May 04, 2010

Hah! Tu dia!

Kak Win, atau nama sebenarnya Mazuin, atau nama tersasul oleh Encik Yusop, Maziun,
merupakan roommate aku suatu ketika dulu.

Suatu malam, waktu melepak bersama Kak Sue, Kakerna dan lupa siapa seorang lagi mungkin juga Kak Intan,
Kak Win membuat pengakuan pernah dikejar polis di kampungnya di Johor.


Semua excited mahu mendengar cerita.

Aku tanya, Kak Win tak bawak lesen ke?
Dia jawab, ada.

Aku tanya, dalam kereta ada apa?
Dia jawab, ada kerepek.

Bukan ada parang pun. Dah tu kenapa Kak Win lari?
Dia jawab, ntah. Sebab polis kejar?

Dah Kak Win lari sebab tu polis kejar.
Dia jawab, ntah. Akak pun tak tau.


Tapi Kak Win tak kena tembak. Polis Johor mungkin tak berminat guna pistol.
Ataupun, mungkin kerana Kak Win seorang perempuan?


***


Dolu-dolu, kalau tengok adegan kejar-mengejar dengan orang jahat dalam TV, mak dan abah aku mesti cakap

"Tembaklah tayar tu, aim orang tu buat apa? Susah. Tembak je tayar tu!"

Kendian bila hero tu akhirnya patuh pada idea parents aku, mereka akan kata

"Hah! Tu dia!"


***

Masa kecil, waktu dalam kereta parents aku selalu cakap "Duk diam-diam, nanti polis datang tangkap."
Sejak dari kecik lagi kita diajar takut pada polis walhal tak buat salah.

Lagi-lagi bila dah besar selalu pula dengar kisah orang dibelasah polis sebelum dibuktikan bersalah. Pakcik aku sendiri pun pernah kena.

Nampak polis je, panik.
Kalau buat salah apatah lagi. Contohnya, kisah Kak Win yang tak bersalah. Nasib baik dia tak kena apa-apa. Aku harap lepas ni Kak Win tidak lagi lari dari polis tanpa sebab.
Sejak dari kecik lagi kita diajar takut pada polis walhal tak buat salah.
Mungkin lepas ni, parents akan cakap pada anak-anak,
"Jangan keluar malam, nanti polis tembak."


***


Kenapa tak pernah dengar Mat Rempit yang tak berhenti untuk pemeriksaan polis,
atau lebih teruk yang melanggar polis,
kena tembak

?

5 suicidal thought(s):

otak ketat said...

polis dah aim nak tembak tayar. tp terkena kepala plak. apa bleh buat. sharp shooter gitu.

casperakhimi said...

Saya tatau la jawapan saya ni betul ke tidak...tapi ni pendapat peribadi.

mungkin kita tak pernah dgr Mat Rempit kena tembak sebab Polis itu sendri TAKUT dengan diorang kot.mat rempit pulak BERANI MATI.situasi mcm dah terbalik.

it hurts us(shah alam citizen) bila manusia2 yg lain salahkan arwah dan keluarga pasal peristiwa tu.ya betul dia bawah umur dan tiada lesen, satu kesalahan.ya memang betul dia tak berhenti kereta sebab panik dan pecut laju utk pulang ke rumah jumpa mak.tapi cara polis bertindak itu yg harus dipertikaikan (eventhough bkn semua polis etika begitu).Kalo saya la kan,yg berumur 25thn ni,ada lesen,kalo tgh memandu dan ada kereta polis yg kua pistol dan tembak bertalu-talu,saya takut.nak berhenti atau teruskan?saya akan terus memandu,dengan harapan polis tembak tayar dan kereta akan secara automatik menjadi perlahan lalu membolehkan kete MPV/evo polis yg canggih itu block kete saya.tapi kalo tayar kete dah flat tapi polis masih belum berhenti menembak,saya akan lagi bertambah-tambah TAKUT.

saya tak berani mati macam mat rempit.too bad kan.


arwah is our family friend, my little bro still trauma sejak kehilangan kawan sendiri.hari-hari balik keje saya mesti lalu laluan yg sama dgn kejadian.polis sana sini,tak buat salah pun tiba2 takut.

p/s: arwah berada at the wrong place in a wrong time.mat rempit tak macam tu kot huhu.

Anoneemus™ said...

Otak.
Terer sgt la tu.

Casper.
Sorry to hear dat. Guess u'r right. To me, it's meant to be a lesson for us to learn.for those kids out there, for those cops who think they're above the law.

Ferdows said...

It's all true Neem. Well said and way you delivering the 'mssg'. Helo and salam. Lamaa tak follow your blog :)

Anoneemus™ said...

Hey u. been a while. wotsup?