Apa? Malu?
Kata kamu perempuan harus malu.
Kata kamu cantik akhlaknya andai malu.
Tapi apa yang kau katakan itu berkisar tentang manusia.
Malu di depan manusia.
Malu dengan manusia.
Malu oleh manusia.
Malu kerana manusia.
OK, fine. Kau kata aku buruk akhlak. Aku tak kisah.
Kau bukan orang pertama. Aku bukan baru hidup di dunia sehari dua.
Tapi,
izinkan aku buat kamu mengerti.
Hidup ini aku masih mencari Tuhan.
Kau manusia kalau boleh sila ketepi.
Kau hanya tahu putuskan harapan manusia lain terhadap Tuhan.
Apa kaitan dengan ke-malu-an tadi?
Sebelum kau tahu malu kepada manusia, mungkin kau patut belajar malu dengan Tuhan.
Aku patut malu dengan Tuhan.
Tapi apa yang kau katakan itu berkisar tentang manusia.
Malu di depan manusia.
Malu dengan manusia.
Malu oleh manusia.
Malu kerana manusia.
Bagaimana dengan pencipta manusia?
Oleh kerana aku bukan lah cantik akhlaknya macam kamu,
biarlah aku malu dengan Tuhan terlebih dahulu.
Biar aku rasa rendah diri dengan Tuhan.
Kerana dengan Dia aku meminta-minta dan Dia beri.
Sedangkan apa yang Dia minta aku tak tunaikan.
Macam kamu juga.
Sedangkan kamu, meminta-minta dari aku.
Sedangkan apa yang aku minta kau tak tunaikan.
Sudahnya, aku belum ada masa untuk malu dengan manusia.
Biar aku selesaikan hal dengan pencipta aku dahulu.
Kau, sila ketepi
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
June 03, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 suicidal thought(s):
malu pada tuhan adalah cinta yang tak berbelah bahagi :)
sokong!
nice!
suka
mimosa pudica = pokok semalu?
sgt setuju!!!
=)
Post a Comment