May 03, 2010

Sopan dan behave.

Sebaik saja Cik Ungu ajak aku pergi majlis tahlil di rumah Cik Muah, aku terus setuju.
Dia kata, nanti dah nak sampai dia bagitau.

Oqeh, aku kata.


Dan aku rilek-rilek tonton Desperate Housewives tanpa membasuh tangan selepas makan.
Aku makan guna sudu kut, rilek ah.


Pukul 8 lebih, baru aku bangun dari kerusi.
Aku hubungi Encik Stateskop untuk memaklumkan. Dia pesan, pakai baju sopan-sopan dan behave.


Alamak! Baru aku terfikir.
Aku tak pernah menghadiri majlis tahlil.
Adakah aku ada pakaian yang cukup sopan untuk majlis tahlil?
Cik Ilham pulak takde nak pinjam baju.


Aku geledah almari.
Takkan nak pakai kebaya yang gemilang yang biasa aku pakai pegi kenduri tu kut?

Inilah padahnya tidak bersedia untuk kemungkinan sebegini.
Ingat dunia sahaja. Haish.
Jubah pun aku sudah kasi kakak kerana tidak memakai lagi. Aku pergi kelas pun tak pakai baju kurung.


Korek punya korek, adalah juga baju kurung warna biru. Walaupun coraknya agak meriah, tapi potongannya sopan. Phew.

Nak cari tudung pulak satu hal. Kut majlis tahlil pun takkan nak fashion disaster kut.
Nasib baik ada shawl biru yang tak payah iron.
Mestilah aku beli yang tak payah iron, kan? Eh tak. Ini orang kasi.


Fuh.

Anda semua, jadikan sebagai pengajaran, ya. Pastikan anda sentiasa memiliki pakaian yang cukup sopan untuk event-event seperti majlis tahlil
.

0 suicidal thought(s):