May 25, 2010

Toleransi? Aku tak pandai.

Usaha aku untuk menerima kekurangan seseorang bermula sebelum aku menemuinya.


Kalau aku mahu bersuamikan seorang pemilik Audi S5, aku tak akan kahwin dengan pemandu Nissan Sentra dan kemudian paksa dia beli Audi S5.

Kalau aku mahu suami badan ketak, aku tak akan cari lelaki keding dan paksa dia masuk gym.

Kalau aku mahu suami soleh, aku tak akan cari yang sedang mabuk di pub dan kemudiannya suruh dia bertaubat.

Kalau mahu suami setia, buat apa aku mengurat playboy lepas tu berharap lepas kahwin dia insaf?

Kau faham tak point aku?

Aku akan cari orang yang aku nak, bukan aku main rembat je lepas tu nak bentuk dia jadi macam yang aku nak.

Kalau nak aku, terimalah aku seadanya.
Kau nak aku versi lain, pergi cari lain lagi senang.

Mana boleh kau nak muka aku, badan aku, rambut aku tapi personaliti lain.
Dan jangan salahkan aku kalau kau yang salah sangka, kalau persepsi kau terhadap aku ternyata salah. Kau tak boleh tuduh aku hipokrit kalau kau yang tak kenal aku. Bukan salah aku persepsi kau dan kenyataan tidak selari.

Aku menyampah lelaki yang mengurat perempuan mikro skirt lepas tu tiba-tiba sibuk nak suruh pakai tudung.
Memanglah niat tu baik, tapi realistiklah sikit. Kau ingat senangkah tiba-tiba mahu berubah sebegitu?

Itulah, waktu dapat mengurat yang terdedah itu kau bangga. Apa yang kau mahu buktikan? Bangga dapat berpimpin tangan dengan si mikro skirt.


Kau nak yang warak, kau carilah yang warak. Tak perlu nak ubah-ubah.
Berubah kerana manusia ni tak sama dengan berubah kerana Tuhan.
Berubah kerana hukum manusia tak sama dengan berubah kerana takutkan Tuhan.


Memang manusia  boleh berubah, tapi caranya bukan dengan menyuruh berubah.
Kena dia sendiri yang nak berubah, dan kau cuma boleh bantu.


Kau tak faham orang yang hatinya menyimpang dari jalan Tuhan. Jangan bermain api.
Risau tergadai akidah kerana iman sudah lemah ditambah tekanan.
Jiwa yang rebel juga amat fragile.

Ada orang, Tuhan beri dugaan dari segi nafsu keduniaannya. Dari segi jiwanya.
Mereka ini golongan yang perlu lebih berusaha membersihkan hati.


Kalau kau mahu bawa dia ke jalan yang benar, kau kena buat hatinya mahu dahulu. Mahu kerana Tuhan. Bukan keranamu Malaysia.
Erm, bukan kerana takutkan kamu. Jika begitu kelak hatinya akan membenci dan lebih bengkok.

Waktu itu kau senang-senang kata dia nusyuz. Walhal kau yang gagal mendidik.
Padan muka. Siapa suruh kau cari yang perlu dididik? Sedang kau sendiri tidak kukuh imannya.
Nabi yang ternyata handal mendidik pun kahwin dengan yang memang berakhlak mulia.

Apa kau ingat kau hebat sangat nak ubah seorang manusia?


Itulah.
Buat dia rasa disayangi. Bukan oleh kamu saja, tapi oleh Tuhan.



Nabi suruh cari calon yang beragama kut,
bukannya cari yang cantik, berharta dan berketurunan baik kemudian baru nak suruh dia jadi beragama
.

21 suicidal thought(s):

muhammad adam said...

mcm di tujukan pada some1
tapi menarik!
btul2..berubah kerana allah,bukan keranamu malaysia

yana said...

stuju sgt2...
mulut ckp trima seadanya..
niat hati lain.haih..

=)

anas afrohead said...

selalu baca majalah hiburan si artis perempuan seksi akan berkata "saya nak lelaki yang beriman"

heh.

otak ketat said...

ini golongan 'yakin boleh! rakan muda!' haha.

Anis Nadia said...

nice one and it's really true :)

MIMIE said...

betul ~!

cik nab said...

totally agreed!!!

Pumpkin Peroz said...

i like this post!~

Dammit said...

nicely written. (tiba2 ckp omputih) Ni benda common kot, cuma ramai yang terlepas pandang.

Miniskirt said...

Hehe ada kawan I sorang lelaki tu jumpa minah seksi cantik kerja kat hotel.

Setengah lelaki tu just cannot cope dengan perempuan yang seksi.

Perempuan seksi yang pakai mini skirt selalu outgoing dan ramai peminat.

Apa dia ingat dia sorang lelaki yang suka mini skirt. So lelaki kena faham, competition banyak.
Lepas tu takut hilang suruh pakai
tudung. Haha. Ngok. Dasar lelaki lemah tak ada self confidence. Dia
mencari jalan dgn menghodohkan pompuan yang tadi seksi. Ngok kan.

Kalau takut bermain ombak main dengan minah tudungje la.

Kelon Eric Bana said...

partly true,

aku still percaya yang tak ada benda yang tidak boleh dalam dunia ni.

ymn said...

some ppl say ..
marry/love means change. almost 50%.
agaknya lah kot.

Anna Molly Dean said...

Nampak emo di situ. haha~

Ini kalo kopipes masuk blog saya ni mau ada yang masuk angen lintang kuase 18. ;)

bak kate omputeh, accept me for who i am not for what i looks like.

susah nk jumpa org yg leh terima kita seadanya.

kalo nk berubah pun biarlah atas kesedaran sndiri. jgn sbb takut pasangan sound perli2, sbb tu nak ikut kata pasangan.

oh, agak panjang ulasan di situ. mungkin patut sambung kat blog sndiri. hehe~

Anoneemus™ said...

Klu takut competition takyah ah ngurat orang cantik.tak kira ah seksi ke pakai purdah ke.

Ladynoe™ said...

aku nak copy paste ni bagi kawan aku baca.

eh copy link je.

zyra j said...

betol.b'setuju. :)

susudalambotol said...

terkedu baca ni kejap.

tuan tanah said...

likes this post.

the unknown said...

sigh.. ur intention is limited by ur current measure of the situation.

lemme translate that for ur understanding..

niat ko terbatas oleh tanggapan 'kini' ko terhadap sesuatu perkara.

mmg benar suatu tanpak buruk pada lahirnya, tapi mungkin akan menyinar pada kemudian harinya.

mungkin sorang buat sesuatu atas dasar yg salah mulanya, tapi makin benar ikhlasnya nanti ...

rasulullah saw dakwah pada golongan jahiliah yg lebih buruk akhlaknya daripada seburuk2 manusia yang ko kenal.

tapi lepas die usaha berhempas pulas, akhirnya mereka berubah menjadi golongan manusia yang terbaik di kalangan kita.

inilah yg kita panggil 'sangka baik' dan harapan.

3:159 (Malay) Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.

The Known said...

To Unknown,

I think this post is about u.
Exactly, about men like you who hide behind
religious mumbo jumbo to hide their
insecurity and small dicks... hehe

the unknown said...

"To Unknown,

I think this post is about u.
Exactly, about men like you who hide behind
religious mumbo jumbo to hide their
insecurity and small dicks... hehe"

lol honestly, i thought the post was about u.

1. i dont hide behind religious mumbo jumbo. lol im blunt. pure n simple.

2. lol dude, r u plain stupid? the post got nothin to do bout size, rather bout intimacy and what not.

i dont mind if u aspire to be my clone, or specifically, its antonym, but please, try to imitate at least 10% of my intelligence. lol

read all my postings, i wont say anythin as shallow as u juz did.

u gotta learn to annoy ppl with style dude. lol else u dont deserve to call urself "the known"

nuff said :P