May 23, 2010

The ugly duckling

Tersentap aliran darah aku membaca entri Gemuk oleh Fynn Jamal.



Segala memori dan perasaan yang aku cuba repress dan ignore kembali menerkam ulu jantung.
Eh, jantung ada ulu ke? Ke ulu hati?

Begitulah yang aku rasa waktu membesar dahulu yang sampai sekarang kesannya masih ada. Tetapi tidak secara langsung.

Satu masa dahulu, lagu Unpretty dendangan TLC itulah lagu tema hidup aku.

Ah, sejak kecil kau dengar fairy tales semua watak perempuan baik pun cantik, bukan? Mana ada watak utamanya yang tak cantik? Jika ada ilustrasi, pasti watak antagonisnya dilukis hodoh.


I grew up believing I was stupid and ugly.
Terus-terang, aku datang dari keluarga yang beruntung dari segi rupa paras kerana nenek moyang orang merantau dan kahwin campur. Piawai untuk menjadi good looking agak sukar dicapai. Kebetulan di sekolah juga juga mana-mana kau lihat semuanya cantik rupawan, sehinggalah masuk universiti.

Terutama waktu di sekolah menengah. Memang aku rasa aku manusia paling hodoh, tapi nasib baik aku percaya aku sedikit cool. Waktu tu, aku masih punya bakat dalam muzik, aku masih compose lagu. Aku masih menghasilkan puisi yang diterbitkan di dalam buku dan CD. Semua itu karya hasil peritnya hati menghadapi dunia rupalistik.

Namun aku punya kawan yang sudi menghiburkan.
Aku hutang mereka. Aku hutang social support. Aku mampu bayar dengan doa saja, boleh?
Kalian memang hebat. Sanggup bersabar dengan aku yang tak punya apa. Sedangkan mereka dari golongan rupawan dan hartawan.

Aku memang tak salahkan orang lain jika jijik dengan aku. Kerana aku sendiri merasainya.

Aku tak punya suara lunak. Tak punya ingatan yang bagus. Tak punya intelek tahap genius. Tak punya bakat yang tinggi. Semuanya sedang-sedang aja. Tak pandai mengurut. Tak pandai main gitar. Tak pandai masak. Tak pandai menjahit. Tak hebat berdebat. Tak petah berbahasa asing. Tak punya kulit sempurna flawless. Tak pandai bersolek. Tak punya badan montok.

Aku memang tak gemar lihat tubuh badan sendiri. Seolah-olah jijik. Walhal dalam masa yang sama aku ucapkan syukur kerana tidak cacat.
Encik Stateskop, manusia yang paling sayang aku dalam dunia ni selain ibubapa, manusia yang mahu jadi lebih baik dan bawa aku bersama, pernah berkata
'Itulah perempuan, dia rasa dia tak cantik, tu yang nak pakai dedah-dedah tu.'

Aku offended. Sesaat cuma.

Tapi aku tak kata beliau benar. Aku tak kata beliau salah.

Aku cuba didik hati untuk decide; cantik di mata Encik Stateskop sudah cukup.
Aku cuba didik hati untuk cuba lihat diri aku dari mata beliau.
Aku cuba ingatkan diri supaya rasa aku worth it, kerana hanya dengan itu aku dapat menghargai beliau.
Aku kena cuba selesakan diri dengan diri sendiri.
Dan ucapkan terima kasih pada beliau kerana selesa dengan aku walaupun aku agak, erm, wild?
Kerana beliau harapan aku untuk dilorongkan ke syurga.

Tapi lelaki fahamkah isu hati wanita apabila melibatkan rupa paras ini?
Ramai yang sangka aku tinggi kendiri, tapi hakikatnya aku insecure. Malu dengan diri sendiri.
Akibat jijik itulah blog ini dijadikan landasan untuk aku cuba tampil hebat.

Cuba.

Cuba untuk tampil cerdik. Kerana aku bukan best student.
Kerana dilihat secara luarnya aku tiada langsung kelihatan cerdik.
Cuba untuk menggapai yang lagi tinggi. Kerana aku tidak pernah berada di atas.
Cuba untuk kelihatan cantik, tanpa memperlihatkan jasad.


Aku tiada prowess. Tiada apa untuk flaunt. Cuma ada blog ini.

Itu semua terkesan akibat peristiwa-peristiwa zaman membesar. Zaman personaliti sedang terbentuk.
Yang mengganggu-gugat perhubungan, kadangkala. Meresahkan.
Ya Tuhan, tinggi sungguh kesabaran Encik Stateskop.

Mujurlah aku bertemu dengan seorang yang tidak begitu dicemuh sewaktu membesar.

Benar kata Fynn, marilah kita didik generasi berikutnya tentang erti kecantikan sebenar yang lahir dari jiwa.
Jangan kita yang mengajar mereka mencemuh.

Sampai bila-bila aku tak akan lupakan wajah Farina Aina

.

12 suicidal thought(s):

~yna_kawaii~ said...

sgt terkesan ngan dis entryy,,,huu

utk tutup resah ngan mata2 yg menilai..aku buat2 yakin diri...

aku wat2 berani..padahal..hanya tuhan yg tauu..

p/s-m'emo kan diri plak di sini..hehe

Youjie said...

Justeru, posting ini seakan warkah cinta yg cool buat stateskop bukan~

^_^

Anoneemus™ said...

Yna.
Yeah, orang yg nampak mcm konfiden tu kdg2 cover jek.

Youjie.
Eyyeewww.... (cover blushing).

otak ketat said...

ssh nak ckp pasal mende neh. org laen rasa laen. kita diri sendiri rasa laen. entah ler. sy pn jenis ini juga. haha. tp kwn-kwn mmg penting. bila mereka dpt terima kita seadanya, rasa mcm sgt dihargai. begitu juga family. dan encik stateskop. oh bukan. yg itu tade kaitan. hahahaha.

Anna Molly Dean said...

biarla kita selekeh dan tidak berpenampilan menarik di luar dari mereka yang cantik bergaya tapi sentiasa rasa tak puas hati dengan manusia lain.

adeh~

maseh rase diri ini amat comot walaupun suda berusia suku abad.

tembakaujiwa said...

cantik??ntah...subjektif sgt.Org Laen tgk laen..aku tgk laen...so..janji sendri happy sudah...

Make Love No War..

MIMIE said...

tersentak juga by fynn jamal
mmg kita takkan faham masalah orang

btw,i heart en.stateskop

saya pun baru semalam kene maki dengan orang lain
kata saya tak cantik + sombong

ah...

life is simply complicated

MagnusCaleb said...

Encik Stateskop adalah cermin jujur, hadiah dari alam buat anda :)

Anoneemus™ said...

Ketat.
Sy yakin Encik Stateskop juga tolerate kekurangan anda.haha.

Anna.
Comot itu comel.

Tembakau.
Ya, isunya adalah diri sendiri tak happy.

Mimie.
Biasanya org cantik yg dikatakan sombong =)

Magnus.
Tapi entri ni bukan pasal dia.haha

MIMIE said...

hahaha

Anoneemus dah hampir tak bleh menolak post ni bnyak mencuri fokus orang kepada en.stateskop yg cumil
hahaha

ok ok
lain kali kami fokus kembali kepada awak
;-P
btw, semalam i kene maki "perempuan ni sombong,dah la tak cantik"

tensi

the unknown said...

juz nak tanya..

bukan 'ugly duckling' nie mula2 hodoh pastu last2 lawo gile ke?

kalo ko gunakan tajuk ni, kira skang ko nak cakap yg ko dah lawo la? haha bijak.. bijak..

xpe, aku pun ugly duckling gak. alhamdulillah, transformasi lepas form4.

Phat Jenkins said...

Kepada cik azadirachta..cik mgkn hnya rasa diri cik tu xlawa,xcantik..tp sy dr kecik org ejek saya gemuk dan besar..terang2 lg..n yg ejek bkn org lain,tp pkcik mkcik yg terdekat.bayangkn stp kali balik raya sy akn dicemuh camtu..pastu siap influence anak2 diorg suruh pnggil sy gemuk smp takut bdk2 tu nk brkwn ngn sy..Ms tu mmg low self esteem btul..smp tahap xnk p beraya utk sedara.

Tp dh besar ni,sy gunakan pengalaman yg lepas utk jd lg confident..atleast utk bekerja n berkwn tu sy dh ok dh..tp bab bercinta tu masih fail..hehe