the perfect fit soulgasm said...
apa pendapat cik neem bila future anak di control ibu bapa.
pada mereka, ini adalah yang terbaik tanpa memikirkan perasaan dan pendapat anak2.
bila anak khilaf sedikit, terus mereka rasa anak mereka telah mengecewakan mereka tahap gaban.
rebel sedikit terus di salahkan rakan2 anak.
bila anak tak dengar kata, di keluh
'apalah nak jadi dengan kau ni'
Parents, by nature are control freaks.but culture also plays a role. I assume you're talking bout m'sian.
It's in their nature to control and overprotect their children, afraid to fail as parents. but the correct way is to get to know the children and be their friends. Communicate.
If not, they shouldnt blame the peers, and the media, and Eminem (?) when they fail to be good parents. Yes, they fail.
When they fail, it's not the kids to blame lah.
Tapi kalau dah baca doa sebelum senggama, kau banyak baca Quran waktu kau kendong dia dalam perut lepas tu tanggung azab beranak lepas tu kau susukan sampai payudara kau tak anjal, dan kau bagi dia cukup makan minum perhatian kasih sayang dan bila dah pandai berjalan dia langsung taknak dengar cakap kau? Memang kecewa habis lah kan?
In this case it’s not just disappointment, it involves guilt and self-esteem.
***
Kalau suruh lipat baju atau kemas katil pun taknak, walaupun dah dilatih sejak kecil, memang ah rasa nak lempang kan? Suruh tolong angkat barang waktu kita pulang dari pasar pun dia lari pergi main basikal. Sedih kan?
Kawan-kawan aku yang ada ramai orang gaji pun lagi rajin kut.
Kalau macam my nieces camne? Kalau bercakap dengan mereka, mereka boleh filter dengan hebatnya. Cakap apa pun tak beri kesan. Tak pandang kat aku langsung. Kalau ada pun jeling sekejap dan sengih. Tak ada respon, not even ‘kejap nanti orang buatlah’. Macam aku halimunan. Takkan setiap kali pun nak tinggi suara, nak pukul?
Kalau kita cakap pun dia boleh buat tak tahu, jangan harap lah dia nak buat apa yang kita suruh, walaupun benda simple macam ambil baju simpan dalam almari. Memang punishment macam time-out tak relevan langsung.
Anak-anak Lynette Scavo pun takut juga bila ibunya tinggikan suara. Anak Gabby Solis, at least dengar cakap ayah.
Aku tak punya cukup kesabaran untuk itu. Bahaya untuk kesihatan mental.
Seminggu aku duduk sebumbung dengan anak menakan aku, aku rasa nak jadi lesbian.
OK tipu. Aku rasa tak sanggup nak beranak. I don’t have that strength.
Akibatnya bila abang aku buat salah, aku maafkan je sebab aku rasa dia dah cukup malang dapat anak macam tu. Padahal abang aku jenis yang solat dan mengaji juga. Solat Jumaat pun tak tinggal kut. Dulu waktu aku dengar dia pernah guna rotan, aku tak setuju. Sekarang aku faham.
Aku pun bukan anak yang baik sangat, tapi at least aku respon bila disuruh, aku tolong ringankan beban. At least waktu hari report card di sekolah aku tak memalukan parents aku. Kalau baju kotor, aku campak dalam bakul, baju bersih aku takkan biar atas lantai. At least taruk atas katil kalau taknak lipat terus pun. Kalau orang tua panggil, aku menyahut walaupun tidak segera pergi mengadap. Bukannya buat-buat pekak. Dan aku hormat pakcik-makcik aku.
Bilik aku sepah gak, tapi bila orang tengok, masih mampu membebel.
Bilik anak menakan aku, bersepah tahap kita taknak cakap apa-apa pasal tu. Buat-buat tak nampak je. Sebab nanti terbayang-bayang pula pemandangan ngeri tu kalau bercakap tentangnya.
Sampai sekarang aku terbayang-bayang ada meja di tepi pintu yang mana salah satu kaki meja itu berada di atas tilam kecil yang tidak digunakan. Betul-betul di hadapan pintu bilik. Siap ada tupperware kat atas lantai, kalau nak lalu di situ mereka cuma langkah saja, tak perlu nak alihkan pergi taruk kat dapur. Yang tilam kecil tu main pijak-pijak je. Tak payah alih ke mana-mana.
Kakak aku hangen sampai cakap "Korang ni ada akal ke takde?"
Parents aku selalu cakap hairan kenapa cucunya perangai tak macam anak.
Kesian pula aku tengok kakak dan abang aku. Abang ipar aku cakap, tak tahu nak buat macamana. Daripada cakap elok-elok, buat garang sikit, hinggalah punishment tak jadi apa. He said, punishment cannot be an everyday business. Walhal mereka jenis yang berkawan dengan anak. Time bergurau senda tak pekak pulak budak-budak tu.
Kalau kau ada anak macam tu, apa kau buat?
On second thought, aku tarik balik soalan tu. Takyah jawab.
Takyah komen apa-apa
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
