Waktu di alma mater, aku rapat dengan seorang guru Bahasa Inggeris.
Kami panggil beliau Teacher N. Ya, kerana aku belajar di sekolah kebangsaan. Tipikal.
Kami panggil guru BI perempuan sebagai Teacher, dan guru BI lelaki sebagai Sir. Contohnya, Teacher Rozita dan Sir Efendi. Kenapa kita tak address mereka sebagai Ms Rozita dan Mr Efendi? Aku tak tahu. Siapa yang mulakan panggilan Teacher dan Sir itu?
Adakah Sir Efendi mahupun Sir Nasarudin telah menerima Knighthood dari Ratu England seperti Sir Elton John dan Sir Alex Ferguson?
Encik Efendi mahupun Encik Nasarudin juga merupakan guru, atau dalam bahasa Inggerisnya pekerjaan itu dinamakan ‘teacher’. Kenapa kita tidak memanggil mereka Teacher Efendi atau Teacher Nasarudin?
Ya. Kampung.
Waktu di alma mater, aku rapat dengan seorang guru Bahasa Inggeris.
Kami panggil beliau Teacher N. Ya, kerana aku belajar di sekolah kebangsaan. Tipikal.
Waktu berada di tingkatan 3, sekolah aku telah berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan bahas dalam Bahasa Inggeris peringkat negeri. Oleh kerana para pembahas merupakan abang dan kakak senior yang aku gemari, dan jurulatih bahas merupakan kakak aku sendiri yang ketika itu sedang belajar di matrikulasi, aku install impian dalam ulu hati untuk menyaksikan pertandingan itu secara live. Tapi risau juga meninggalkan kelas seharian. Aku bukan jenis yang menelaah dengan berkesan. Apa yang aku dapat dalam kelas, itu yang aku ingat. Tahun itu aku menduduki PMR.
Suatu hari, kira-kira pukul 2.40 petang. Aku sedang termenung di dalam kelas menunggu ketibaan ayahanda menjemput.
Aku tunggu dalam kelas sahaja, kerana kelas terletak di blok hadapan. Kalau datang lambat waktu pagi, ayahanda drop aku betul-betul di hadapan pintu kelas. Buka pintu kereta, boleh terus lompat ke dalam kelas jika tidak ada kesopanan dalam diri. Setiap kali ayahanda drop saya di situ, semua orang memandang. Malu saya dibuatnya (Mirnawan Nawawi, 2008).
Sedang termenung, tiba-tiba ada suara memanggil dari tingkap kelas.
Tingkap kelas aku bukan tingkap macam sekolah zaman sekarang yang boleh dikuak. Ini tingkap kelas yang guna louver berjenama Naco. Orang kampung panggil ‘tingkap nako’. Orang Mont’ Kiara pula tak tahu nak panggil apa. Kerana di Mont’ Kiara tak ada tingkap macam tu. Sebab tu parents aku hantar anak dan cucu ke sekolah kampung kut, supaya dapat mengenali tingkap jenis itu.
Oh, kisah tadi.
Maka aku pun toleh. Teacher N berada di luar kelas. Katanya “Neem, agak-agak nak ikut tak kitorang pergi final debate kat sekolah ********** this coming Wednesday?”
Ya, walaupun dia seorang guru BI, dia masih seorang rakyat Malaysia yang guna bahasa rojak.
Wah! Pucuk dicita, ulam pegaga siap dengan sambal tempoyak mendatangi!
Oleh kerana teruja bercampur gatal mulut nak speaking London secara automatik kerana beliau seorang guru BI, aku pun menjawab dengan yakin
“Erm, I’m not sure yet. I might need to ask for permission from Teacher Norma as my class teacher first.
Anyway, I’m really interesting.”
Ya. Yakin. Ibarat budak Kluang mengaku orang Sepanyol.
Teacher N terkebil-kebil di luar tingkap.
Beliau hanya perlu menuturkan satu perkataan untuk membuat aku kemaluan
“Interesting?”
Sampai sekarang aku ingat detik itu dengan jelas. Kerana itu, aku suka bila orang betulkan tatabahasa aku, BM atau BI. Orang tolong betulkan, kita cakap terima kasih. Bukan offended.
Aku sangat suka dulu Encik 47 (di mana beliau?) pernah betulkan kesalahan aku. Aku menulis tentang termengandung tapi aku silap guna istilah ‘knocked off’ instead of ‘knocked up’. Terima kasih, Encik 47!
Maka, tolonglah betulkan kesalahan aku terutama dalam grammar atau ejaan. Aku suka.
Waktu di alma mater, aku rapat dengan seorang guru Bahasa Inggeris.
Kami panggil beliau Teacher N. Ya, kerana aku belajar di sekolah kebangsaan. Tipikal
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
July 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 suicidal thought(s):
haha..dulu saya pernah suruh student bayar buku nota pada saya tapi saya cakap "pay for me ASAP" instead of "pay to me ASAP" student pandang saya dengan mata yang tak berkelip2..hahaha..
Pucuk , ulam dan sambal tempoyak , pergh !
taste lu tinggi !! interesting !
org melayu suke guna 'congrates'. kalau nak mcm hebat 'congratez'. anggap aje la betul. malas nak tegur, kalau tegur, mereka kata ala kalau tak hebat bi pon bole je maju kaya raya. maka malas nak betulkan, biar mereka lebih kaya dari aku.
adekah kesilapan 'congrates' tu because of , she/he put an 'e' in the middle of T and S?
As far as i knew, nobody (other races) bother if you speak with grammar errors, as long as you have the courage to speak the language, you are a far better than who don't.
betulkan aku kalau aku salah, sebab ramai kawan tak suke aku betulkan penggunaan bahasa melayu dorang (mereka). because we love english grammar than our tatabahasa.
nadia, tak salah berkomunikasi rojak. tapi bab bila tulisan amat berbeza sekali. adakah u suka selang seli bm dan bi dlm 1 ayat mcm "i suke clubbing kat your rumah" ? kalau ckp ok la kot tapi bila tulis, wahhh...
kalau tulis campor ngan nombor lagi la nak menangis baca.
Post a Comment