July 20, 2010

'Kalau kau rasa anak-anak ini menyusahkan, jangan buat anak.'

Itu ayat Rhona.
Aku quote satu ayat saja. Aku tak ambik konteks ayat tu digunakan. Makanya, jangan relate konteks Rhona dengan konteks aku.


Anyhow, aku selalu guna ayat tu. Atau ayat yang bermaksud lebih kurang begitu.

Aku selalu rasa ibubapa tak patut mengeluh tentang anak-anak. Dan aku selalu berharap suatu hari kalau aku decide mahu ada anak, aku tak akan mengeluh.

Aku tak berani cakap aku tak nak ada anak. Aku cuma berani cakap, aku tak rasa aku ada bakat nak jadi parent. Sebab aku tahu aku tak matang (ya, ringtone aku adalah lagu X-Men) dan tak bertanggungjawab. Abah aku pernah cakap aku tak 'mumaiyiz'.

Memang pun.

Aku tak rasa aku gemar melayan karenah budak-budak kecil. Dan budak-budak besar, as a matter of fact. Budak kecik lagi senang kot.
Takkan lah bila aku ada anak, aku nak layan dia waktu dia tengah oqeh ja. Waktu dia meragam, aku campak kat orang lain. Tak senonoh, bukan?


Aku menyampah betul dengar budak melalak yang bukan kerana sakit. Kalau tantrum memang aku pun nak mengamuk sama.
Maaf, aku tak pernah throw tantrum ye sejak kecil. Mak aku selalu beritahu aku tu. Maka wajarlah aku tak biasa dengan manusia (besar dan kecil) bertantrum neh.
Abang aku, sejak kecik tantrum sampai la ni kut. Memang aku rasa nak lempang ja. Tapi tak berani sebab dia besar.

Bayangkan kalau aku ada anak, mengamuk sikit kena lempang. Padahal normal la tu budak mengamuk kan?

Mak aku pun sama, tak biasa budak mengamuk sebab mak kata anak dia semua baik (terexclude abang aku la tu). Mak aku pernah kurung cucu dalam bilik air sebab budak tu mengamuk. Kalau aku lagi dahsyat la.


Bayangkan kalau anak aku perangai pemalas macam anak-anak buah aku. Mak depa tu, tiap-tiap hari membebel marahkan anak. Aku tak nak jadi macam tu.

Aku dah pandai membaca as long as I can remember, kalau aku ada anak darjah 2 yang tak pandai membaca walaupun aku dah ajar sejak kecik? Aku boleh handle ke?

Aku taknak jadi ibu yang mengeluh tak cukup tidur jaga anak. Ibu yang tak cukup rehat sebab bangun pukul 4 pagi, susukan bayi, bersiap pergi pejabat, hantar bayi ke nursery, balik kerja layan bayi lagi, masak untuk keluarga, layan ayah bayi pulak, kemas dapur, layan bayi lagi, dan masuk tidur paling awal pukul 1 pagi, dan kemudian mengeluh penat.

Ya, aku tahu ramai perempuan lain boleh buat semua tu dengan cemerlang. Ada yang siap jaga parents lagi. Atau adik-adik. Atau adik ipar. Tapi tu bukan aku. Aku spoiled.
Aku tak rasa aku sekuat iron lady lain di Malaysia.

Aku nak jaga diri sendiri pun tak larat. Dua minggu lepas, aku menangis waktu tengok cermin. Aku menangis tengok kulit muka aku. Sebab aku dah lama tak larat nak jaga. Aku dah lama tak jaga rambut. Tak buff kuku. Tak bersihkan bilik tidur. Tak sapu ruang tamu.

Nak jaga anak macam ni?
Camni lah, kata aku pada diri sendiri, kalau tak ada spare RM100,000 jangan buat anak.
Kalau ikut Amir Hafizi, dia cakap tunggu ada RM1,000,000 baru buat anak.
Aku taknak mengeluh penat kerana keluarga. Tak baik kut. Itu tanggungjawab.



Jangan mengeluh kalau kena ambik cuti pergi mesyuarat PIBG dan sign report card anak. Anak pulak exam dapat nombor 28.
Atau kena hantar anak ke kelas tuisyen pada hari Ahad. Kena sental baju anak yang berdaki. Malam-malam keluar cari kedai fotostat atau nak beli manila kad sebab anak terlupa beritahu petang tadi.

Jangan mengeluh bila kena jemput dan hantar anak balik asrama.
Jangan mengeluh bila kena temankan anak tonton animasi di panggung.


Ya, kalau rasa jaga anak tu menyusahkan, jangan buat anak. Anak itu rezeki, anugerah.
Anugerah adalah benda yang bukan semua orang layak terima
.

12 suicidal thought(s):

~(*v*)~ily~(^v^)~ said...

bravo !!! well said...same lar point tue dgn saya...tak kawin lgk coz mmg takda calon n tak rase diri nie sanggup nk pikul lgk byk tanggungjawab...yg ada pun tak terjaga...kesian anak nnt... :o)

Scott Republic said...

Trase aku haha....well said its so true....aku mengeluh kerna bapa sang baby kurang cooperative dan suka meletakkan aku di tempat di mana last2nya aku mengeluh/marah dengan zuriatku....aku tak suka sebenarnya

Atiqah Ahmad said...

aku pun tak suka orang yang ada anak lepas tu mengeluh. lepas tu da tau tak mampu nak tanggung anak ramai-ramai tapi buat anak ramai-ramai. dengan alasan anak itu rezeki.

tapi da dapat rezeki, taknak pulak bertanggungjawab. tak paham betul.

ken said...

welcome to the real world.....

wd.bandages said...

kadang-kadang pandai pulak nasihatkan orang anak itu rejeki tuhan, bersungguh ni suruh beromen nak paksa ada anak.

tapi dia layan anak depan mata kita pun dah naik juling mata nak tengok.

kadang-kadang orang banyak dreaming benda yang indah-indah.

dreaming yang disuruh2 kita imagin juga semuanya indah-indah.

termasuk bab anak.

suka buat anak said...

tapi proses membuat anak itu sangat menyeronokkan.

tembakaujiwa said...

Walau sekuat mana pun kita, pasti ada ketikanya kita akan mengeluh.

Anoneemus™ said...

Proses buat anak? bersalin tu best ke?

atau anda maksudkan senggama? Kan boleh amalkan kontrasepsi.

farizzet said...

ckp senang beb, kejadian manusia kuasa allah, tapi jadi mcm mana tu tak semudah dan tak sesusah yg disangka.
apa yg kamu tulis tu akan kamu hadapi juga, tak kesah la tahun depan ke 8 tahun depan ke, sebab bayi dlm perut la baru kamu/kita ada kesedaran nak buat tu semua. masa takde isi dalam perut tu, apa dlm palotak hanya nak spoilkan diri saja.
ingatla, kehadiran bayi la sebenarnya beri kesedaran kat sesetengah org, mungkin kebanyakan org. kerana selagi ada org tua, bagila mereka peluang tgk cucu. dan juga dapat bimbingan. nak tunggu ada rm1juta (aku tau ni metafora saja) mungkin time tu kita kesal sebab tak dapat share dgn org yg penting dlm hidup kita. bagiaku tu lebih penting la dari nak fikir aku akan bebel ke(ada yg eja bieble) mengeluh ke, baran ke...
kerana tanpa guidance org tua (yg kita taktau panjang mana umur mereka) kita takkan belajar good parenting. lagi la kalau takde anak, sampai tang tu la takkan belajar good parenting.

ok lenkali aku buat entri sendiri.

Anoneemus™ said...

Ada orang, dia tau dia tak boleh keje opis hour. maka dia keje sendiri.
Ada orang, dia tau dia tak suka membaca. maka dia tak blaja sampai tahap pHD.

Ada orang, dia tau dia belum sampai tahap boleh jadi parents.So tak payah la gatal buat anak.
Biasa dengar ayat 'tahu beranak tp tak tahu jaga anak'? tu jenis yg tak sedar diri la tu.
atau mcm komen Atiqah.

dr sam said...

Sebenarnya kebanyakan orang pura2 konfius antara seks dan anak2.

kalau kita buat seks kemungkinan besar dapat anak kalau tak pakai kondom atau makan pil.

Sebab tak tahu, maka perempuan2 Melayu ni pun mengandunglah tiap 10 bulan konon anak rezeki pada hal membebankan.

Cuma tak tahu macam mana nak elak anak itu keluar je. Nak berhenti seks seronok pula. Itulah nature. Sebab anak itu menyusahkan seks dijadikan pleasurable.

Sakit mcm manapun keluarkan bayi, lepas tu perempuan masih mahu seks. Naluri perempuan yang gersang hehe.. itu hormone sebenarnya. Bukan salah diaorang bukan...

Nature masa dulu susah. Kalau lahir anak di hutan atau gua tak mungkin membesar semuanya sebab mati kena makan harimau atau di sengat ular.

Tapi dgn kemodenan skg, tak perlu ramai anak kerana semuanya akan survive sampai 12 atau 14 orang sampai ke tua!

Sebab itu kondom patut dibeli oleh perempuan yang pandai. Lelaki tahu nak cucuh je... yang mengandung perempuan...so kalau malu belilah pil...

Youjie said...

nice post! menyedarkan..