan kau nak biar je dia pergi bayar makanan kat kaunter, than pergi 7-Eleven beli rokok, kemudian pergi jemput awek dia balik kelas malam dengan nasi kat misai?
Kasihan.

Eh, aku macam dah hilang arah tuju karangan ja?


Ha, ye.
Sebenarnya, aku nak tulis pendapat aku sikit. Ianya berupa nasihat, atau mungkin peringatan.


Macam ni, tadi aku duk surf tenet, bukak page itu, page ini, lihat macam-macam gambar termasuk gambar wedding kawan aku. Aku pun tak tahu dia kahwin bila sebab kitorang lost contact.

Aku perasan sesuatu. Sesuatu yang aku selalu lihat. Tapi tak pernah cakap apa-apa.
Maka kali ni aku ambil keputusan untuk tulis di sini. Harap-harap tiada yang kecil hati.


Perempuan, kalau tak cukup ketinggian, saya nasihatkan jangan pakai gaun kembang.
Lebih-lebih lagi kembang dan banyak ropol-ropol. Kerana ianya memberi ilusi yang kurang elok, nampak seperti gemuk pendek, sedangkan anda cukup comel dan slim orangnya.
Skirt yang kembang macam ball gown itu buat anda nampak lebih rendah dari yang sepatutnya.

Orang putih memanglah tinggi, 1.6m pun dikira pendek. Wajarlah mereka pakai gaun sebegitu.
Itupun sudah outdated.
Mungkin untuk ketinggian kita wanita Asia ini, cuma pakai skirt potongan A jika tidak mahu potongan tirus. Tinggi macam Amber Chia atau Tengku Azura, tidak mengapa.



Harap maaf pada yang terasa.
Cuma pendapat rendah diri (humble opinion?) dari saya yang juga belum cukup membesar
.

6 suicidal thought(s):

CAHAYA said...

maybe sebab dia fikir wedding sekali seumur hidup dan dia dah berangan pakai gaun macam tu since dia sekolah rendah, tu sebab dia still teruskan rancangan dia.

but aku pun setuju, gaun kembang buat orang nampak pendek. kalau pendek lagi pendek, kalau tinggi, nampak just nice je.

Deew and Bandages said...

tengok baju Monica dalam Friends masa dia kahwin.

cute dan sesuai dengan badan yang kecil.

zyra j said...

org lain kot yg pilihkan gaun tu utk dia.dia pakai sebab nak jaga hati si pemilih.

:P

neem,sy bru terjumpa blog ini dan terus suke sambil membaca hampir kesemua older posts. yeyy!

Anoneemus™ said...

Zyra, blog ni tak berfaedah sgt.jgn rekemen pada ibubapa.hihi. eh, if u baru jumpa blog ni how come u call me neem instead of anoneemus?

zyra j said...

oh tak boleh ke?em sorry cik anoneemus! :(

em sbb sy bce jugak komen2 utk post2 tu,then cm ramai je yg pggil u neem?

alamak.da rse b'salah.

Anoneemus™ said...

Itu bukan teguran daaa..itu pertanyaan curious.kut2 u know me.