Aku tiada mood untuk tulis review macam dulu-dulu.
Aku review dengan menceritakan tingkahlaku aku waktu menonton. Boleh?
Oh, jangan lupa. Aku dah baca siri novel Budak Setan 1-3, Kate dan Shah, sejak zaman aku sekolah sampai zaman universiti. Sejak zaman Kashah dan Ayu bertemu, hingga zaman Kashah dan Kate beranak pinak.
Orang yang tak baca novel ni tak akan punya review yang sama.
Orang lain yang baca juga punya persepsi masing-masing. Kita mengolah watak dan situasi mereka dengan cara berbeza.
Maka, ini review yang mengikut penghayatan aku. Tidak mewakili mana-mana parti.
(aku tonton dengan persediaan yang aku akan kecewa sebab memang biasanya kalau dah baca novel akan tak puas hati)
Kashah dan Ayu;
Entah kenapa, aku tak nampak mereka sebagai pasangan yang sweet. Sempat pulak aku buat lawak macam-macam dengan orang sebelah aku. Padahal kami bukan jenis yang berbual dalam panggung, tak bagus OK? Tapi semalam tak dapat tahan mulut.
Mamat Kelantan yang duduk depan aku pun cakap "Aku tidur dulu ah weh."
Shah nampak sangat tua di dalam geng jahatnya jika dibandingkan dengan Sapi, Man dan lain-lain. Macam abang senior yang repeat banyak kali tapi kamcing dengan junior.
Aku rasa lawak kut Shah pergi buat research kat pedalaman sampai tak boleh berhubung dengan dunia luar. Semenanjung pulak tu. Lainlah kalau dia pergi oversea. Ataupun latarbelakang filem ini adalah tahun 90-an seperti dalam novel. Barulah student takde hamfon, takde internet. Mak sakit kat kampung pun tak tahu.
Perkembangan hubungan Shah dan Ayu berlaku terlalu pantas, tak sempat nak grab karekteristik watak mereka. Memang filem ini pantas, maklumlah 3 novel terus sumbat jadi satu filem. Aku tak tahu untuk sequencenya mungkin ada twist, tapi kisah Kashah dan Ayu dah tamat pada bahagian pertama?
Ya, kisah Shah dan Ayu terlalu pantas. Tapi masih terdapat scene-scene lembab seperti filem/drama Melayu lainnya. You know, scene yang kita akan tambah untuk drag timeline. Macam, kalau lecturer kita kata assignment dokumentari tu kena lebih dari 2 jam. Pasti gabra nak drag jadi 2 jam lepas tu masukkan scene lembab.
Suzanna;
Suzanna beritahu Shah, "selepas beberapa hari kau ke pedalaman, Ayu kahwin dengan Azmi."
Beberapa hari je? Sempat pulak buat kad jemputan.
Dan Raja Farah menangis tak feel.
Azmi;
Tatkala watak Azmi mengambil tempat, filem ini tiba-tiba jadi menarik.
Que Haidar memang hebat. Memang menjadi wataknya sebagai playboy sejati kaki pukul yang ada mental illness.
Bile Que menangis, ia dapat compensate tangisan tak feel Raja Farah.
Amy;
Tiba-tiba nak pergi New Zealand petang ni. Ya, petang ni.
Sepanjang filem aku duk ulang-ulang ayat tu dengan orang sebelah. Ha ha.
Kate;
Sebelum mula cerita, aku rasa pelik kenapa Fazura dapat watak Kate. Aku rasa dia sesuai dengan watak Ayu atau nama penuhnya Sidaratul Dursina.
Tapi apa ada hal, dia boleh berlakon. At least, dia pandai buat air muka. Dan sungguh adorable.
Oh, bila Shah cakap nak kahwin, tiba-tiba je nak pergi L.A. secepat mungkin sambung Master's. Nak pergi Fresno State kut?
Tapi bila Ayu nak bersalin, sempat datang hospital sebelum pergi airport. Petang ni kut flight dia? Hahaha.
Mungkin ada masalah visa sampai postpone 9 bulan pemergian ke L.A.
Soundtrack;
Erm, patut pun lupa nak review. Cuma ada satu runut bunyi di sepanjang filem. Lagu sama, 3 versi.
Sinematografi;
Aku pening lah zoom in banyak sangat. Habis liang roma Farid Kamil ditayangkan percuma. Tak boleh bayangkan apa perasaan orang yang duduk di row depan dalam panggung tu.
Skrip;
Aku sedar, filem ini tak dibikin untuk jadi sebijik macam dalam novel. Tapi aku rasa novelnya jika dijadikan skrip, lagi best daripada skrip filem LBS. Nasib baik Lisa Surihani tu comel.
Dan, kalau aku jadi Ahadiat Akashah, aku menangis.
Tapi aku akan ucap terima kasih pada Que Haidar dan Fazura yang menyelamatkan keadaan. They make the movie worth watching lah kut.
So go watch it. Support local film makers
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
June 07, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

17 suicidal thought(s):
Bila orang lain teruja nak tengok Lisa dan Farid, saya lebih teruja nak menatap keayuan Fazura dan ketampanan Que.
Biarpun orang kata Fazura watak kecil, dia tetap yang terbaik.
;)
semua orang yang dah baca novel LBS memang tak puas hati dengan cerita. memang ramai yang tak puas hati skrip ni. ahadiat akashah tak buat skrip untuk filem ni ke?
tapi benda ni memang fenomena biasa. siapa yang baca novel twilight, semua tak puas hati dengan versi filem. tapi budak2 yang tak baca novel ni semua suka giler... itupun tak pasti seuka filem twilight tu atau tgk hero2 nya yang jambu
oh ye. aku setuju dengan kau yang fazura patut pegang watak ayu.
fazura is far better than lisa surihani yang lebih banyak bergantung pada wajah ayu nya sahaja
setuju.
Que Haidar sangat sesuatu dlm movie ni.
Dia buat aku rasa sedihnya sampai ke tulang belakang.
Tapi bila Lisa macam menagis nak tak nak aku rasa macam letihnya.
Dan baru aku perasan.
Rupanya, hanya lakonan Que dan Fazura yang buat ia sesuatu.
Ahadiat Akashah betul2 menangis la lepas tengok movie ni.
"Kalau saya berjaya mengalirkan air mata sepanjang menonton filem ini, ia bermakna filem ini berjaya menepati sasarannya," kata Ahadiat ringkas.
amek dari utusan.
banyak sgt adegan tiba-tiba. ntahapehape.
saya pun rasa Fazura yang sesuai untuk jadi watak Ayu.
bagi aku, citer ni OK la. mampu juga buat aku menangis. tu pn sebab ada jalan cerita yang kena setepek atas muka.
cuma cerita dia macam terkejar-kejar. bagi aku yang juga pembaca tegar novel ini. sampai ulang baca berkali-kali. aku rasa banyak part missing la.
agree with u..
fazura ptut ganti lisa.
lakonan lisa tak pnh improve.
kaku.pokok?
mayb imej fazura x sesuci lisa tp come on,profesional la.
xde bakat,hrp muka kiut.-diskriminasi?
oppss..terlebey sudah.
sori.
jumpa ini selepas mencari review berkenaan filem ini di internet..
http://www.budiey.com/filem-lagenda-budak-setan-bakal-cetuskan-fenomena/
baca dan bandingkan..adakah outputnya sama seperti yang diperkatakan?
Tak apalah, itu persepsi beliau.
haha..stuju dgn neem.kami asyik gelak dalam panggung. terutama part nak p oversea PTG NI. and nak sambung master sempat datang hospital buat muka ala2 frust. MOTIF? hahaha.. gelak blum abis. ahahahahha
lebih kurang pendapat kita..
mmg lain persepsi/perspektif org yg da baca novel ble tgk crite ne..
smpai saya buat review pn da pnjang lebar sbb emo crite novel mcm xsmpai ble jd filem..
kami pun bergelak ketawa dalam panggung..haha
"selamat pulang ayu"
zaman 80an.. tetibe ade notebook purple atas kerusi... abah die...
m
lisa memang tak berapa bagus berlakon.
Lisa mana ni?
neem a'ah la kita pikir sama.
izinkan saya add dlm blog/fb saya point2 anda yg sy tertinggal. :)
thanks!
Post a Comment