May 12, 2010

Malang tidak berbau stroberi

Tadi aku kesesatan mahu ke kolam renang. Laluan biasa ditutup.

Ah, belum ketemuk! Berkeliaran aku mencari laluan baru.
Bila akhirnya tiba, sudah penat.

Mahu terjun, pakai goggle dulu. Tiba-tiba *plop* goggle putus.

Pergi pada lifesaver, bertanyakan jualan goggle. Sudah habis katanya.
Takpelah, kata aku. Saya berenang tutup mata je lah.
Kata lifesaver, jangan langgar orang pula.

Bertuah lah aku tak langgar. Pakai goggle pun aku asyik terajang libas orang.


Aku pun buat macho berenang tak pakai goggle. Lebam siku akibat melanggar tembok. Pedih mata akibat klorin. Mengganggu kawalan pernafasan maka semputlah jua.
Renang gaya kelam kabut yang tak ada seni langsung. Huh, tidak seksi.

Selesai bermain apungan selama sejam, ke bilik persalinan dengan bontot sudah krem.
Masukkan baju renang ke dalam plastik dan bedebuk ia jatuh ke lantai.

Apa lagi ni?
Plastik pulak putus. Sudahlah bontot kesakitan.

Maka sumbatlah saja di dalam beg dan pulang dengan kebasahan.


Bak kata arwah atuk aku ketika kami menonton Dark Water, majal budak nih.
Scene penutup di mana air hitam itu melimpah dari lif dan arus deras langgar budak tu sampai jatuh.


Lutut pula masih bengkak digigit nyamuk semalam.
Keji itu nyamuk tidak menyapu air liurnya selepas menjamu selera.



Makanya mahu tidur saja kerana mood tidak cemerlang
.

0 suicidal thought(s):