July 18, 2010

Budak

Aku dan Cik Mun, keluar dari pintu. Harus awal kerana perjalanan ke pejabat yang letaknya sejauh 50 meter dari habitat kami, dan harus panaskan enjin kereta dahulu. Lagipun, aku yang pandu.
Sedang kami terkial-kial mahu kunci kekisi usang itu, aku terdengar suara halus
"Makcik, makcik."

Aku toleh. Ada seorang wanita sedang dukung bayi kecil. Isteri orang rumah depan kut.
Juga ada seorang budak perempuan berusia lebih kurang 7 tahun.

Yang aku busybody kenapa ya? Biarlah ada budak nak panggil siapa-siapa pun, kan?

Suara tadi kedengaran lagi. "Makcik. Makcik."
Tapi tiada bibir sesiapa pun yang bergerak.
Siapa yang berkata-kata tu? Risau pulak aku.

Dah lah kami baru pindah. Rumah tu dah lama tak berpenghuni. Orang kata, kalau kosong 7 hari pun jin dah check in. Ini pula lebih setahun.
Nota kaki: Terdapat kalendar 2008 pada dinding habitat kami.


Bila aku dengar lagi suara yang memanggil makcik itu, aku toleh dan perhatikan betul-betul.

Oh, di sebelah budak perempuan itu, ada seorang budak lelaki berusia 3 atau 4 tahun, jika beliau mengalami tumbesaran normal. Kita doakan. Mudah-mudahan.
Aku cuma nampak dahi beliau kerana tembok koridor rumah pangsa oops I mean pangsapuri kos rendah itu menyorok susuk tubuh beliau.

Beliau memanggil lagi. "Makcik, makcik."
Aku mulanya nak buat ramah, nak cakap pada budak itu, 'Adik panggil makcik tu perlahan sangat, kuat sikit.'

Tapi belum sempat aku berkata-kata, budak perempuan tadi, yang disyaki kakak kepada budak pendek itu telah berkata dengan gaya seorang kakak mithali

"Adik, tu bukan makcik. Itu kakak."



Owh. Dia panggil aku ker....
.

1 suicidal thought(s):

R.K said...

haha , da level makcik dah ha .
lu pegi opis pakai kain batik ke ?
rofl .