June 10, 2010

Peribadi berdasarkan erm, tarikh lahir. Kut?

- Anda punya peribadi nasionalis dan agamawan.


Oqeh, aku dah start rasa bahasa Malaysia aku teruk sebab ayat pertama pun dah tak faham.



- Golongan ini ambil berat dan suka berbicara tentang persekitaran mereka.

- Mereka selalu dijauhi oleh orang-orang yang tidak sealiran dengan pandangan dan karakter mereka.

- Dalam tindak tanduk, golongan ini akan memastikan ianya tidak berlawanan dengan hukum-hakam dan peraturan. Tegasnya mereka hanya akan bertindak apabila telah jelas tentang apa yang hendak dilakukan.

Ya, kalau kau mahu menegur kesalahan aku, aku hargai. Tapi kalau berkaitan agama silalah kemukakan dalil dan nas. Walaupun aku bukanlah seorang favorite kepada Tuhan, bantulah aku dengan kemukakan bukti. Jika bukan hal agama, sila kemukakan bukti saintifik.
Kalau aku bukan jenis yang mementingkan bukti, sudah pasti aku seorang pengamal bida’ah yang sejati.You know, conforming to the society.

- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

Obviously. Lendskep arkitekcer kut.

- Mereka mampu menahan marah dan bersabar, tekun tetapi keras hati.

Tiba-tiba aku saspek Encik Stateskop rajin solat hajat supaya aku lembut hati.

- Ada ramai kawan dan tidak kurang pula musuhnya.

Kalau musuh terang-terangan tidak mengapa. Ini musuh menyorok di dalam lubang jamban. Di depan pura-pura mesra.


Kalau tak suka, tak payah la kawan. Tak payah jumpa. tak payah berhubung.


Senang cerita.



Oh tetiba emosi kerana tidak cukup zat tidur

.

6 suicidal thought(s):

otak ketat said...

eh musuh dlm lubang jamban lah baru thrill. nk dptkn title backstabber pnya pasal. sanggup. haha.

FatinZol said...

oh,zat tido?...

bahaha..

MIMIE said...

pukul 3.32 pagi saya mengomen di sini,
tahniah!
anda juga berjaya punya pembaca yang kurang tidur, n plus mendekati anda huhu ;-P

+ve said...

Sori Neem, benda alah ni bukan mcm FB, so kita takde cek selalu. Psl hari tu…kita sejujurnya fikir dan tahu bahawa choy tu maksudnya adalah SIALLLL!!!!! Cuba Neem fikir, takkanlah beranak ramai tu sial, sedangkan Allah dah janji , rezeki setiap orang dah tertulis di Luh Mahfuz. Walaupun kita ada rasa fobia dengan anak-anak abang dan kakak kita ( I feel the same)..tp semua tu depends on their parents sebenarnya ( macam neem selalu sebut). Sebab tu Nabi pesan awal-awal, bentuk elok-elok kain putih tu. Walaupun kita tahu mak ayahnya tak tinggal solat (contoh sahaja) tapi kalau mak ayahnya tak ajak anak solat atau tak serius, "takpelah, budak kecik lagi…takpelah…takpelah…" hmmm…Neem boleh fikir sendirilah kan. Tambah-tambah lagi bila dh besar, mak ayahnya tak cek pula solat anaknya…."hmm..biarlah,pandai-pandailah tu…" tapi kan Neem, lainlah kalau budak tu sejak kecil dah ada bakat tak perlu disuruh, taat…etc, mungkin berkat maknya selalu zikir-zikir and doa baik-baik semasa mengandungkan budak tu dan lepas dia lahir. Setiap amalan kita ada peranan, Neem.
Pasal sial tu, memang menyebutnya tak elok pada suatu keadaan, boleh jadi haram pada keadaan lain. Benda syubhah, kita elakkanlah neem kan? Sebab tak elok sebut tu, boleh jadi kita sangka buruk dengan Allah…tapi tak sampai syirik. Sangka buruk dengan Allah, kita yang rugi. Dan yang boleh jadi haram, kita percaya bahawa kesialan boleh bagi effect dalam kehidupan kita. Contohnya percaya gelas pecah ada petanda buruk atau nampak burung hantu tanda ada orang akan mati.
Rasanya setakat tu je kut, dalil naqlinya ada cuma kita bagi dalil aqli sahaja. Dunia di hujung jari aje Neem, boleh search aje insyaAllah. Rasanya tak perlu postkan kut tulisan ni. Untuk tatapan Neem sahaja. Sekian.

wd.bandages said...

hahahaa..emosi tak cukup zat tidur memang akan keluar entri entri sebegini..

gua suka.

Anoneemus™ said...

+tive, thanx 4 the info on 'choy'.

and,Tuhan saja yg tahu perasaan saya bila sebumbung dengan anak menakan.